Friday, May 6, 2011

Persaudaraan Dalam Islam: Mukaddimah

Assalamualaikum,
saudara, mulai post ini kita lihat apakah ketetapan Islam - berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah (yakni dalil-dalil) - tentang hakikat 'ukhuwah' (i.e. persaudaraan) dalam Islam. Allah (a.w) memberitahu kita dalam al-Quran bahawa asal usul manusia adalah satu moyang, yakni kita walau bangsa apapun dan bahasa apapun kita bercakap, adalah keturunan manusia yg pertama, iaitu Adam (a.s) dan Hawa (a.s). Manusia wujud bukan atas dasar evolusi sebagaimana yg kita diajarkan oleh guru kita semasa kecil dulu (teori Darwin). Allah (a.w) jadikan manusia dari tanah - segumpal tanah yg diambil malaikat dari berbagai lokasi, warna, bau dan sifat, kemudian dibentuk Allah (a.w) Adam (a.s), diberikanNya roh dan diajarkanNya segala sesuatu mengenai dunianya. Malaikat dijadikan dari nur atau cahaya, dan dijadikan malaikat makhluk yg taat dan sekali-kali tidak mengingkari Allah (a.w) dan sentiasalah beribadah kpd Allah (a.w) setiap saat dan ketika. Jinn satu makhluk lagi dijadikan Allah (a.w) dari api 50,000 tahun terdahulu. Kemudian, apakala kesemua makhluk- malaikat dan jinn disuruh tunduk menghormati Adam (a.s) atas perintah Allah (a.w), para malaikat akur dgn perintah Allah (a.w) dan syaitan, dari kalangan jinn, menyombong dan membantah perintah Allah (a.w), kerana kononnya kerana dicipta dari api, maka menganggap dirinya lebih mulia dari manusia.[Nota: Justeru itulah, sifat kesombongan itu adalah sifat kesyaitanan dan sifat ingkar itu juga adalah sifat kesyaitanan. Keangkuhan adalah sifat kesyaitanan. Dan, berbangga dgn keturunan adalah juga sifat kesyaitanan.Sebagai seorang iman, kita ditegah bangga diri.]
Saudara, dalam Islam atau sebagai orang Islam, terutama sebagai orang iman, kita diwajibkan mengutamakan persaudaraan sesama orang Islam dan orang iman. Kita dilarang benci membenci, jatuh menjatuh, tohmah mentohmah, fitnah memfitnah dan aib mengaib sesama orang iman. Inilah budaya ukhuwah dalam Islam.
Firman Allah (a.w) yg Maha Luhor: 'Innamal mukminuna ikhwatun fa-aslihu baina akhawaikum. Wattaqullaha layallakum turhamuna ...' (yg bermaksud: Sesungguhnya orang-orang mukmin (atau iman) itu adalah bersaudara, maka mendamaikanlah (apabila wujud perselisihan) antara dua saudara kamu sekelian. Dan, bertaqwalah (i.e. takutkanlah akan) Allah (a.w) mudah-mudahan kamu disayangi (oleh Allah (a.w))) [Ayat 10, Surah al-Hujurat]
Saudara, Allah (a.w) memberi kita tahu bahawa setiap orang iman itu dgn orang iman yg lain adalah saudara seugama dan dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w) yg menjadikan kita semua dari keturunan Adam (a.s). Kemudian manusia membiak di bumi. Maka sekiranya berlaku perselisihan hendaklah didamaikan antara golongan yg berselisih dan berbantah itu, dan bukan menyemarakkan lagi perbalahan atau pertengakaran atau perselisihan yg berlaku.
Firman Allah (a.w) yg maha luhor: 'Fattaqullaha wa-aslihu zata bainakum wa-ati'ullaha war-rasulahu in kuntum mu'minuna' (yg bermaksud: 'Bertaqwalah (yakni, takutkanlah) Allah (a.w) dan memperbaikilah pada keadaan antara kamu sekelian, dan taatkanlah Allah (a.w) dan (taatkanlah) UtusanNya jika ada kamu sekelian itu orang-orang yg beriman.'  (Ayat 1, Surah al-Anfal).
Saudara, dalam ayat di atas itu orang iman diperintahkan supaya bertaqwa (bermaksud takutkan) Allah (a.w) dan hendaklah sesama orang iman berbaik-baik dan memerbaiki hubungan serta bantu membantu satu sama lain - membantu mempastikan kita sama-sama berjaya selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga, ketika berada di dunia. Kemudian orang iman itu diwajibkan mentaati Allah (a.w) (maksudnya, ikuti ketetapan al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah). Tidak beriman kita jika kita tidak mentaati Allah (a.w) dan mentaatii Rasulallah (s.a.w). [Nota: Antara contoh tidak mentaati Allah (a.w) adalah apakala Rasulallah (s.a.w) suruh dan perintahkan sesuatu kita menolak atau tidak terima. Antara contoh lagi tidak mentaati Rasulallah (s.a.w) adalah apakala dilarangnya kita lakukan sesuatu, kekal kita lakukan, spt membuat atau mengamalkan bid'ah adalah menentang ketetapan Rasulallah (s.a.w), kerana Rasulallah (s.a.w) beri kita tahu: 'Man amila amalan laisa amruna, fahua raddun' (yg bermaksud: Barangsiapa yg mengerjakan suatu amalan yg amalan tersebut tidak dari perkara Rasulallah (s,.a.w) (yakni, yg dibawakannya), maka dia (atau amalannya) ditolak (yakni, tidak diterima Allah (a.w)) adalah kengkaran kpd Rasulallah (s.a.w). Dan, satu lagi contoh: Rasulallah (s.a.w) memberitahu setiap pembaharuan dalam perkara ugama adalah bid'ah, dan kita kekal amalkan atau yakini adanya' bid'ah hasanah', walhal Rasulallah (s.a.w) kata setiap tiada pengecualian. Amalan kurafat, tahyul, taklid dan bid'ah adalah yg membezakan aqidah yg kita amalkan hari ini dgn aqidah yg haq yg diperintah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) orang iman amalkan. Kerana kejahilan jugalah kita hari ini remehkan perintah ukhuwah di kalangan kita. Maka timbullah begitu lumrahnya perbuatan biadah antara sesama kita, dan biadab pula kpd Allah (a.w) dan RasulNya. Contoh: Menegakkan kebatilan spt bersumpah dgn al-Quran di masjid untuk menegakkan sesuartu yg batil dan fitnah seperti lakunan seks seseorang kerana ingin menjatuhkan saudara Islam yg lain, ingin memalukan saudara Islam yg lain, amat lumrah berlaku sekarang ini. Mereka memperolokkan al-Quran, mereka bertindak angkuh terhadap Allah (a.w)!]

Jazakallahu khairah



1 comment:

  1. Askm,

    1. Darwin teori - satu hakikat yg selalu atau sudah dilupakan olih hampir semua manusia yg itu tidak benar. Bagi mereka2 yg tetap menerima teori Darwin, maka katakanlah kpd mereka sememang sesuailah dgn sikap mereka itu yg berfikir macam monyet. Habis cerita.
    2. Bida'ah hasanah - Inilah sikap cakap tak serupa bikin. Nampak benar yg mereka masih kurang, tak paham dan teruk sekali jika tak nak paham tentang perentah Allah SWT... "TA'AT KPD ALLAH - TA'AT KPD RASULNYA DAN UHLIL UMRI dikalangan kamu ". Mereka2 ini memang mengaku yg mereka orang ISLAM tapi adakah mereka2 ini benar2 BERIMAN? Kalau Allah SWT tak kurniakan hidayah kpd mereka, dgn itu keraslah hati mereka, butalah mata mereka dan pekaklah telinga mereka.

    ReplyDelete