Assalamualaikum,
Saudara, pagi ini kita tengok satu ketetapan as-Sunnah tentang kefadhalan atau pahalanya apabila membaca beberapa surah al-Quran. Sebelum ini, dalam post yg lalu kita telahpun tahu bahawa apabila kita membaca al-Quran kita mendapat 10 pahala bagi setiap huruf yg kita baca. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa satu huruf itu bukan membaca 'alif-lam-mim' tetapi, 'alif' itu satu huruf, 'lam' satu huruf, dan 'mim' satu huruf. Setiap satu mendapat pahala 10 gandaan. Jadi, membaca 'alif-lam-min' dapat ganjaran 30 kebaikan (atau pahala). Begitulah pemurahnya Allah (a.w).
Dalam hadith berikut kita diberitahu pula pahalanya membaca Surah al-Mulk.
Diriwayatkan hadith dari abi Jauza'i hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: 'Berbuat sebahagian para sahabat Nabi (s.a.w) kemah Nabi di atas kubur, dan para sahabat tidak mengetahui bahawa tempat kemah itu didirikan adalah atas kubur. Maka ketika di dalam kemah itu beberapa manusia (yakni, para sahabat) membaca Surah Tabakallazi biyadihil mulk' (yg bermaksud: Maha berkat Allah (a.w) zat yg dgn tangannya segala kerajaan) sehingga khatam surat tersebut. Maka datang Nabi (s.a.w), maka berkata sahabat: 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya aku membuat (yakni, memasang) kemah atas kubur, dan aku tidak menyangka bahawasanya tempat (yg didirikan kemah itu) adalah kubur. Maka di dalam kemah itu beberapa manusia membaca Surah Tabarakal Lazi Biyadihil Mulku' sehingga khatam.' Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesungguhnya ia (Surah al-Mulk) itu adalah surah pencegah (dari gangguan syaitan) dan ia (Surah al-Mulk) itu adalah menyelamat (atau penyelamat), menyelamatkan (orang yg membacanya) dari siksaan kubur.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Tafsir]
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa sesiapa yg membaca Surah al-Mulk dari awal hingga sampai tamat surah itu, kita mendapat dua kebaikan; iaitu: pertama, kita dijagai dari godaan atau gangguan syaitan; dan kedua, kita terjaga dari siksaan kubur ketika kita berada di alam barzah kelak. Oleh itu, amalkanlah. Adakanlah masa untuk membacanya, kalau boleh, setiap hari sekali.
Diriwayatkan hadith dariQatadah hadith dari Abbas al-Jusyamiyi hadith dari abi Hurairah hadith dari Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya ada suatu surah di dalam al-Quran yg mempunyai 30 ayat, ia memberi syafaat kpd orang yg membacanya, sehingga mengampuni baginya (oleh Allah (a.w)) akan beberapa dosanya, (iaitu) 'Tabarakallazi Biyadihil-Mulku' (yakni, Surah al-Mulk).' [Hadith Imam Ahmad ibni Hanbal]
[Nota: Surah al-Mulk itu mempunyai 30 ayat. Disebutkan oleh sesetengah pentafsir bahawa hadith ini juga merujuk kpd al-Quran yg mempunyai 30 juzuk].
Saudara, dalam hadith ini pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa Surah al-Mulk itu adalah memberi syafaat (yakni, pertolongan) kpd orang yg membacanya di akhirat kelak, dan mengampuni beberapa dosa orang yg membacanya. Di dalam penjelasan hadith ini disebutkan juga bahawa al-Quran itu mengandungi 30 juzuk dan sesiapa yg membacanya selalu maka dia mendapat pahala bukan sahaja setiap huruf yg dibacanya, tetapi juga memberi syafaat kpdnya di akhirat kelak. Al-Quran juga mempersaksikan orang yg membacanya di hadapa Allah (a.w) di akhirat kelak, selain memberi syafaat (yakni, pertolongan) di akhirat kelak.
Oleh itu, jadikanlah amalan lazim membaca al-Quran. Sempat-sempatkanlah setiap hari untuk membaca Surah al-Mulk ini dan beberapa surah lain dari al-Quran.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment