Assalamualaikum,
saudara dalam post yg terdahulu kita telah lihat sepotong hadith dalam meneliti isu mengenai peringatan yg sering kita, sebagai seorang Islam, lupakan atau ketepikan setiap masa. iaitu hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Said al-Khudri bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Belajarkan kamu sekelian pada ilmu dan mengajarkanlan kamu sekelian akan ilmu kepada manusia; dan belajarlah kamu sekelian pada ilmu faraid dan mengajarkanlah kamu sekelian ilmu faraid kepada manusia; dan belajarlah kamu sekelian akan al-Quran dan mengajarkanlah kamu sekelaian akan al-Quran kepada manusia; maka sesungguhnya aku (Nabi) seorang yang digenggam (yakni, akan wafat atau dimatikan oleh Allah (a.w) sebagaimana manusia lain) dan sesungguhnya ilmu itu akan diambil (yakni, akan lesap) dan akan nampak (yakni, timbul fitnah (atau cubaan)) sehingga berselisihan dua orang (yang Islam) di dalam suatu perkara yang wajib (dilaksanakan atau diputuskan) maka tidak menjumpai kedua-duanya pada seorangpun yang dapat menjelaskan (yakni, menghukumi perkara yang diperselisihkan) antara kedua mereka.’ [Hadith Darul Qutni dalam Kitab Faraid ...]
Dalam post terdahulu itu kita telah ulas beberapa perkara yg terdapat dalam hadith tersebut. pokok pangkalnya di dalam hadith tersebut Rasulallah (s.a.w) menyebut tentang pentingnya 'ilmu'. Beliau menyebut, walaupun beliau adalah Utusan allah (a.w), membawakan ilmu yg haq untuk membolehkan manusia mengabdikan diri mereka menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat: ' wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'budini' (Yang bermaksud: Tidaklah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka kepada Aku (Allah)) itu. manusia yg tidak menyembah Allah (a.w), tetapi menyembah selain Allah (a.w) sebagai tuhan mereka adalah kafir. maka orang yg kafir itu pasti setelah mati disiksa di dalam kubur mereka sehingga datangnya kiamat dan apabila tiba kiamat mereka akan dicampakkan terus ke dalam neraka. Orang yg akui bahawa Allah (a.w) itu tuhan mereka yg berhak disembah, maka mereka diberikan sebuah Kitab Catatan Amalan yg merekodkan segala sesuatu yg dilakukan dan dikerjakan oleh mereka semasa hidup di dunia - yg baik maupun yg buruk akan dicatit - dan kemudian ditimbang dosa pahala mereka di akhirat untuk menentukan apakah mereka layak mendapat syurga atau tidak. Di akhirat selepas hisaban, segolongan akan dimasukkan ke dalam syurga dan segolongan lagi akan masuk neraka. Itu sajalah dua kesudahan tempat tinggal manusia setelah kiamat dunia (Ayat 7, Surah asy-Syura: '...fariqun fil-jannati wa-fariqun fis-sa'iri' (Yang bermaksud: Segolongan masuk syurga dan segolongan (yg lain) masuk neraka)). Tidak ada jalan tengah atau selain kesudahan.
Siapa yg dapat syurga? Itu ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa': 'wa-man yuti'illaha wa-rasulahu yudkhilhu jannatin ...' (Yang bermaksud: Barangsiapa taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) dan taatkan UtusanNya (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah, yakni al-hadith) dimasukkan ke dalam syurga ...').
Siapa yg dapat neraka? Itu ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam Ayat 14, Surah an-Nisa': 'Wa-man ya'sillaha wa-rasulahu wa-yata'addadu hududahu, yudkhilhu naran ...' (Yang bermaksud: Dan barangsiapa yg tidak taatkan Allah (a.w) (.e. tidak ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) dan tidak taatkan UtusanNya (i.e. ketetapan Rasulallah dalam as-Sunnah atau al-hadith) dan melanggar ketetapan hukum hadNya, dimasukkan ke dalam neraka ...). Huykum-hukum hudud itu jelas di dalam al-Quran. Ia merupakan pelanggaran dan dosa yg besar. Itu jelas.
saudara, yg jelas tetapi tidak difahami orang Islam yg akui dirinya Islam, yakni mereka menyembah Allah (a.w) dan menerima hakikat Muhammad (s.a.w) adalah Rasulallah, adalah beberapa perkara pokok dalam kalimah 'taatkanlah Allah (a.w)' dalam perkara aqidah, amalan dan ibadah dan dalam perkara 'taatkan Rasulallah (s.a.w)' dalam perkara yg sama - aqidah, ibadah dan amalan dan, terutamanya, mengikuti as-Sunnah atau ketetapan atau suruhan Rasulallah (s.a.w), atau beramal dan beribadah mencontohi Rasulallah (s.a.w). Majoriti umat Islam yg akui dirinya Islam tidak akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). Yg paling ketara adalah larangan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara amalan syirik yg samar (tanpa diwsedari), tahyul, kurafat, taqlid dan bid'ah. malah sesiapa yg meyakini wujudnya 'bid'ah hasanah' adalah jelas menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara bid'ah! Kita wajib ingat bahawa ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu wajib ditaati dan dikuti kerana perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa'. [Nota: Dalam blog ini penulis akan peringatkan pembaca sentiasa perkara ini. supaya jangan terlupa atau terabai dalam kita menjalani kehidupan sebagai seorang Islam dan orang iman]. Dan, majoriti umat Islam tidak patuhi perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran yg menyuruh umat Islam anuti Islam secara berjema'ah dan jangan menubuhkan perkumpulan terasing, kerana Allah (a.w) melarang umat Islam berfirqah. Terkait dgn ketetapan Ayat 103, Surah ali-Imran tersebut adalah realiti semasa majoriti umat Islam tidak faham apakah maksud Ayat 59, Surah an-Nisa' dalam perkara mentaati 'ulil amri'. Di dalam as-Sunnah diperjelaskan perkara 'berjema'ah' dan diperincikan perkara 'ulil amri' dan maksud Ayat 59, Surah an-Nisa' itu tentang hakikat pengurusan jema'ah Islam - peranan dan tanggungjawab Imam atau Amir (istilah 'ulil amri' dalam as-Sunnah), tentang ikrar taat setia (bai'at) dan tentang perkara-perkara yg dibai'atkan dalam jema'ah, tanggung jawab Imam atau Amir atau anggota jema'ah dan segala sesuatu peraturan mengenai jema'ah dan hakikat keImaman dalam Islam itu.
Saudara, dalam post-post yg terbaru, kita telah mulakan penelitian kita tentang hakikat berjema'ah ini, tentang kewujudan sistem keImaman (ulil amri) dalam Islam, tentang bai'at dan tentang akibat jika sekumpulan umat Islam itu tidak berjema'ah atau tidak memiliki seorang Imam. Disebutkan bahawa umat Islam yg tidak berjema'ah dalam Islam akan gagal mendapat syurga! Orang islam yg tidak mengangkat salah seorang dari kalangan mereka menjadi Imam tidak halal hidupnya di dunia. Kalau tidak halal dalam kehidupan di dunia, apakah akibatnya? Pastilah Allah (a.w) tidak ridha dia dimasukkan ke dalam syurgaNya!
Saudara, maka kerana itulah Rasulallah (s.a.w) dalam hadith yg kita rujuk di atas meneyebut tentang wajibnya umat Islam itu memiliki ilmu, belajar ilmu dan, lebih utama, fahami ilmu. Suruhan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara ilmu itu diulangi dalam hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Tidak henti-hentilah manusia (umat Islam) itu dalam keadaan baik selama (atau selagi ada) generasi tua (yg berilmu) masih hidup dan generasi muda mahu (mencari dan) belajar ilmu dari mereka (i.e. generasi tua). maka jika generasi tua telah mati sebelum generasi muda (sempat) mempelajari ilmu daripada mereka, maka rosaklah manusia (umat Islam).' [Hadith Imam Dalami, Kitab Mukaddimah]
Saudara, pesanan Rasulallah (s.a.w) ini penting. Pertama, Allah (a.w) menetapkan bahawa wajib bagi umat Islam itu beramal hanya dgn bersandarkan ilmu (Ayat 36, Surah al-Isra') dan Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islam berilmu dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan dan ibadah. Dan, menuntut ilmu itu wajib atas kesemua orang yg akui dirinya Islam. Dan, Rasulallah (s.a.w) memberi tahu umat Islam ilmu yg wajib mereka pelajari (dan fahami) itu adalah tiga; iaitu: pertama, ilmu al-Quran; kedua, ilmu as-Sunnah dan ketiga, ilmu mengebnai hukum faraid (yakni pembahagian harta warisan umat Islam).
Saudara, apakah yg dapat kita rumuskan dalam post ini? Mesej yg utama yg ingin disampaikan dalam post ini adalah: wajib kita yg akui diri kita Islam itu berusaha belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah segera kerana beberapa pertimbangan: pertama, kemungkinan kita mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah yg kerananya menyebabkan kita secara tidak kita sedari kita terkeluar dari Islam dan menjadi murtad atau kafir; kedua, tidak guna kita mengerjakan amalan dan ibadah kalau kita beramal dan beribadah tersebut tiada dalam syariat Islam, membuang masa dan mendapat dosa pula; ketiga, kita beramal dan beribadah secara ikut-ikutan atau taklid buta sahaja, tanpa didasari oleh ilmu, maka segala amalan dan ibadah kita itu tidak diterima Allah (a.w); keempat, dalam kejahilan, kemungkinan kita mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah yg tidak mendatangkan sebarang pahala kpd kita sebaliknya mendatangkan dosa pula, maka sia-sialah kita beramal dan beribadah; dan kelima, kerana kejahilan kita kemungkinan besar kita terikut-ikut dgn cakap-cakap atau ajakan manusia yg kita anggap alim dan berilmu, tetapi mengajarkan kita sesuatu yg sama sekali tiada dalam aqidah dan syariat Islam, maka kemungkinan besar kita tersesat atau disesatkan oleh mereka itu atau kita melakukan dosa tanpa kita ketahui; keenam, kerana kejahilan tentang al-Quran dan as-Sunnah, kita dipesongkan oleh orang yg pandai bercakap dan berhujjah kononnya ada jalan pintas ke syurga atau kononnya ada 'rasul' atau 'nabi' baru atau dia mendapat ilham atau 'wahyu' menyampaikan ilmunya kpd kita. Dan, ketujuh, satu bahaya yg sering majoriti umat Islam lupakan adalah mengajarkan sesuatu ilmu yg tiada dalam syariat Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, mengudang kiriman dosa kpd kita dari mereka yg mengamalkannya ajaran kita, dan kiriman dosa itu sampai kiamat dunia!
Saudara, ramainya orang Islam yg gagal mendapat syurga di akhirat kelak adalah disebabkan oleh faktor-faktor di atas itu, dan juga kerana empat perkara berikut pula. Juga, ajaran sesat berleluasanya disebabkan empat perkara ini juga; iaitu: pertama, orang yg menguruskan perkara umat Islam tidak sempurna ilmunya dan tidak pula mahu mengembangkan dakwahnya kpd umat Islam; kedua, orang yg berkuasa dalam organisasi keIslaman mengetatkan urusan dakwah sehingga menyulitkan ilmu disampaikan kpd umat Islam untuk menghapuskan kejahilan mereka tentang al-Quran dan as-Sunnah, dan umumnya Islam; ketiga, pihak berkuasa tidak mengutamakan pengajaran ilmu mengenai Islam, khususnya ilmu al-Quran dan as-Sunnah; dan keempat, kerana begitu kuatnya pengaruh keduniaan ramai umat Islam yg akui dirinya Islam, tetapi kerana kejahilan dan kerana taksubkan dunia, mereka lakukan berbagai perkara sehingga tidak disedari oleh mereka mereka murtad atau jatuh kafir walaupun lahiriah kelihatan Islam. [Nota: Seseorang yg meninggalkan satu waktu solat fardu selain kerana terlupa atau kerana tertidur, jath kafir! kalau luipa dibuat ketika teringat dan kalau terrtodur dibuat ketika terjaga]
Saudara, ramainya orang Islam yg gagal mendapat syurga di akhirat kelak adalah disebabkan oleh faktor-faktor di atas itu, dan juga kerana empat perkara berikut pula. Juga, ajaran sesat berleluasanya disebabkan empat perkara ini juga; iaitu: pertama, orang yg menguruskan perkara umat Islam tidak sempurna ilmunya dan tidak pula mahu mengembangkan dakwahnya kpd umat Islam; kedua, orang yg berkuasa dalam organisasi keIslaman mengetatkan urusan dakwah sehingga menyulitkan ilmu disampaikan kpd umat Islam untuk menghapuskan kejahilan mereka tentang al-Quran dan as-Sunnah, dan umumnya Islam; ketiga, pihak berkuasa tidak mengutamakan pengajaran ilmu mengenai Islam, khususnya ilmu al-Quran dan as-Sunnah; dan keempat, kerana begitu kuatnya pengaruh keduniaan ramai umat Islam yg akui dirinya Islam, tetapi kerana kejahilan dan kerana taksubkan dunia, mereka lakukan berbagai perkara sehingga tidak disedari oleh mereka mereka murtad atau jatuh kafir walaupun lahiriah kelihatan Islam. [Nota: Seseorang yg meninggalkan satu waktu solat fardu selain kerana terlupa atau kerana tertidur, jath kafir! kalau luipa dibuat ketika teringat dan kalau terrtodur dibuat ketika terjaga]
Oleh itu, wajiblah mulai dari sekarang luangkan sedikit masa untuk belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kalau mahu selamat di akhirat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment