Tuesday, June 21, 2011

Doa: Ketika Sedang sakit

Assalamualaikum,
saudara, kali ini kita lihat suatu hadith yg ditujukan khusus untuk mereka yg sedang sakit, iaitu suatu doa yg amat baik bagi orang yg sedang sakit. 
Islam itu menyuruh orang yang sakit atau semasa terlantar sakit juga berdoa kepada Allah (a.w). Rasulallah (s.a.w) mengajarkan doanya dan Rasulallah (s.a.w) berkata apabila dibaca kalimah-kalimah doa tersebut akan dijawab dengan serta merta oleh Allah (a.w): Diriwayatkan hadith daripada al-Aghari, iaitu Abi Muslim berkata: ‘Aku datang menemui Abi Said dan Abu Hurairah, sesungguhnya mereka berdua datang kepada Nabi (s.a.w) (yakni, menziarahi Nabi (s.a.w) semasa beliau sedang sakit), bersabda Nabi (s.a.w): ‘Barangsiapa berkata ‘Lailaha illah wallahu akbar’ maka membenarkan pada orang itu oleh Allah (a.w) kata-katanya dengan dijawabNya (yakni, berfirman): ‘Lailaha illa ana, wa ana akbaru’, dan ketika berkata pula (orang itu): ‘Lailaha illallah wahdahu’, menjawab Allah (a.w) ‘Lailaha illa ana wahdi’, dan ketika berkata pula (orang itu): ‘Lailaha illallah wahdahu la syarikalahu’, dijawab Allah (a.w): ‘Lailaha illallaha illa ana wahdi la syarika li’, dan ketika berkata orang itu: ‘Lailaha illallahu lahul mulku walahul hamdu’, dijawab Allah (membalas): ‘Lailaha illa ana-li al-mulku waliyal hamdu’, dan ketika berkata pula (orang itu): ‘Lailaha illallaha wala haula wala quata illa billahi’, menjawab Allah (a.w): ‘Lailaha illa ana wala haula wala quata illabi’. 
Dan ada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berkata (yakni, menyebut atau berdoa dengan) kalimah-kalimah tersebut semasa dia sakit kemudian dia ditakdirkan mati maka tidak disentoh atasnya oleh api Neraka (di akhirat kelak).’ [Hadith sahih at-Termidzi] 
Di dalam hadith di atas jelas bahawa kelohan dan doa orang yang sakit itu dijawab serta merta oleh Allah (a.w). Tambahan pula, jika ditakdirkan orang yang membaca kalimah-kalimah tersebut mati, maka selamat dia daripada sentuhan api neraka. Kalimah-kalimah yang disuruh baca itu ada lima dan hendaklah dibaca berturut-turut atau secara bersambung, iaitu: 
'La ilaha illallah wallahu akbar' [Maksud: Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah, dan Allah itu zat yang Maha Besar (Agong)]. 
'La ilah illallahu wahdahu' [Maksud: Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah, dan Allah itu Maha Esa]. 
'La ilaha illallahu wahdahu la syarika lahu' [Maksud: Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah, dan Allah itu Zat yang Maha Esa dan tiada sesuatupun yang menyamaiNya]. 
'La ilah illallahu lahul mulkuwa-lahul hamdu' [Maksud: Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah, bagiNya semua kerajaan dan bagiNya segala kepujian]. 
'La ilah illallahu wala haula wala quata illa billahi' [Maksud: Tiada tuhan yang layak disembah, dan tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan izin Allah]. 
Lima kalimah ini hendaklah dibaca ketika sakit, selain kalimah-kalimah zikir dan wirid yang lainnya. Jika ditakdirkan sampai ajal ketika membaca kalimah-kalimah tersebut, maka di akhirat kelak tidak akan disentuh ai neraka, yakni masuk syurga. 
Demikianlah besarnya fadhilat lima kalimah yang mudah diingat dan disebutkan itu. Selain itu, di dalam hadith yang lain disebutkan pula bahawa kalimah terakhir itu mempunyai kefadhalan yang tersendiri pula. Iaitu, terjaga kita dari sebarang bencana dan bahaya perbuatan jahat orang, sekiranya Allah (a.w) tidak izinkan atau tidak ditakdirkan berlaku pada kita.
Mudah-mudahan doa khusus ini dapat dijadikan amalan setiap kali kita dalam keadaan sedang sakit, insya Allah.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment