Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg sebelum ini kita telah teliti bahawa sesiapa yg membaca Surah al-Mulk diampu Allah (a.w) beberapa dosanya dan terpelihara dia dari siksaan kubur di alam barzah kelak. Kali ini kita lihat pula kefadhalan Surah al-Kahfi.
Diriwayatkan hadith dari Ma'dan b Abi Talhah al-Yakmariyi hadith dari abi Dardak bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hafal sepuluh beberapa ayat dari ayat-ayat awal Surah al-Kahfi, dijaga dia dari kerosakan Dajjal.' Hadith Muslim, Kitab Solat]
Saudara, hadith pendek ini menyebutkan bahawa sesiapa yg berjaya menghafal 10 ayat permulaan Surah al-Kafi itu (dan dia hafal selama-lamanya sehingga mati dia), maka dia dipelihara oleh Allah (a.w) dari ftinah atau huruhara Dajjal yg akan diwujudkan Allah (a.w) ketika dunia hampir kiamat. Saudara, salah satu tanda akan kiamatnya dunia adalah turunnya seorang makhluk yg disebut Dajjal yg akan bermaharaja lela di dunia sebelum kiamat dunia. Ketibaan Dajjal adalah satu drp tanda-tanda dunia akan kiamat. Ketika telah turun Dajjal, orang yg tidak beriman, yakni tidak Islam zaman itu, tidak lagi diterima jika mereka ingin menjadi Islam dan beriman. Orang Islam yg ketika itu masih hidup, kemudian berdosa dan tidak bertaubat dari dosanya, tidak akan diterima taubatnya.
Saudara, jika kita belajar as-Sunnah, kita akan temui banyak hadith menyebut tentang Dajjal ini dan Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bagaimana hendak selamat dari Dajjal itu. Walaupun kita sudahpun mati sebelum sempat menemui zaman Dajjal, namun kita tidak akan terselamat dari Dajjal kecualilah kita memiliki pendinding dari cubaan atau huruharanya. Pendinding utama adalah keimanan dan ketaqwaan. Pendinding yg disebutkan dalam hadith di atas adalah satu drpnya yg mudah kita sediakan untuk diri kita menghadapi Dajjal, iaitu hafal 10 ayat permulaan Surah al-Kahfi itu (yakni, Ayat 1 hingga Ayat 10). Pendinding kedua adalah jangan sekali-kali dibiarkan, ketika kita mati kelak, kubur kita ditandakan dgn apa-apa tanda sekalipun, termasuklah batu nisan. Memadai diletakkan seketul batu di atasnya, kalaulah ingin ditandakan untuk menyenangkan saudara mara dan sahabat handai menziarahi kubur kita, kalaupun ada orang nak ziarah!
Dajjal yg buta mata kanannya, dan terjuntai matanya, akan menjelajah dunia dari Timur ke Barat mencari manusia yg boleh ditariknya menjadi kafir walaupun mungkin ketika itu mereka Islam. Dia mengakui dirinya tuhan kerana Allah (a.w) berikan kpdnya kuasa yg boleh menghidupkan orang yg sudah mati. Maka dgn itu ketika dalam penjelajahannya itu dia temui kubur orang Islam, akan dikoreknya, dan dihidupkannya semula dan disuruh mengakui dirinya tuhan. Dijanjikannya kenikmatan syurga jika akui dia tuhan dan disiksanya menolak dia sebagai tuhan. Orang yg menolak akan dibunuhnya dgn mengoyakkan tubuhnya, dgn dikepaknya kedua kakinya. Ketika itu kita juga merasai kesakitan yg teramat sangat seolah-olah kita masih hidup. Syurga yg dijanjikannya sebenarnya adalah neraka, manakala neraka yg dijanjikannya adalah syurga yg hakiki.
Justeru itu, sesiapa tidak mahu mengakui Dajjal tuhan disiksa dan yg akui Dajjal tuhan akan menjadi bala tenteranya pula. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) (yakni, syariat Islam) menegah atau melarang dibina apa-apa bangunan atau binaan di atas kubur orang Islam, kerana melalui binaan atau tanda-tanda di kubur itu, Dajjal akan tahu itu adalah kubur orang Islam. Akan digalinya, dihidupkannya, dan disuruh pilih dia sebagai tuhan atau tidak. Jika tak mahu dimakannya hidup-hidup. [Nota: Hanya orang yg semasa hidupnya kental iman dan ketaqwaannya yg sanggup cekal ketika berdepan dgn Dajjal, orang Islam biasa pasti lebur imannya, menjadi kafir apabila bertemu dgn Dajjal.]
Disebutkan dalam as-Sunnah bahqawa Dajjal itu tidak dapat masuk hanya dua wilayah, iaitu Mekkah dan Madinah (ie. tanah-tanah haram sekarang). Wilayah-wilayah dunia yg lain akan dijelajahinya. Dajjal hanya akan dibunuh oleh Isa (a.s) yg akan diturunkan Allah (a.w) ketika dunia sudah hampir dikiamatkan, dan Isa (a.s) akan menyebarkan pula syiar Islam syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), walaupun dia tidak mahu mengimamkan solat. Tak lama kemudian, seruling sangkala akan ditiupkan buat kali pertama, dan semua manusia akan mati, dan kemudian ditiupkan buat kali kedua, maka manusia akan dibangkitkan dalam keadaan bogel, berjalan menuju Padang Makhsyar untuk dihisab.[Nota: Dunia akan dikiamatkan pada hari Jum'at]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment