Tuesday, May 10, 2011

Kematian dan Kefadhalan Surah Yaasin

Assalamualaikum,
saudara, dalam post sebelum ini kita telah mendapat tahu bahawa ada dua surah dalam al-Quran, yg jika kita membacanya ketika malam hari, keesokan harinya beberapa dosa kita diampnkan, iaitu Surah Yaasin dan Surah ad-Dhuhan. Selain itu, kita juga diberitahu membaca Surah Yaasin sekali mendapat ganjaran pahala seumpama membaca al-Quran khatam 10 kali.
Menceritakan hadith oleh Muhammad b al-'Alai dan Muhammad b Makiyi al-Marwaziul-Ma'na, berkata kedua-duanya, telah menceritakan hadith kpd mereka berdua ibnu Mubarrak hadith dari Sulaiman al-Tamiyi hadith dari abi Othman, dan tidaklah dia (yakni, Abi Othman itu orang Yahudi), hadith dari bapanya, hadith dari Ma'qil b Yasar berkata: 'telah bersabda Nabi (s.a.w): 'Bacalah (Surah) Yaasin atas orang yg akan mati dikalangan kamu sekelian.' [Hadith Abu Daud, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith ini menyebutkan suruhan Rasulallah (s.a.w) supaya keluarga orang yg sedang naza' dan akan menemui mautnya supaya membacakan Surah Yaasin di sisinya. Mengikut penjelasan orang yg faham hadith ini, hendaklah bi baca Yaasin itu di sebelah kaki pesakit tersebut setelah diletakkan sebiji batu yg sederhana besar di sebelah telapak kakinya dan disebelah kepalanya, maka dibacakan Yaasin. Dgn cara itu insya Allah, nyawa atau roh orang yg naza' itu akan mudah keluar dari tubuhnya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment