Wednesday, May 11, 2011

Menarik hari ini: Dompok dan PM Kristian di Malaysia

Assalamualaikum,
saudara kalau saudara baca akhbar percuma the Sun hari ini (11 Mei 2011) ada tertulis: 'Nothing wrong having a Christian PM: Dompok'. Itulah komen TS Bernad Dompok, Menteri (Pusat) Industri Perladangan & Komoditi, seorang Kristian Katholik dari Sabah kata. Dia kata di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan tidak disebutkan bahawa orang Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut, Kelabit, China atau India tidak boleh jadi PM. Betul kata beliau. Orang Melayu aje yg silap sangka. Melayu ingat bahawa Malaysia ini PM nya mestilah Melayu dan Melayu yg berugama Islam (Nota: Mungkin akan ada kelak, orang Melayu bukan Islam sebagaimana adanya sekian lama orang Indon dan orang Arab yg tidak Islam). Sekarang dahpun berapa lama orang China jadi Ketua Menteri negeri. Tak mustahil bila persempadanan kawasan pilihan raya sekarang dibuat semula dan 'universal suffrage' digunapakai sebagai prinsip perwilayahan kawasan pilihan raya, orang bukan Melayu mungkin menjadi wakil rakyat terbanyak, maka boleh jadi PM. Ini tidak mustahil.
Saudara, bila Utusan Melayu lapurkan kononnya ada komplot di kalangan pemimpin DAP dan Kristian Malaysia yg bermesyuarat di Pulau Pinang tentang cadangan supaya ugama Kristian dijadikan ugama resmi di Malaysia dan juga kerajaan Malaysia diterajui oleh seorang Perdana Menteri Kristian, kecoh. Dikatakan suatu fitnah yg tidak berasas!
Sebenarnya, segala rancangan sulit DAP, malah Gerakan dan MCApun dan MICpun, UMNO dan orang Melayu tak tau. Bila mereka cakap, kita tak faham. Kalau orang Melayu cakap semua bangsa faham. Malah tak perlu intippun, kerana orang Melayu - pemimpin dan penyokongnya - memang suka bercakap. Buat pengumuman dan cakap itu dan ini ketika buat sebarang upacara. Semua orang tau. Takda rahsia dalam UMNO ataupun PAS, malah PKRpun, bermacam-macam rahsia dicungkil oleh orang Melayu melalui partinya. Segala-gala yg dirancangkan oleh pemimpin Melayu, kalau tak diintip oleh orang China dan India dan lain-lain suku bangsapun, mereka boleh tahu. Tokoh politik dan pemimpin politik Melayu suka cakap, kalau tak cakap sesuatu mereka lemas, tak boleh hidup agaknya...
Hari ini, orang China dan India tak perlukan orang atau bangsanya jadi PM atau TPM. Kerana wang menguasai segala-galanya sekarang. Orang Melayu tak berwang, tak dapat buat apa-apa untuk mempengaruhi sesuatu demi bangsanya. Orang China kuasai ekonomi Malaysia. Kini orang Indiapun sudah jadi warganegara kelas dua dalam konteks ekonomi. Orang Melayu dah jadi warganegara kelas tiga - meminta-minta dari orang China dan India. Demikianlah Malaysia dan pemimpin Malaysia. Dan, orang Melayu pula, bila dah berkuasa lupa diri dan lupa bangsa. Cari harta dan kekayaan, kalau boleh supaya cukup tampung 7 generasinya. Lupa nak bela bangsanya sendiri. Kalau nak bisnes dari kerajaan dan agensinya perlu atas dasar 'meritocracy', kalau tak, tak dapat. Bila dah kaya lupa pula dgn akhiratnya. Manalah nak dapat keberkatan dalam kekayaan mereka!
Dulu Hang Tuah kononnya kata 'Melayu takkan hilang di dunia'. Betul! Tapi, Melayu akan jadi hamba dalam negara dan dunianya sendiri, merempat dalam negaranya sendiri. Semua kerana mereka berbalah sesama sendiri. Orang China dan India kalau berbalah kerana parti dan ideologi, tetap 'bak kiambang, perahu lalu, kiambang bertaut semula'. Orang Melayu bila berkelahi dalam perkara politik malah dalam perkara ugamapun jadi 'berkerat rotan dan berpatah arang' ...Melayu, Melayu ...
Demikianlah. Kalau orang Melayu buat silap sikit dibesar-besarkan. Kalau orang China dan India buat silap besar ditutup atau diperkecilkan. Orang Melayu dianak tirikan oleh bangsanya sendiri ...?

1 comment:

  1. Dialog Masalah Ketuhanan Yesus

    http://www.bankislam.net/Kisah_Benar/Dialog_Masalah_Ketuhanan_Yesus/

    ReplyDelete