Wednesday, June 1, 2011

Kesempurnaan Syariat Islam

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat dalam beberapa post yg lalu bahawa Islam itu adalah ugama yg mempunyai ciri-ciri yg khusus, yg wajib diikuti jika keIslaman seseorang itu diterima oleh Allah (a.w). Kita telahpun tahu bahawa Islam adalah ugama ciptaan Allah (a.w) untuk makhluk yg dicipta olehnya, iaitu jinn dan manusia. Islam dan syariatnya - bagaimana menjadi makhluk yg akur dgn perintah Allah (a.w) yg menepati ketetapan Ayat 56, Surah az-Zariat - adalah semata-mata mematuhi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran adalah Perlembagaan umat Islam. Begitu jugalah as-Sunnah itu merupakan sebahagian drp Perlembagaan umat Islam, yg menerangkan bagaimana manusia boleh memperhambakan dirinya dalam kehidupan sehari-harian mereka di dunia, dan bagaimana mereka boleh mempastikan mereka akan mendapat kejayaan akhirat selepas ajalnya.
Oleh itu untuk benar-benar faham Islam dan syariatnya, umat Islam itu wajib berilmu. Dan, sumber ilmu mengenai Islam itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran wajib dipelajari kerana hanya dgn mempelajari al-Quran - dgn kefahaman sepenuhnya - umat Islam itu tahu tuntutan Islam. Al-Quran mengandungi perintah Allah (a.w) kpd manusia, perintah yg  memandu hidup mereka di dunia, untuk mendapat keridaan Allah (a.w). Hanya dgn keridaan Allah (a.w) manusia itu mendapat balasan syurga setelah tiba ajal mereka. As-Sunnah itu adalah perincian bentuk-bentuk, kaedah dan cara yg menepati ketetapan Allah (a.w) dalam mengabdikan diri. Jika manusia mengabdikan diri kpd Allah (a.w) tanpa menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka pengabdian mereka tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w). Al-Sunnah ada penjelasan Rasulallah (s.a.w) terhadap seluruh dimensi pengabdian manusia kpd Allah (a.w). As-Sunnah bukanlah ketetapan Rasulallah (s.a.w), tetapi ketetapan Allah (a.w) yg disampaikan kpd manusia melalui wahyu, yg diwahyukan oleh Allah (Ayat 2 dan 3, Surah an-Najmi). Adalah mustahil bagi manusia dapat mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) tanpa mempelajari al-Quran dan as-Sunnah. Malah Allah (a.w) membuat ketetapan pada Ayat 36, Surah al-Israk: 'wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermaksud: Dan, janganlah kamu kerjakan sesuatu amalan dan ibadah tanpa terlebih dahulu kamu tahu (dan faham) ilmu mengenai apa-apa yg diamal dan diibadahkan atau dikerjakan.' Justeru itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu, dgn sabdanya: 'Al-ilmu qabla amal' (yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sesuatu amalan atau ibadah.'
Saudara, hari ini majoriti umat Islam mengerjakan amalan dan ibadah dalam kejahilan. Jahil kerana tanpa mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, kita teta dikira jahil, walaupun mungkin kita belajar dari mahaguru atau ulama' atau ustaz ataupun dari nenek moyang dan ibu bapa kita. Kecualilah mahaguru atau alim ulama' atau nenek moyang dan ibu bapa kita itu belajar dan faham al-Quran dan as-Sunnah. Itupun kita wajib belajar dgn mereka secara berdepan bukan dgn meniru perlakuan mereka (dalam perkara ibadah dan amalan) atau kita membaca kitab-kitab ugama karangan manusia atau ceramah orang yg bercceramah di mana-mana yg kita belum pasti asas dan sumber ilmu mereka.
Saudara, maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) berpesan dalam hadith berikut. Allah (a.w) memberitahu kita pada Ayat 3, Surah al-Maidah bahawa Islam dan syariatnya sudah disempurnakan sebelum Rasulallah (s.a.w) wafat. Hakikat ini penting kita fahami. Kerana, jika tidak kita akan terikut-ikut dgn caka-cakap dan ajakan manusia untuk menambah kpd/ mengurangkan atau menokok kpd syariat Islam, seperti yg lumrah berlaku zaman ini.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru as-Salami (r.a) berkata sesungguhnya dia mendengar ‘Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat kepada kami oleh Rasulallah (s.a.w) suatu nasihat yang mengalirkan air mata (mereka yang mendengar) daripada nasihat tersebut dan menakutkan dari nasihat tersebut beberapa hati (yang mendengarnya)’. Maka berkata aku (Irbat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya ini nasihat seperti nasihat orang yang (hendak) meninggalkan kami, maka apakah janji atas kami?’ Sabdanya: ‘Sesungguhnya bagi kamu (aku) tinggalkan atas yang putih – malamnya putih dan adapun siangnya putih, jangan sesat (kamu sekelian) sesudahku kecuali rosak barangsiapa diantara kamu, (dan jika panjang umur kamu) maka melihat (kamu akan) perselisihan yang banyak (dikalagan umat Islam), maka (aku berpesan dan mewajibkan) atas kamu dengan barangapa yang tahu kamu dari sesudahku (yakni, sesudah tiada aku kelak) dari sunnahku dansunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’, gigitlah atasnya dengan gigi geraham (yakni, pegang atau berpandulah dengan sunnah tersebut, jangan sekali-kali lepaskan atau tinggalkan), wajib atas kamu dengan taat (yakni, taatkan perintah dan suruhan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan imam atau amir atau ketua) dan sekiranya hamba Habsyi sekalipun (yakni, orang yang sangat dibenci dan tidak disukai sekalipun menjadi imam atau pemimpin kamu); maka sesungguhnya orang yang beriman itu seperti unta di mana (dan ke mana) ditarik (oleh tuannya) diikuti unta (akan tuannya).’ [Hadith Ibnu Majah]
Dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Islam dan syariatnya sudah sempurna sebagaimana warna putih itu sempurna - ketika malampun jelas putih, apatah lagi ketika siang hari. Tidak ada bezanya. Inilah mesej atau pesanan pertama Rasulallah (s.a.w) dalam hadith itu. Justeru itulah juga Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma in tamasiktum bihima, Kitabbala wa-sunnatan nabiyi' (yg bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kpd kamu sekelian dua perkara, yg jika kamu berpegang dgn kedua-duanya, tidak akan sesat kamu (mencari kerahmatan dan keridaan Allah (s.a.w), atau jalan lurus ke syurga itu) selama-lamanya, iaitu Kitab Allah(a.w) (yakni, al-Quran dan sunnah NabiNya (yakni, as-Sunnah). [Hadith Imam Malik, dll]. Jelas, counter factualnya, sesiapa yg berpegang dgn selain al-Quran dan as-Sunnah dalam mengharapkan menemui 'siratul mustaqim' atau syurga, pasti akan tersesat, dan terjerumus ke dalam neraka! Itu janji pasti. Itu mesej kedua hadith di atas itu. Ketiga, umat Islam zaman selepas ketiadaan Rasulallah (s.a.w) diwajibkan berpegang kpd as-Sunnah jika inginkan terpandu hidup mereka dan kekal berjaya mencari 'siratul mustaqim' dan berjaya mendapat syurga. Maka dgn itulah Allah (a.w) perintahkan manusia supaya ambil as-Sunnah - terima yg disuruh dan tinggalkan yg ditegah (Ayat 7, Surah al-Haysr). Mesej keempat adalah demi keselamatan kita dan demi kejayaan akhirat kita, wajib umat Islam itu berpegang kpd as-Sunnah sekuat-kuatnya dan jangan cemarkan as-Sunnah dan jangan campur adukkan as-Sunnah, kerana jika dicampuradukkan maka kita tergolong dari kalangan 72 drp 73 golongan umat  Islam yg kononnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah mencari syurga, tetapi gagal mendapat syurga, wal iya zubillah. Yg berjaya mendapat syurga hanyalah satu golongan iaitu: 'ahlus sunnah wal-jama'ah', iaitu umat Islam yg  berpandukan al-Quran dan s-Sunnah dan mereka anuti Islam secara berjema'ah.
Saudara, kita yg inginkan kejayaan akhirat wajib faham. Kita tidak boleh jadi orang Islam atas dasar ikut-ikutan. Kita wajib belajar al-Quran dan as-Sunnah, barulah kita ada ilmu yg cukup tentang Islam dan kita benar-benar terpandu sebagai seorang Islam. Maka dgn itulah juga Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam hadith berikut, iaitu janganlah kita utamakan ilmu dunia dan abaikan atau nombor-duakan ilmu akhirat. Ilmu akhirat itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Saudara, kita cari dunia tak pasti dapat, tetapi kalau kita cari akhirat pasti dapat!
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesunguhnya Allah (a.w) zat yg Maha Luhur murka kpd setiap orang (Islam dan beriman) yg pandai (iaitu bijak atau pintar) dalam ilmu dunianya (tetapi) yg bodoh (yakni, jahil) dalam ilmu akhiratnya.' [Hadith Bukhari]
Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith berikut perkara yg sama sebagai peringatan kpd kita, oran iman:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya Allah (a.w) murka pd tiap-tiap orang yg keras hatinya (yakni, tidak mau dengar nasihat tentang ugama dan tidak mahu mengerjakan ibadah dan amalan yg disyaratkan kpd orang Islam yg beiman) lagi sombong (yakni, berbangga dgn dirinya, darjatnya, kedudukannya, ilmunya, dan segala sesuatu yg dia merasa dia lebih baik dari orang lain) (iaitu) orang yg senang di kalangan orang ramai dan suka bertengkar di pasar (yakni, tempai keramaian manusia); (mereka ini) spt bangkai di malam hari (kerana tak bangun untuk mengerjakan amalan tambahan) dan seperti kaldai di siang hari (kerana hanya memikirkan nak makan, i.e. mencari dunia). Pandai (atau bijak) dalam ilmu dunia, namun bodoh (yakni, jahil) ilmu akhirat.' [Hadith ibnu Hibban]
Saudara, mudah-mudahan tidaklah kita tergolong dari kalangan yg dimaksudkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith tersebut.

Jazakallahu khairah

2 comments:

  1. Kakak sebenarnya mencari doa-doa utk org sakit kerana malam ini kakak ada majlis doa selamat teman yg sakit tenat. Terjumpa paparn N3 blog ini yg bulan April punya.

    Alhamdulillah.... salam kenal dari kakak.

    ReplyDelete