Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang urusan jenazah orang iman yg meninggal. Kali ini seorang yg mati yg belum sempat membayar atau melunaskan hutangnya ketika hidupnya.
Saudara, dalam Islam amat penting seseorang itu berusaha sedaya mungkin supaya tidak menanggung hurtang yg tidak dapat dibayarnya sebelum matinya. Jika meninggal seseorang dan dia belum sempat melunaskan hutangnya, maka rugilah dia jika dia adalah calun syurga. Kerana, dia tidak dapat menikmati segala nikmat orang ahli syurga. dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) menyuruh sahabat mensolatkan jenazah seorang iman, dan dia enggan mensolatkan mayat tersebut.
Diriwayatkan hadith dari Othman b Abdillah ibni Mauhibin berkata: 'Aku mendengar Abdullah b Abi Qatadah menceritakan hadith dari bapanya sesungguhnya Nabi (s.a.w) didtangkan padanya dgn satu jenazah untuk disolatkan oleh beliau atas jenazah tersebut, maka bersabda Nabi (s.a.w): ' Solatkanlah oleh kamu sekelian atas jenazah sahabat kamu (yg mati itu), maka sesungguhnya atas jenazah in hutang (yakni, dia berhutang yg belum dijelaskan olehnya).' [Hasith at-Termidzi, Kitab Jenazah]
Saudara, dalam hadith ini disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) enggan mensolatkan jenazah yg atasnya masih ada hutang yg belum dilunaskan. Maka Rasulallah (s.a.w) menyuruh para sahabat mensolatkan jenazah tersebut. Peristiwa ini berlaku sebelum kemenangan Mekah atau pembukaan kota Mekah (fathul Makkah). Ketika itu umat islam masih lemah dan tidak memiliki sumber. Selepas pembukaan Mekah umat Islam sudah memiliki sumber Baitulmal yg banyak, maka dgn itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat bahawa umatnya yg mati yg masih berhutang maka beliau (maksudnya, Baitul Mal) akan melunaskan hutang-hutang umat Islam yg mati yg masih berhutang. Jelasnya, Rasulallah (s.a.w) bukanlah membuat ketetapan bahawa orang Iman yg mati meninggalkan hutang itu dianggap tidak layak untuk disolatkan oleh Rasulallah (s.a.w). Dari segi hukum atau ketetapan Islam, Allah (a.w) melarang umat Islam mensolatkan jenazah orang yg diketahui sebagai orang munafiq atau orang kafir (maksudnya, orang Islam yg murtad). Keengganan Rasulallah (s.a.w) itu menunjukkan bahawa ada sesuatu yg amat penting dalam perkara hutang dan kematian. Ini dijelaskan dalam hadith berikut:
Di dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa nyawa orang yg mati yg masih berhutang akan tergantung di langit. Selagi hutangnya tidak dilunaskan selagi itulah dia tidak dapat menikmati segala nikmat dalam alam barzah bagi orang yg ditakdirkan menjadi ahli suyrga. Sesungguhnya, di dalam kubur itu ada yg mendapat kenikmatan yg besar, bagi bakal ahli syurga, dan ada siksaan yg besar pula, jika dia adalah bakal ahli neraka. dalam post yg lalu kita telah lihat satu drp musibah dalam kubur apabila tidak dapat mengenali gambar Rasulallah (s.a.w) yg ditunjukkan oleh dua malaikat yg datang melawat si mati dalam kuburnya (malaikat Mungkar dan Nakir).
Diriwayatkan hadith dari Omar b Abi salamah hadith dari bapanya hadith dari abi Hurairah hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Setiap diri (yg mati) di kalangan orang iman di gantung kerana hutangnya sehinggalah dibayar olehnya hutangnya.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Janaiz]
Disebutkan dalam hadith ini bahawa seseorang yg tidak menyelesaikan htangnya ketika dia mati, maka rohnya tergantung di awang awangan tidak dikembaikan kpd jasadnya. Maka dgn itu, jikalah dia seorang ahli syurga, maka rugilah dia. Kerana orang iman yg mati akan menikmati kesenangan dan ketenangan seumpama tidur pada malam pengantin baru baginya. Dia berehat dalam taman syurga, sehinggalah dikejutkan oleh seruling sangkala malaikat Israfil kelak, ketika kiamat dunia. Orang yg merupakan bakal ahli neraka, kerana tidak mengerjakan tanggung jawabnya semasa di dunia ketika hidupnya akan disiksa setiap hari. Tidak akan merasa keamanan sedikitpun setelah matinya. [Nota: Orang-orang yg tidak Islam pasti disiksa setiap saat dan ketika oleh dua malaikat tersebut sehingga kiamat dunia. Apabila kiamat dunia, mereka akan terus dihalau ke neraka, tanpa dihisab. Orang munafiqpun seruppa. Orang Islam, jika dia adalah berpandukan kehidupan semasa di dunia dgn al-Quran dan as-Sunnah secara berjema'ah, itu akan mendapat siksaan juga dalam kubur bagi kesalahan atau dosa yg mewajibkan dia disiksa dalam kubur. Antara sebab diazab dalam kubur adalah ketika hidupnya dia tidak menjaga kebersihan ketika bersolat dari terkena percikan najis air kencing, terutama air kencing kanak-kanak yg tidak dibasuh dgn teliti kain bajunya, maka bekas-bekasa kencing kanak-akanak mengenai pakaian kita yg kita gunakan untuk solat atau terkena kpd tempat solat kita. Atau, ketika buang air, kita tak sedari titisan air kencing kita mengenai kain atau seluar kita yg kita gunakan untuk bersolat.]
Disebutkan dalam potongan hadith lain, pemukul yg digunakan oleh para malaikat memukul si mati yg tidak dapat menjawab soalan dua malaikat dalam kubur itu, dikatakan begitu besar dan berat sehinggakan semua anak adam yg lahir mulai zaman Adam (a.s) sampai kiamat dunia itu, jika sama-sama cuba menariknya, tidak akan bergerak pemukul itu! Inilah sinario dalam alam ghaib, alam barzah itu.
Insya Allah, dalam post-post yg akan datang kita akan lihat secara lebih terperinci apakah akibat kpd kita jikalah kita tidak dapat melunaskan hutang kita ketika kita masih hidup. Oleh itu wajarlah kita jangan jadikan berhutang itu suatu tabiat kelaziman. Dan, jika berhutang janganlah pula kita alpakan janji membayarnya kpd orang yg kita berhutang. Berat padahnya pada kita dalam Islam.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment