Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung seterusnya perbincangan kita tentang tajuk di atas itu, iaitu wajib dalam Islam kita anuti Islam dengan berjema'ah. Jika kita sering melihat perkembangan masyarakat Islam zaman akhir ini, kita akan temui bahawa umat Islam itu mengamalkan Islam tanpa berjema'ah. Mereka beranggapan sekiranya mereka mengamalkan solat fardu secara berjema'ah, maka mereka anggap diri mereka berjema'ah. Sebenarnya dalam Islam berjema'ah itu adalah satu konsep dan hakikat yg lebih dari semata-mata mengerjakan solat secara berjema'ah. Kewajipan berjema'ah itu adalah tuntutan Islam yg amat fundamental. Yg menyeluruh.
Allah (a.w) perintahkan umat Islam itu berjema'ah. Ini kita telah teliti dalam Ayat 103, Surah ali-Imran. Allah (a.w) juga memerintahkan umat Islam supaya jangan berpecah belah atau berfirqah. Kemudian Rasulallah (s.a.w) dalam banyak hadith juga menyuruh umat Islam berjema'ah. Rasulallah (s.a.w) berpesan: Wajib atas umatnya berjema'ah dan jangan sekali-kali berfirqah atau takutilah perbuatan berfirqah dalam Islam. Dalam pada itu, kerana kejahilan, beberapa golongan umat Islam yg terpesong aqidahnya walaupun mereka berjema'ah.
Dalam Islam berjemaah itu adalah cara hidup Islam yg formal. Jema'ah mempunyai beberapa ciri utama; iaitu: pertama, jema'ah adalah perkumpulan umat Islam yg berpegang kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata sebagai sumber ilmu mengenai Islam dan panduan hidup mereka. Al-Quran dan as-Sunnah memandu hidup umat Islam ketika di dunia. Kedua, jema'ah umat Islam mempunyai barisan kepimpinan yg formal. Ini disebutkan dalam al-Quran, secara generic dalam Ayat 59, Surah an-Nisa apabila Allah (a.w) perintahkan umat Islam supaya pertama, mentaati tiga pihak, iaitu taatkan Allah (a.w), kedua taatkan Rasulallah (s.a.w) dan ketiga taatkan 'ulil amri', iaitu barisan kepimpinan jema'ah Islam. 'Ulil amri' itu wajib ditaati selagi 'ulil amri' tidak memerintahkan anggota jema'ahnya yg dipimpinnya sesuatu yg bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itu, mengikut Ayat 59, Surah an-Nisa' itu, jika berlaku perselisihan atau perbezaan pendapat dan pandangan tentang sesuatu mengenai Islam dan syariatnya, maka 'ulil amri' dan rukyah (anggota jema'ah) wajib mencari penyelesaiannya dgn merujuk kpd atau merujuk kembali kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jema'ah umat Islam tidak diperintahkan merujuk kpd 'ulil amri' atau siapa saja, tetapi rujuk untuk mendapat penyelesaian kpd al-Quran dan as-Sunnah. Ketiga, jema'ah adalah suatu organisasi yg formal bilamana anggota jema'ah mengangkat salah seorang dari kalangan mereka - orang yg faham dan faqih tentang al-Quran dan as-Sunnah - sebagai pemimpin yg dipanggil atau dikenal sebagai khalifah atau Imam atau Amir, yg mengetuai jema'ah Islam. Inilah barisan kepiminan yg disebut sebagai 'ulil amri' itu. Rasulallah (s.a.w) menjelaskan dgn panjang lebar dan terperinci dalam as-Sunnah sistem kepimpinan dalam Islam dan hubungan antara kepimpinan dgn anggota jema'ah tersebut. Keempat, ada sistem bai'at (ikrar taat setia) anggota jema'ah terhadap pemimpin (dan barisan pemimpin jema'ah). Anggota jema'ah berbai'at kpd Imam atau Amir dan kalimah ikrar mereka adalah 'sami'na, wa-ato'na mastato'na ' (yg bermaksud: Kami mendengar nasihat atau ketetapan Imam atau Amir, kami taati ketetapan Imam atau Amir sekuat mampu kami.' Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa orang Iman itu apabila diberitahu sesuatu mereka mendengar dan mereka taat. Mereka tidak bertanya dan tidak pula persoalkan mengapa sesuatu itu ditetapkan sedemikian. Orang iman itu resminya adalah patuh kpd ketetapan yg dibuat. Ketaataan adalah kewajipan yg amat fundamental dalam Islam. Imam atau Amir bertanggung jawab menguruskan jema'ah umat Islam berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Golongan pemimpin dalam jema'ah Islam wajib mengilmukan anggotakan jema'ah supaya mereka faham Islam melalui kefahaman terhadap al-Quran dan as-Sunnah, dan berusaha supaya anggota jema'ah kesemuanya dibimbing dalam kehidupan dunia mereka supaya berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi berjaya mendapat syurga dan terselamat dari neraka, apabila mati mereka. Imam atau Amir atau mereka yg mewakili Imam atau Amir yg tidak membimbing umatnya, bahawa bagi dirinya, mereka akan disoal dan mereka tidak akan masuk syurga, selagi mereka tidak berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka mengurus umatnya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dgn itu Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith memberitahu: Neraka wel bagi para Imam yg tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai imam terhadap rukyahnya.'
Menyentuh tentang 'bai'at' atau ikrar taat setia anggota jema'ah terhadap Imam atau Amir itu, kita akan teliti dalam post-post yg akan datang. Di dalam al-Quran, beberapa ayat al-Quran menyebut tentang kaedah berbai'at serta apakah deklarasi anggota jema'ah ucapkan atau lafazkan ketika berbai'at itu. Justeru itu, wajib difahami bahawa bai'at buknalah ketetapan manusia atau ciptaan manusia, tetapi ketetapan Allah (a.w). Ketetapan Allah (a.w) mengenai 'bai'at' ini diperjelaskan pula oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Saudara, sebelum kita lihat dan teliti lebih lanjut tajuk 'bai'at' ini, wajib kita fahami mengeapakah Islam itu adalah sistem yg amat formal dan tersusun lagi sistematik. Kita lihat sabda Rasulallah (s.a.w) dan kata-kata Omar ibni Khattab (r.a) yg menjelaskan realitinya dalam hadith berkut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Dariyi berkata: ‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar (r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘Wahai masyarakat Arab! Dunia! Dunia! (maksudnya, janganlah dilekakan oleh kehidupan dunia) Sesungguhnya tidak atau bukan (dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah kecuali dengan berimam (yakni, diangkat menjadi Imam atau wujud seorang Imam dari kalangan mereka jemaah Islam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rukyah atau rakyat taakan Imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang faqih (yakni, kefahaman tentang Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah) ada kehidupan (yakni, tenteram, selamat, bahagia dan sejahtera) bagi imam dan ada kehidupan bagi mereka (kaumnya). Barangsiapa memilih imam mereka kerana pertimbangan selainnya kefaqihan (tentang Islam secara berjemaah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah) ada baginya (imamnya) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith ad-Daramiyi]
Saudara, dalam hadith ini, Omar (r.a) menjelaskan ciri-ciri utama jema'ah Islam itu. Ia mengandungi beberapa ciri; iaitu: pertama, keIslaman seseorang yg mengakui dirinya Islam dan beriman berpandukan kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, hanya sah jika mereka berjema'ah. Maksudnya, tanpa berjema'ah belum sah Islam seseorang itu. Kedua, sekumpulan umat Islam itu tidak dianggap atau dikira berjema'ah jika tiada seorang Imam, yakni orang yg memimpin kumpulan umat Islam tersebut. Ketiga, tidak dianggap perkumpulan umat Islam itu memiliki Imam kalau anggota jema'ah tidak mentaati Imam mereka. Keempat, ketaatan itu dilaksanakan melalui bai'at, yakni ikrar taat setia anggota jema'ah terhadap Imam mereka. Dan deklarasi anggota jema'ah ketika berbai'at itu adalah kalimah 'sami'na, wa-atao'na mas-tato'na' (yg bermaksud: Kami dengar, kami taat sekuat mampu kami'). Kelima, disebutkan dalam hadith di atas itu syarat utama yg akan menjamin kesejahteraan imam dan rukyah iaitu apakala orang yg diangkat menjadi Imam faham tentang Islam melalui kefahaman terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Jika Imam dan rukyah faham, maka jema'ah umat Islam dan kepimpinan jema'ah sama-sama merasai kerukunan dan kestabilan dalam menjalani kehidupan dunia, dan kerana itu jugalah mereka terbimbing untuk menyediakan diri pula untuk mendapat kejayaan hidup di akhirat. Maka, terselamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga.
Saudara, kata-kata Omar (r.a) tersebut bukanlah ketetapan beliau sendiri, tetapi adalah didasarkan kpd sabda Rasulallah (s.a.w) seperti yg disebutkan dalam hadith berikut:
Di riwayatkan hadith dari Omar bin Khattab (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Diwajibkan atas kamu sekelian berjema’ah dan jauhilah kamu sekelian akan firqah, maka sesungguhnya syaitan bersama-sama dengan orang berseorangan (yakin bersendirian tanpa berjema’ah) dan dia (syaitan) adalah yang keduanya dan menjauhi syaitan (apabila berjemaah); barangsipa yang mengkehendaki berada di tengah-tengah syurga maka hendaklah mereka menetapi (yakni, kekal berada dalam) jema’ah.’ [Hadith at-Termidzi] .
[Nota: Firqah = Menubuhkan perkumpulan berasingan dalam Islam. Mazhab adalah satu bentuk perkumpulan yg bersifat berfirqah. Islam merujuk kpd 'jema'ah' iaitu kesatuan umat Islam.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment