Assalamualaikum,
Saudara, alhamdulillah, kita telah dapat ilmu yg haq menyentuh amalan memandikan mayat, mengkafankannya dan mensolatkannya dan kemudian menyemadikannya ke dalam kubur. Mudah-mudahan pembaca yg dapat ilmu ini akan tidak melepaskan peluang meraih pahala dari amalan yg rengkas lagi mudah, tetapi mendapat ganjaran pahala yg amat banyak.
Saudara, adakah wajib kita mensolatkan jenazah? Kita pernah dengar cakap-cakap ustaz dan tok guru ugama, contohnya, bahawa mensolatkan jenazah itu satu kewajipan yg disebutkan fardu kifayah - yakni, sekumpulan orang Islam kerjakan maka melepaskan tanggungjawab atas masyarakat orang Islam setempat, walaupun ramai yg tidak melakukannya.
Diriwayatkan hadith dari 'Imran b Hussein berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesungguhnya bagi saudara kamu (dalam Islam dan iman) ketika mati dia, maka berdirilah dan maka solakanlah atasnya (yakni, jenazahnya).' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith pendek ini memberikan nas dan dalil syariat Islam bahawa seseorang Islam yg mati itu hendaklah disolatkan jenazahnya oleh orang Islam. Dalam post yg lalu kita diberitahu bahawa jika sekumpulan orang iman yg tidak pernah syirikkan Allah (a.w) seramai 40 atau 100 orang, maka yg mensolatkan dan yg disolatkan (i.e. simati) mendapat syafaat Allah (a.w). Insya Allah dalam post yg akan datang kita lihat pula bagaimana cara dan kaedah mengerjakan Solat Jenazah. [Nota: Semua kita pernah suatu masa atau ketika terlibat dalam mensolatkan jenazah ini. Terutama mereka yg ke tanah suci menunaikan Haji atau Umrah sering terlibat selepas solat-solat fardu selesai, akan ada Solat Jenazah tersebut diadakan. Yg hendak dimaklumkan dalam blog ini adalah mengenali asas ilmu serta kaedah dan cara solat tersebut berdasarkan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Kerana, solat kita - apa jua jenis atau bentuk solat - hanya diterima Allah (a.w) jika didasari oleh ilmu atau sejajar dgn apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (yg bermaksud: 'Bertsolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat' [Hadith Bukhari]. dan, sejajar dgn Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 36, Surah al-Isra', segala amalan dan ibadah hendaklah didasarkan kpd ilmu - al-Quran dan as-Sunnah - dan jika berlainan dari apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka solat kita tidak mendapat ganjaran apa-apa. Kita bersolat tapi dikira tidak bersolat!]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment