Friday, June 17, 2011

Ilmu: Wajib Tinggalkan Ilmu Batil

Assalamualaikum,
Saudara dalm perkara mengaji dan menuntut ilmu mengenai Islam iti, kita wajib berpandukan hakikat bahawa sesiapa yg mematuhi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, yakni mentaati perintah dan suruhan Allah (a.w) (i.e al-Quran) dan mentaati perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) (i.e as-Sunnah), maka dia berjaya mendapat syurga dan terselamat dari neraka (janji Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa').Kemudian, Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu pula bahawa jika kita berpandu dgn dua hazanah peninggalan beliau (dalam bentuk ilmu dan panduan hidup orang iman) iaitu al-Quran dan as-Sunnah, kita pasti tidak akan sesat mencari dan mengikuti 'siratul mustaqim' atau jalan lurus ke syurga itu, dan pasti berjaya mendapat syurga Allah (a.w). Itu juga janji Allah (a.w).
Sehubungan itu, dalam perkara ilmu kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith berikut, bahawa janganlah kita ikuti dan kembangkan ilmu yg batil, kerana bahawa bagi masa depan kita dalam menyediakan diri untuk alam akhirat. Ilmu atau panduan agama yg haq itu hanyalah ketetapan al-Quran  dan as-Sunnah, panduan selainnya adalah batal. Ini adalah kerana, ugama Islam dan syariatnya itu Allah (a.w) yg tetapkan dan Rasulallah (s.a.w) yg sampaikan dan Rasulallah (s.a.w) yg menunjukkan bagaimana melakasanakannyanya - apa yg boleh dan apa yg tak boleh. Tidak sebarang  orang behak atau diberi mandat untuk menyatakan bahawa ini dan itu adalah ketetapan Allah (a.w) atau datangnya dari Allah (a.w) atau ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w), sekiranya tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Oleh itu kita disuruh mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah, supaya kita tahu yg mana ilmu dan panduan yg  haq, dan yg mana pula suatu kebatilan. Selepas itu pula kita disuruh menghidupkan semula as-Sunnah yang semakin dilupa dan dibiarkan oleh para ilmuan dan para ulama', yang mengajar umat Islam dan umat Islam sendiri:
Diriwayatkan hadith daripada Kathir bin Abdullah bin ‘Amru bin ‘Auf al-Muzaniu (r.a), menceritakan hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan satu sunnah dari sunnahku maka beramal dengan dia oleh manusia, adalah baginya seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya tidak mengurangi (atau dikurangi) sedikitpun pahala mereka yang mengamalkannya. Dan barangsiapa membuat bid’ah (yakni, pembaharuan dalam amalan dan ibadat, yang tidak termasuk dalam syariat Islam yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w)) (dan diajarkannya pula kepada orang lain) maka mengamalkan (dan mengajarkannya) dengan bid’ah itu, ada atasnya (yakni, ditanggungnya) dosa barangsiapa mengamalkan dengannya (dan) tidak mengurangi atau dikurangkan dari dosa barangsiapa beramal dengannya sedikitpun (yakni, dosa mereka yang mengamalkannya ditanggung oleh yang mengajar manakala dosa yang mengikut ajarannya juga akan ditanggung pengamal olehnya).’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Saudara, hadith ini memberitahu kita bahawa besar pahalanya kita menghidupkan atau mengajarkan dan mengembvangkan sesuatu ketetapan atau prinsip as-Sunnah. Sebaliknya, begitu besar pula dosanya, jika kita mengajar dan mengembangkan sesuatu ajaran yg bukan termasuk dalam ketetapan as-Sunnah. Kalau kita ajarkan yg batil (dalam konteks ketetapan hadith ini adalah bid'ah), dan diamalkan pula orang yg kita ajarkan dan dia pula mengajarkan orang lain, kemdian orang yg lain itu amalkan, kita mendapat dosa kerana amal dan ajarkan, orang yg kita ajarkan dapat dosa bila dia amal dan ajarkan orang lain pula. Begitulah seterusnya. Kalau, sebaliknya, kita ajarkan ketetapan as-Sunnah - sama ada yg telah dilupakan atau diabaikan oleh umat Islam atau yg kita telah diajarkan ilmunya, maka kita dapat pahala keranaamal dan ajarkan orang, dan orang yg ambil ilmu dari kita dapat pahala bila dia amalkan dan ajarkan pula orang lain, dan apabila diamalkan oleh orang yg kita ajarkan dan diamalkan pula oleh orang yg dia ajarkan, maka kita dapat kiriman pahala, tanpa mengurangkan pahala orang yg mengamalkannya itu. Inlah dividen akhirat bagi kita. Kiriman dividen ini tidak akan terputus atau terhenti selagi ada orang yg amalkan apa yg kita ajarkan atau ilmukan orang lain. Alangkah beruntungnya kita! Sebaliknya, kalau yg batil pula, alangkah ruginya kita kerana mendapat kiriman dosa selagi ada orang yg mengamalkannya. Contoh: kita ajarkan bahawa ada satu jenis rantai magnet yg kalau kita pakai akan menghindarkan kita dari terkena sesuatu mudarat atau penyakit atau akan menyembuhkan sesuatu mudarat atau penyakit yg mengenai kita, adalah suatu kepercayaan bersifat syirik samar. Maka jika orang amalkan nasihat kita, maka kita berdosa kerana mengajar yg batil, dia jatuh syirik kerana mengajarkan kebatilan, orang yg memakainya bukan sahaja syirik tapi mengirim dosa besar pula kpd kita, wal iya zubillah.
Justeru itu, dengan ilmu bolehlah kita berwaspada! Tidaklah kita mengikut secara membabi buta tanpa ilmu. Janganlah kita mengikuti perasaan dan mengikuti amalan dan ibadat tanpa mengetahui syariatnya yang haq seperti yang disebutkan dalam al-Quran dan al-Hadith. Kita harus ingat ramai manusia yang kelihatan (seemingly) ‘alim dan wara’, berbuat segala macam amalan dan ibadah, tetapi tidak semuanya faham tentang Islam atau mereka berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Menceritakan hadith daripada Kathir ibn Abdullah (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya yang berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan sunnah dari sunnahku (yang) sungguh-sungguh (telah) dimatikan (atau dilupakan) sesudahku (yakni, setelah ketiadaanku), maka bahawasanya baginya pahala seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak dikurangi (atau mengurangi) dari pahala manusia yang beramal dengannya sedikitpun. Dan barangsiapa membuat dan mengajarkan bid’ah tidak redha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan (atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi (atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Hadith di atas ini memberikan hukuman yang sama juga berhubung dengan isu ini. Yang wajib diberi perhatian adalah bahagian kedua hadith tersebut: iaitu mengajarkan sesuatu yang bersifat bid’ah. Akibatnya, pertama Allah (a.w) tidak redha. Jika Allah (a.w) tidak redha maka dapatkan kita rahmatNya (yang membolehkan kita dibalas dengan Syurga?) Atau, apabila kita menerima kiriman dosa dari mereka yang mengamalkannya, dan mereka yang mengajarkan pula orang lain, dan yang belajar itu mengamalkannya dan mengajarkannya pula ad infinitum? Sudahlah kita berdosa, dosa orang lain yang kita ajarkan pula kita terima sebagai habuan kita mengajarnya, kemudian anak murid kita mengajarkan pula anak muridnya, kitapun dapat dosa yang sama, dan seterusnya dan seterusnya (yakni, ad infinitum

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment