Monday, June 20, 2011

Manusia - Kehidupan Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum,
saudara, dalam post yg lalu kita telah rengkaskan beberapa perkara menyentuh aqidah manusia, termasuk aqidah mereka yg Islam, dan kesudahan kehidupan mereka setelah sampai ajal matinya. Kita telah sebutkan ada dua golongan manusia di dunia ini, tanpa mengira warna kulit, bahasa, budaya dan keturunan mereka serta wilayah mana mereka bermestautin; iaitu: satu golongan adalah manusia yg berugama Islam; dan satu golongan lagi mereka yg tidak berugama Islam. Golongan kedua ini anuti sesuatu ugama spt ugama Yahudi, ugama Nesrani, ugama Budha dan 'ancestor worhip' atau yg tidakpun berugama (etis). Golongan yg pertama itu percayakan wujud tuhan yg esa, iaitu Allah (a.w), dan golongan yg kedua percaya ada beberapa tuhan dan ada pula makhluk lain yg mempunyai kuasa ketuhanan pula. Atau, mereka tak percayakan adanya tuhan. Contohnya: orang Yahudi yg berpegang kpd sedikit sebanyak syariat ugama yg dibawakan oleh Musa (a.s) akui ada tuhan yg esa, tapi mereka tidak akui Isa (a.s) dan Muhammad (s.a.w) sebagai utusan Allah (a.w). maka, apabila ugama Allah (a.w) disupercede oleh syariat ugama yg dibawakan oleh Isa (a.s) dgn panduan Kitab Injil, mereka tak mau terima. Maka mereka menjadi kafir atau kufur atau manusia yg ingkarkan perintah Allah (a.w) zaman Isa (a.s). Orang Nesrani akui wujudnya tuhan tiga serangkai, termasuklah mereka anggapkan Isa (a.s), yg mereka panggil Jesus, sebagai anak tuhan dan Mariam (atau Mary) itu adalah isteri tuhan. Maka mereka, pada asalnya terima syariat ugama Isa (a.s) dgn berpandukan Kitab Injil, tetapi selepas ketiadaan Isa (a.s), para ulama' mereka ubah Injil menjadi Bible, maka syariat ugama Isa (a.s) pupus. Sehingga Isa (a.s) dianggap anak Tuhan! Maka, mereka kafir dan kufur dan ingkarkan ketetapan Allah (a.w). Mereka juga sesat apabila mereka jadikan manusia sebagai tuhan. Orang Yahudi dan Nesrani dikira kafir kerana tidak menerima Islam, Rasulallah (s.a.w) dan al-Quran (Ayat 73, Surah al-Maidah). Begitu jugalah ugama-ugama lain. Apabila Islam diditurunkan bersama-sama dgn al-Quran dan Muhammad di Utus Akllah (a.w) sebagai Rasulallah (s.a.w), maka manusia yg dulunya ikuti syariat ugama Allah (a.w), tidak mau terima Islam, maka mereka kafir atau ingkar kpd Allah (a.w). Maka dgn itu Ayat 18, Surah ali-Imran dan Ayat 3, Surah ali-Imran, menyebutkan bahawa hanya ugama Islam yg diterima Allah (a.w) sebagai ugama untuk manusia. Ugama selain Islam tidak diakui Allah (a.w). Apabila mereka tidak Islam, pastilah mereka tidak akui keEsaan Allah (a.w) dan akui ada beberapa tuhan, maka mereka kafir dan menentang ketetapan Allah (a.w). Yg betul adalah Islam kerana Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa tuhan itu esa, Dia adalah Allah (a.w) yg memiliki sifat-sifat yg luhur lagi agung dan mutlak kuasanya, dan Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tiada satupun sifatNya menyerupai sifat-sifat manusia, atau makhluk yg diciptaNya.
Hahikatnya, apabila Adam (a.s) dan Hawa (a.s) melanggar ketetapan Allah (a.w) kerana pujukan syitan, maka Adam (a.s) dan Hawa (a.s), asal usul manusia, diturunkan ke dunia. Di dunialah anak cucu Adam (a.s) menjlani kehidupan mereka sehingga sampai ajal masing-masing. Allah (a.w) akan mengutuskan beberapa Utusan (Rasul) dan nabi, dari kalangan masyarakat manusia untuk membimbing manusia supaya kekal memfokuskan hidup mereka mematuhi firman Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat (i.e. tujuan manusia diberi kesempatan hidup di dunia adalah untuk memperhambakan diri mereka kpd Allah (a.w), tuhan mereka). Memperhambakan atau mengabdikan diri bermaksud, akur dgn segala ketetapan dan perintah Allah (a.w), sebagaimana disampaikan oleh UtusanNya, iaitu Rasulallah (s.a.w). Ayat 13, Surah al-Fath menyebutkan siapa yg kafir (iaitu mereka yg tidak akui Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), yakni tidak Islam dan orang Islam yg menyamatarafkan al-Quran dan as-Sunnah dgn ajaran manusia). Dan, manusia wajib akurkan perintah dan suruhan Utusan Allah (a.w). Untuk  berjaya mengabdikan diri kpd Allah (a.w) itu, manusia wajib berugama atau anuti ugama yg ditetapkan oleh Allah (a.w), jika tidak mereka tidak terpimpin dalam hidup mereka (Ayat 33, Surah at-Taubah, contohnya). Maka mereka akan menjalani kehidupan sebagaimana haiwan menjalani kehidupan di dunia. Maka dgn itu Allah (a.w) prescribe suatu ugama untuk manusia yg hendak mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w), iaitu ugama Islam. Kemudian, Allah (a.w) lantik seorang Utusan untuk membimbing manusia dalam ugamaNya, supaya manusia itu tidak sesat dalam hidupnya. Ugama selain Islam tidak diterima Allah (a.w) kerana itu ugama ciptaan manusia . Manusia itu, dalam menjalani kehidupan dunianya, diperingatkan bahawa ada kehidupan alam lain yg akan mereka tempuhi, selepas matinya. Maka kehidupan di dunia itu bukanlah penamat kehidupan mereka. Mereka mati, tapi mereka akan menjalani tiga kehidupan lagi selepas matinya; iaitu pertama, kehidupan dalam alam barzah, sama ada berehat dgn tenang atau disiksa di dalamnya, semuanya bergantung kpd apa yg dilakukan ketika hidup di dunia; teruatama menyentuh aqidah dan as-Sunnah. Kedua, apabila kiamat dunia, semua manusia akan dibangkitkan dari kubur masing-masing berjalan menujuk Padang Makhsyar untuk berhimpun di sana selama 50,000 tahun bilamana sehari di padang makhsyar adalah bersamaan dgn kiraan 1,000 tahun di dunia, menunggu untuk diberikan Kitab Catatan Amalan masing-masing dan kemudin diadili oleh Allah (a.w). Hasil pengadilan itu akan menentukan kehidupan yg ketiga, yg kekal, tempat tinggal setiap kita  - sama ada berjaya dalam kehidupan akhirat, mendapat segala nikmat di syurga, atau gagal di akhirat dibakar dan disiksa dalam neraka. Itulah kehidupan yg sebenarnya. Ayat 13, Surah an-Nisa' menyebutkan kesudahan manusia itu (ikuti al-Quran dan as-Sunnah pasti dapat syurga = ahli syurga) atau Ayat 14, Surah an-Nisa' (ingkarkan al-Quran dan as-Sunnah dan langgar ketetapan hudud Allah (a.w) pasti masuk neraka = ahli neraka).
Di akhirat kehidupan yg paling simple. Di akhirat manusia menerima hasil segala-gala yg diusahakannya ketika di dunia. Mereka mungkin sudah berjaya di dunia - menjadi jutawan atau hartawan atau selebriti dan sebagainya - mendapat pelbagai nikmat dunia yg berbagai dan meluas, namun setelah mati mereka belum pasti mereka dapat kesenangan, kemewahan, kekayaan dan kesejahteraan di akhirat. Di akhirat orang yg teranianya adalah penghuni neraka yg sentiasa dibakar setiap saat dan ketika dalam kegelapan neraka itu - makan makanan yg membakar mulut dan perut dan minum pula minuman yg membakar perut dan mulut dan kemudian dipukul pula oleh para malaikat yg bengis yg tidak ada sifat belas kasihan pula. Yg mendapat syurga, tak payah buat apa-apa, dia menikmati apa-apa yg hatinya mahukan atau inginkan segala nikmat yg dulu diberikan sebahagian di dunia kini diberikan sepenuhnya 100 bahagian, tak perlu kerja, hanya perlu rehat dan makan minum serta berseronok sekuat hati dan sekehendak hati. Fikirkanlah, orang yg termiskin di syurga itu memiliki harta kekayaan bernilai seumpama 10 kali ganda kekayaan yg ada di dunia! Apatah lagi mereka yg berjaya menduduki syurga yg tertinggi tahapnya bersama-sama dgn para rasul dan nabi, syurga firdaus! Walaupun begitu kayanya manusia di dunia sekarang ini, seumpama Warren Buffet, Bill Gates, Mital,  atau TA Krishnan, Teh How Piow atau Syed Mokhtar, Azman Hashim, dan siapa saja, dan kalau digabungkan kekayaan mereka, tak sama dgn kekayaan seorang yg termiskin dalam syurga! Fikirkanlah ...
Namun, tanpa hidayah manusia itu tidak akan yakin wujudnya kehidupan akhirat itu. Atau, mereka akui ada kehidupan akhirat, tapi jauh lebih mudah dari kehidupan dunia. Orang bukan Islam tidak yakin. Dan, orang yg akui dirinya Islampun, kurang yakin atau belum benar-benar yakin. 
Orang Islam tidak yakin kerana kejahilan, kerana diajarkan ilmu yg songsang dan batil oleh orang yg jahil, kerana tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau orang Islam itu menjalani kehidupan dunia mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, mereka pasti yakin. Kerana, tiada kehidupan lain selain akhirat yg menunggu mereka! As-Sunnah memberitahu bahawa di dunia mereka berusaha sebaik mungkin untuk kesenangan dunia mereka dan pada masa yg sama mereka menyediakan diri untuk bekalan akhirat.
Saudara, menyebut tetang dua kehidupan ini kita wajib faham bahawa apabila kita berusaha sepenuhnya untuk dunia, walaupun dgn berbekalkan ilmu yg terbaik dan berbagai, belum pasti kita berjaya di dunia. Maka dgn itu belum pasti orang yg tinggi dan luas ilmunya berjaya menjadi orang ternama, kaya dan mewah dan selesa hidupnya dan berjaya di dunia. Ramai orang yg tak berpelajaran atau berilmu yg berjaya menjadi jutawan dgn usahanya dan kerana Allah (a.w) qadarkan baginya rezki yg melimpah ruah. Ramai juga orang yg berilmu dan berharta awalnya, tapi tidak berjaya dalam hidupnya. Pendeknya, mencari kejayaan dunia itu, belum pasti didapati! Sebaliknya, orang yg mencari kejayaan akhirat, mereka pasti dapat dgn syarat mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan jadikan Rasulallah (s.a.w) sebagai contoh atau model orang Islam yg beriman dan bertaqwa. 
Malah Allah (a.w) janjikan sesiapa yg berusaha mencari petunjuk dalam Islam, pasti diberikan (Ayat 125, Surah al-An'am) dan mereka yg telah ditunjukkan jalan lurus ke syurga dan tidak ikuti jalan-jalan ajakan orang lain yg tidak berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, pasti tidak sesat, yakni dapat akhiratnya (Ayat 153, Surah al-An'am). Orang yg berusaha dan mempersungguh dalam ugama menyediakan dirinya untuk akhiratnya, pasti ditolong dalam dunianya! Itu suatu kepastian. Allah (a.w) janjikan bahawa orang yg mencari kejayaan akhirat dgn penuh istiqamah, komitmen dan keikhlasan hatinya, pasti akan mendapat kejayaan akhirat.
Rasulallah (s.a.w) janjikan kalau kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, pasti tak sesat mencari kejayaan akhirat. Allah (a.w) memberitahu sesiapa yg mempersungguh mengikuti jalan Allah (a.w) - yakni berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah - pasti Allah (a.w) akan tetapkan dia di jalan yg benar mendapatkan syurga itu. Hakikatnya adalah berusaha untuk dunia belum pasti berjaya, tetapi berusaha untuk akhirat pasti dapat. Oleh itu lebih baik utamakan akhirat yg lebih kekal, itulah wasiat Allah (a.w) dan RasulNya.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment