Assalamualaikum,
saudara, selain mengamalkan syariat Islam secara berjema'ah, meningkatkan kerukunan dan kesepaduan dalam jema'ah umat Islam dan menghapuskan atau menghindar dari pergaduhan dan pertengkaran dan sebagainya, syariat Islam itu menyuruh umat Islam supaya kasih mengasihi dan sayang menyangi sesama orang iman. Masyarakat orang iman adalah keluarga besar dalam Islam. Maka satu dimensi lagi yg menjadi tunjang kpd keimanan dan ukhuwah jema'ah Islam adalah sifat kasih mengasihi, sayang menyayangi dan tidak wujud khianat mengkhianati satu sama lain. [Nota: Malangnya, hari ini, kalau tidak di negara Islam yg lain, di Malaysia, kita jauh sekali menepati preskripsi Islam ini.]
Firman Allah (a.w) yg maha luhor: 'Muhammadun rasullullahi wal-lazina ma'ahu asyiddu 'alal-kuffari ruhamau bainahum ...' (yg bermaksud: Nabi Muhammad itu Rasul (atau Utusan) Allah (a.w) dan orang-orang yg besertanya (ataum bersama-samanya) adalah orang yg keras (yakni, kejam) atas orang yg kufur (atau kafir) dan orang yg kasihi mengasihi antara mereka orang iman ...) [Ayat 29, Surah al-Fath]
Saudara, dalam ayat ini Allah (a.w) memberi ketetapan bahawa Muhammad (s.a.w) itu adalah Utusan Allah (a.w). Maka dgn itu segala sesuatu yg disampaikannya adalah datangnya dari Allah (a.w), yg memerintahkannya, sebagaimana rasul-rasul dahulu, menyampaikan syariat ugama Allah (a.w), mengajarkan manusia bagaimana melaksanakan ketetapan Allah (a.w) di atas muka bumi ini, dan dialah menunjukkan (atau, mencontohkan = uswatun hasanah) bagaimana melaksanakan perintah Allah (a.w), sebagai contoh dalam perkara Ayat 56, Surah az-Zariat, dan dalam perkara Ayat 103, Ali-Imran dll. Dan, Allah (a.w) memberitahu bahawa orang-orang yg mengikuti Rasulallah (s.a.w), yakni orang Islam dan iman (yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah) itu pasti kejam atas orang yg kafir (yg tidak Islam) dan orang yg kufur (yg Islam tetapi songsang), hanya sekiranya mereka dianianyai oleh orang-orang sedemikian. Bukanlah orang iman itu memerangi orang yg kafir dan kufur, tetapi jika mereka diperangi, wajib mereka membalas dgn lebih kejam lagi sejajar dgn perintah Allah (a.w) itu. Dan, antara sesama mereka orang iman, mereka kasih mengasihani dan sayang menyangi satu sama lain.
saudara, hari ini masyarakat Islam di Malaysia, malah di dunia ini, sudah tersasar jauh dari ketetapan Allah (a.w). Tidak hairanlah, ketika di dunia, kalau kita terkebelakang dari masyarakat yg bukan Islam. kalu kta dipergunakan oleh orang bukan Islam. Tidak hairanlah ketika berjayanya segala strategi bukan Islam dan Barat memecahbelahkan negara Islam dan umat Islam. Tidak wujudnya kesepaduan dalam masyarakat Islam. Orang Melayu berpecah disebabkan fahaman politik yg melampau dan ketaksuban yg melampau dalam ugama. Sehinggakan dalam ugama kita dapati amat lumrah tanpa ilmu menghalang pula orang yg berilmu menyampaikan ilmu. Memfitnah, katakan golongan itu dan ini, dan kelompok itu dan ini menganuti ajaran Wahabbi, walhal,spt yg kita telahpun teliti dalam post sebelum ini, fahaman Wahabbi tu lebih hampir kpd Islam yg haq berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah!
[Nota: Dalam blog ini kita telah cerakinkan apakah Islam yg haq berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu. Kita telah juga perincikan apa sebenarnya yg dimaksudkan dgn ungkapan atau frasa atau branding Islam yg dikatakan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Saudara boleh lihat criteria yg diberikan, kemudian semak fahaman manakah yg mirip atau hampir kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah]
Umat Islam hari ini bertelagah sesama mereka. Ramai yg bodoh dan sombong pula. Bodoh kerana mereka sebenarnya jahil Mereka tidak akan jahil kalau mereka benar-benar faham ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka faham al-Quran dan as-Sunnah itu yg haq yg utama diutamakan dalam aqidah islam, bukan fahaman atau ajaran kemazhaban. Mereka tidak sombong kalau diberitahu yg haq dia tidak menolak bulat-bulat. Mereka tidak meremehkan orang lain, tanpa usul periksa. Kesombongan dalam Islam adalah menolak yg haq. Yg haq itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Bukan menolak fahaman atau pandangan atau pendapat. Menolak ajaran mazhab tidak mendatangkan sebarang dosa. Menolak al-Quran dan as-Sunnah adalah perbuatan yg menderhakai Allah (a.w)! [Nota: Kita telahpun tuliskan dalam post yg lalu peringatan Imam-imam Mazhab tentang apa yg mereka ajarkan. Mereka utamakan as-Sunnah dan tidak utamakan pendapat atau pemikiran mereka. Hari ini ada ulama' yg beranggapan bahawa mereka lebih bijak dari imam-imam yg dikatakan pengasas mazhab ini].
Diriwayatkan hadith dari Amir berkata bahawa dia mendengar Zakaria berkata:'Aku mendengar Nukman b Basyir berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Melihat engkau orang-orang mukmin di dalam saling kasih mengasihi dan saling syang menyaangi dan saling memerhatikan (yakni, mengwaspadi satu sama lain dalam perkara Islam) seumpama suatu jasad (badan atau tubuh) ketika sakit satu anggota tertariklah (yakni, merasai seluruh) jasadnya (atau tubuh) dgn celik (yakni, tak boleh tidur) dan panas (yakni, demam).' [Hadith Bukhari, Kitab Adab]
Saudara, orang iman itu dgn orang iman yag lain, yakni jema'ah umat Islam yg iman itu adalah seumpama satu tubuh yg satu, jika sakit satu angota tubuh, kesakitan itu turut dirsi oleh seluruh tubuh atau anggota lainnya. Sekurang-kurangnya bila sakit seluruh badan tak boleh tidur dan demam pula. Begitulah kuatnya ukhuah sesama orang iman itu. kalau kita tidak merasai kesusahan orang Islam yg lain ketika kita diberitahu atau tahu, maka belum cukup kental iman kita. kalau kita trbaca berita betapa melarat dan melesetnya segolongan keluarga orang islam, sebagai contoh, dan kita orang yg berada dan berharta, kita buat pekak telingan dan buta mata, kita belum lagi beriman dalam Islam. Kita Islam, tapi iman kita masih kosong!
saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita pada awal hadith itu, sifat-sifat orang iman terhadap orang iman yg lain itu ada tiga; iaitu: pertama, dia saling kasihi mengasihi satu sama lain (yakni, sifat kasih sayang terhadap saudaranya. Kalau susah dibantu, kalau sakit dijengok, kalau terkena musibah dibantu, kalau meleset kehidupanya ditolong, kalau mati sekalipun disolatkan dan diiringi perjalannya ke kuburnya); kedua, dia saling sayang menyanyagi satu sama lain (apabila dia tersasar dinasihatkan, jika berbuat sesuatu yg membatalkan amalannya diberitahu dan diperbetulkan, jika jahil dia diilmukan, kerana sifat penyayanglah yg akan diterima oleh orang iman di akhirat kelak); dan ketiga, dia saling memerhatikan, yakni memberi nasihat kpd saudaranya yg lain demi membetulkan dia supaya berada dilandasan keimanan yg benar dan tidak menyimpang, meningkatkan ketaqwaan dan menjauhkan kebatilan.
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Orang Islam itu saudara pada orang Islam yg lain, tidak mengkhianati satu sama lain, tidak mendustakan satu sama lain, tidak menghina atau menjatuhkan satu sama lain, setiap yg Islam atas orang Islam yg lain, diharamkan kehormatannya, hartanya dan darahnya ...'[Hadith at-Termidzi, Kitab Kebaikan dan Kerukunan]
Rasulallah (s.a.w) sekali lagi memberi kita tahu bahawa orang Islam itu sesama orang Islam yg lain adalah bersaudara. Dgn itu persaudaraan itu dilambangkan oleh beberapa ciri atau sifat dalam perhubungan sesama mereka; iaitu: pertama, dia sekali-kali tidak menghianati seorang atau sekumpulan orang Islam yg lain melalui apa sebab dan cara sekalipun; kedua, dia tidak sekali-kali berdusta atas orang Islam yg lain atau mendustakan atau membuat fitnah; ketiga, dia sekali-kali tidak melakukan sesuatu untuk atau kerana hendak menghina atau menjatuhkan kedudukan, kewibawaan atau air muka atau memalukan melalui apacara sekalipun terhadap saudaranya sesama Islam. kemudian, Rasulallah (s.a.w) memberitahu adalah haram bagi seorang yg islam tiga perkara yg dimiliki oleh saudaranya yg lain, iaitu: pertama, marwahnya atau air mukanya atau kewibawaanya atau nama baiknya; kedua, harta miliknya tidak boleh dicuri, dirompak, atau dipaksa melalui apa jua cara untuk diambil oleh kita atau dimusnahkan melalui apa cara dan kerana apapun tujuannya; dan ketiga, darahnya juga diharamkan kita tumpahkan. Maka dgn itulah, seorang Islam yg membunuh saudaranya yg Islam pasti masuk neraka. Begitu juga orang Islam tidak boleh membunuh dirinya sendiri, kerana Allah (a.w) ada haq atas diri dan nyawanya kerana memberikan dia peluang hidup di dunia. Hanya Allah (a.w) berhak mematikannya.
Saudara, hari ini kita lihat umat Islam, khususnya orang Melayu, sudah tersasar jauh dari sifat orang Islam yg disebutkan dalam hadith di atas itu. Kesemua yg ditegah diatas itu berlaku kerana politik, kerana pertimbvangan keduniaan dan kerana mengutamak hawa nafsu dan lebih-lebih lagi kerana kejahilan ilmu dan kerana kejahilan itu mendangkalkan iman orang Islam. Ramai sekali orang politik yg mengamalkan apa yg Rasulallah (s.a.w) tegah - jatuh menmenjatuh, fitnah memfitnah, khianat mengkhianat, hasut menghasut, caci mencaci, aib mengaib dan sebagainya. Tidak hairanlah di ahirat kelak hanya 1/1,000 orang Islam dapat syurga, yg 999/1,000 masuk neraka, walaupun Islam dan mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah, beristiqamah pula melaksanakannya! Tidak hairanlah ramai orang islam akui diri mereka Islam dan kononnya beriman, tetapi jahil dan tidak mahu mendengar nasihat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment