Friday, June 10, 2011

Berjema'ah dan Berbai'at Dalam Islam

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat secara rengkas tetapi jelas bahawa, Islam itu mewajibkan umatnya anuti Islam dan kerjakan setiap perintah dan suruhan dalam berjema'ah. Jema'ah umat Islam itu adalah perkumpulan yg khusus dan structured - ada ciri-ciri dan ada suatu organisasinya, ada kepimpinannya dan ada peraturan khusus mengenai hubung kait antara kepimpinan dgn pengikutnya, yakni anggota jema'ah. Ikatan antara kepimpinan yg diketuai oleh Imam atau Amir dgn anggota jema'ah atau rukyah umum adalah bai'at atau ikrar taat setia terhadap Imam atau Amir.
Jika kita lihat dan perhatikan pengamalan berjema'ah ini, hari ini kita tidak temui di Malaysia. Kita tahu perkumpulan yg loose spt umat Islam arus perdana menyebut tentang konsep 'ahlus sunnah wal-jama'ah' kalau amalkan Islam ikuti fahaman Mazhab as-Syafie. Pengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Hanbali dan Mazhab Maliki juga kata mereka juga adalah termasuk dalam golongan 'ahlus as-Sunnah wal-jama'ah'. Namun, apakah itu benar?
Acap kali dalam blog ini kita maklumkan bahawa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu, berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, wajib mempunyai dua ciri atau syarat, iaitu: pertama, mereka berpandukan as-Sunnah; dan kedua, mereka berjema'ah. Kalau sekumpulan umat Islam itu akui mereka berada dalam golongan 'ahlus as-Sunnah wal-jama'ah', kalau tidak berpandukan as-Sunnah - maksudnya berpandukan semata-mata as-Sunnah (al-Quran adalah termasuk as-Sunnah, kerana Rasulallah (s.a.w) yg membawakan al-Quran untuk kita) bukan berpandukan sesuatu sistem yg rojak atau caca merba dalam panduan Islam dan syariatnya, maka mereka belum boleh diakui 'ahlus as-Sunnah'. Kalau mereka sekumpulan umat Islam hanya berjema'ah dalam solat, dan berikrar bahawa mereka pengikut suatu mazhab atau aliran tarikat dsbgnya, belum berjema'ah - dalam suatu jema'ah yg formal - maka mereka belum dikira berjema'ah. Maka syarat kedua belum dipenuhi. Kalau kedua-dua syarat belum dipenuhi, maka, belum layak dilabelkan mereka sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Ini jelas dalam dua hadith yg kita telahpun rujuk banyak kali dalam blog ini. [Nota: Sila rujuk post-post yg lalu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith pertama: Umat Islam akan berpecah menjadi 73 kumpulan atau firqah atau golongan Islam, semuanya kata mereka Islam, tetapi tak dapat syurga di akhirat kelak, sebaliknya masuk neraka, kecuali satu golongan, iaitu golongan yg ikuti as-Sunnah, yg merangkumi sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin - Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu 'anhum. Dalam hadith yg kedua pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu the other side of the coin, iaitu umat Islam akhir zaman akan berpecah menjadi 73 golongan atau perkumpulan atau firqah, 72 kumpulan atau golongan sedemikian walaupun akui mereka Islam, tak berjaya dapat syurga di akhirat kelak. Hanya satu golongan yg berjaya mendapat syurga, iaitu mereka yg Islam berjema'ah]. Jema'ah dalam Islam itu adalah wujud jika ada Imam atau Amir yg memimpin mereka secara formal. Ada ikrar taat setia oleh rukyah (jema'ah Islam) terhadap Imam atau Amir. Ikrar taat setia ini disebut sebagai 'bai'at' dalam Islam - berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Mulai post ini kita teliti tajuk ini - iaitu berbai'at dalam Islam. Insya Allah kita akan bincangkan dalam beberapa pos perkara ini,
Merujuk tentang ikrar janji atau bai’at dalam Islam itu, kita lihat firman Allah (a.w) pada Ayat 10, Surah al-Fath, berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Innal lazina yubayi’unaka innama yubayi’unallaha @ Yadullaha fauqa aidihim faman nakatha fainnama yankuthu ‘ala nafsihi waman aufa bima ‘ahada ‘alaihullah fasayu’tihi ajran ‘azima.' [Yg bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang berbai’at dengan engkau (Muhammad) nescaya apa-apa berbai’at mereka (adakah mereka berbai'at) dengan Allah (a.w) @ Tangan Allah (a.w) di atas tangan-tangan mereka, maka barangsiapa melanggar/merosak (bai’at, i.e. ikrar janji mereka, melepaskan atau menarik balik ikrar mereka), maka sesungguhnya melanggar/merosak mereka atas diri mereka (yakni, masuk neraka) dan barangsiapa menetapi dengan apa-apa janji atas janji (dalam bai’atnya) maka sesungguhnya menjanjikan Allah (a.w) (bagi mereka) pahala yang besar (yakni, mendapat ganjaran syurga)] [Ayat 10, Surat al-Fath]  
Allah (a.w) memberitahu serta mengesahkan perlakuan berbai’at yang berlaku di bawah pokok pelampis antara para sahabat dengan Rasulallah (s.a.w). Ikrar janji itu adalah merupakan ikrar janji mereka dengan Allah (a.w). Ancamannya disebutkan iaitu sesiapa yang melanggar ikrar janjinya atau merombaknya, yakni membatalkan, maka merekalah yang menanggung akibatnya dan barangsiapa yang menetapi atau kekal dengan bai’atnya maka mereka mendapat syurga (syurga adalah pahala yang terbesar bagi manusia). Di dalam firman berikut, Allah (a.w) memberitahu dalam event berlakunya bai’at tersebut, Allah (a.w) ridha terhadap orang iman yang terlibat dan Allah (a.w) menolong mereka sehinggalah tidak lama kemudian kota Mekah di tawan oleh Islam dari kafir Quraisy. Bermula dengan saat kemenangan itu, Islam berkembang di Timur Tengah dan seterusnya sampai ke benua Eropah. 
Firman Allah (a.w): ‘Laqad radiallahu ‘anil mukminina iz yubayi’unaka tahtasy-syajarati fa-‘alima ma fi qulubihim fa-anzalas-sakinata ‘alaihim wa-athabahum fathan (-m) qariba.' [Yg bermaksud: Nescaya sungguh telah redha Allah (a.w) dari orang iman (mukmin) ketika berbai’at dengan engkau (Nabi) di bawah pohon pelampis maka mengamalkan/berbuat apa-apa (yang terdapat) di dalam hati mereka, maka menurunkan (oleh Allah (a.w)) ketenanagan atas mereka dan (memberi) pahala kepada mereka kemenangan yang dekat.] [Ayat 18, Surah al-Fath] 
Kemudian, di dalam firman berikut pula Allah (a.w) memberi panduan kepada Rasulallah (s.a.w), dan umat Islam umumnya, bahawa dalam hubungan ikrar janji dengan wanita Islam, ditetapkan syarat-syarat tertentu mengenainya. Jelaslah, bai’at itu merangkumi lelaki Islam dan wanita Islam. Berikutan dngan peristiwa bai’at kaum lelaki itu, maka kaum wanita Islam pula ingin membuat ikrar janji atau bai’at dengan Rasulallah (s.a.w) pula. Prinsipnya dimaklumkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya berikut: 
Firman Allah (a.w): ’Ya aiyuhan-nabiu iza ja-akal mukminatu yubaiyiknaka ‘ala an la yusrikna billahi syaian wa-la yasrifna wa-la yaznina wa-la yaqtulna auladahunna wa-la yaktina bibuhtanin yaftarinahu baina aidihimna wa-arjulihinna wa-la ya’sinaka fi ma’rufin fabayi’hunna was-taghfirlahunna allaha innallaha ghafurun (-ur) rahimun.] [Yg bermaksud: Wahai Nabi! Ketika datang kepada engkau wanita-wanita beriman meminta berbai’at kepada engkau, (syaratnya adalah) bahawasanya (pertama) tidak syirik mereka dengan Allah (a.w) dengan sesuatu dan (kedua) tidak mencuri mereka dan (ketiga) tidak berzina mereka dan (keempat) tidak membunuh mereka anak-anak perempuan mereka dan (kelima) tidak mendatangi dengan dusta dengan berbuat-buat dusta antara kedua tangannya dan kedua kaki mereka dan (keenam) tidak menentang engkau dalam perkara berbuat makruf (kebaikan), maka berbai’atlah dengan mereka dan meminta ampunlah bagi mereka dari Allah (a.w), sesungguhnya Allah (a.w) adalah zat yang maha pengampun lagi penyayang.] [Ayat 12, Surah al-Mumtahannah]. 
[Nota: Perang Khundak yg tidak berlaku] 
Saudara, secara umumnya, setiap orang Islam itu diwajibkan mendengar dan taat dalam semua perkara yg diperintahkan oleh Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Itu adalah panduan induk. Secara terperincinya pula dijelaskan dalam Ayat di atas itu, iaitu ikrar janji atas enam perkara tersebut. Keenam-enam ketetapan ini terpakai bagi lelaki dan perempuan. Insya Allah dalam post yg akan datang kita perjelaskan lagi ketetapan mengenai 'bai'at' ini. 

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment