Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang tajuk di atas itu, i.e. kewajipan bagi orang yg akui dirinya Islam dan orang beriman, ikuti as-Sunnah. Ini penting difahami kerana hanya jika orang Islam itu ikuti al-Quran dan as-Sunnah sahaja yg akan berjaya mendapat syurga. Inilah mesej sabda Rasulallah (s.a.w) yg menyebutkan bahawa sesiapa yg berpegang kpd dua peninggalan beliau iaitu al-Quran dan as-Sunnah pasti tidak akan sesat selama-lamanya. Orang yg tidak sesat itu, jika dia berpandukan al-Quran dan as-Sunnah kemudian dia mengamalkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dijamin balasan syurga oleh Allah (a.w) (Ayat 13, Surah an-Nisa'). Sesiapa yg jadikan asas ilmu dan panduan amalan dan ibadah, dan, amnya panduan hidupnya, selain al-Quran dan as-Sunnah pasti sesat. Sesiapa yg jadikan sumber ilmu yg selain al-Quran dan as-Sunnah dan berpegang kpd ajaran sumber-sumber sedemikian juga pasti sesat. Hanya orang Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dijamin pasti tidak sesat mencari jalan lurus ke syurga itu. Dalam Surah Yaasin Allah (a.w) beritahu bahawa jalan lurus ke syurga itu adalah al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, kerana itulah sebagai seorang Islam wajib kita semua tumpukan masa atau luangkan sedikit masa untuk mengaji atau belajar al-Quran dan as-Sunnah, terutama as-Sunnah, kerana segala amalan dan ibadah atau cara dan kaedah mempraktikkan segala ketetapan al-Quran itu diperjelaskan dan diperincikan dalam as-Sunnah atau al-Hadith. Tanpa mengaji as-Sunnah sudah pasti kita tidak terpimpin dan tertunjuk bagaimana melaksanakan ketetapan Allah (a.w), termasuklah, ketetapan yg paling utama iaitu solat - bentuk-bentuk solat, cara dan kaedah bersolat. dalam solat diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabda beliau: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat) [Hadith Bukhari]. kalau kita tidak belajar as-Sunnah, khususnya tentang Bab Solat, mana mungkin kita faham dan tahu bagaimana bersolat menepati ketetapan Allah (a.w).
Malangnya saudara, hari ini begitu ramainya umat Islam, termasuk yg dikatakan 'ulama' atau yg mengakui diri mereka berilmu, jahil tentang bagaimana bersolat mengikut ketetapan Islam. Contohnya: Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ketika nak solat, kita hanya diperlukan berdiri kemudian membaca Takbir, i.e. angkat kedua-dua tangan ke atas, terbuka jari-jari tangan, diangkat sampai ke paras kedua cuping telinga atau ke paras bahu dan baca 'Allahu Akbar' kemudian baca Doa Iftitah. Tidak disuruh kita sebut 'Usolli ...' Tiada ketetapan al-Quran atau as-Sunnah kita perlu zahirkan niat dan sebut kalimah sedemikian. [Nota: Ada orang yg mengatakan mengangkat kedua tangan sampai ke bahu itu adalah amalan aliran Wahabbi! Jelaslah orang itu jahil terhadap as-Sunnah]. Contoh kedua: Dalam Solat Subuh, Rasulallah (s.a.w) tidak pernah membaca Doa Qunut yg kita baca sekarang ini setiap Solat Subuh itu! Maka, jika begitu, dari manakah datangnya amalan yg menjadi warisan kita dalam Solat Subuhmembaca Doa Qunut? Pasti bukan Imam as-Syafie yg menyuruh pengikutnya, kerana dia sendiri adalah ulama' hadith (al-Muhadithin = pengumpul hadith, seorang drp 49 pengumpul hadith yg disahkan sekarang). Malah Imam as-Syafie menyebut bahawa kemungkinan dia menyatakan sesuatu yg bertentangan dgn as-Sunnah, yg dia sendiri tak jumpa dalam hayatnya, maka jika begitu, jika ada hadith yg menyebut sesuatu yg menyalahkan ajarannya, maka dia suruh ambil hadith dan buang ajarannya, kerana hadith itu yg benar! Jika bukan Imam as-Syafie yg ajarkan, siapa? Terpulanglah pada ilmuwan Islam yg inginkan ijazah Ph D dalam syariah buat kajian. Yg pasti Rasulallah (s.a.w) tak baca Doa Qunut dalam Solat Subuh. Jika begitu kita melanggar ketetapan Allah (a.w) bahawa kita umat Islam wajib jadikan Rasulallah (s.a.w), yg diangkat Allah (a.w) sebagai 'uswatun hasanah', sebagai contoh ikutan dalam berugama. Jika tiada dibuat oleh Rasulallah (s.a.w), maka tergolong dalam perkara 'pembaharuan dalam ugama'. Dan, Rasulallah (s.a.w) menghukum setiap pembaharuan dalam ugama adalah bid'ah, dan setiap bid'ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan dalam ugama itu menjerumuskan pengamalkan ke dalam neraka. Dan, dalam hadith lain mereka yg mengamalkan bid'ah tidak diterima kesemua amalan dan ibadahnya - yg fardu dan yg sunat, malah terkeluar dia dari Islam tanpa disedari. Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita umatnya bahawa sesiapa yg mengamalkan suatu amalan yg tidak dibawakan atau diajarkan atau didemokan atau disuruh oleh beliau atau didatangkan dari beliau (i.e. tiada dalam as-Sunnah), amalan tersebut ditolak atau tidak diterima Allah (a.w). Rugi sajalah kita. Yg rugi kita bukan ustaz yg mengajarkan kita buat begitu. Ustaz tu memang rugi, kerana sesiapa yg mengajar dan mengembangkan bid'ah dan ajarannya dijadikan amalan oleh orang lain, orang itu berdosa dan dia pula mengirim dosa kpdnya yg mengajarkannya! Ramai orang rugi. Semuanya kerana kejahilan ilmu tentang al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, dalam post ini telahpun jelaskan bahawa Rasuallah (s.a.w) dan para sahabat pernah membaca Doa Qunut Nazilah melaknat empat perkampungan orang kufur dan munfaiq Arab yg membunuh 69 drp 70 mubaligh Islam yg dihantar oleh Rasulallah (s.a.w) untuk mengajar penduduk perkampungan yg empat tersebut Islam dan syariatnya. Mereka di bunuh, kecuali seorang yg berjaya melepaskan diri, melap[urkan kpd Rasulallah (s.a.w). Berikutan itu, Raulallah (s.a.w) perintahkan umat Islam masa itu membaca Doa Qunut Nazilah pada rakaat terakhir sesudah bangun dari Rukuk kesemua solat fardu yg lima selama sebulan, mendoakan kehancuran kpd penduduk-penduduk kampung-kampung tersebut. dalam blog ini kita telahpun tuliskan kaliumah-kalimah Doa Qunut Nazilah tersebut. Dan, dalam blog ini juga kita telah beritahu bahawa kalimah-kalimah Doa Qunut yg dibaca sekarang dalam Solat Subuh itu adalah kalimah-kaliumah Doa Qunut yg disruh Rasulallah (s.a.w) ketika Solat Witir malam ke-lima belas ramadhan, setiap malam. Jelaslah, umat Islam hari ini telah menambah kpd suatu ibadah yg utama dalam Islam, iaitu Solat Subuh, dan meletakkan pula amalan bukan pada tempatnya! Doa Qunut yg sepatutnya dibaca dalam Solat Witir 15 Ramadhan sehingga 29/30 Ramadhan itu dimport dijadikan Doa Qunut pada Solat Subuh. maka batallah Solat Subuh, tidak diterima Allah (a.w). maka di dalam Kitab Catatan Amalan mereka yg amalkan kosong catitannya mengenai Solat Subuh. maka, berdasarkan hadith lain pula, setiap solat fardu yg tidak dikerjakan menjadikan kita jatuh kafir sehinggalah kita mengucap semula ketika membaca Tahiyat Awal ketika mengerjakan Solat Zohor! dalam tempoh Solat Subuh itu, katalah 5.40 pagi sampai 1.20 tengahari kita kafir! Wal iya zubillah. Amalan membaca Qunut Nazilah ini ditamatkan selepas sebulan. Contoh ketiga: ramai umat Islam yg tidak tahu mengerjakan Solat Jenazah, sehinggakan di Masjidil Haram ada warganegara Malaysia yg Rukuk ketika mengikuti Solat Jenazah!
Saudara, kini semakin ramai umat Islam yg jahil. maka mereka lakukan pelbagai perkara. Contoh: orang Islam bekerja di kilang membuat arak (Spt Guinness Stout dan Calsberg) walhal Allah (a.w) melaknat 10 jenis orang Islam yg terlibat dalam industri arak - dari yg menanam bahannya sehinggalah orang yg meminumnya. Ramai orang Islam yg kaya raya, kerana kejahilan juga, menderma sebahagian hartanya secara riak dan menunjuk-nunjuk atau sebalaiknya bakhil dan kedekut, tak mau menginfaqkan hartanya walhal hartanya yg menjerumuskan mereka ke neraka kelak. Orang yg kaya raya sukar nak dapat syurga kecualilah mereka sanggup menjadi sebagaimana khalifah Othman dan beberapa sahabat menginfaqkan seperdua hartanya pada fi sabilillah!
Dalam pada itu, bukan sahaja jahil tentang ilmu as-Sunnah atau al-Hadith, ramai umat Islam hari ini yg enggan menerima hadith kalaupun diberitahu kpdnya. Keengganan sedemikian itu bukan fenomena baru dalam Islam, kerana umat zaman Rasulallah (s.a.w) pun dah ada sedemikian. Kita lihat dua hadith berikut yg Rasullah (s.a.w) memperingatkan kita jangan tolak as-Sunnah atau al-Hadith:
Diriwayatkan hadith daripada Miqdam bin Ma’dikariba al-Kindiyi berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.aw) bersabda: ‘(Akan) hampir engkau pada seorang lelaki duduk bersandar atas kerusi malasnya dengan suatu hadith daripada hadith-hadithku, maka berkata dia: ‘Antaraku dan antara kamu sekelian (adalah) Kitab Allah (a.w) yang maha Agung dan maha Luhur (yakni, al-Quran). Maka barang apa menjumpai aku dengan ini dari (al-Quran) halal maka menghalalkan aku dengannya. Dan barang apa menjumpai aku dengannya dari haram, maka mengharamkan aku atasnya.’ (Kemudian Rasulallah (s.a.w) bersabda:) Ketahuilah apa-apa yang diharamkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah seperti mengharamkan oleh Allah (a.w).’ [Hadith Ibnu Majah]
Dan, hadith berikut juga memperingatkan kita perkara yg sama. Apabila kita diberitahu sesuatu hadith, jangan berdalih dan janganlah cari hujjah untuk menidakkannya pula. Perbuatan sedemikian itu sama dgn perbuatan menolak as-Sunnah. Menolak as-Sunnah sama dgn menolak firman Allah (a.w)!
Diriwayatkan hadith daripada Sufian bin ‘Ubainah di rumahnya bertanya aku dari Salim Abi Nadrin (r.a). Kemudian menerima di dalam hadith berkata: ‘Atau Zaid bin Aslam, daripada ‘Ubaidillah bin Abi Rafi’ (r.a) berkata dari bapanya: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Jangan sampai (yakni, jadi) salah seorang dari kamu akan (yakni, seperti) orang yang bersandar atas kerusi malasnya datang pada perkara dari apa-apa yang memerintahkan aku (Nabi) dengannya atau melarang aku (Nabi) atasnya’, maka berkata (orang itu): ‘Tidak tahu aku (ini hadith)(maksudnya, tidak akur dia dengan ketetapan dalam hadith tersebut). Apa-apa menjumpai aku (hanya) (maksudnya, dia hanya ikuti segala sesuatu yang ditetapkan) di dalam kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) mengikut aku pada kitab (yakni, terima ketetapan al-Quran sahaja).’ [Hadith Ibnu Majah]
Mudah-mudahan saudara faham betapa pentingnya as-Sunnah itu dalam Islam. Kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu jika kita amalkan (atau ibadahkan) sesuatu amalan (atau ibadah) yg tidakpun dibuat oleh Rasulallah (s.a.w), maka 'amalan' (atau ibadah) tersebut, walaupun nampak baik, tetap batil dan batal, tidak diterima Allah (a.w) dan tidak diberi pahala, malah diberi dosa pula. Bila, kita ajarkan orang lain, mereka amalkan pula, mereka berdosa, dan mereka kirimkan dosa kpd kita pula selagi kekal mereka amalkannya. Oleh itu berwaspadalah. Belajarlah ilmu supaya terlepas dari dosa dan terlepas dari mendapat kiriman dosa dan terlepas dari mensia-siakan amalan yg tidak diterima Allah (a.w), apabila kita amalkan.
Jazakallahu khairah
Dan, hadith berikut juga memperingatkan kita perkara yg sama. Apabila kita diberitahu sesuatu hadith, jangan berdalih dan janganlah cari hujjah untuk menidakkannya pula. Perbuatan sedemikian itu sama dgn perbuatan menolak as-Sunnah. Menolak as-Sunnah sama dgn menolak firman Allah (a.w)!
Diriwayatkan hadith daripada Sufian bin ‘Ubainah di rumahnya bertanya aku dari Salim Abi Nadrin (r.a). Kemudian menerima di dalam hadith berkata: ‘Atau Zaid bin Aslam, daripada ‘Ubaidillah bin Abi Rafi’ (r.a) berkata dari bapanya: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Jangan sampai (yakni, jadi) salah seorang dari kamu akan (yakni, seperti) orang yang bersandar atas kerusi malasnya datang pada perkara dari apa-apa yang memerintahkan aku (Nabi) dengannya atau melarang aku (Nabi) atasnya’, maka berkata (orang itu): ‘Tidak tahu aku (ini hadith)(maksudnya, tidak akur dia dengan ketetapan dalam hadith tersebut). Apa-apa menjumpai aku (hanya) (maksudnya, dia hanya ikuti segala sesuatu yang ditetapkan) di dalam kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) mengikut aku pada kitab (yakni, terima ketetapan al-Quran sahaja).’ [Hadith Ibnu Majah]
Mudah-mudahan saudara faham betapa pentingnya as-Sunnah itu dalam Islam. Kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu jika kita amalkan (atau ibadahkan) sesuatu amalan (atau ibadah) yg tidakpun dibuat oleh Rasulallah (s.a.w), maka 'amalan' (atau ibadah) tersebut, walaupun nampak baik, tetap batil dan batal, tidak diterima Allah (a.w) dan tidak diberi pahala, malah diberi dosa pula. Bila, kita ajarkan orang lain, mereka amalkan pula, mereka berdosa, dan mereka kirimkan dosa kpd kita pula selagi kekal mereka amalkannya. Oleh itu berwaspadalah. Belajarlah ilmu supaya terlepas dari dosa dan terlepas dari mendapat kiriman dosa dan terlepas dari mensia-siakan amalan yg tidak diterima Allah (a.w), apabila kita amalkan.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment