Sunday, June 5, 2011

Kewajipan Berjemaah Dalam Islam: Ketetapan as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, menyambung lagi perbincangan kita mengenai tajuk di atas itu, kita telahpun lihat satu hadith dari Omar b Khattab (r.a) yg merumuskan bahawa orang yg sebenar-benarnya Islam itu mempunyai ciri-ciri yg khusus. Omar (r.a) menyebutkan ciri-ciri tersebut adalah: pertama, keIslaman seseorang yg akui dirinya Islam itu hanya benar jika dia berjema'ah dalam Islam; kedua, tiada jema'ah jika mereka tidak memiliki seorang ketua yg mereka angkat sebagai Imam atau Amir, yg memimpin mereka; dan ketiga, tidak wujud sistem kepimpinan yg disyaratkan oleh Islam kecualilah anggota jema'ah mentaati Imam atau Amir dgn berbai'at kpd Imam atau Amir tersebut. Kemudian kita telah juga melihat sepotong hadith yg Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa jika orang yg diangkat oleh jma'ah umat Islam itu adalah orang yg faham dan faqih tentang Islam berdasarkan ilmunya mengenai al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terpandu oleh al-Quran dan as-Sunnah, maka aman dan sejahteralah dia sebagai pemimpin dan aman dan sejahteralah jema'ah yg dipimpinnya. Dgn itu wujudlah kehidupan yg rukun, kompak dan harmoni untuk dia sebagai pemimpin dan untuk jema'ahnya yg dipimpinnya. Selamat dia dan jema'ahnya ketika menjalani kehidupan dunia dan pada waktu yg sama selamat akhiratnya, mendapat syurga dan selamat dari neraka.
Saudara, Allah (a.w) perintahkan umat Islam itu berjema'ah dalam Islam. Berjema'ah adalah satu kewajipan dalam Islam dan bukanlah satu pilihan dalam Islam. Rasulallah (s.a.w) yg membawakan ugama Allah (a.w) dan membimbing umat Islam sebagai uswatun hasanah, memperjelaskan hakikat berjema'ah tersebut dalam as-Sunnah. Justeru amat penting umat Islam itu fahami bahawa kita hanya dikira Islam jika kita mengamalkan Islam dan syariatnya dalam jemaah. tanpa jemaah, kita belum diiktiraf sebagai Islam. Kata-kata Omar (r.a) itu adalah sejajar dengan firman Allah (a.w) bahawa hendaklah kita berpegang dengan tali (ugama) Allah (a.w) (yakni, ugama Islam) secara berjemaah. Demikianlah juga suruhan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Omar (r.a) memberitahu kita secara lebih ‘direct’ atau terus terang apa yg diperintahkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran dan sabda-sabda Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. 
Dalam hadith berikut yang diriwayatkan oleh Omar (r.a) yg kita telah teliti dalam post yg lalu, Rasulallah (s.a.w) mengulangi perintah Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran, tentang wajibnya umat Islam itu anuti Islam secara berjema’ah. 
Di riwayatkan hadith dari Omar bin Khattab (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Diwajibkan atas kamu sekelian berjema’ah dan jauhilah kamu sekelian akan firqah, maka sesungguhnya syaitan bersama-sama dengan orang berseorangan (yakin bersendirian tanpa berjema’ah) dan dia (syaitan) adalah yang keduanya dan menjauhi syaitan (apabila berjemaah); barangsipa yang mengkehendaki dirinya berada di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia menetapi jema’ah.’ [Hadith at-Termidzi] 
Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini memberitahu kita yg akui diri kita Islam beberapa perkara: pertama, umat Islam itu wajib berjema'ah dalam Islam; kedua, umat Islam ditegah jangan berfirqah atau menubuhkan perkumpulan terasing. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) memberitahu seseorang yg Islam tanpa berjema'ah mudah dikalahkan oleh syaitan, mudah terjerumus ke dalam neraka sebagaimana, dalam hadith lain disebutkan, bahawa kambing yg menyendiri mudah dibaham oleh serigala. Keempat, Rasulallah (s.a.w) memberitahu jaminan mendapat syurga itu adalah kerana berjema'ah. Dalam jema'ah akan ada pihak keimaman yg seringkali menasihatkan serta memperingatkan anggotajema'ah tentang  keperluan mempersungguh dalam menetapi ugama dan dalam meningkatkan ketaqwaan melalui pelbagai program pemantapan ilmu dan amalan.
Omar (r.a) dalam hadith berikut lebih direct menyebutkan atau menyimpulkan segala ketetapan Rasulallah (s.a.w) mengenai jema’ah itu dengan berkata bahawa seseorang atau sekumpulan umat Islam yang mengakui dirinya Islam itu belum sah Islamnya atau Islam mereka jika mereka tidak anuti Islam secara berjema’ah. 
Omar (r.a) berkata: ‘Innahu la islama illa bijama’atin, wala jama’atin illa bi-imaratin, wala imaratin illa bita’atin ... hingga akhir hadith.’ [Maksud: Tidak dikatakan Islam tanpa berjema’ah, tidak dikatakan berjema’ah tanpa imam, tidak dikatakan ada imam tanpa ketaatan kepadanya (i.e. imam).] [Hadith riwayat Darami, Kitab Raqam Hadith] 
Ketetapan dalam hadith di atas itu amat ketat. Hadith tersebut adalah sohih, maka adalah haq dijadikan panduan hukum dalam syariat Islam. Berdasarkan ketetapan dalam dua hadith di atas itu, jelaslah, jika kita belum berjema’ah dalam Islam maka kita belum boleh diakui atau diiktiraf sebagai orang Islam. Jika belum sah Islam siapakah kita?
Bagaimanakah kedudukan kita di akhirat kelak? Jelaslah, para ulama’ dan ilmuwan Islam yang mengakui diri mereka berilmu wajib membuat semakan dan melaksanakan ketetapan Islam yang haq sebagaimana ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. 
Sebagai orang biasa kita jahil. Jika kita tidak diakui Islam oleh Allah (a.w), maka adakah para ulama’ dan ilmuwan Islam semasa dipertanggungjawabkan? Tapi, Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa tiadalah orang lain menanggung beban dosa orang lain. Jika kita tahu sesuatu itu wajib dilaksanakan, dan para ulama’ dan ilmuwan yang mengakui diri mereka ‘ulil amri’ tegah kita lakukan, kita diperintah Rasulallah (s.a.w) jangan taati ketetapan ‘ulil amri’ yang menyanggahi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
[Nota:  Firqah = Menubuhkan perkumpulan berasingan dalam Islam seumpama mazhab]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment