Thursday, June 30, 2011

Kematian: Percepatkan Urusan Jenazah

Assalamualaikum,
saudara, Islam menyuruh umatnya segerakan urusan kematian seseorang Islam yg mati, iaitu memandikannya, mengkafankannya, mensolatkannya dan kemudian menghantar dan mengkebumikannya. Islam melarang jenazah itu dilambat-lambatkan diurusi. Orang-orang yg melambat-lambatkannya pula mendapat dosa pula kerana tidak akur dgn perintah Allah (a.w) dan RasulNya.
Orang Melayu selalunya mengabaikan perintah menyegerakan urusan mayat ini, kerana selalunya menunggu anak-anak simati pulang ke kampung atau ke rumah si mati, setelah itu barulah diuruskan pengkebumiannya! Kalau si mati itu dari keluarga berkerabat spt rja atau sultan atau pembesar negara, maka ada pula 'majlis penghormatan terakhir' terhadap si mati, sampai sehari atau 'hari berkabung' pula, tujuh hari tujuh malam. Ini tidak termasuklah melalukan pelabagi larangan yg lain spt membebankan keluarga si mati dgn penyiapan juadah dan makanan, berkabung dan seumpamnya.
Berkata Harun bahawa menceritakan kpdnya dua orang yg lain bahawa diceritakan ibnu Wahab yg menceritakan hadith oleh Yunus b Yazid hadith dari abi Syihab yg berkata bahawa Abu Umamah b. Sahil, iaitu ibnu Hunaifin, mendapat hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: 'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Asri'u bil-janazati fa-in kanat solihatan qarrabtumuha ilal-khairi, wa-in kana syarran tada'unahu 'an riqabikum' (Yg bermaksud: Mempercepatkanlah kamu dgn urusan jenazah, maka sesungguhnya jika ada simati adalah orang yg baik-baik maka mendekatkan kamu pada tempat yg lebih baik; dan jika ada simati itu adalah orang yg tidak baik, maka meletakkan kamu pada keburukannya dari bahu kamu (yakni, dari ditanggung oleh kamu).) [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa hendaklah disegerakan urusan mayat atau kematian seseorang saudara sesama Islam kita. Oleh itu apabila berlaku kematian, hendaklah diegarakan 4 perkara; iaitu: pertama, emmandikan mayat; kedua, mengkafankan mayat; ketiga mensolatkan mayart; dan keempat, terakhir, mengkuburkannya. kalau simati itu adalah orang baik-baik, yakni calun syurga, maka dia segera mendapat nikmat ketika berada dalam kuburnya seumpama seorang yg tidur pada malam pengantin baru - enak tidurnya setelah bersama-sama mendaat kepuasan sebagai suami isteri dan setelah penat di siang harinya kerana upacara pernikahan dan sebagainya. Dia akan tidur dalam taman-taman syurga menunggu kiamat dunia, baru dikejutkan oleh malaikat! Kalau dia orang yg buruk atau tidak baik, hidupnya islam tetapi tidak mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, lebih teruk pula tidak pernah mengerjakan sebarang amalan dan ibadah, atau kalau mengrjakan amalan dan ibadahpun tidak menepati perintah Allah (a.w) dan contoh Rasulallah (s.a.w), maka pastilah amalannya batal dan batil pula, maka melengahkan urusannya meletakkan tanggungjawab dosa atas bahu kita yg wajib menguruskannya pula.
Saudara, yg utama kita fahami adalah apabila terjadi kematian segeralah uruskan tanpa menunggu kembali sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai menziarahi simati. Yg utama ziarah itu ketika hidup, bukan setelah mati. Keakraban itu diterjemahkan melalui perlakuan ketika masih bernyawa. Setelah mati semuanya tak guna. Tidak ada penghormatan, kerana selepas kematian itu yg berhak membri atau menganugerahkan kehormatan pada simati hanyalah Allah (a.w) dan malaikatNya.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. betul. orang melayu ada banyak pantang larang dan momokan dari mulut orang-orang yang tak memahami perlunya mengetepikan adat untuk menjunjung aturan ajaran Allah spt termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadith...

    ReplyDelete