Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan pengajian kita tentang syariat Islam mengenai kewajipan mensolatkan jenazah. Kita telahpun teliti beberapa ketetapan mutlak tentang memandikan dan mengkafankan mayat. Kali ini kita lihat beberapa keuntungan akhirat yg kita dapati mensolatkan mayat.
Diriwayatkan hdith dari Suhail hadith dari bapanya hadith dari abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa mensolatkan atas jenazah (umat Islam yg iman) tetapi tidak mengikuti mayat (yakni, tidak menemani mayat ketika di bawa ke perkuburan untuk disemadikan) maka baginya pahala satu 'qirat'; maka jika mengikuti dia (akan mayat ke kuburnya), maka baginya pahala dua 'qirat'.' Dikatakan (yakni, ditanyakan oleh sahabat): 'Dan pa dia dua 'qirat' itu?' Bersabda Nabi (s.a.w): '(Satu 'qirat' itu) Paling kecilnya (atau sekecil-kecilnya) kedua-dua (Qirat) itu adalah semisal gunung Uhud.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa sekirang kita mensolatkan jenazah (yakni, Solat Jenazah), maka kita mendapat pahala satu 'qirat'. Satu qirat itu besarnya adalah sebesar satu gunung Uhud. kalau kita solatklan atau bersama-sama dgn orang yg mensolatkan jenazah, dan kemudian bersama-sama saudara lain menghantar atau mengiringi jenazah ke kbur untuk dikuburkan, maka kita dapat satu 'qirat' lagi. Bermaknakita dapat pahala dua qirat. Ini adalah dalam bentuk pahala yg jika dikumpulkan adalah sebsar gunung Uhud. pahala ini kita terima di akhirat keak. Di dunia kita melambangkan ukhuwah atau persaudaraan sesama orang iman di dunia. Oleh kerana segala sesuatu yg kita lakukan melibatkan perkara ugama, maka setiap langkah perjalanan kita pula diberi ganjaran pahala fi sabilillah.
[Nota: Dikatakan oleh para ulama' gunung Uhud itu adalah suatu bajaran gunung sepanjang 57kM dan selebar 27km. Ada yg menyatakan lbarnya 4 km]
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment