Thursday, May 5, 2011

Aqidah: Islam dan Syariatnya (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, dalam Islam kebenaran itu adalah segala sesuatu yg disebutkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Kerana Allah (a.w) itu yg menjadikan manusia (dan jinn) untuk menghuni dunia ini  serta tujuan diberi peluang hidup di dunia hanyalah untuk mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) dgn mengerjakan amalan dan ibadah dan menjalani kehidupan sejajar dgn yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dgn mencontohi Rasulallah (s.a.w) (Ayat 56, Surah az-Zariat). Aqidah umat Islam itu mengandungi beberapa unsur yg fundamental. Pertama, sumber dan asas segala kepercayaan mengenai Allah (a.w) dan segala yg ghaib (Rukun Iman dan sebagainya) adalah hanya al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran dan as-Sunnah adalah panduan yg lebih dari cukup sebagai panduan manusia untuk mengabdikan diri secara terbaik kpd Allah (a.w) yg pasti menjamin mereka berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka. Kedua, umat Islam yg berada dijalan yg haq itu juga berpandukan as-Sunnah, kerana as-Sunnah menjelaskan dan memperincikan ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran supaya membolehkan manusia melaksanakan segala perintah Allah (a.w) dalam al-Quran yg menepati tujuan akhir segala amalan dan ibadah iaitu mencari kerahmatan Allah (a.w), yakni syurga, dan menyelamatkan diri dari siksaan Allah (a.w), yakni neraka (Ayat 56, Surah al-Isra'). Ketiga, sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan generasi sahabat yg terawal yg berpegang kpd as-Sunnah, bagi menjelaskan lagi perkembangan baru dalam aqidah Islam, sejajar dgn sabda Rasulallah (s.a.w): 'Khairu ummati qarni thummal-lazina yalunahum thummal-lazina yalunahum' (yg bermaksud: Yg terbaik di kalangan umatku adalah generasiiku (khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin), kemudian mereka yg datang sesudah mereka (para tabi'in) and kemudian mereka yg datang sesudah mereka (pengikut tabi'in).' [Hadith Bukhari & Muslim]
Saudara, dikalangan umat Islam arus perdana, mereka juga menambah kpd sumber syariat Islam itu kpd tiga lagi, dua drpnya adalah: qias dan Ijmak. 'Qias' adalah membuat sesuatu ketetapan mengenai Islam bersandarkan kes yg hampir-hampir serupa dalam zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman khalifah yg empat, untuk memadankan dgn keadaan atau situasi zaman kini, supaya keputusan dan ketetapan syariat dalam dibuat dan dilaksanakan. 'Ijmak' ada kesepakatan para ulama bersandakan kepintaran dan kebijaksanaan mereka mentafsir dan mentakrifkan apakah ketetapan yg cocok dalam menyelesaikan sesuatu perkara hukum secara musyawarah dan konsensus di kalangan mereka. Kemudian ada pula sumber kelima, mengikut para ulama' dan ilmuwan arus perdana, iaitu ijtihad iaitu ketetapan yg dibuat oleh kepimpinan jema'ah umat Islam, jika wujud, dgn kesepakatan jumhur ulama' tentang sesuatu hukum yg dianggapkan tidak bersalahan dalam Islam untuk memutuskan sesuatu yg tiada ketetapan yg khusus dalam al-Quran dan as-Sunnah, kata mereka.
Justeru itu, para ulama' dan ilmuwan Islam yg majoriti, atau arus perdana, mengasaskan Islam dan syariatnya kpd 5 sumber, iaitu: pertama, al-Quran; kedua, as-Sunnah; ketiga, qias; keempat, ijmak; dan kelima, ijtihad.
Saudara, kalau kita kaji dan teliti fahaman Wahabbi, mereka juga menggunakan sumber yg lima tersebut. Jadi tidak ada bezanya aqidah para ulama' dan ilmuwan arus perdana dgn aqidah orang yg dilabelkan sebagai Wahabbi. Jika begitu, apa bezanya? Yg membezakan antara aqidah Islam arus perdana dgn aqidah Islam Wahabbi adalah amalan yg bercirikan atau bersifat tahyul, kurafat, taqlid,dan bid'ah. Orang Wahabbi menolak sama sekali sesuatu amalan dan keyakinan terhadap perkara-perkara yg tahyul dan kurafat dan taqlid (yakni ikut membabi buta kata-kata atau cakap sifolan-sifolan tanpa didasarkan kpd al-Quran dan as-Sunnah (i.e. merujuk kpd dan faham) dan bid'ah (iaitu amalan yg mengadakan sesuatu sebagai amalan dan ibadah - bentuk dan sifat, cara dan kaedah beramal dan beribdah - yg sama sekali tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah.
[Nota: Sila ingati bahawa Rasulallah (s.a.w) sebut bahawa tidak ada suatupun pembaharuan atau bid'ah itu tak sesat. Orang Wahabbi yg faham as-Sunnah akan tolak semua bentuk bid'ah. Ini yg membezakan mereka dgn aqidah arus perdana di Malaysia.Sebenarnya, kita yg termasuk dalam golongan arus perdana itu tak faham as-Sunnah, kita ikut mak bapa ataunenek moyang kita aje. Kita tak chek pun mereka betul atau tidak berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Kita pakat ikut aje. kalau mereka silap, mala silaplah kita. Dalam hubunganini ingat semula perintah Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihin ilmun' = jangan buat (amalan dan iabdah dan apa saja menyentuhh syariat dan aqidah Islam) tanpa tahu ilmunya dulu. (Ayat 36, Surah al-Isra')]
Saudara, dalam blog ini kita telah faham bahawa Islam dan syariatnya ditentutkan oleh al-Quran dan as-Sunnah semata-mata. dan, bila kita rujuk kpd 'as-Sunnah' kita memasukkan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin sebagai sebahagian dari as-Sunnah (kerana itu ketetapan Rasulallah (s.a.w) sendiri). Maka dgn itu tiada qias dan ijmak dalam Islam yg haq itu. Ada ijtihad kerana perkara-perkara yg diijtihadkan adalah semata-mata untuk memperkokohkan pandangan serta amalan umat Islam dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w) dalam mencontohi Rasulallah (s.a.w) dalam realiti amalan dan ibadah serta jalan hidup mukmin di dunia. Manusia, walau alim setinggi mana sekalipun, tidak diberi mandat oleh Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) untuk mereka sesuatu yg bersifat ketetapan syariat Islam! Kita wajib faham bahawa ilmu mengenai Islam dan syariatnya adalah al-Quran dan as-Sunnah dan panduan hidup muslim dan mukmin adalah juga al-Quran dan as-Sunnah. Ijtihad dibolehkan berdasarkan Ayat 59, Surah an-Nisa', tetapi tidak boleh bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ini wajib difahami kerana Islam dan syariatnya ditetapkan oleh Allah (a.w) dan diwahyukan kpd RasulNya, maka Rasulallah (s.a.w) yg tahu secara sempurna Islam, dan dia mengajarkan khalifah yg empat, kemudian para sahabat yg rapat dgn mereka, kemudian para tabi'in dbelajar dari sahabat, dan para pengikut para tabi'in pula belajar dari para tabi'in, secara berguru, kekal dgn apa yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka kemurniaan serta ketulinan syariat Islam sedemikian dikekalkan oleh mereka yg mendapat ilmu secara mangkul (berguru) dan berdasarkan musnad (sumber ilmu, iaitu al-Quran dan as-Sunnah) dan muttasil (sanad atau ilmu yg bersambung sampai kpd Rasulallah (s.a.w)). Maka tiada sumber ilmu dan panduan yg lebih haq. Dan, tiada orang lain yg lebih tahu dan faham tentang Islam.
Maka dgn itu kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya beikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa membaca (yakni, memahami) al-Quran (i.e. tahu dia isinya mengenai sesuatu) lalu dia menganggap (atau beranggapan) bahawa ada seseorang yg telah diberikan sesuatu (selain al-Quran) yg lebih utama daripadanya (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) yg telah diberikan kpdnya, maka sungguh-sungguh dia telah menganggungkan sesuatu yg diremehkan oleh Allah (a.w) (yakni, cakap-cakap manusia) dan dia telah meremehkan sesuatu yg telah diagungkan oleh Allah (a.w) (i.e. al-Quran dan as-Sunnah).' [Hadith at-Tobrani]. 
Maka kalau kita berpandukan kitab atau buku karangan mansuia, dan kita tidak pelajari al-Quran dan as-Sunnah, maka kita tergolong orang yg dicerca oleh hadith di atas itu.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment