Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat dalam beberapa post menyentuh tajuk di atas sebelum ini bahawa umat Islam yg benar itu adalah menetapi perintah Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran. Ayat tersebut mengandungi dua ketetapan utama; iaitu: Pertama, peganglah ugama Islam itu dan amalkannya dgn berjema'ah'; dan kedua, janganlah mewujudkan perkumpulan terasing dalam Islam atau firqah. Sayang sekali kalimah 'jami'an' dalam ayat tersebut telah diterjemahkan dan ditakwilkan oleh golongan majoriti para ulama' dan ilmuwan Islam di dunia, termasuklah di Malaysia sebagai 'kesemuanya' atau 'keseluruhannya'. Maksud mereka masuklah Islam dgn menerima kesemua ketetapan dan syariat Islam itu sepenuhnya. Jangan ambil sedikit atau separuh dan tinggalkan sedikit atau separuh yg lain. Ambil Islam secara sempurna, yakni semua sekali. Tafsiran sedemikian itu adalah tersasar atau tersilap. Kerana, Allah (a.w) sudahpun perintahkan manusia umumnya dan umat Islam khususnya supaya 'udkhulus-silmi kaffah' (Ayat 208, Surah al-Baqarah). maka dgn itu tiada keperluan untuk menggunakan kalimah lain menyuruh manusia/umat Islam anuti Islam sepenuhnya. Maksud kalimah 'jamian' dalam Ayat 103, Surah ali-Imran itu adalah khusus merujuk kpd kewajipan berjema'ah dalam Islam.
Saudara, bagi merka yg belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah - dgn berpandukan Kuttubul Sittah - mereka akan temui banyak hadith menyebut tentang kewajipan berjema'ah ini. dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) dgn terang-terang menyebut frasa yg sama spt Ayat 103, Surah ali-Imran itu (iaitu: 'waktasimu bi-hablillahi jami'an wa-la tafarraqu' (yg bermaksud: Berpeganglah kpd tali (ugama) Allah (a.w) secara berjema'ah, dan janganlah kamu berfirqah atau berpecah belah dgn menubuhkan pelbagai perkelompokkan dalam Islam'. Rasulallah (s.a.w) mengulangi frasa atau kalimah-kalimah dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian wa-an ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali) [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama) kamu sembah hanya Dia (Allah) (sebagai Tuhan) dan tidak syirik (menyekutukan) kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh dengan tali Allah (a.w) (yakni, ugama Islam) dengan berjemaah dan (ketiga) jangan kamu berfirqah-firqah (berkumpulan dan berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap orang begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (pertanyaan dalam ugama kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan (ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak dimanfaatkan demi Islam dan bekalan kebajikan akhiratnya)] [Hadith Muslim]
Saudara, hadith menyebutkan perintah yg fundamental bagi umat Islam. Rasulallah (s.a.w) menggunakan kalimah-kalimah yg sama dgn kalimah-kalimah Ayat 103, Surah ali-Imran itu. Rujuk frasa yg diboldkan. Allah (a.w) ridaha terhadap manusia tiga perkara: pertama, hendaklah esakan Allah (a.w) sebagai tuhan yg berhak disembah atau yg manusia, khususnya yg Islam, wajib perhambakan diri mereka kpdNya dan terhadapNya; kedua, hendaklah pegang atau anuti tali Allah (a.w), yakni ugama Islam itu, dgn berjema'ah dan jangan sekali-kali berfirqah atau berpecah belah dgn meunubuhkan perkumpulan terasing dalam Islam. Jelaslah, al-Quran dan s-Sunnah mewajibkan manusia Islam itu berjema'ah dalam Islam. malangnya hari ini dimensi yg amat fundamental ini diabaikan oleh umat Islam, termasuklah pemimpin Islam, cerdik pandai syariat Islam, para alim dan ulama' dan ilmuwan Islam!
Selanjutnya dalam sabda tersebut Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa Allah (a.w) bencikan pula pertama, kata itu dan ini mengenai Islam tanpa ilmu (yakni, tanpa berpandukan kpd al-Quran dan as-Sunnah). maksudnya ada orang, selalunya para ulama' dan ilmuwan Islam yg separuh masak mempelajari islam dan syariatnya atau yg belum sempurna ilmunya mengenai Islam dan syriatnya berkata seolah-olah sebagai seorang yg wara' dan alim begitu dan begini tentang Islam. Mereka ini mengambil pandangan cerdik pandai lain atau membaca kitab mengandungi hujjah batil orang yg berkata begitu dan begini tentang Islam walhal dia sendiri masih jahil. kemudian, Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu kita bahawa Allah (a.w) bencikan manusia yg islam yg apabila sudah diberitahu sesuatu ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) mereka banyak soal dan suka berdebat walaupun mereka berhujjah atas persangkaan dan tidak brlandaskan fakta. [Nota: Fakta dalam Islam adalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau tiada apa yg diperkatakan dalam salah satu drp dua sumber ilmu dan panduan hidup tersebut, maka itu adalah berupa persangkaan semata-mata tanpa sandaran fakta atau berbohong jika tidak dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.] Orang-orang yg sedemikian ini terdapat ramai dikalangan para ulama' dan ilmuwan Islam, kerana mereka merasai ujub dan bangga diri, merasakan mereka berilmu atau berhujjah atas kebijaksanaan akal fikiran mereka. Saudara, kefahaman tentang Islam tidak memerlukan kepintaran otak. Yg diperlukan hanyalah bila diberitahu sesuatu yg haq dalam Islam - berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah - hendaklah orang yg akui dirinya Islam itu dengar dan terima dan amalkan atau patuhi. Itu saja. Kalau Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) suruh berjme;'ah dalam mengamalkan Islam, maka wajiblah berjema'ah. Tanpa soal. Kita diperingatkan oleh Allah (a.w_ kaum bani Israil zaman Musa, sebagai contoh, banyak brtanya kpd Musa (a.s) tentang lembu yg diperintahkan Allah (a.w) untuk mencari penyelesaian kpd kes pembunuhan masyarakat Yahudi zaman tersebut. Mereka terpaksa mencari selama 40 tahun. Kemudian, setelah ditemui lembau tersebut, perpaksa berhabis harta untuk membayarnya. Kalaulah mereka terima sahaja ketetapan awal dapatkan seekor lembu sudah mudah. tapi, kerana banyak bertanya maka ditetapkan oleh Allah (a.w_ specs yg amat terpeinci yg susah untuk menepati specs tersebut!
hari ini, begitu ramai para ulama' dan ilmuwan Islam berdebat tentang ungkapan, contohnya, 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Walhal jawapannya mudah. Telahpun diberikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith dua ciri haq golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu, iaitu: pertama, mereka berpandukan kpd as-Sunnah (yakni, al-Quran dan sunnah); dan kedua, mereka berjema'ah dalam islam. Justeru itulah ketetapan islam itu mudah jiak umat islam itu mau dengar, dan kemudia mau taat atau menerima! Jika tidak mau, maka tergolonglah di kalangan 72 golongan umat Islam yg beramal dan beribdah dalam Islam dgn beristiqamah dan benar-benar mempersungguh, tapi gagal dapat syurga!
Saudara, maka dgn itulah Ayat 103, Surah ali-Imran dan hadith yg kita rujuk itu memerintahkan umat Islam yg inginkan syurga itu hendaklah berjema'ah dalam Islam.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment