Assalamualaikum,
Saudara, 'bid'ah' adalah satu perkara yg amat sensitif jika kita bincangkan dalam masyarakat Islam yg sudah sebati dijadikan amalan seharian mereka. Di Malaysia, para ulama' dan ilmuwan Islam yakin sepenuhnya bahawa tidak ada ketetapan yg mutlak menyatakan bahawa id'ah itu adalah suatu kesesatan. Kerana mereka berpendapat bahawa wujud perkara-perkara amalan yg sudahpun dibudayakan oleh masyarakat Islam di Malaysia turun temurun, semenjak Islam bertapak di Malaysia, bahawa wujud apa yg mereka sebutkan sebagai 'bid'ah hasanah'. Walaupun begitu, dalam blog ini penulis akan terus highlghtkan isu atau tajukini, kerana Rasulallah (s.a.w) secara terang dan jelas dan muktamad menyebutkan bahawa semua pembaharuan dalam perkara ugama adalah bid'ah dan semua bid'ah, walau bagaimana molehpun dipandang oleh masyarakat Islam adalah kesesatan, dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa setiap kesesatan itu menjerumuskan pengamalnya dan penyebarnya ke dalam neraka. Malah lebih bahaya pula bahawa ada hadith yg menyebutkan bahawa orang yg mengamalkan bid'ah tidak diterima amalan dan ibadahnya atau tidak diterima taubatnya jikalah dia ingin bertaubat dan pengamal bid'ah dikatakan jatuh syirik dan pengamal bid'ah dihukum terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari.
Jikalah begitu ketetapan Rasulallah (s.a.w), maka mengapakah masih ramai orang Islam termasuk para ulama' dan ilmuwan Islam yg kekal berkeras menyatakan bahawa wujud bid'ah hasanah tersebut. Adakah mereka jahiltentang ketetapan as-Sunnah? Atau, adakah mereka menolak as-Sunnah? Atau, mereka beranggapan bahawa ketetapan as-Sunnah itu tidak sama tarafnya dgn ketetapan al-Quran? Walhal, kita tahu mengikut Ayat 7, Surah al-Haysr bahawa setiap perkara yg disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) tu kita ambil pakai dan terima dan laksanakan sekuat mampu kita, dan setiap tegahan Rasulallah (s.a.w) itu hendaklah kita jauhi atau tinggalkan. Tambahan pula, kita wajib faham bahawa ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah ketetapan Allah (a.w). Kalau Rasulallah (s.a.w) haramkan sesuatu, maka Allah (a.w) juga mengharamkannya. Malah Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' memerintahkan kpd kita yg Islam (malah semua manusiapun) bahawa sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w), maka dia telah secara otomatis mentaati Allah (a.w). Jadi counter factualnya, sesiapa yg ingkarkan perintah Rasulallah (s.a.w) pastilah dia ingkarkan perintah Allah (a.w)?
Saudara, bid'ah itu amat membahayakan aqidah kita yg Islam. Malah kalau kita tinggalkan sesuatu yg bid'ah itu tidak ada ruginya kita. Malah kita mendapat pahala kerana kita akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w). Mengikuti as-Sunnah mendatangkan pahala yg otomatis untuk kita.
Menceritakan hadith oleh Abdul Rahman b ‘Amrin as-Sulamiyu dan Hujru b Hujrin berkata kedua-duanya: ‘Datang kami berdua bertemu dengan ‘Irbad b Sariah dan dia adalah orang yang diturunkan ayat (al-Quran) (Wala ‘alal-lazina iza ma atauka litahmilahum qulta la ajidu ma ahmilukum ‘alaihi), maka memberi ‘salam’ kami dan berkata kami: ‘Datang kami kepadamu berziarah dan menjenguk dan mencari ilmu kami’. Maka berkata ‘Irbad: ‘Bersolat dengan kami Rasulallah (s.a.w) pada suatu hari. Kemudian menghadap dia atas kami menasihati kami suatu nasihat yang terang (jelas) mengalirkan darinya (kerana nasihat tersebut) beberapa mata (yang melihat Rasulallah (s.a.w) berkhutbah) dan menakutkan darinya beberapa hati (orang-orang yang mendengar khutbah Rasulallah (s.a.w) tersebut), maka berkata orang yang bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Seakan-akan bahawasanya ini satu nasihat pesanan terakhir, maka apakah pesanan (atau janji) atas kami (terhadap engkau)?’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Usikum bi-taqwallahi was-sam’i wat-taati wain ‘abdan habasyiyan fainnahu man ya’isy minkum ba’di fasayara ikhtilafan kathiran fa’alaikum bisunnati wa-sunnatil-khulafa al-mahdiyina ar-rasyidina tamassaku biha wa-‘addu ‘alaiha bin-nawajizi, wa-iyakum wamuhdathatil-umuri fain kulla muhdathatin bid’atun wa-kulla bid’atin dolalatun.’ [Maksud: Berwasiat aku atas kamu sekelian dengan (pertama) bertaqwa kepada Allah (a.w) dan (kedua) mendengar dan taat dan jikapun seorang hamba Habsyi (menjadi amir atau imam kamu). Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup dari kalangan kamu sesudahku maka akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu sekelian dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-rasyidin al-mahdiyin, berpegang teguhlah dengannya (yakni, as-Sunnah) dan gigitlah dengan gigi geraham, dan takutilah (atau, jauhilah) kamu sekelian barunya beberapa perkara (tentang ugama), maka sesungguhnya tiap-tiap barunya perkara adalah bid’ah dan tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan. (Dan, tiap-tiap kesesatan itu tempatnya dalam neraka).] [Hadith Abu Daud]
Saudara, hadith di atas amat jelas memberitahu umat Islam betapa bahayanya mengamalkan sesuatu yg bersifat bid'ah. Dalam dua hadith berikut pula, sekali lagi kita diberitahu bahawa bid'ah itu menyebabkan amalan dan ibadah kita tidak diterima Allah (a.w). Jika demikian, mengapakah kita sanggup menggadaikan akhirat kita semata-mata kerana kita ikuti konvensyen masyarakat kita berdegil mengetakan wujudnya bid'ah hasanah itu?
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man akhdatha fi amrina haza ma laisa minhu fahua raddu.’ [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid’ah) dalam perkaraku (Nabi) (yakni, Islam dan syariat ugama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku (nabi)), maka dia (yakni, amalannya) ditolak] [Hadith Bukhari] dan
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddu.’ [Maksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku (Nabi)), maka dia (yakni, amalannya) ditolak.] [Hadith Muslim].
Saudara, Allah (a.w) perintahkan kita dalam firmanNya pada Ayat 7, Surah al-Haysr tadi, supaya kita ambil pakai segala ketetapan Rasulallah (s.a.w) - yg disuruh buat sekuat mampu dan yg ditegah ditinggalkan - dan Rasulallah (s.a.w) dengan jelas dalam hadith berikut menyebut bahawa orang yg enggan terima ketetapan Rasulallah (s.a.w) tempatnya dalam neraka, namun kita remehkan dan tidak ambil peduli? Adakah kerana tidak menyalahi masyarakat, kita sanggup merusakkan aqidah dan amalan serta ibadah kita? Oleh itu wajarlah kita halusi dan amati as-Sunnah. Janganlah kita sengaja mengenianya diri kita sendiri. Yg rugi bukan orang lain, yag pasti rugi kerana enggan akur, tapi akhirat kita, kita sendiri tentukan, bukan orang lain.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘enggan’ (yakni, orang yang enggan mengikuti perintah Allah (a.w) dan RasulNya).’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘enggan’ itu?’ Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu enggan (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) maka tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ [Hadith Bukhari]
Mudah-mudahan, saudara yg mengikuti blog ini dan membaca post ini sedar dan faham. Jagalah masa depan akhirat kita sekuat mampu kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment