Saturday, May 7, 2011

Persaudaraan Dalam Islam: Cinta Mencintai & Tidak Saling Membenci.

Assalamualaikum
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah lihat salah satu ciri orang Iman itu mengekalkan persaudaraan dalam Islam dgn mempastikan mereka jauhi perselisihan dan pertengkaran atau perbalahan, dan mereka sentiasa mengutamakan kesepaduan dalam jema'ah, saling kasih mengasihi dan tidak mengkhianati sauadara sesama iman. Kita lihat pula satu lagi sifat orang iman itu, iaitu saling cinta mencintai satu sama lain dan tidak saling benci membenci:
Diriwayatkan hadith dari  abi Hurairah (r.a): 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Demi diriku di dalam tangannya (yakni, genggaman Allah) (maksudnya, dia bersumpah), tidak akan masuk syurga sehingga beriman kamu sekelian, dan tidak beriman kamu sekelian sehingga berkasih sayang kamu satu sama yg lain ..'[Hadith Abu Daud, Kitab Adab]
Saudara, keimanan seseorang yg akui dirinya Islam itu ditentukan oleh sikapnya terhadap saudaranya sesama Islam dan iman. Dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) bersumpah menunjukkan betapa seriusnya apa yg ingin dikatakan oleh beliau itu. Tidak akan masuk syurga seseorang yg akui dirinya Islam jika dia tidak beriman. Jelaslah ada perbezaan yg besar antara keIslaman dan keImanan itu. Kita Islam tapi tak semestinya kita beriman. Ramai orang Islam. Contoh: Rasulallah (s.a.w) sebut terdapat 73 golongan umat atau firqah Islam di akhir zaman, tapi hanya satu golongan saja dapat syurga, yg selainnya, 72 golongan, gagal, mencari syurga, tapi tak berjaya, malah masuk neraka. Justeru itu jugalah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita sinario di akhirat kelak. Daripada 1,000 orang yg akui dirinya Islam semenjak zaman Adam (a.s) sehingga kiamat dunia, hanya seorang sahaja yg berjaya mendapat syurga. Inilah orang yg beriman. 
Ramai orang akui dirinya Islam tapi tidakpun bersolat, malah solat Jum'atpun tak tunaikan. Tak puasa. Ada kemampuan masih menunggu 'seru' untuk menunaikan haji. Banyak harta, tersenarai sebagai orang terkaya dalam sebuah negara, malah di dunia, ada ratusan kereta mewah, puluhan rumah seumpama istana, wang kertas RM 100.00 hanya dinilai seumpama wang syiling 10 sen, tapi tak sanggup bantu orang Islam yg dhaif dan susah dan melarat. Malah membenci mereka pula. Dengar berita kesusahan orang, buat tuli. Ada mata melihat kesusahan hidup saudara sesama Islam, berlagak buta. Kalau mendermapun ingin dihebah-hebohkan. Tanpa liputan media spt tv, akhbar dll, enggan menginfaq. Lebih suka menghabiskan wang secara batil. Lebih suka memberi elaun kpd anak-anak untuk dibelanjakan oleh mereka untuk maksiat.Tidak mau membantu usaha dakwah membela ugama Allah (a.w) dan membantu pengembang, pendakwah ugama, lebih rela harta kekayaan dihabiskan dgn membazirkan harta.
Maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa kita belum dikatakan beriman selagi kita tidak merasai kasih sayang dan saling sayang menyayangi antara sesama Islam. Fikirkanlah, betapa dhaifnya keimanan kita dalam Islam. Cuba kita fikirkan sendiri, dan buat penilaian sendiri. Adakah kita merasai teramat kasihan terhadap saudara Islam yg menyombong diri, membangga diri, bermegah-megah dgn pencapaiannya di dunia? Adakah, kita merasa sedih apakala terserempak dgn saudara Islam yg lain menghabiskan wang ringgit dan masa membuat sesuatu yg berdosa atau sia-sia? Adakah kita terasa kasihan pada orang Islam yg banyak ilmunya, tapi tidak memiliki hidayah Islam yg benar, sehingga sanggup membelakangkan firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w), dan terima ajaran dan cakap-cakap manusia lain yg mereka jadikan idola sebagai orang berilmu dan ulama'? Tanyalah diri kita sendiri dan nilai sendiri.
Sebaliknya, Rasulallah (s.a.w) melarang beberapa sifat dalam hadith berikut menjadi sebahagian drp keperibadian kita yg Islam. Jika ada, maka belum beriman kita. Kerana, sifat-sifat tersebut adalah bertentangan dgn (opposite atau contradictory to) apa yg dianjurkan oleh syariat Islam.
