Assalamualaikum,
Saudara, kita telah jelaskan dalam beberapa post, termasuk post sebelum ini bahawa syariat Islam yg benar mengikut al-Quran dan as-Sunnah itu, adalah dgn berjema'ah atau secara berjema'ah. [Nota: Kita akan teliti kemudian nanti jema'ah yg macam manakah yg dimaksudkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya.]
Kalau umat islam telah diperintahkan atau diwajibkan berjema'ah, kalau tak berjema'ah bagaimana? Apa akan jadi? Kita lihat sepotong hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Berkhutbah Omar di tanah Jahbiyah, maka berkata dia: ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh berdiri di kalangan kamu sebagaimana berdirinya Rasulallah (s.a.w) di kalangan kami (suatu masa) (di sini), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Usikum biashabi thummal-lazina yalunahum thummal-lazi yalunahum thumma yafsyul-kazibu hatta yahlifar-rajulu wala yustahlafa wa-yasyhada as-syahidu wala yustasyhada ala la yakhluanna rajulun biamraratin illa kana thalithahuma as-syaitanu ‘alaikum bil-jama-ati wa-iyakum wal-firqata fains-syaitana ma’a wahidi wahua minal ithnaini ad’adu man arada buhbuhatal-jannati fal yalzamil- janma’ata man sarrathu hasanatuhu wa-saat-hu saiyiatuhu fazalikal-mukminu) [Maksud (sabda): Aku wasiatkan kepada kamu sekelian dengan (kehadiran) beberapa sahabatku (khalifah yang empat) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, yang mengikuti) mereka (yakni, para tabi’in) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, mengikuti) mereka (yakni, yang mengikuti at-tabi’in, iaitu para tabi’ahum), kemudian tersiarlah dusta atau pendustaan sehingga bersumpah seorang lelaki dan tidak diminta dia bersumpah, dan meminta menjadi saksi lelaki dan tidak (pula dia) diminta (atau disuruh) menjadi saksi; ingatlah tidak menyendiri (atau menyepi, yakni berkhalwat) seorang lelaki dengan seorang perempuan kecuali ada yang ketiga kepada mereka berdua itu syaitan; wajib atas kamu dengan berjemaah dan takutilah (yakni, jauhilah) kamu sekelian berfirqah (yakni, berpecah belah menubuhkan perkumpulan), maka sesungguhnya syaitan itu berserta dengan orang yang berseorangan dan dia (syaitan) itu orang kedua (padanya), lebih jauh, barangsiapa inginkan (berada) di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia menetapi (ikuti) jamaah; barangsiapa menyenangkan (atau menggembirakan) seseorang Islam dan iman yang lain (maka) kebaikan baginya (di akhirat kelak); (barangsiapa) medatangkan keburukan (atau mempersulitkan) atas orang Islam dan iman yang lain, maka keburukan baginya (di akhirat kelak); demikian itu sifat-sifat orang yang beriman (yakni, ada yang buruk dan ada yang baik perangai).] [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan (fitnah)]
Saudara, ada banyak nasihat Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini. Tapi, bagi tujuan penjelasan kita tentang konsep dan hakikat berjema'ah dalam Islam itu, kita hanya lihat farsa atau ungkapan yg penulis boldkan; iaitu sesiapa yg inginkan kepastian berada di tengah-tengah syurga, yakni pasti tidak tergelinciri terjerumus ke dalam neraka, maka wajib bai mereka anuti Islam secara berjema'ah dan sentiasalah berada dalam jema'ah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu ahawa sesiapa yg keluar dari jema'ah maka jika ditakdirkan sampai ajal mautnya, maka mereka mati dalam keadaan jahiliah! Saudara, masyarakat jahiliah kekal alam neraka,. Tak mungkin dapat syurga! Supaya kita pasti mendapat syurga, maka wajiblah kita anuti Islam dgn berjema'ah.
Saudara, apa kata Omar ibni Khattab (r.a), khalifah kedua Islam selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w). Kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Dariyi berkata: ‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar (r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘Wahai masyarakat Arab! Dunia! Dunia! (maksudnya, janganlah dilekakan oleh kehidupan dunia) Sesungguhnya tidak atau bukan (dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah kecuali dengan berimam (yakni, dangkat menjadi Imam seorang dari kalangan mereka jemaah Islam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rokyah atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang faqih (yakni, kefahaman tentang Islam sedemikian) ada kehidupan (yakni, tenteram, selamat dan bahagia) bagi imam mereka dan ada kehidupan bagi mereka (kaumnya). Barangsiapa memilih imam mereka kerana pertimbangan selainnya kefaqihan (tentang Islam secara berjemaah) ada baginya (imamnya) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith ad-Daramiyi]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umatnya bahawa Omar (r.a) bercakap dgn benar. Dan, Allah (a.w) meletakkan kebenaran pada lisan atau kata-kata Omar (r.a). malah dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu dua perkara: pertama, kata-kata Omar (r.a) adalah benar. Malah kerana kata-kata Omarlah yg Allah (s.a.w) menurnkan beberapa ketetapan atau perintah. Kedua, Rasulallah (s.a.w) memberitahu, kalaulah selepas beliau wafat, Allah (a.w) ingin mengutus seorang utusan atau melantik seorang nabi, maka orang itu adalah Omar b Khattab (r.a). [Nota: kalaulah orang yg mengakui dirinya Islam mengaji as-Sunnah, pastilah dia tidak angkat dirinya sebagai 'rasul' atau 'nabi'.]
Hadith memberitahu empat ciri jema'ah Islam yg dimaksudkan oleh al-Quran dan as-Sunnah iaitu: Pertama, kita yg Islam hari ini, belum dikira Islam selagi tidak berjema'ah' . Maksudnya, kalau tak berjema'ah beum sah Islamnya kita]. Kedua, sesuatu perkumpulan umat Islam atau jema'ah itu belum diiktiraf berjema'ah kalau tiada seorang yg memimpin jema'ah umat Islam tersebut. Pemimpin islam itu adalah Rasulallah (s.a.w) zaman hidup beliau. Apakala beliau wafat, umat Islam dpimpin oleh seorang 'khalifah'. Dan, zaman selepasnya kepimpinan Islam itu digelar 'al-Mslik atau Raja) atau Imam atau Amir (spt Amirul Mukminin (maksud: Pemimpin orang Iman). Ketiga, Rasulallah (s.a.w) menyebut pula, tiadalah institusi keImaman itu wujud jika rukyah atau jema'ah umat Islam itu tidak taatkan Imam atau Amir mereka. Keempat, di dalam hadith lain diwebutkan tiada ketaatan selagi tidak ada 'bai'at' atau ikrar taat setia terhadap Imam atau Amir. Kemudian, Rasulallah (s.a.w) memberitahu jema'ah umat Islam akan tenteram, aman, bahagia dan brjaya jika yg memimpin dan yg dipimpin itu faham tentang Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak akan purak puranda dan huruhara serta tidak sejahteralah jema'ah Islam dalam hidup mereka semasa di dunia.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment