Assalamualaikum,
Saudara dalam akhbar the Sun hari ini (5 Mei 2011) ada tulisan oleh Karen Arukesamy bertajuk: 'Bible issue not handled appropriately: Muslim NGOs' menyentuk persetujuan kerajaan pusat dalam penyelesaian 10 perkara yg diumumkan oleh KDN melalui spokeman Idris Jala, menteri di JPM. Saudara boleh baca, menarik. Penulis bersetuju dgn pendapat dan pandangan Pengerusi Pembela Dr Yusri Mohamad tersebut spt yg dilapurkan.
Nampaknya, dgn kebenaran yg kerajaan berikan kpd penganut ugama Kristian dan padri-padri mereka, nampaknya mereka boleh mencetak al-Kitab (iaitu nama Bible Melayu) untuk kegunaan mereka di Malaysia, tanpa had ataupun sekatan. Tambahan pula dgn kebenaran itu secara tidak langsung tak perlulah mahkamah meneliti kes saman pihak yg yg mengutarakan kepentingan Kristian, meminta supaya kalimah 'Allah' digunapakai oleh orang Kristian di Malaysia. Kerana, sudahpun dicap atau dicetak dalam al-Kitab itu kalimah 'Allah' sebagai merujuk kpd nama umum tuhan orang Kristian. Wallahu 'alam. Penulis belum tengok al-Kitab itu dan belum sempat bacapun. Tapi, setahu penulis dalam al-Kitab yg dicetak dan dipakai di Indonesia itu, perkataan 'Lord' telah diubah kpd 'Allah'. Jika begitu, jikalah versi transkrip al-Kitab itu digunakan untuk percetakan di Malaysia, maka kalimah 'Allah' itu sudahpun built-in dalam al-Kitab. Tak perlulah mahkamah tinggi atau mahkamah rayun timbang lagi. Membuang wang ringgit dan membuang masa sahaja. Dah jadi fait accompli aje.
Yg penting diingatkan adalah, sebagaimana penulis komen sebelum ini, umat Islam dan pemimpin Islam di Malaysia ini terpalit dan bertanggungjawab mencemarkan nama Allah (a.w) kerana menyamakan Allah dalam al-Quran dgn persepsi dan kefahaman orang Kristian tentang tuhan mereka yg satu dari yg tiga itu. Tercemarlah nama Allah (a.w) apabila orang Islam setuju diberi kebenaran kpd mana-mana ugama dan kaum yg menggunakan nama atau kalimah Allah (a.w) sebagi nama tuhan mereka, walaupun tuhan mereka banyak, walhal tuhan dalam Islam adalah yg esa. Allah (a.w) adalah nama tuhan yg Esa, bukan satu dari yg tiga atau ketua tuhan dalam begitu banyak tuhan bagi mereka yg menyembah patung atau berhala dan sebagainya.
Saudara, oleh kerana orang Islam lemah, orang Islam bercakaran satu kelompok dgn kelompok yg lain dalam kejahilan masing-masing, dan orang Islam semakin utamakan dan pentingkan dunia, maka Islam senantiasalah islam dan syariatnya dicemari dan tercemar, dan aqidah Islam diperolok-olokkan bukan sahaja oleh orang bukan Islam, tetapi dipersendakan oleh orang yg mengakui dirinya Islam. [Contoh: Adakah suatu nas atau dalil al-Quran mahupun as-Sunnah yg membolehkan umat Islam membuka aib orang lain? Adakah nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah membenarkan orang Islam memfitnah sesama Islam? Adakah ketetapan al-Quran atau as-Sunnah yg membenarkan seseorang itu bersumpak perkara yg kotor dan menjijikkan dalam masjid dgn memegang al-Quran pula? Demikianlah. Tak hairan kalau Allah (a.w) memurkai umat Islam yg boleh dipersoalkan kebenaran Islamnya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. dalam blog ini dituliskan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah yg jika berlaku, terbatallah keIslaman kita? Atau, terhakislah segala pahala yg kita usahakan sekian lama demi akhirat kita?]
Di akhirat kelak, kita, terutama pemimpin dan para ulama' Islamlah, yg akan berdepan dgn Allah (a.w), dan kita akan ditanya mengenainya ...
Di akhirat kelak, kita, terutama pemimpin dan para ulama' Islamlah, yg akan berdepan dgn Allah (a.w), dan kita akan ditanya mengenainya ...
Jazakallahu khairah
Askm,
ReplyDeleteYang pasti masing2 akan menjawab nanti di depan Allah SWT atas segala yg mereka lakukan masa hidup mereka di dunia ini. Tak dapat hendak berdalih2 dengan alasan palsu yg Allah tetap tahu dan Allah akan menghukumi mereka atas segala perbuatan mereka.