Sunday, May 1, 2011

Pakaian Lelaki Islam

Assalamualaikum,
Saudara, ada beberapa perkara yg kita sebagai orang Islam mungkin belum tahu dan faham atau belum terima. Walhal, setiap ketetapan as-Sunnah itu wajib kita terima pakai dan jadikan panduan kita. Kerana Allah (a.w) perintahkan dalam Ayat 7, Surah al-Haysr (bahawa segala sesuatu yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu wajib kita ambil atau terima dan amalkan) dan sejajar juga dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' (bahawa sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia mentaati Allah (a.w)). Dalam Islam kita diwajibkan mencontohi Rasulallah (s.a.w) dalam perkara amalan dan ibadah sebagai seorang Islam yg beriman, kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' (Ayat 24, Surah al-Ahzab).
Saudara, Islam mensyaratkan sifat atau ciri pakaian lelaki yg Islam dan beriman, mengikut sabda Rasulallah (s.a.w) berikut: 
Diriwayatkan hadith dari al-‘Alak b Abdil Rahman hadith dari bapanya berkata: ‘Bertanya aku kepada Abi Said al-Khudri (r.a) dari perkara ‘pakaian’, maka berkata dia: ‘Atas khabar apa jatuh engkau (yakni, maksudnya, macam mana kamu tanya perkara yang sepatutnya kamu tahu)? Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Izratul muslimi ila nasfis-saqi wala haraja au la junaha fima bainahu wa-bainal ka’baini ma kana asfala minal-ka’baini fahua fin-nari man jarra izarahu bataran lam yanzurillahi ilaihi’ [Maksud:  Pakaian lelaki Islam hendaklah sampai separuh betis dan tidaklah rosak (i.e. mengapa atau tidak berdosa) di dalam apa-apa antara betis dan antara dua buku lali tidak ada lebih bawah dari dua buku lali, maka dia (i.e. yang memakainya) dalam neraka barangsiapa yang melabuhkan dan dengan sobek (i.e. koyak), tidak akan melihat Allah (a.w) atasnya (i.e. orang sedemikian itu). [Hadith Abu Daud, Kitab Libas (Pakaian)]
Islam mensyaratkan supaya pakaian lelaki Islam itu tidak boleh dilabuhkan, hendaklah panjangnya ke bawah tidak melebihi separuh betis, yg terbaik, tetapi dibolehkan sampai hanya di atas dua buku lali kaki. Tidak dibolehkan dilabuhkan terkebawah dari paras tersebut. Hari ini jelas kita lihat, majoriti ulama' dan ilmuwan Islam dan majoriti umat Islam, kecuali pengikut kumpulan Tabliq dan golongan minoriti lain, yg menyentengkan seluar atau jubahnya supaya tidak melebihi paras buku lali kaki mereka! [Nota: Ini tidak menghairankan, kerana dari segi aurat, majoriti wanita Islam tidak memakai tudung, mendedahkan kepala dan rambut, sebahagian dari bahagian dada mereka, perut mereka, peha dan betis mereka, walhal Islam melarang wanita mendedahka aurat mereka].
Diriwayatkan hadith dari Abi Musa al-Asy’ari (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Hurrima libasul Hariri waz-zahabi ‘ala zukuri ummati wa-uhilla li-inathihim’ [Yg bermaksud: Diharamkan bagi lelaki (Islam) memakai sutera dan (diharamkan) lelaki umatku memakai emas dan (akan tetapi) dihalalkan bagi perempuan mereka (i.e. umatku) (memakai sutera dan emas).] [Hadith at-Termidzi, Kitab Libas (Pakaian)] 
Hadith ini pula melarang lelaki memakai pakaian yg diperbuat dari sutera - apapun jenis dan kualitinya. Namun, hari ini dalam majlis resmi kita lihat kesemua yg hadir pakai baju batik yg dibuat dari sutera - sutera halus yg dibeli dgn harga ribuan ringgit - selain kita lihat lelaki Melayu (Islam) memakai rantai emas, gelang emas atau cincin emas atau jam emas. 
Diriwayatkan hadith dari Abi Musa al-Asy’ari bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Diharamkan pakaian sutera dan emas atas (i.e. dikalangan) orang lelaki umatku dan (akan tetapi) dihalalkan bagi perempuan mereka (memakai sutera dan emas).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Libas (Pakaian)] 
Ketetapan yg serupa disebutkan dalam hadith di atas. 
Saudara, dalam hadith berikut pula kita diberitahu satu lagi ketetapan Islam yg wajib kita akur.  Rasulallah (s.a.w) menegah dgn keras lelaki yg meniru resmi atau perangai lazim perempuan - spt pakaian, menyimpan rambut panjang, memakai subang, rantai, gelang dll termasuk gaya dan pakaian wanita, spt 'Mak Nyah'. Begitu juga, wanita yg meniru perawakan atau perangai lelaki spt 'tomboy'. 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Melaknat Rasulallah (s.a.w) orang-orang yang menyerupai dari lelaki akan perempuan (i.e. orang lelaki yang melakukan sesuatu yang menyerupai perangai atau perbuatan atau tingkahlaku atau perawakan perempuan) dan orang yang menyerupai dari perempuan dengan lelaki (i.e. perempuan yang melakukan sesuatu yang menyerupai perbuatan, perangai atau perawakan lelaki).’ [Hadith Bukhari, Kitab Libas (Pakaian)] 
Saudara, demikianlah ketetapan as-Sunnah. ketetapan as-Sunnah wajib dikuti dan diakuri selaras dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr yg sering kita rujuk dalam blog ini. Ingatlah, menolak satu drpd ketetapan as-Sunnah bererti kita menentang Allah (a.w). Menentang Allah (a.w) keluar dari Islam tanpa kita sedari, wal iya zubillah. 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment