Monday, May 2, 2011

Aqidah Islam: Tauhid, Mentauhidkan Allah (a.w)

Assalamualaikum,
saudara seseorang Islam itu yakin 100% dia tentang wujudnya Allah (a.w), tuhannya yg esa, yg dia wajib mengabdikan diri kpdNya. Inilah ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa liya'budini ...' (yg bermaksud: Dan, tidaklah Aku (allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk memperhambakan diri mereka kpdKu ...'). Mak dgn itulah orang Islam itu mengucapkan kalimah: 'Asyhadu allailaha ilallah' (yg bermaksud: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Allah (a.w)). Itulah kalimah tauhid. Kemudian, seseorang Islam juga berikrar: 'wa-asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa-rasuluhu' (yg bermaksud: Dan, aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah hambaNya dan UtusanNya Allah (a.w)).' Maka, dengan mengucap dua kalimah syahadah itu, maka dia menjadi Islam secara lahiriah sahaja. Orang Islam yakinkan wujudnya Allah (a.w) yg wajib dia sembah dan laksanakan segala sesuatu yg diperintahkan oleh Allah (a.w). Kemudian dia mengakui bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah hamba pilihan Allah (a.w) yg diangkat oleh Allah (a.w) sebagai Rasul atau Utusan untuk menyampaikan perintah Allah (a.w) kpd manusia, mengajarkan manusia bagaimana memperhambakan diri mereka kpd Allah (a.w), iaitu apakah yg wajib dia lakukan - amalan dan ibadah - menepati ketentuan Allah (a.w) dalam konteks bentuk-bentuk dan kaedah serta cara mengamalkan dan mengibadahkan segala sesuatu yg diperintahkan oleh Allah (a.w).
Saudara, mengucapkan dua kalimah syahadah itu adalah tiket untuk menjadi orang Islam. Namun, belum diakui secara hakiki Islam jika tidak mengerjakan segala sesuatu yg diperintahkan oleh Allah (a.w) melalui RasulNya. Maka dgn itulah umat Islam itu diperintahkan pada Ayat 13, Surah an-Nisa': ' ... wa-man yuti'illaha wa-rasulahu yudhilhul jannatin ...' (yg bermaksud: 'Barangsiapa yg mentaati Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan (barangsiapa yg) mentaati Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), maka dimasukkan (oleh Allah (a.w)) ke dalam syurga ...') [Ayat 13, Surah an-Nisa']. Seseorang yg setelah mengucapkan dua kalimah syahadah kemudian tidak mematuhi perintah ayat ini, belum Islam secara kerohaniannya. Kulitnya Islam tetapi isinya kosong. [Nota: Kita akan tahu bahawa sesiapa yg tidak lakukan apa yg disuruh, maka dia secara langsung atau tidak disedari, terkeluar dari Islam] Ayat tersebut selain menyuruh lakukan sesuatu, maka counterfactualnya pula, kalau kita tak ikut, maka mereka tertakluk kpd ketetapan Ayat 14, Surah ani-Nisa': 'Wa-man ya'sillaha wa-rasulahu wa-yata'adda hududahu, yudhilhu naran ...' (yg bermaksud: Dan barangsiapa yg menentang Allah (a.w) (yakni, tak ikuti ketetapan al-Quran) dan (barangsiapa yg) menentang Rasulallah (s.a.w) (yakni, tidak ikuti as-Sunnah), dan melanggar ketetapan-ketetapan Allah (a.w), maka dimasukkan ke dalam neraka ...' [Ayat 14, Surah an-Nisa']
Jelasnya, kalimah syahadah sahaja tidak cukup, tetapi hendaklah kerjakan apa-apa yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itu kita diberitahu melalui Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa' di atas itu akibat mereka yg mengikuti ketetapan dan yg tidak mengikuti ketetapan tersebut. Kalau akur, maka dapat syurga dan kalau ingkar, maka dapat siksaan di neraka. Bersyahadah sahaja tak cukup, yg mencukupkan kalimah syahadah itu adalah pengisiannya, yakni amalan dan badah.
Saudara, setiap yg Islam itu dia mentauhidkan (yakni, mengesakan) Allah (a.w). Ada tiga unsur dalam ketauhidan itu: iaitu, pertama, yg disebutkan oleh para ulama' sebagai 'tauhid rububiyah', iaitu Allah (a.w) itu sahaja Tuhan bagi manusia, tiada tuhan selainnya, dan menyakini tiada sesuatupun yg memiliki kekuasaan sebagaimana Allah (a.w) memiliki kekuasan yg mutlak; kedua, apa yg disebutkan oleh para ulama' sebagai 'tauhid al-asma wal-sifat', itu sifat-sifat Allah (a.w) jelas dari 99 namaNya yg secara langsung menunjukkan kekuasaan Allah (a.w) itu; dan ketiga, apa yg disebutkan oleh para ulama sebagai 'tauhid uluhiyah' iaitu selain mempercayai keEsaan Allah (a.w) dan tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah (a.w), kita mengamalkan pengabdian kpd dan terhadap Allah (a.w) sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Seorang yg beriman itu wajib baginya memahami serta beriktikad dgn ketiga-tiga dimensi ketauhidan ini. Semua yg Islam faham dgn unsur pertama, tauhid rububiyah ini, dia juga, melalui ilmufaham bahawa kekuasaan Allah (a.w) dirangkumi dalam sifat-sifat dan mana-namaNya, yakni tauhid al-asma wal-sifat ini; dan yg paling utama adalah penterjemahkan ketauhidan dan aqidah tauhid uluhiyah ini melalui amalan dan ibadah.  
Saudara, disebutkan bahawa tauhid rububiyah ini adalah bahawa seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman itu sentiasalah menyakini dirinya bahawa dia lakukan segala sesuatu kerana Allah (a.w), dgn mengharapkan kerahmatanNya. Dan, untuk menjadikan dia sebenar-benarnya orang Islam dan beriman sentiasalah dia, berdasarkan tauhid uluhiyah itu, melakukan segala sesuatu yg diperintah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Ini adalah manifestasi pengabdian manusia yg akui dirinya Islam dan beriman.
Saudara, hari ini semua orang Islam akui keEsaan Allah (a.w), namun mereka abaikan amalan dan ibadah atau mereka kerjakan pelbagaia amalan dan ibadah, tetapi tetapi tidak menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Ada kepercayaan yg bersifat syirik spt amalan kurafat dan tahyul, tidak berpandukan as-Sunnah atau berpandukan as-Sunnah tetapi mencampur-adukkan dgn ajaran manusia spt taqlid dan bid'ah. Maka dgn itu, mereka rugi kerana mengabaikan tauhid uluhiyah walaupun kononnya dia yakin dgn tauhid rubbubiyah. Justeru itu, yakin tanpa amalan tidak membenarkan keIslaman kita. Yakin sahaja adalah seumpama satu buah yg cantik kulitnya tapi kosong isinya. Apabila dikerjakan segala perintah dan suruhan Allah (a.w) maka ada pengisian ketauhidan kita. kalau dicampuradukkan pula maka isinya sudah tercemar, sebagaimana isi buah itu dimakan oleh kumbang atau ulat, tidak lagi berguna.

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment