Sunday, June 19, 2011

Sukar Jadi Orang Iman yg benar ...

Assalamualaikum,
Saudara, kita Islam bukan semata-mata kerana dilahirkan dalam keluarga Islam. Kerana kalau begitu rugilah kita kerana jadi orang yg Islam kerana nenek moyang atau ibu bapanya Islam (by accident of birth). Kemudian mereka tidak pula mengaji supaya menyemak ilmunya tentang tuntutan Islam supaya kita wajib bukan sahaja belajar atau mengaji dua ilmu - al-Quran dan as-Sunnah - tetapi wajib kita semak ilmu mengenai Islam dan syariatnya yg diajarkan kpd kita atau yg kita wairisi sekian lama. Kerana jika kita tak buat begitu, kita Islam tapi rugi! Siapa orang Islam yg rugi? Orang Islam yg rugi itu, antaranya adalah golongan berikut: pertama, orang yg berbangga dgn dirinya Islam dan dia memberitahu rakan taulan yg Islam atau tak Islam yg dia Islam, tapi tak buat apa-apa, tak buat sebarang amalan atau ibadah, dan sebaliknya pula dia buat segala sesuatu yg orang bukan Islam buat. Kedua, orang yg akui dirinya Islam, dan dia beramal dan beribadah ala qadar saja, kadang-kadang buat dan kadang-kadang tak buat, atau abaikan - nak tak nak aje. Ketiga, orang Islam kerjakan amalan dan ibadah, tanpa mengabaikannya, tapi dia juga kerjakan maksiat. Keempat, orang Islam yg kerjakan setiap amalan dan ibadah yg ditetapkan oleh Islam berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tapi dia juga amalkan segala ssuatu itu berdasarkan ilmu dan panduan berugama yg diwariskan oleh nenek moyang dan ibu bapa mereka atau yg diajarkan oleh orang lain atau yg dia sendiri dapati membaca kitab dan mendengar cceramah orang lain. Kelima, orang Islam yg mengerjakan amalan dan ibadah berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, yg kedua-duanya menjadi panduan hidupnya sebagai orang iman yg benar. Dia tidak mengerjakan sebarang amalan dan ibadah  yg dia tidak pasti terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, mengikut suruhan Rasulallah (s.a.w). Golongan Islam yg kelima inilah orang Islam yg benar-benar beriman, kerana panduan yg dijamin benar adalah al-Quran dan as-sunnah.
Saudara, golongan kelima ini yg benar Islamnya kerana dia menepati ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), kerana sebaik-baik kitab untuk dijadikan panduan ilmu dan amalan adalah al-Quran dan sebaik-baik petunjuk atau hidayah itu adalah hidayah Rasulallah (s.a.w) dan sebaik-baik contoh atau model ikutan itu adalah Rasulallah (s.a.w). Mereka dalam golongan ini diterima segala amalannya kerana dia akur dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra': Janganlah kamu kerjakan sebarang amalan dan ibadah tanpa mengetahui terlebih dahulu ilmu mengenai apa yg diamal dan diibadahkan. Mereka itu pasti mengerjakan amalan dan ibadah yg benar, tidak dicemari oleh yg batil seumpama 'bid'ah hasanah', kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg mengerjakan amalan dan ibadah yg tidak dibawakan atau diajarkan atau ditunjukkan oleh beliau adalah batal amalan dan ibdahanya, dan tidak diterima amalan dan ibadahnya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu categorically bahawa semua pembaharuan dalam perkara ugama yg tidak ditunjukkan atau diajarkan atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) adalah bid'ah dan semua bida'ah adalah kesesatan, dan semua kesesatan atau orang Islam yg mengamalkan pembaharuan atau bida'ah pasti sesat, dan orang-orang yg sesat pasti masuk neraka! Pertama, Rasulallah (s.a.w) menghukum bahawa sesiapa mengamalkan bida'ah nescaya menerima padah seperti berikut: amalannya batal dan ditolak atau tidak diterima Allah (a.w). Kedua, sesiapa yg mengamalkan bid'ah tidak diterima Allah (a.w) kesemua ibadahnya - yg fardu maupun yg sunat. Ketiga, semua orang yg amalkan bid'ah nescaya terkeluar dari Islam. Keempat, semua yg amalkan bida'ah tidak dirdhai Allah (a.w) dan dia jatuh syirik, kerana Allah (a.w) Rasulallah (s.a.w) tak suruh amalkan, tapi dia tetap amalkan seolah-olah ada orang lain yg lebih berkuasa dari Allah (a.w), kerana dia ikuti orang yg mengajarkan bid'ah dan dia tolak tepi ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Kelima, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa taubat orang yg amalkan bid'ah tidak diterima Allah (a.w). Taubatnya hanya diterima setelah meninggalkan bid'ah yg diamalkannya.
Saudara, dari kalangan orang Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah itu ada pula dua kategori: pertama, orang Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah tetapi mereka tidak pula berjema'ah, kerana mereka salahtafsirkan Ayat 103, Surah ali-Imran dan ayat-ayat lain serta hadith menyentuh perkara keimaman atau kepimpinan dalam Islam, bai'at dan kewajipan mentaati kepimpinan dalam Islam. Kedua, orang yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah secara total, termasuklah akur dgn perintah berjema'ah, tentang bai'at dan tentang ketaatan terhadap kepimpinan dalam Islam.
Saudara, sebahagian drp ketetapan menyentuh kepeimpinan atau keimaman dalam Islam telah kita sentuh. Juga, sebahagian drp ketetapan mengenai bid'ah telah kita sentuh juga. Insya Allah kita akan teruskan penelitian kita tentang dua perkara ini selanjutnya sedikit demi sedikit supaya kita faham Islam yg sebenarnya itu. Hanya Islam yg benar itu sahaja memberikan kita peluang untuk mendapat syurga, kerana segala amalan dan ibadah kita benar dan diterima Allah (a.w). Kalau kita amalkan segala ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) sepanjang hidup kita, maka  kita pasti mendapat syurga sebagaimana yg dijanjikan oleh Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' (taatkan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) pasti dapat syurga), Ayat 153, Surah al-An'am (jalan yg lurus itu adalah ikuti al-Quran dan as-Sunnah), dan Ayat 72, Surah az-Zuhruf (Syurga itu dikhususkan kpd orang yg mengerjakan amalan dan ibadah yg ditetapkan Allah (a.w) dan RasulNya), Ayat 24, Surah al-Ahzab (menjadikan Rasulallah (s.a.w) contoh ikutannya), Ayat 2, Surah Muhammad (orang yg ikuti apa-apa yg diturunkan Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w) adalah orang menepati perintah), Ayat 27, Surah al-Fath (orang yg mengikuti hidayah yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah benar Islamnya), Ayat 71, Surah al-Ahzab (taatkan Allah (a.w) dan RasulNya pasti dapat kemenanagan yg besar, yakni syurga), dll lagi.
Saudara, mungkin saudara rasa sukar nak jadi orang Islam yg benar itu! Sebenarnya tidak. Orang Islam yg benar itu bersumberkan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah sebagai ilmu dan sebagai panduan hidup dalam mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment