Assalamualaikum,
Saudara, kita telah semak sedikit demi sedikit tajuk 'Kematian' dan 'Pengurusan Jenazah' dalam Islam. Setiap kita akan mati. Kita mungkin tidak sempat melihat kiamat dalam hayat kita. Tapi, setiap kita akan menemui kiamat kecil kita masing-masing, iaitu ketika sampai ajal kita dan kitapun mati.
Saudara, kematian bukanlah penamat hidup kita. Kita tidak lagi berada di alam dunia, tapi kita akan ada di alam lain, iaitu alam barzah, alam ketiga dalam hidup kita, satu lagi alam yg ghaib. Dulu ketika dipertemukan ovum (ibu kita) dan sperma (ayah kita), kita disatukan disenyawakan dalam suatu kejadian Allah (a.w) dalam rahim ibu kita. Selepas penyatuan tersebut sampai 120 hari (i.e. 4 bulan), malaikat akan meniupkan roh pada jasad kita, dan kemudian kita hidup dalam rahim ibu selama +/- 5 bulan lagi sebelum sempurna sifat fisikal kita, dan setelah cukup tempohnya - +/- 9 bulan 10 hari - kita dilahirkan ke dunia. Di dunia kita akan hidup mengikut kadar tempoh nyawa yg Allah (a.w) kadarkan untuk kita. Sampai tempoh hidup kita, kita akan mati dan disemadikan dalam kubur. Kemudian, ketika kiamat dunia, kita lalui pula alam akhirat yg ada dua komponent; iaitu awal akhirat di padang makhsyar - berhimpun selama 50 tahun menunggu diserahkan Kitab Catatan Amalan kita, [Nota: Sehari di akhirat = 1,000 tahun di dunia] dan penutup akhirat, alam yg kekal selepas kesemua manusia diadili, iaitu syurga atau neraka (Ayat 7, Surah asy-Syura].
Saudara, apabila jenazah atau mayat itu sudah diproses, yakni dimandikan, dikafankan dan kemudian di bawa ke kubur dan disemadikan, maka saudara suami/isteri, anak pinak, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan akan meninggalkan kita di kubur, dan mereka meneruskan perjalanan hidup mereka seterusnya sehinggalah sampai ajal mereka pula. Setelah mati kita, maka hilanglah peluang kita untuk menyemak kesahihan amalan dan ibadah kita, dan menyediakan bekalan untuk kehidupan dalam kubur, di padang makhsyar dan di alam akhirat seterusnya! Yg dapat menambah bekalan kita untuk kebajikan akhirat kita hanya tiga perkara: iaitu, pertama, sedekah jariah fi sabilillah ketika kita hidup; kedua, anak-anak yg soleh/solehah (yg mengerjakan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya dalam hidupnya) yg mendoakan kita kdp Allah (a.w) kesejahteraan; dan ketiga, ilmu yg kita manfaatkan kpd orang lain. [Nota: Hanya ilmu al-Quran dan as-Sunnah sahaja!]. Selainnya tidak ada gunanya. Yg berguna pada kita hanyalah amal dan ibadah kita semasa menjalani kehidupan di dunia selama 30 atau 40 atau 50 atau 60 atau 70 atau 80 tahun umur kita, kalau kita patuhi perintah Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' itu! Kalau kita tergolong dari kalangan mereka yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa', dan orang yg tidak mengendahkan perintah Ayat 7, Surah al-Haysr, contohnya, maka siksalah kita dalam alam-alam selepas mati kita!
Saudara, ketika jenazah atau mayat kita telah dikuburkan atau sedang dikuburkan, kalau ada orang yg mengiringi mayat kita berpaling nak pulang ke rumah masing-masing, melangkah 7 langkah sahaja, walaupun mungkin belum sempurna jenazah kita dikambus dgn tanah, dua malaikat datang - malaikat Mungkar dan Nangkir - menemui kita, kemudian mereka mendirikan jasad kita, kemudian disoal. Jika kita gagal menjawab soalan mereka dgn betul, kita akan dipukul. Kalau kita berjaya menjawab soalan kedua-dua malaikat tersebut, kita selamat dalam kubur. Maka kubur kita adalah seumpama satu taman-taman syurga. Kita berehat sahaja di sana, menunggu kiamat dan akhirat.
Saudara, dalam perkara menjawab soalan dua malaikat itu, ia ditentutakan oleh aqidah, keimanan dan amal dan ibadah kita ketika hidup di dunia. Yg utama adalah apakah kita belajar as-Sunnah, dan ikuti as-sunnah, kerana as-Sunnah adalah panduan pengabdian orang iman terhadap Allah (a.w) (Ayat 56, Surah az-Zariat dan Ayat 7, Surah al-Haysr). Orang Islam yg tidak mengaji al-Quran dan as-Sunnah dan tidak mematuhi spesifikasi dan preskripsi as-Sunnah dalam beramal dan beribadah dan menjalani kehidupan dunia sebagai orang Islam yg beriman, akan menghadapi kesukaran yg teramat menjawab dgn betul, soalan dua malaikat tersebut. Jika, dalam hidup kita kita belajar al-Quran dan as-Sunnah dan jadikan amalan/ibadah, maka itu yg boleh menyelamatkan dari siksaan kubur.
Diriwayatkan hadith dari Said hadith dari Qatadah hadith dari Anas bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya (mayat atau jenazah seorang) hamba ketika diletakkan dalam kuburnya dan berpaling darinya para sahabatnya (i.e. saudara mara, sahabat handai dll yg mengiringi jenazahnya) darinya sesungguhnya kedengaran/mendengar dia (simati) bunyi dua selipar mereka, maka datanglah dua malaikat (kepadanya dan) mendudukkan kedua-duanya akan dia, maka berkata kedua-duanya kpdnya: 'Apakah engkau ada berkata di dalam ini lelaki Muhammad?' (Maksudnya: Apakah engkau kenal lelaki ini?) Maka adapun orang-orang mukmin, maka berkata dia: 'Aku naik saksi sesungguhnya dia (i.e. orang itu) adalah hamba Allah (a.w) dan Utusan Allah (a.w) (yakni, Rasulallah (s.a.w)).' Maka berkata mereka (kedua-dua malaikat): 'Lihatlah kpd tempat duduk engkau dari neraka (yakni, ditunjukkan neraka), sungguh-sungguh telah mengganti untukmu oleh Allah (a.w) dgnnya (i.e. neraka itu) dgn tempat yg lebih baik darinya (yakni, syurga).' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Maka melihat pada keduanya kesemuanya (yakni, yg berlaku dalam neraka dan syurga itu). Dan adapun orang yg ingkar (yakni, kafir dan menolak as-Sunnah dan sebagainya) atau (yg) munafiq, maka berkata mereka berdua kpd mereka (yg kafir, ingkar dan munafiq): 'Apakah ada engkau berkata pada ini lelaki?' Maka berkata mereka: 'Tidak tahu aku! Tidak membaca aku (apa-apa yg dibawanya)!' Kemudian dipukul dia dgn satu pukulan (di bahagian) antara dua telinganya (yakni, di tengah-tengah kepalanya), maka berteriak (atau menjerit dia, simati) dgn suara jeritan yg boleh didengar oleh orang-orang yg mendekatinya (dalam kubur dan mengikut hadith lain oleh semua makhluk kecuali manusia) selain dua muatan (yakni, makhluk yg memukulnya, yakni kedua malaikat yg memukul itu).' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah]
Demikainlah kesudahan kita jikalah kita tidak bersedia lebih awal dalam hidup kita untuk mengaji al-Quran dan as-Sunnah, membetulkan amalan dan ibadah supaya sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan supaya mengenali Rasulallah (s.a.w) yg diangkat Allah (a.w) sebagai 'uswatun hasanah' dgn mengikuti sunnahnya. Dialah yg membawakan al-Quran dan as-Sunnah, dan mengajarkan kita syiar Islam yg Allah (a.w) perintahkan supaya umat Islam yg iman contohi beliau dalam perkara amalan dan ibadah dan dalam menjalani kehidupan dunia sebagai seorang yg iman. Jika kita gagal beramal dan beribadah mengikut ketetapan as-Sunnah, maka tidak mungkin kita boleh menjawab soalan dua malaikat tersebut.
Saudara, ini berlaku kpd setiap kita. Dan, kita akan sentiasa diperingatkan dan dipukul sedemikian, bila kita gagal jawab soalan malaikat tersebut. Ada banyak solan lain. [Nota: Majoriti orang Islam meyakini bahawa bila dibacakan 'Talqin' di atas kubur, kita yg mati akan dapat menjawab soalan malaikat tersebut. Itu semua persangkaan semata-mata. Hanya amalan dan ibadah yg ketika kita hidup sahaja yg boleh menjawab, dan amalan yg utama adalah patuhi dan ikuti as-Sunnah. Kita hanya boleh ikuti dan patuhi as-Sunnah, kalau kita belajar as-Sunnah dalam hidup kita dan kita faham Islam yg haq itu berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah...]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment