Sunday, May 22, 2011

Kewajipan Berjema'ah Dalam Islam: Mukaddimah

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti secara rengkas dua ayat, antara banyak lagi ayat al-Quran, yg sukar difahami oleh orang Islam, termasuk di kalangan para ulama' dan ilmuwan sendiri; iaitu: pertama, Ayat 103, Surah ali-Imran; dan keduaAyat 59, Surah an-Nisa'. Dalam post ini dan beberapa post yg akan muncul kita akan teliti lanjutan kpd perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran itu - berjema'ah dalam Islam. dalam post yg lalu kita telah teliti secara rengkas enam ciri jema'ah Islam itu; iaitu: 
Islam seseorang itu hanya dikira sah dan menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran itu, iaitu mereka yg Islam menjalani kehidupan formal Islam dengan berjema'ah. maka dgn itu, Omar (r.a) menyebutkan kita tidak diakui Islam kecuali dgn berjema'ah! Tidak sah Islam tanpa berjema'ah. Justeru itu, berjema'ah itu adalah pra-syarat untuk mengesahkan keIslaman kita. Jema'ah itu adalah satu organisasi dan struktur sosial yg formal - ada kepimpinan (Imam/Amir) dan ada rukyah atau rakyat (yakni, anggota jema'ah) dan ada ikatan yg formal antara kepimpinan dgn rakyat atau rukyah. Sifat atau ciri formal jema'ah itu diperincikan dalam as-Sunnah oleh Rasulallah (s.a.w). Ciri formal ini adalah wujudnya beberapa ciri atau syarat: iaitu, pertama, adanya jema'ah umat Islam dalam suatu perkumpulan yg formal atau masyarakat ummah yg formal; kedua, adanya kepimpinan dan hiraki kepimpinan dari suatu entiti politik atau geografic, yakni sebuah negeri/negara; dan ketiga, adanya pembahagian peranan dan tanggungjawab yg jelas antara kepimpinan atau golongan yg memimpin dgn orang-orang yg dipimpin, yakni rukyah; keempat, ada perjanjian taat setia antara ketua kepimpinan dgn rakyat atau rukyah. Kelima, tanggungjawab kepimpinan adalah menguruskan jema'ahnya  dan memimpin anggotanya supaya dapat mengabdikan diri kpd Allah (a.w) sebaik mungkin setiap masa. Inilah bai'at (= sumpah setia) antara anggota rukyah atau jema'ah. Kepimpinan bertanggungjawab mempastikan bahawa setiap rukyahnya faham akan Islam dan syariatnya, memberi nasihat kpd jema'ahnya mereka secara berkala dgn berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, supaya seramai mungkin anggota jema'ah mendapat syurga dan terselamat dari neraka. Dan, keenam, setiap jema'ah itu ada kepimpinan dan hiraki kepimpinan, yang terkeatas adalah Imam atau Amir. 
Saudara, kewajian anuti Islam secara berjema'ah ini sering tidak diberi keutamaan oleh umat Islam, termasuk para ulama' dan ilmuwan di kalangan mereka. Apakah golongan para ilmuwan yg fasih berbahasa Arab dan menceduk ilmunya dari universiti agung Timur Tengah spt al-Azhar, Ain Syam, Jordan, Umul Qura, Madinah dll? 
Saudara, Rasulallah (s.a.w) ketika menyebut perkara berjema'ah ini menggunakan kalimah yg sama dgn kalimah al-Quran pada Ayat 103, Ali-Imran tersebut: 
Diriwayatkan hadith daripada Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian waan ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali) [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama) kamu sembah hanya Dia (Allah) (sebagai Tuhan) dan tidak syirik (menyekutukan) kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh dengan tali Allah (a.w) (yakni, ugama Islam) dengan berjemaah dan (ketiga) jangan kamu berfirqah-firqah (berkumpulan dan berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap orang begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (pertanyaan dalam ugama kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan (ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak dimanfaatkan demi Islam dan bekalan kebajikan akhiratnya)] [Hadith Muslim] 
Dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu kpd kita umatnya bahawa Allah (a.w) perintahkan dia supaya bimbinglah umatnya untuk melakukan tiga perkara yg apabila dilaksanakan Allah (a.w) rida terhadap mereka. Keridaan Allah (a.w) sahajalah merupakan tiket mendapat syurga. Tiga perkara tersebut adalah: pertama, hendaklah sembah sebagai tuhan hanya Allah (a.w) dan jjangan sekali-kali syirik terhadapNya; kedua, hendaklah anuti dan amalkan syariat Islam itu dgn berjema'ah; dan ketiga, jangan berfirqah atau berpecah spt menubuhkan perkumpulan yg terasing. Perkumpulan terasing itu termasuklah fahaman kemazhaban dan kumpulan-kumpulan tarikat dan sufi yg terasing pula.
Realiti dunia Islam hari ini menunjukkan wujudnya fahaman kemazhaban yg amat kuat dalam masyarakat Islam. Sehinggakan terdapat hari ini ketetapan kemazahaban yg sama sekali bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Seolah-olah ajaran kemazahaban itu mengtasi atau mendahului al-Quran dan as-Sunnah. Walhal, yg wajib didahulukan adalah ketetapan al-Quran, kerana Allah (a.w) yg menciopta ugama Islam dan menentukan syariatnya. Dan, Rasulallah (s.a.w) yg faham secara sempurna Islam dan dialah yg membawakan ugama Islam dan mengajarkan manusia tentang Islam dan tuntutannya. Perkara kedua yg diridai Allah (a.w) dalam hadith itu adalah isu berjema'ah. Kalau tidak berjema'ah, maka Allah (a.w) tak rida. Kalau Allah (a.w) tak rida bagaimana? Hilanglah kelayakan kita yg Islam mendapat syurga sebagaimana yg dijanjikan oleh Ayat 13, Surah an-Nisa': 'Barangsiapa taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) pasti dapat syurga'. Itu janji Allah (a.w), kalau kita tidak berjema'ah dalam menganuti Islam? Dan, janji Allah (a.w) itu adalah janji yg pasti. Mengapa sudah dijanjikan oleh Allah (a.w) umat Islam tak terima? Ada dua kemungkinan: pertama, tidak faham; dan kedua, faham tapi nak ikuti fahaman dan amalan umat Islam arus perdana atau majoriti. Bapa saudara Rasulallah (s.a.w) yg memelihara beliau semenjak kecil, apakala disuruh mengucap ketika nak matipun, tahu kebenaran Islam, tapi malu nak mengubah iktikadnya kerana dunia. Hari ini ramai umat Islam, kerana dunia, abaikan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment