Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang Solat Jenazah. dalam post yg lalu kita telah buat rumusan spt berikut: Pertama, Solat Jenazah itu boleh dibuat secara ghaib, dan tidak semestinya hanya disolatkan di depan mayat yg wujud di depan kita (kes Rasulallah (s.a.w) mensolatkan jenazah Raja Najasyi apakala mendengar berita kematian beliau);kedua, Solat Jenazah itu boleh dibuat di atas kubur orang yg baru sahaja dikebumikan (spt kes Rasulallah (s.a.w) mensolatkan seorang sahabat yg baru sahaja dikebumikan); ketiga, doa dalam Solat Jenazahhendaklah khusus kpd mayat sahaja, yakni tidak ditambah dgn doa-doa lain; keempat, Solat Jenazahitu adalah 4 Takbir (Nota: Takbir itu kalimah 'Allahu Akbar); dan kelima, pada Takbir pertama hendaklah dibaca al-Fatihah sahaja. Kemudian, keenam, pada Takbir yg kedua hendaklah kita berselawat ke atas Nabi (s.a.w) (iaitu: Allahumma solli 'ala Muhammad, wa-ala alihi Muhammad; kama sollaita 'ala ali Ibrahima, wa-ala ali Ibrahima, wa-barik 'ala Muhammad wa-'ala alihi Muhmammad, kama barakta 'ala ali Ibrahima. fil 'alamina hamidum majid); dan ketujuh, pada Takbir yg ketiga kita baca Doa untuk mendoakan kebaikan kpd simati. Dan, kedelapan, pada Takbir keempatnya barulah kita memberi 'salam'.
Insya Allah, spt dijanjikan dalam post yg lalu itu, kita lihat pula apakah Doa yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) pada Takbir yg ketiga itu.
Diriwayatkan hadith dari Habib b 'Ubaidin hadith dari Jubairi b Nufairin berkata: 'Aku mendenar 'Auf b Malik berkata: 'Telah bersolat Rasulallah (s.a.w) atas jenazah, maka sungguh-sungguh hafal aku dari doa yg dibaca olehny (yakni, Nabi): 'Allahum-maghfirlahu war-hamhu wa-'afihi wa'fuanhu, wa-akrim nuzulahu, wa-wassi' mudkhalahu, waghsilhu bil-ma-i was-salji wal-baradi, wa-naqqihi minal khatoya kama naqqitas-thaubal-abyada minad-danasi, wa-abdilhu daran khairan min darihi, wa-ahlan khairan min ahlihi, wa-zaujan khairan min zaujihi, wa-adkhilhul-jannata, wa-a'izhu min 'azabil-qabri au min 'azabin nar' (yg bermaksud: Ya Allah (a.w)! Semoga Engkau (Allah) mengampuni untuk simati, dan semoga Engkau (Allah) merahmatinya, dan semoga Engkau (Allah) mengampuninya dan semoga Engkau (Allah) memaafkan atasnya; dan semoga Engkau (Allah) memuliakan tempatnya (yakni, diberikan syurga) tempat masuknya, dan semoga membasuhi Engkau (Allah) akan dia dgn air (yg bersih), dgn salji dan dgn air embun; dan semoga membersih Engkau (Allah) dia dari dosa-dosanya seperti mana membersihkan pakaian yg putih dari kekotoran; dan semoga mengganti Engkau (Allah) rumahnya yg lebih baik (yakni, rumah di syurga), dan semoga Engkau (Allah) mengganti ahli (yakni, keluarganya) dgn keluarga yg lebih baik, dan isterinya yg lebih baik dari isterinya (di dunia), semoga memasukkan Engkau (Allah) ke dalam syurga, dan semoga menjauhkan Engkau (Allah) dari azab kubur atau (dan) dari azab neraka.'). Berkata 'Auf: 'Sehingga berangan-angan aku bahawasanya adapun aku adalah aku demikian mayat.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Saudara, inilah doa yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) ketika mendoakan mayat tersebut. Kerana begitu baiknya kalimah-kalimah doa tersebut, dan kerana yg mendoakan adalah Rasulallah (s.a.w) berangan-angat Auf kalaulah dia adalah mayat yg didoakan tersebut. Kerana, doa Rasulallah (s.a.w) pastilah doa yg terbaik dan pasti dikabulkan Allah (a.w). Maka kita sebagai umat Muhammad (s.a.w) wajarlah jadikan doa ini doa yg kita bacakan atas mayat saudara kita dalam iman.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment