Monday, May 23, 2011

Kewajipan Berjema'ah Dalam Islam: Jangan Berfirqah

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun mula meneliti ketetapan Islam sebagaimana yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah bahawa Islam itu adalah ugama yg dianuti oleh manusia secara berjema'ah atau dgn berjema'ah. Dan, berkaitan dgn itu juga Allah (a.w) perintahkan supaya umat Islam jangan sekali-kali berfirqah atau berpecah belah, yakni menubuhkan perkumpulan berbagai dan menubuhkan kelompok yg tidak sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.Saudara, kita telah lihat dalam Ayat 103, Surah ali-Imran perintah Allah (a.w) '... Peganglah tali (Ugama) Allah (a.w) dgn berjema'ah dan jangan berfirqah...' Dan, dalam hadith Muslim yg kita rujuk kalimah yg sama digunakan oleh Rasulallah (s.a.w). malangnya, para ilmuwan Islam dan para ulama' Islam hari ini mentafsirkan kalimah 'jami'an' itu sebagai 'kesemuanya' atau 'keseluruhannya'. Ada yg kata kalimah itu merujuk kpd 'al-Quran' yg 30 juz itu. Tiada satu kumpulan umat Islam atau para ilmuwan atau ulama'pun, termasuk Persatuan Ulama' Malaysia yg tafsirkan 'jami'an' itu sebagai merujuk kpd 'jema'ah' atau 'secara berjema'ah' atau 'dgn berjema'ah'. Ayat 103, Surah ali-Imran dan hadith Muslim yg kita rujuk juga menyebut bahagian kedua konsep jami'an itu, iaitu 'wa-la tafarraqu' yg bermaksud jangan berfirqah atau mberkumpulan atau secara longgarnya 'jangan berpecah belah' atau 'jangan bercerai'.Para ulama' arus perdana mentafsirkan 'firqah' ini mereka yg tidak termasuk dalam kumpulan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' dan mereka penuh yakin bahawa pengikut 'mazhab perdana' yg empat - as-Syafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi - adalah termasuk dalam golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Maka mereka bukan tergolong kumpulan yg berfirqah atau terpisah dalam Islam.
Saudara, kita telahpun lihat hadith berikut dalam blog ini mengenai perpecahan dalam umat Islam ini. Mereka yg mengaji ilmu as-Sunnah pasti akan menemui hadith ini. 
Menceritakan hadith oleh Safuan Nahwahu berkata: ‘Menceritakan hadith Azhar b Abdullah al-Haraziyu hadith dari Abi ‘Amirin al-Hauzani hadith dari Muawiyah bin Abi Sufiyan bahawasanya dia berdiri di kalangan kami (sahabat-sahabatnya), maka berkata Abu Sufiyan: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) berdiri di kalangan kami (sahabat), maka bersabda dia: ‘Ala inna man qablakum min ahli kitabi iftaraqu ‘ala thintaini wa-sab’ina millatan, wain hazihil-millata sataftariqu ‘ala thalathina wa-sab’ina thintani wa-sab’una fin-nari wa-wahidatun fil-jannati wahial jama’atun.' [Yg bermaksud: Ingatlah bahawa orang-orang sebelum kamu (yakni, sebelum datangnya Islam, yakni kaum Yahudi dan Nesrani) telah berpecah atas tujuh puluh dua (72) golongan (atau ugama), dan sesungguhnya ini golongan (yakni, ugama Islam) berpecah atas tujuh puluh tiga (73) golongan, tujuh puluh dua (72) golongan di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga, iaitu mereka yang Islam secara berjemaah.] [Hadith Abu Daud]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya sebelum beliau wafat bahawa umat Islam akan berpecah atau berfirqah menjadi 73 firqah atau golongan atau kumpulan atau mazhab. Kesemuanya akui bahawa mereka Islam dan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi 72 golongan atau firqah atau mazhab - golongan yg majoriti - tidak berjaya mendapat syurga, malah masuk neraka. hanya satu golongan sahaja yg masuk syurga. Mereka itu mempunyai dua sifata atau ciri. Dalam hadith di atas itu satu cirinya disebutkan iaitu 'wa-hial jama'atun' (yakni, 'mereka berjema'ah dalam Islam.' Dalam hadith yg lain pula, Rasulallah (s.a.w) memberitahu mereka itu adalah umat Islam yg berpegang atau berpandukan 'ma ana alaihi wa-ashabi' (yg bermaksud: Apa-apa yg aku (Nabi) berada di atasnya (jalanku atau peraturanku atau ketentuan yg aku (Nabi) sampaikan atau bawakan) dan apa-apa yg para sahabatku berada di atasnya (jalan atau peraturan sahabatku). Maksudnya: Sunnahku dan sunnah khalifah yg empat terebut. Sahabat di sini merujuk kpd khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin - Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu 'anhum.
Saudara, sekali imbas seolah-olah hadith ini mempunyai kontradiksi (contradiction)! Kalau kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah , mengapakah kita tak dapat syurga? Kerana Allah (a.w) berfirman pada Ayat 13, Surah an-Nisa', suatu ketetapan yg mutlak lagi pasti, iaitu sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti masuk syurga? Kalau begitu mustahillah kalau kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, kita tak dapat syurga!
Jelaslah, kita tidak faham Islam, maka dgn itu, kita tergolong dalam golongan yg Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi tak berjaya dapat syurga, sebaliknya dapat neraka, wal iya zubillah. mengapa?
Jawapannya mudah saja. Rasulallah (s.a.w) berpesan kpd kita umatnya: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu in ma tamasaktum bihima, kitaballaha wa-sunnatin nabiyi' (yg bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan pada kamu sekelian dua perkara (i.e. hazanah ilmu dan panduan), tidak sekali-kali akan sesat kamu sekelian jika kamu sekelian berpegang kpd kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah).' [Hadith ramai periwayat, termasuk Imam Malik]
Janji Rasulallah (s.a.w), sebagaimana janji Allah (a.w) adalah benar dan pasti. Kerana Rasulallah (s.a.w) bercakap atas dasar wahyu Allah (a.w). Dia tidak bercakap sembarangan.
Sudah pasti kita yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah tidak sekali-kali akan sesat, yakni mustahil sesat, yakni pasti dapat syurga kerana itulah janji Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' itu.  Tapi, dgn syarat kita jadikan Rasulallah (s.a.w) itu model ikutan kita (yakni, uswatun hasanah) (Ayat 24, Surah al-Ahzab). Rasulallah (s.a.w) memberitahu jika kita berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah pasti sesat. Jadi, berpandukan kitab-kitab karangan manusia atau ulama' pasti sesat. Berpandukan cakap-cakap dan kata-kata atau pendapat para ilmuwan walau setinggi manapun ilmu mereka dan setebal manapun tesis yg mereka tulis atau walau sehebat manapun universiti mereka mendapat ilmunya, pasti sesat. [Nota: Ingatlah bahawa dalam perkara syariat Islam, Allah (a.w) melarang dgn keras orang yg menulis kitab atau buku, kerana seringkali mereka terjebak dalam pendustaan, apakala menyebut sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah]. Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu dalam banyak hadith, antaraya: Sesiapa yg mengamalkan sesuatu amalan yg tidak dibawakan oleh aku (Nabi), maka amalannya atau ibadahnya ditolak atau tidak diterima Allah (a.w). Maka dgn itu walaupun seseorang itu jadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan hidupnya dalam Islam, tetapi pada masa yg sama dia berpandukan selain al-Quran - kitab atau ajaran atau cakap-cakap atau ajakan manusia - maka pasti akan sesat juga. Justeru itulah, demi mencari dan mendapat kepastian yg kita selamat dalam Islam, kita wajib mengaji dan belajar al-Quran dan as-Sunnah dari mereka yg faham dan faqih al-Quran dan as-Sunnah, bukan melihat kelayakan akademiknya atau penampilan mereka, tetapi substance yg mereka ajarkan. Kalau seseorang itu tidak mengajarkan Islam dan syariatnya kpd kita berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah, maka jangan ikuti kerana mengikut hadith di atas itu, kita pasti lambat laun akan sesat. Hanya dgn panduan al-Quran dan as-Sunnah saja kita selamat termasuk dalam golongan yg satu drp 73 golongan yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu. Maka dgn itulah frasa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu merujuk kpd dua syarat atau pra-syarat; iaitu: pertama, berpedomankan as-Sunnah; dan kedua, berjema'ah. Kerana al-Quran dan as-Sunnah menyuruh kita umat Islam dua perkara ini - ikuti as-Sunnah semata-mata dan berjema'ah dalam Islam!
Jelasnya, jika kita berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah atau kita belum faham al-Quran dan as-Sunnah kemudian cuba memahami Islam dgn berpandukan kitab karangan manusia, kita pasti tersesat dan berfirqah!
Mudah-mudahan saudara faham apa yg ingin disampaikan dalam post (dan juga blog) ini, demi kebajikan dan kesejahteraan akhirat kita semua.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment