Assalamualaikum,
Menyambung semula perbincangan kita terhadap dua ayat yg sering sulit difahami oleh orang Islam, iaitu Ayat 103, Surah ali-Imran (mengenai perintah berjema'ah dalam Islam) dan Ayat 59, Suran ani-Nisa (mengenai peranan kepimpinan dalam jema'ah Islam). Dalam post yg lalu kita telah cerakinkan serba rengkas Ayat 103, Surah ali-Imran tersebut. Dan, keputusan yg kita perolehi dari pentafsiran orang yg faham dan faqih tentang al-Quran adalah berjema'ah dalam Islam itu adalah suatu perintah wajib. Islam seseorang itu hanya menepati perintah Allah (a.w) jika mereka berjema'ah. Rumusan ini adalah bertepatan dgn begitu banyaknya ketetapan Rasulallah (sa.w) (yakni, as-Sunnah) tentang berjema'ah dalam Islam. Justeru itu, memandangkan Allah (a.w) memerintahkan pada Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr dll ayat al-Quran - wajib mentaati perintah Rasulallah (s.a.w) dan wajib menjadikan Rasulallah (s.a.w) sebagai contoh (uswatun hasanah) dalam melaksanakan dan mengamalkan syariat Islam, maka berjema'ah itu tidak boleh tidak hendaklah dilaksanakan dalam measyarakat umat Islam.
Saudara, kali ini kita lihat pula ayat kedua yg sulit umat Islam itu fahami dan terima, iaitu Ayat 59, Surah an-Nisa' yg berbunyi:
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu, ati'ullaha wa-ati'ur rasula wa-ulil amri minkum; fain tanaza'tum fi syai-in faruddu ilallaha war-rasuli in kuntum tu'minunabillahi wal-yaumil akhiri ...' (yg bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah (a.w) dan taatilah RasulNya dan ‘ulil amri’ (yakni, orang-orang yang mempunyai perkara atas kamu) dari kalangan kamu. Maka jika kamu berselisih faham di dalam sesuatu (perkara Ugama kamu) maka kembalikanlah urusannya (yakni, urusan mencari penyelesaian mengenai sesuatu yang kita berselisih faham itu) kepada Allah (yakni, rujuk KitabNya, iaitu al-Quran) dan kepada RasulNya (yakni, rujuk kepada sunnahnya atau as-Sunnah atau al-Hadith), jika adalah kamu beriman dengan dengan Allah (a.w) dan hari akhirat, demikian itu (yakni, ketaatan sedemikian itu adalah) lebih baik (bagi kamu) dan sebaik-baik penyelesaian (atau kesudahan tentang apa-apa keputusan.)][Ayat 59, Surah an-Nisa’]
Saudara, ayat ini ditujukan kpd orang yg beriman, bukan orang Islam semata-mata. Kerana status orang iman itu lebih tinggi dari status orang Islam. Seseorang yg mengucap dua kalimah syahadah menjadi Islam. Tetapi, seseorang yg Islam itu belum pasti dia beriman. Kalau dia munafiq lagi teruk dari orang Islam yg tidak munafiq. Kerana orang munafiq berpura-pura Islam! Orang Islam yg tak solat, tak puasa dalam bulan Ramadhan, tak mengeluarkan zakat dan, bila dah mampu, tak mahu tunaikan haji, bukan orang yg beriman. Orang Islam yg melanggar ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran belum beriman. Orang Islam yg mengaibkan orang lain, memfitnah, bercakap bohong, berlagak sombong, yg riak, bangga diri, dll lagi sifat-sifat yg buruk belum dikatakan beriman.
Dengan itulah, perintah dalam Ayat 59, Surah an-Nisa' ini ditujukan atau dikhususkan kpd orang yg beriman sahaja. Kerana orang beriman itu faham dia bahawa ada kehidupan yg lain yg lebih utama, lebih sukar (kalau tak betul), lebih kekal, dan lebih seronok (kalau berjaya dalam keimanan) selepas matinya seseorang itu. Kerana orang Iman itu tahu dia ganjaran akhirat, bagaimana mendapatkannya, apa yg wajib dibuat dan apa yg wajib diperhatikan, supaya akhiratnya tidak buruk baginya.
Allah (a.w) perintahkan empat perkara dalam ayat tersebut: iaitu, pertama, wajib taatkan Allah (a.w) (maksudnya, ikuti segala sesuatu yg diperintah dan disuruh Allah (a.w) dalam al-Quran); kedua, wajib taatkan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ikuti dan ambil pakai, jadikan panduan dan amalan, ketetapan as-Sunnah); ketiga, taati 'ulil amri'. Siapa dia golongan 'ulil amri'? Mereka yg mengaji as-Sunnah (Kuttubul Sittah, paling kurang, faham dia bahawa 'ulil amri' itu adalah hirarki atau barisan kepimpinan umat Islam yg berjema'ah).
Ramai para ulama' yg menyebutkan bahawa 'ulil amri' itu merujuk kpd golongan orang yg memimpin umat Islam, termasuklah alim ulama' (ahli ilmu di kalangan golongan yg mentadbirkan umat Islam). Segologan orang yg faham dan faqih al-Quran dan as-Sunnah menyatakan bahawa 'ulil amri' itu adalah golongan atau hirarki kepimpinan dalam jema'ah umat Islam, yg diketuai oleh paling terkeatas Imam atau Amir. Dan, keempatnya, adalah penting dalam memahami perbezaan ketaatan yg abdolute iaitu ketaatan terhadap Allah (a.w) dan ketaatan kpd Rasulallah (s.a.w) dan ketaatan yg relatif, iaitu ketaatan terhadap 'ulil amri'. Allah 9a.w) perintahkan pada bahagaian kedua ayat tersebut, bahawa jika timbul perselisihan atau perbezaan pendapat menegnai islam dan syariatnya, maka umat Islam, khususnya jema'ah Islam, wajib merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah untuk mencari penyelesaian. Ulil amri tidak boleh memutuskannya. Yg boleh memutuskan sebaranga perselisihan itu adalah Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah.Pendeknya, ketetapan 'ulil amri' itu tidak mutlak, kecualilah dia bersandarkan kpd ketetapan mutlak Allah (a.w) atau RasulNya. Ulil amri tidak boleh memutuskan sesuatu kecuali dgn berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Jika ulil amri dan rukyahnya berselisih pendapat, maka keputusan hendaklah merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, berdasarkan ketetapan ini maka ulil amri tidak boleh membuat ketetapan yg sama sekali bertentangan dgn atau berbeza dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itulah, ulil amri tidak boleh buat keputusan yg bercorak atau bersifat 'maksiat'. [Nota: Sesuatu itu maksiat jika tiada dalam ketetapan al-Quran ataupun as-Sunnah. Semua ketetapan yg brlainan dari al-Quran dan as-Sunnah adalah maksiat. Wajib ditolak.]
Sehubungan itulah sebagai contoh Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan bahawa 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau bid'ah itu adalah suatu kemaksiatan, kerana Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan: 'Man amala amilanlaisa minni fahuan raddun' (yg bermaksud: Sesiapa yg membuat atau mengerjakan sesuatu amalan (wajib ataupun sunat) yg tidak didatangkan atau dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), maka amalan tersebut ditolak atau tidak diterima'. Justeru itu, kalau Rasulallah (s.a.w) beritahu setiap pembaharuan atau setiap bid'ah adalah sesat, maka tidak wajar bagi seorang iman, menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan menerima ketetapan manusia (termasuk ulil amri). Umat Islam yg akui dirinya beriman pasti tidak mengamalkan sesuatu yg jelas bid'ah! melakukannya, bererti membuat suatu maksiat dalam Islam. Kesannya? Semua amalannya batal, tidak daat pahala, malah tidak sekali-kali diterima. Paling serius segala amalannya - wajib maupun sunat - ditolak. Sia-sia saja beramal atau beribadah!
Insya Allah, kita akan teliti lebih lanjut dalam post yg akan muncul contoh-contoh bid'ah dan akibatnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment