Assalamualaikum,
saudara, hari ini, kita lihat manusia - tak kira mereka itu orang Islam ataupun bukan Islam sama saja - kerana semuanya sibuk dan disibukkan oleh dunia. Orang politik disibukkan oleh politiknya mencari pengaruh untuk berkuasa dan mencari kekayaan yg tidak mungkin pula mereka dapati tanpa terlibat dalam politik dan memegang tampuk kuasa, tak kira dimana dan di lapangan mana mereka berpolitik. Lihatlah semenjak beberapa hari ini kita dengar perbicaraan di mahkamah bagaimana Dr.Khir Toyo bekas MB Selangor memperolehi harta berupa sebuah rumah banglo yg besar, luas dan mewah dgn harga 'below market price' dan kemudian diubahsuai pula dgn belanja RM 6.0 juta. Sebelum diangkat Mahathir sebagai MB Selangor menggantikan Abu Hasan, beliau adalah seorang doktor gigi di kelinik giginya di Kajang. Banyaklah lagi cerita bagaimana politik menyibukkan orang Islam dan dunia mengkayakan orang Islam yg tidak mungkin termimpi oleh mereka menjadi kaya kalaulah mereka tidak terlibat dgn politik. Ini tidak termasuk kata-kata dan cakap-cakap yg mereka luahkan sepanjang penglibatan mereka dalam politik, yg 99.9% adalah pembohongan atau pendustaan, tohmahan atau pengaiban terhadap lawan. Kita telah lihat bahawa orang Islam itu terlupa nasihat Rasulallah (s.a.w) bahawa manusia lupa bahawa dgn beberapa patah perkataan, menjerumuskan mereka ke dalam neraka selama 40 tahun! Ini pula sentiasa bercakap dusta dan memutarbelitkan fakta, dan memfitnah serta mencaci dan mengaiaibkan orang islam yg lain! Saudara, di dalam Islam kita sudah tahu bahawa seseorang yg bercakap sesuatu tentang seorang Islam yg lain di belakangnya, yakni tanpa pengetahuannya, walaupun betul apa yg dicakapkannya, kekal dikira berdusta di dalam Islam! Kenapa? Dia bercakap tanpa dasar fakta atau maklumat yg dia sendiri tahu, tetapi hanyalah persangkaan semata-mata. Atau, atas khabar angin, i.e. berita yg dibawakan oleh orang lain, yg dia sendiri tak tau sahih atau tidak. kalau dia tak tahu, dia cakap dan didapati dusta, maka dia memfitnah. kata yg baikpun tak baik, kata yg baikpun tak baik, melainkan kita tahu apa yg kita katakan. Itupun, wajib kita bercakap yg baik-baik bukan yg tidak baik!
Sesuatu yg kita tak tau adalah persangkaan. Kalau betul hanya kebetulan. namun tetap satu perdustaan, kerana kita tak tau faktanya semasa kita luahkan cakap-cakap tersebut. Kalau, apa yg kita katakan adalah tidak benar, maka kita dianggap memfitnah orang lain. Fitnah adalah pencukur pahala amalan dan ibadah, pesan Rasulallah (s.a.w). Jadi, sesiapa yg memfitnah seseorang, maka segala pahala amalannya terhakis atau dikikis oleh fitnahnya, maka sia-sialah segala amalan dan ibadahnya yg terdahulu. Di akhirat dia jadi muflis, wal iya zubillah! Para ulama' dan ilmuwan Islam juga disibukkan oleh dunia apabila mereka tidak menyampaikan ilmu kpd orang Islam yg jahil dan dahagakan ilmu. Atau, mereka hanya mau ajar ilmu dgn bayaran lumayan. Atau, mereka berilmu, tetapi menggunakan media berbagai menjadi pendakwah bebas atau penceramah media letronik atau menjadi 'pakar motivasi' dgn program mereka sendiri melalui berbagai media, kerana mencari pendapatan dan bayaran lumayan pula. Rata-rata umat Islam itu takda bezanya dgn orang yg bukan Islam: disibukkan oleh dunia sehingga tak sempat untuk menyediakan dirinya untuk akhiratnya. Walhal, di dunia kita hanya hidup selama 40 atau 50 atau 60 atau 70 atau 80 - lebih-lebihpun, jarang-jarang 100 tahun, manakala ketika di dalam kubur entah berapa lama dan kemudian meunggu Kitab Catatan Amalan kita pula di padang makhsyar selama 50,000 tahun bilamana sehari di akhirat bersamaan dgn 1,000 tahun di dunia! Kita inginkan kesenangan untuk masa yg begitu singkat, sehingga memperdagangkan kesejahteraan akhirat kita yg jauh lebih lama dan panjang - malah tidak terbatas pula!
Saudara, dalam beberapa post yg akan datang ini kita akan lihat beberapa nasihat Rasulallah (s.a.w) kpd kita yg akui kita Islam dan beriman, bahawa janganlah disibukkan atau mengutamakan yg fana dan tidak kekal, dan melupakan yg lebih utama dan kekal. Kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari 'Alaqqamah hadith dari Abdullah berkata: 'Tidur Nabi (s.a.w) atas tikar maka membekasi (i.e. ada bekas tikar) tikar pada kulitnya (i.e. tubuhnya), maka berkata aku (kata Abdullah): 'Wahai bapaku dan ibuku! Ya Rasulallah (s.a.w)! Seandainya engkau izinkan aku maka memberi pelapis untuk engkau atasnya (tikar) dgn sesuatu yg menjaga engkau dari (tikar) membekasi engkau.' Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Ma ana wad-dunya innama ana wad-dunya karakibin(-is)-istadalla tahta syajarata thumma raha wa-tarakaha' (Yg bermaksud: Apa-apa aku dan dunia! (Maksudnya, aku tidak ambil kisah tentang dunia). Sesungguhnya apa-apa yg ada antara aku dan dunia adalah seperti orang yg menaiki kenderaan (dalam suatu perjalanan) bernaung (atau berhenti atau berteduh dia) di bawah (sebatang) pokok, kemudian berangkat dia (meneruskan perjalannya) meninggalkannya (i.e. meninggalkan pokok itu).' [Hadith Ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Saudara, dalam hadith ini diceritakan suatu masa Rasulallah (s.a.w) tidur di atas tikar, maka ketika bangun dia maka kelihatan oleh para sahabat bekas-bekas tikar dan apa-apa yg ditutupi tikar atas badannya. Maka berkatalah seorang sahabat yg bersama-sama dgnnya bahawa teringin dia untuk menyediakan pelapik atas tikar yg ditiduri oleh Rasulallah (s.a.w) kalaulah diizinkan olehnya, supaya lebih selesa dan apabila bangkit dari tidur atau berbaring tidaklah ada bekas-bekas tikar di kulit tubuhnya. Rasulallah (s.a.w) mengingatkan para sahabat bahawa janganlah pentingkan dunia, kerana manusia itu diberi kesempatan hidup di dunia hanya sebntar jika dibandingkan dgn kehidupan keseluruhan bagi manusia. Manusia itu hidup di dunia seumpama berhenti sebentar di bawah pokok ketika dalam perjalanan atau musafir di alam Allah (a.w), untuk rehat sebentar melepaskan lelah atau penat atau berteduh dari kepanasan cayaha matahari, kemudian setelah selesa atau hilang kepanasan atau kepenatan dia akan berjalan semula meneruskan keperjalanannya. Maka dgn itu kehidupan di dunia tak ubah seperti berhenti seketika untuk berteduh atau melepaskan kepenatan dalam perjalanan atau melindungi sekejap diri dari panas terik matahari, kemudian meneruskan perjalanan.
Saudara, oleh itu wajarlah kita ingatkan diri kita bahawa kita berada di dunia hanya seketika atau sebentar saja, tak lama, walhal keseluruhan hidup manusia itu adalah suatu perjalanan yg akan panjang yg tiada sempadan waktu pula. Fikirkanlah kalau kita dianugerahkan usia yg panjang spt Mahathir - sudahpun 85 tahun - masih sebentar sahaja berbanding dgn waktu menunggu kiamat dunia dalam kubur atau sebentar saja berbanding dgn waktu menunggu Kitab Catatan Amalan kita di padang makhsyar setelah kiamat dunia kelak. Sehari di padang makhsyar itu sama dgn 1,000 tahun dalam kiraan waktu dunia. Kemudian, jika sudah diadili pula kita yg Islam dan ditentukan kesudahan kita - di neraka atau di syurga pula - kita hidup berakhkab-akhkab pula (katanya, satu akhkab itu adalah selama 80,000 tahun (kali 1,000 x 356 hari pula)! Fikirkanlah kalau kita hidup 85 tahunpun, dalam kiraan waktu akhirat tak sampaipun seminit! Kalau sakit beberapa jam pun kita menderita, inikan pula sakit selama 50,000 tahun berdiri di atas bumi dari tembaga yg dipanaskan oleh matahari yg sejengkal di atas kepala! Apakah kita inginkan kesenangan untuk 85 tahun (atau seminit) dan menderita selama-lamanya kerana dunia? Oleh itu, berpada-padalah dan buatlah pertimbangan yg rasional ketika kita masih ada masa untuk meneruskan kehidupan di dunia yg sengkat ini.
Janganlah disebukkan oleh dunia kita, sehingga kita lupa untuk menyediakan diri untuk suatu kehidupan yg lebih lama, malah tidak ada penyudahnya ...
Janganlah disebukkan oleh dunia kita, sehingga kita lupa untuk menyediakan diri untuk suatu kehidupan yg lebih lama, malah tidak ada penyudahnya ...
Jazakallahu khairah
.
No comments:
Post a Comment