Assalamualaikum,
Hari ini dilapurkan dalam akhbar Kosmo bahawa PM Jepun Nauto Kan mendapat gaji 1,0 juta Yen (=RM 59,197.00) sebulan sebagai Perdana Menteri Jepun dan sejumlah 800,000 Yen (=RM 29,595.00) sebulan sebagai wakil rakyat. Jumlahnya kira-kira 1.8 juta Yen (= RM 88,782.00) sebulan.
kalau kita bandingkan pula gaji PM Jepun ini dgn gaji ketua eksekutif mana GLC Malaysia ( spt MayBank, Telekom, TNB, Tabung Haji, FELDA, PNB (Pengerusi dan juga CEOnya), KWSP, MRCB) camne? Tak silap dilapurkan dalam akhbar tak lama dahulu kerana ditanya dalam Parlimen, mereka mendapat gaji bulanan, selain saham murah GLC (ESOS) tersebut, melebihi gaji PM Jepun itu. [Nota: Gaji sebulan RM 80,000.00 x 12 = RM 960,000.00 + Bonus 5 bulan = RM 1.3 juta setahun! Semua Group MD/CEO GLC menjadi jutawan selepas tak sampai dua tahun bekerja). Nor Mohamad, ketika menjadi Menteri Kewangan ke-2 dulu anjurkan eksekutif dibayar gaji lumayan supaya dapat lantik /corporate brains' dari univerisiti menara gading luar negara spt Cambridge, Oxford, London dll. dan mereka disuruh utamakan prestasi melalui KPI dan jangan dipengaruhi oleh emosi perkauman, yakni beri kedudukan istimewa kpd kilen mereka orang Melayu atau Bumiputera!
Anihnya, kesemua syarikat GLC ini adalah milik kerajaan. Kalau Teh Hong Piow mendapat gaji bulanan yg tinggi, tak hairan, kerana majoriti saham Public Bank itu miliknya sendiri. Begitu juga dgn YTL sebagai contoh Francis Yeoh miliki saham terbanyak YTL dan syarikat-syarikat dalam kandang YTL. Tapi, GLC adalah milik kerajaan (yakni, rakyat) punya. Rakyat tak dapat untungpun. Caj letrik TNB dan cag telepon (TM) naik. Bayaran hajipun naik. Bayaran kpd produk peneroka FELDA tak naik banyak manapun. Tapi, FELDA kaya dan CEOnya dapat gaji tinggi - tak munasabah bak kata orang politik dalam Parlimen. Begitu juga dgn PNB, tak banyak manapun dividen tahunannya.
Demikianlah lumrah dunia. Orang yg membuat dasar dan orang yg melaksanakan dasar yg tidak adil dalam Islam pasti dipertanggung jawabkan kelak di akhirat. Di dunia semua orang terlepas. Di akhirat, tiada tempat nak berlindung ...
No comments:
Post a Comment