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Takutilah oleh kamu sekelian persangkaan (Zan), maka sesungguhnya persangkaan itu lebih dustanya (atau bohongnya lebih) dari ceritanya (yakni, yg sebenarnya); dan jangan meneliti (dgn mata) (tahassasu), dan jangan meneliti (dgn telinga) (tajassasu), dan jangan dengki mendengki (tahasadu), dan jangan berpaling (yakni, tak bertegur sapa) (tadabbaru), dan jangan benci membenci (tabaghadu), dan (sebaliknya) jadilah hamba-hamba Allah (a.w) yg bersaudara antara satu sama lain.' [Hadith Bukhari, Kitab Adab]
Saudara, orang iman itu ditegah atau dilarang mengamalkan persangkaan terhadap sesuatu (termasuklah persangkaan baikpun). Persangkaan itu adalah sesuatu yg kita anggapkan atau bayangkan tanpa bukti. Ia hanyalah persangkaan. Ramai para ulama' dan ilmuwan yg menyangka dalam banyak perkara mengenai Islam tanpa sebenarnya berilmu atau belajar dari orang yg benar-benar fakih atau faham mengenai sesuatu itu. Contoh: ramai ulama' berpandangan bahawa menyambut hari kelahiran Rasulalah (s.a.w) secara besar-besaran itu di bolehkan - malah kata mereka di galakkan oleh Islam. Rasulallah (s.a.w) tidak menyuruh lakukan. Khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin tidak suruhpun umat zamannya lakukan. Para tabi'in dan pengikut para tabi'in yg mengikuti syirah dan syariat Islam warisan Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yg empatpun, tak pernah suruh umat Islam rayakan hari kelahiran Rasulallah (s.a.w). Tapi, hari ini umat Islam, terutama di Malaysia rayakan secara besar-besaran suatu upacara yg tidakpun mendatang sebarang pahala. 
Bukan itu caranya kita menyambut Rasulallah (s.a.w). Kita menghormati dan menyambut kelahiran Rasulallah (s.a.w) dan merasa syukur kpdnya, kerana membawakan Islam kpd kita, dgn mematuhi perintah Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' dan mematuhi ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr - pendeknya ikuti as-Sunnah. Belajarlah dan fahami Islam dan syariatnya melalui as-Sunnah. Belajarlah ilmu al-Hadith, mengajilah al-Quran dan fahami isinya dan mesejnya melalui guru yg faham al-Quran dan faham dan faqih dalam ilmu as-Sunnah, bukan berpandukan ajaran atau cakap-cakap orang dalam kitab-kitab atau ceramah mereka, kerana kita hormatinya yg mereka lulusan al-Azhar, Ummul Qura, Universiti Madinah dan sebagainya walhal mereka itu tidak faham al-Quran dan as-Sunnah. Fahamilah Islam dan syariatnya. Janganlah kita berpersangkaan bahawa orang yg lulus dgn ijzah ugama sedemikian itu benar cakap-cakapnya! Janganlah kita tolak tepi guru-guru pondok, kerana mereka belajar tanpa kaedah yg formal. Lihatlah apa yg diajar dan bukan orang yg mengajar! Jangan kita menyangkan seeorang itu pintar, selagi kita belum benar-benar tahu kepintarannya. 
Begitu jugalah dgn persangkaan lainnya. Jangan kita katakan atau berpandangan sesuatu semata- mata atas perasaan dan detik hati kita terhadap seseorang saudara Islam atau iman yg lain, selagi kita belum tahu. Beum ada buktinya apa yg kita persangkakan. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kalau kita bercakap sesuatu tentang seseorang saudara Islam di belakangnya, yakni tanpa diketahuinya, walaupun apa yg kita cakapkan betul, kita dikira memfitnah. Kalau apa yg kita katakan di belakangnya, didapati kemudiannya adalah benar, maka kita dikira berdusta. Kerana semasa kita katakan apa yg kita kata itu, kita tak tahupun kebenarannya. Dalam kedua-dua kes tersebut kita mendapat dosa. Bak kata orang dosa kering ...
Dalam hadith di atas itu, ada beberapa perkara yg kita ditegah lakukan; iaitu: pertama, jangan kita saling meneliti atau mencari-cari kesalahan atau kesilapan atau rahsia orang dgn mata kita (tahassasu); kedua, jangan kita saling meneliti atau menelek atau mencari-cari kesalahan atau kesilapan atau keaiban atau keburukan seseorang dgn telinga kiat (yakni, mencari khabar angin) (tajassasu); ketiga, jangan sekali-kali kita dengki mendengki terhadap saudara Islam atau orang iman yg lain (tahasadu), kerana dia berjaya atau dapat sesuatu kurniaan dan kita tak dapat dan sebagainya; sebagai seornag yg iman itu kita turut berbangga dgn kejayaan saudara kita yg lain, sewajarnya kita sama-sama bergembira dalam Islam; keempat, jangan sekali-kali berpaling (tadabaru), spt ketika bertemu tidak bertgur sapa atau buat-buat tak kenal orang yg kita kenal, semata-mata kerana ada sesuatu yg terguris dalam hati kita kerana kata-kata aratu perbuatannya dan sebagainya; kelima, jangan sekali-kali kita membenci seorang Islam atau seorang iman yg lain (tabaghadu) walau apa sebab dan keadaan sekalipun. Sebaliknya, Rasulallah (s.a.w) dalam hadith tersebut menyuruh kita menjadi hamba Allah (a.w) yg bersaudara dan sentiasalah mengutamakan persaudaran dalam Islam.
Malangnya hari ini - terutama sejak ahir-akhir ini - timbul begitu kuatnya badai fitnah memfitnah, benci membenci, tohmah mentohmah, buka setakat perasangka buruk. Malah sanggup pula membuat maksiat dalam masjid dan memperolok-olokkan Kitab Allah (a.w) (al-Quran) di masjid, kerana hendak menegakkan kebatilan atau fitnah dan tuduhan hendak memburuk-burukan orang lain, kerana bencikan orang, malah kerana dengkikan orang lain yg dikatakan tidak bermoral tapi kekal mendapat sokongan yg padu pula! Tak hairanlah, apabila Rasulalah (s.aw) memberi tahu kebanyakkan orang yg menjadi penghuni neraka itu adalah kerana mulutnya ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment