Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat nasihat Allah (a.w) kpd orang Iman supaya janganlah disibukkan dgn dunia sehingga seseorang iman itu tidak berkesempatan mengarjakan ibadah dan amalan terhadap Allah (a.w) sejajar dgn firman Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat itu: ' Wa-ma khlaqtul jinna wal-insa illa li-ya'budini' (Yg bermaksud: 'Dan, tidaklah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kpdKu (Allah) (yakni, menyembah dan ikuti perintahKu). Hari ini majoriti umat Islam ditenggelamkan oleh dunia dalam banyak perkara, terutama dalam mencari rezki dan dalam membelajakan rezki yg diberikan oleh Allah (a.w) kpd mereka. Tujuan utama manusia itu diberi kesempatan hidup di dunia adalah untuk mengabdikan diri mereka yakni mengerjakan amalan dan ibadah yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya sesuai dgn taraf manusia itu hamba kpd tuhan mereka, iaitu Allah (a.w) yg esa. Jika sudah disempurnakan tanggungjawab tersebut, maka manusia itu terlepas dari mengabaikan tanggung jawab mereka kpd Allah (a.w).
Saudara, kalau kita mengaji al-Quran dan as-Sunnah - dua ilmu yg wajib kita sebagai orang Islam mengaji dan fahami, tidaklah membebankan kita setiap haripun. Kita disuruh mengerjakan solat fardu yg lima, berpuasa bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menginfaq sebahagian harta kita untu fi sabilillah, kemudian naik haji, dan ditambah dgn amalan-amalan atau ibadah-ibdah sunat yg juga tak membebankan jikalah kita faham. Malah amalan dan ibadah sunat itu adalah tanda serta bukti bahawa kita bersyukur kpd Allah (a.w), kerana diberi kesempatan hidup di dunia dan diberi olehNya rezki untuk kehidupan kita pula. Amalan dan ibadah sunat itupun tak membebankanpun. Hadith qudsi berikut yg menceritakan sikap orang iman terhadap kehidupan dunianya.
Saudara, kita lihat hadith berikut, iaitu hadith yg diangkat terus oleh abi Hurairah kpd Rasulallah (s.a.w), yakni 'Hadith Marfuk', yakni yg didengarnya terus dari Rasulallah (s.a.w). Hadith marfuk bertaraf tersahih dari kalangan hadith-hadith sahih. Hadith ini juga adalah Hadith Qudsi. Hadith qudsi adalah hadith yg mengandungi firman Allah (a.w) yg disampaikan melalui lisan Rasulallah (s.a.w). [Nota: al-Quran adalah kalimah atau kata-kata Allah (a.w) yg diwahyukan kpd Rasulallah (s.a.w) untuk disampaikan kpd manusia, hamba Allah (a.w). Syariat ugama Islam itu adalah untuk semua manusia dan semua zaman, tidak lagi sebagaimana syariat ugama Allah (a.w) sebelum islam dikhususkan untuk sesuatu kaum atau masyarakat atau kelompok manusia. Contoh: Syariat ugama yg dibawakan oleh Musa (a.s) melalui Kitab Taurah adalah untuk kaum Yahudi yg menjadi rakyat dan diperhambakan oleh Firaun dan kaum Qibti zaman itu, dan syariat ugama Allah (a.w) yg dibawakan oleh Isa (a.s) melalui Kitab Injil adalah untuk kaum Yahudi bagi menggantikan syariat ugama yg dibawakan oleh Musa (a.s). Isa (a.s) dan Kitab Injil tidak diterima oleh kaum Yahudi (atau Bani Israil). Syariat ugama Allah (a.w) itu disempurnakan melalui Rasulallah (s.a.w) dan al-Quran - kerana Rasulallah (s.a.w) di utus untuk manusia semua bangsa dan negara dan semua zaman dan panduan ugama bagi manusia dgn turunnya al-Quran adalah al-Quran.]
Diriwayatkan hadith dari Khalid al-Walibi hadith dari abi Hurairah. Berkata Khalid: 'Dan, tidak mengetahui aku pada abi Hurairah (yakni, dia tak kenal abi Hurairah, tapi dia tahu beliau menyampaikan hadith ini) kecuali sungguh-sungguh (abi Hurairah) telah merafa'kan (yakni, mengakat ini hadith - Hadith Marfuk), bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Telah berfirman Allah (a.w). Maha suci Allah (a.w)! 'Yab-nal Adama tafarragh li-'ibadati amlak sodraka ghinan wa-asudda faqraka, wa-in lam taf'al malaktu sodraka syughlan wa-lam asudda faqraka' (Yg bermaksud: Wahai anak Adam! Menyempat-nyempatkanlah oleh kamu beribadah kepadaKu (Allah), maka akan memenuhi Aklu (Allah) dadamu (yakni, hatimu) dengan kekayaan (yakni, rasa sentiasa mencukupi dalam kehidupan) dan menutupi Aku (Allah) akan kefakiranmu. Dan, jika tidak berbuat kamu sedemikian (yakni, menyempatkan diri mengerjakan ibadah kpdKu), akan memenuhi Aku (Allah) dadamu (yakni, hatimu) kesibukan dan tidak menutupi Aku (Allah) kafakiran (alam hatimu).' [Hadith ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Saudara, hadith di atas itu memberitahu kita manusia yg beriman (yakni, Islam dan mengamalkan Islamnya kerana dia beriman), bahawa Allah (a.w) peringatkan kita ketika kita masih hidup dan bernyawa ini sempat-sempatkanlah atau tumpukanlah sebahagian masa setiap hari untuk mengerjakan ibadah dan amalan yg disyariatkan oleh Islam - pagi atau petang dan siang atau malam. Janganlah abaikan tanggungjawab yg difardukan dan yg disunatkan oleh Islam, melalui al-Quran dan as-Sunnah. Kita diperingatkan oleh Allah (a.w) jika kita tidak memberi perhatian atau mengabaikan tugas dan tanggung jawab mengerjakan amalan dan ibadah dalam hidup kita, maka Allah (a.w) akan memenuhi jiwa dan hati sanubari kita dgn kesibukan setiap masa dan ketika kerana mencari dunia dan sentiasalah merasa tidak cukup. Kalau dah dapat pendapatan 10.0k atau 30.0k atau 50.0, malah 100.0k sebulanpun, kita merasai belum cukup lagi. Dah mampu beli BMW atau Mercedes tercanggih, tak cukup, nakkan pula Porsche atau Ferrari atau Lamborghini. Dah ada banglo tiga tingga 12 bilik, tak cukup nakkan pula istana dan istana hinggap pula di merata tempat dan lokasi. Maka jiwa raga kita sentiasa keloh kesah, mencari lagi untuk mencukupi apa yg kita rasa dan fikir tak cukup. Kemudian, apabila merasa tak cukup, maka walaupun pada pandnagan orang yg taraf ekonomi mereka rendah drp kita, kita rasai kita masih fakir. [Nota: kefakiran adalah perasaan merasai tidak cukup apa yg dah ada]. Apabila kita merasai diri kita fakir, maka kita akan lebih tamak dan haloba, zentiasa berusaha untuk dapat banyak lagi. Dan, pada masa yg sama pula timbul dan bermaharaja lelalah perasaan kikir, kedekut dan bakhil, tak mau bersedekah atau membantu orang lain, termasuk tak mau mengeluarkan zakat dan menginfaq, sebagaimana Sa'labah zaman Nabi (s.a.w) setelah kaya dan dikayakan oleh perusahaan kambingnya, dia enggan mengeluarkan zakat. Demikian jugalah Qarun, zaman Musa (a.s), yg telah diberi kekayaan yg begitu banyak sehinggakan gedung-gedung emas dan perak begitu banyak enggan dia mengeluarkan zakat, kerana tebal rasa kedekutnya dgn mengatakan bahawa dia yg bersusah payah mencari rezki tambahan, dgn memerah otaknya, menggunakan kebijaksanaannya untuk jadi kaya raya, mengapa pula wajar dia kongsikan atau berikan begitu mudah kpd orang lain?]
Saudara, hari ini begitu ramai orang yg meniru sifat Qarun dan Sa'labah ini di kalangan kita. Mereka akui dirinya Islam. Mereka kaya raya dan mewah begitu kedekut dan kikir dalam perkara menyahut seruan Allah (a.w) untuk fi sabilillah. Mereka akan 'bersedekah' atau 'menderma' kalau diheboh-hebohkan melalui media spt TV dan akhbar atau ada upacara besar-besaran yg boleh mennjolkan nama mereka pula (suatu perbuatan riak yg membatalkan sama sekali kebaikan amal makruf , i.e. pahala mereka).
Dalam hadith di atas itu, Allah (a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg menyempatkan dirinya untuk bersungguh-sungguh dalam mengerjakan amalan dan ibadah mengikut ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) (sejajar dgn firman Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat itu) pasti Allah (a.w) penuhkan hatinya dgn rasa puas hati dan sentiasa merasa cukup dalam hidupnya dan ditutup oleh Allah (a.w) rasa kefakiran dalam hati sanubari mereka. Orang-orang yg sedemikian itu walaupun tidak memperolehi pedapatan yg banyak dan lumayan kekal merasa puas dan ridha dgn rezki yg diterimanya dari Allah (a.w). Rezki yg sedikit teta mencukupi untuk menyara diri dan keluarga mereka. tetap barakah. [Nota: Inilah hakikat barakah dalam Islam itu].
Ramai orang Islam yg mewah segala-galanya tetapi tidak tenteram hidupnya, sering merasa sulit dan susah dan tidak cukup atau tak pernah cukup, maka menjadi lebih rakus, tak habis-habis mencari, dan dalam masa yg sama pula disibukkan oleh usahanya untuk menghapuskan kefakiran dalam hatinya yg diterjemahkan dgn pelbagai usahanya untuk mencari rezki tambahan. Maka terlepaslah dia atau terabailah ugamanya, dan tidaklah sedar dia sehinggalah datang ajal matinya. Maka fakirlah dia untuk akhiratnya, walaupun ketika di dunia memiliki kekayaan dan kemewahan yg membolehkan dia menempah tempat terbaik untuk akhiratnya di dalam syurga, tetapi sebaliknya, terbenam dalam neraka di akhirat, wal iya zubillah.
Ramai orang Islam yg mewah segala-galanya tetapi tidak tenteram hidupnya, sering merasa sulit dan susah dan tidak cukup atau tak pernah cukup, maka menjadi lebih rakus, tak habis-habis mencari, dan dalam masa yg sama pula disibukkan oleh usahanya untuk menghapuskan kefakiran dalam hatinya yg diterjemahkan dgn pelbagai usahanya untuk mencari rezki tambahan. Maka terlepaslah dia atau terabailah ugamanya, dan tidaklah sedar dia sehinggalah datang ajal matinya. Maka fakirlah dia untuk akhiratnya, walaupun ketika di dunia memiliki kekayaan dan kemewahan yg membolehkan dia menempah tempat terbaik untuk akhiratnya di dalam syurga, tetapi sebaliknya, terbenam dalam neraka di akhirat, wal iya zubillah.
Betapa benarnya firman Allah (a.w) sesiapa yg tidak menyempatkan dirinya untuk mengerjakan amalan dan ibadah, maka pastilah Allah (a.w) penuhkan hati sanubari orang-orang sedemikian dgn perasaan kefakiran yg amat sangat dan kerana itu sentiasa dalam kesibukan yg teramat sangat, sehingga dia tiada masapun untuk mengerjakan kewajipannya kpd Allah (a.w), wal iya zubillah.
Saudara, mudah-mudahn kita diselamatkan dari dipenuhkan hati kita oleh Allah (a.w) rasa kefakiran sedemikian, dan semoga Allah (a.w) penuhkan hati kita dgn rasa puasa apapun kedudukan kita dalam dunia, dan semoga Allah (a.w) meningkatkan kelapangan bagi kita untuk menumpukan masa untuk beribadah dan beramal menjadi hamba Allah (a.w) yg peka akan tanggungajawabnya dan sedar bahawa kematian akan sampai kpd kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment