Thursday, May 19, 2011

Dua Ayat Yg Sukar Difahami Orang Islam

Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini kita sering rujuk beberapa firman Allah (a.w) yg amat fundamental bagi aqidah Islam di kalangan orang yg akui dirinya, dan yakin dia bahwa dia, adalah benar berada dalam agama Islam. Dua daripada firman Allah (a.w) itu sering dikelirukan atau tidak difahami oleh orang Islam: pertama, Ayat 103, Surah ali-Imran; dan kedua, Ayat 59, Surah an-Nisa'. Kita turunkan satu drp ayat tersebut dan terjemahan atau tafsirannya, iaitu.
Ayat 103, Surah ali-Imran:
Firman Allah (a.w): 'wa'tasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu ...' (yg bermaksud: Berpegang teguhlah kamu sekelian dgn tali (agama) Allah (a.w) dengan cara berjema'ah dan jangalah kamu berfirqah (atau berpecah belah) ...). Kalimah yg kritkal dalam ayat ini adalah 'jami'an' fan 'tafarraqu'. Para ulama' dan ilmuwan arus perdana, mentafsirkan kalimah 'jamian' itu bermakna 'kesemuanya' atau 'keseluruhannya'. Maksud mereka hendaklah seseorang yg islam itu ambil kesemua syariat Islam itu dan tidaklah diambil pakai sebahagian dan ditinggalkan sebahagian. Islam itu wajib dianuti secara total. maksudnya: ambil semua ketetapan dan perintah dan larangan dan buat segala yg disuruh dan tinggalkan setiap yg ditegah atau dilarang. Memang betul bahawa apabila seseorang itu masuk Islam atau menjadi orang Islam adalah menjadi kewajipan baginya untuk terima akai semua yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan rasulallah (s.a.w). Tidak boleh pilih-pilih syariat Islam itu. Seperti, yg kita suka kita ambil dan yg kita tidak berkenan, kita tinggalkan atau abaikan! Takfsiran sedemikian itu tak betul. Kerana dari segi logiknya, jika kita mau jadi Islam kita wajib terima syariat Islam sebagaimana yg ditetapkan oleh Allah (a.w) melalui al-Quran dan melalui perintah dan suruhan kpd Rasulallah (s.a.w) dan sebagaimana yg didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) itu adalah kewajipan mutlak. Seseorang yg Islam itu tidak boleh akui dirinya Islam, kemudian dia tolak sesuatu ketetapan al-Quran atau ketetapan as-Sunnah. Dia wajib terima kesemua syariat Islam itu. Kalau dia tak buat suruhan atau langgar perintah, itu isu lain. Itu isu 'kefasikan' atau 'menzalimi diri sendiri', bukan isu terima atau tak terima syariat Islam. Kalau ambil sebahagian dan tinggalkan ebahagian, ketetapannya adalah Ayat 85, Surah al-Baqarah.
Dalam Ayat 103, Surah ali-Imran itu, Allah (a.w) wajibkan manusia itu pegang atau anuti Islam sebagai agama dan cara dan gayahidup yg ditetapkan Allah (a.w) dan yg disampaikan oleh RasulNya, adalah secara berjema'ah. Maka dgn itu, ibadah yg utama dan paling utama dan yg mula-mula dihisab di akhirat kelak dan yg menentukan hisaban lain-lain amalan adalah amalan solat berjema'ah. Maka solat berjema'ah itu diwajibkan atas umat Islam, terutama mereka yg boleh mendengar azan solat, dia tidak menghadikan diri untuk bersolat berjema'ah, maka jika dia bersolat bersendirianpun tidak diterima solatnya! Begitu jugalah dalam konteks global dalam Islam. Islam seseorang itu hanya dikira sah dan menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran itu adalah menjalani kehidupan formal Islam dengan berjema'ah. maka dgn itu, Omar (r.a) menyebutkan kita tidak diakui Islam kecuali dgn berjema'ah! Tidak sah Islam tanpa berjema'ah. Justeru itu, berjema'ah itu adalah pra-syarat untuk mengesahkan keIslaman kita. Jema'ah itu adalah satu organisasi dan struktur sosial yg formal - ada kepimpinan (Imam/Amir) dan ada rukyah atau rakyat (yakni, anggota jema'ah) dan ada ikatan yg formal antara kepimpinan dgn rakyat atau rukyah. Sifat atau ciri formal jema'ah itu diperincikan dalam as-Sunnah oleh Rasulallah (s.a.w). Ciri formal ini adalah wujudnya beberapa ciri atau syarat: iaitu, pertama, adanya jema'ah umat Islam dalam suatu perkumpulan yg formal atau masyarakat ummah yg formal; kedua, adanya kepimpinan dan hiraki kepimpinan dari suatu entiti politik atau geografic, yakni sebuah negeri/negara; dan ketiga, adanya pembahagian peranan dan tanggungjawab yg jelas antara kepimpinan atau golongan yg memimpin dgn orang-orang yg dipimpin, yakni rukyah; keempat, ada perjanjian taat setia antara ketua kepimpinan dgn rakyat atau rukyah. Kelima, tanggungjawab kepimpinan adalah menguruskan jema'ahnya  dan memimpin anggotanya supaya dapat mengabdikan diri kpd Allah (a.w) sebaik mungkin setiap masa. Inilah bai'at (= sumpah setia) antara anggota rukyah atau jema'ah. Kepimpinan bertanggungjawab mempastikan bahawa setiap rukyahnya faham akan Islam dan syariatnya, memberi nasihat kpd jema'ahnya mereka secara berkala dgn berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, supaya seramai mungkin anggota jema'ah mendapat syurga dan terselamat dari neraka. Dan, keenam, setiap jema'ah itu ada kepimpinan dan hiraki kepimpinan, yang terkeatas adalah Imam atau Amir
Saudara, kewajian anuti Islam secara berjema'ah ini sering dilupakan oleh umat Islam. Atau, kalau mereka fahampun, mereka kurang yakin dgn hakikat berjema'ah ini. Atau, kerana masyarakat Islam sudah lama dibentuk (mould) oleh idea socio-politik yg dibawa oleh idea dan filosofi Barat, maka sistem politik moden mungkin menghalangi para ulama' dan ilmuwan Islam melaksanakan ketetapan Ayat 103, Surah ali-Imran tersebut.
Saudara, dalam hubungan ini kita wajib lihat apakah keketapan yg menyokong haujjah ini? Kita lihat dua hadith yang menyebutkan diperolehi itu. Bersambung ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment