Sunday, May 1, 2011

Apa Imam Mazhab Kata

Assalamualaikum,
saudara, hari inikita yg Islam sering bertelagah dan sering berbantah, kerana kekeliruan kita tentang mazhab dan fahamn mazhab, sehinggakan kita membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah dalam kejahilan. Semua ini brlaku kerana mereka yg mengajarkan islam kpd kita mendasarkan ilmunya dari ilmu turun temurun berzaman, tanpa menyemak apakah ilmu yg kita terima itu benar? Sejjar dgn ketetapan Allah (a.w) mengikut al-Quran? Atau, sejajar dgn ajaran dan petunjuk Rasulallah (s.a.w)? Dalam banyak perkara, kita terima bulat-bulat Islam kerana kita lahir Islam. Tidak ada usaha kita untuk mengaji dan belajar Islam dengan mempelajari al-Quran dan as-Sunnah. Dalam kejahilan, kita beramal dan kerajakan ibadah.
Begitu jugalah dgn fahaman kemazahaban yg kita terima dari nenek moyang kita. Apakah itu sebenarnya fahaman kemazahaban? Atau, sudah timbul penyimpangan dalam fahaman kemazhaban sendiri. kerana orang yg menjadi pendokong fahaman kemazhaban tersebut, tidak kembali kpd ajaran asal mereka yg kita kata pengasas mazhab. kalaulah kita tumpukan masa untuk mempelajari dan memahami al-Quran dan as-Sunnah, maka pastilah kita berada di landasan yg benar yg membolehkan kita berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Dalam post ini kita teliti pendirian mereka yg dikatakan pengasas fahaman kemazhabn suaya kita tahu realiti asas ajaran mazhab.

Apa Imam asy-Shafie Kata 
(Mazhab asy-Syafie)

Imam as-Syafie berkata: ‘Setiap masalah itu jika di dalamnya terdapat hadith sahih dari Rasulallah (s.a.w) menurut para pakar hadith, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk (yakni, tarik balik) di dalam hidupku dan setelah aku mati.’ [al-Hilyah 9/107, al-Harawi 4/71] 
Imam as-Syafie juga berkata: ‘Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadith yang sahih yang diriwayatkan dari Rasulallah (s.a.w) menyanggahi pendapatku, maka hadith itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku (i.e. ikutilah ketetapan hadith itu).’ [al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala 10/34,Beirut, Muassasah al-Risalah]
Juga Imam as-Syafie berkata: ‘Setiap hadith daripada Rasulallah (s.a.w) adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya dariku. [al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala 10/35] 
Katanya lagi: ‘Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya suatu sunnah daripada Rasulallah (s.a.w), maka tidak boleh meninggalkannya (i.e. menolak sunnah itu) kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.’[ibnu Qaiyim al-Jauziah, ‘iilam al-Muaqqi’in 2/263] 
Katanya lagi: ‘Setiap perkara yang telah aku perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama’ hadith daripada Nabi (s.a.w), maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas matiku.’ [ibnu-Qaiyim al-Jauziah, ‘iilam al-Muaqqi’in 2/266] 
Katanya lagi: ‘Apabila sahihnya sesuatu hadith maka itulah mazhabku.’ [al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala, 10/35] 

Apa kata Imam Abu Hanifah 
(Mazhab Hanafi) 

Imam Abu Hanifah: ‘Tidak dihalalkan bagi seseorang berpegang kepada perkataan kami (i.e. Abu Hanifah), selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.’ [Ibnu Abdl Barr, al-Intiqa’u fi- fada’ilits Tsalasatil A’immatil Fuqaha’i. m.s 145] 

Apa Kata Imam Malik b Anas 
(Mazhab Maliki) 

Imam Malik berkata: ‘Sesungguhnya aku ini adalah seorang manusia yg kadang kala salah dan kadang kala benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapatku yang sesuai dengan al-Quran dan as-Sunnah, maka ambillah. Dan setiap (pendapatku) yang tidak sesuai dengan al-Kitab (i.e. al-Quran) dan as-Sunnah, maka tinggalkanlah.’ [Abd Barri di dalam al-Jami’, 2/32] 

Apa Kata Imam Ahmad ibn Hanbal 
(Mazhab Hanbali) 

Imam Ahmad ibnu Hanbal berkata: ‘Janganlah engkau taklid (i.e. mengikuti) kepadaku dan janganlah engkau mengikuti Malik, Syafie, Auza’i, dan at-Tsauri. Tapi ambillah dari mana mereka mengambil (i.e. sumber pendapat mereka).’ [al-Fulani 113, dan ibnu al-Qayim di dalam al-Ilam, 2/302] 
Saudara, itulah rumusan ajaran yg dibawakan oleh empat tokoh imam yg dikatakan pengasas fahaman kemazhaban. Yg lebih utama bukan fahaman mazhab. Yg paling utama adalah kita ilmukan diri kita dengan mengaji dan pelajari al-Quran dan as-Sunnah, maka kita akan faham Islam dan tuntutannya. As-Sunnah akan menunjukkan kita jalan ke syurga itu. Inilah yg disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) yang berkata bahawa sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) pada suatu ketika telah bersabda: ‘Sesungguhnya ada pada kamu dua perkara, iaitu kalam (yakni, kitab Allah (a.w), maksudnya al-Quran)) dan hidayah (yakni, petunjuk Rasulallah (s.a.w)). Maka sebaik-baik kalam itu ialah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sebaik-baik hidayah itu adalah hidayah Nabi Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, dan takutlah kamu semua, dan perkara-perkara yang tidak baik itu adalah pembaharuan (dalam urusan atau perkara ugama) yang diada-adakan (yakni, yang tiada dalam as-Sunnah), dan tiap-tiap pembaharuan itu bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan).’ [Sebahagian Hadith Ibnu Majah] 
Saudara, kalaulah kita akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) ini, pasti kita selamat dan berjaya mencari dan mengikuti jalan ke syurga itu. Kita tidak perlukan mazhabpun... 

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment