Assalamualaikum,
Saudara, kita telah mulakan perbincangan kita mengenai tajuk di atas, iaitu kewajipan bagi umat Islam yg akui mereka beriman itu, taatkan perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti atau patuhi ketetapan as-Sunnah. Secara khususnya Allah (a.w) perintahkan sedemikian dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr. Kita juga diberitahu bahawa sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) bererti dia telah mentaati Allah (a.w), iaitu ketetapan Ayat 80, Surah an-Nisa'. Perintah Allah (a.w) ini diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya dalam hadith. Sila rujuk hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ma amartukum bihi fakhuzuhu, wama nahaitukum ‘anhu fantahu) [Yg bermaksud: Apa-apa yang memerintahkan aku atas kamu dengannya (yakni, sesuatu perkara) maka kamu ambillah; dan apa-apa mencegah (atau melarang) kamu darinya (yakni, sesuatu perkara) maka kamu tinggalkanlah.] [Hadith ibnu Majah]
Ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah selari dgn perintah Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr. Allah (a.w) berfirman pada Ayat 80, Surah an-Nisa'; iaitu:
Firman Allah (a.w): 'Man(-ai) yuti'ir-rasula faqad ato'allaha ...' (Yg bermaksud: Barangsiapa mentaati Rasulallah (s.a.w), maka sunguh-sungguh dia telah mentaati Allah (a.w) ...' [Ayat 80, Surah an-Nisa'] Jelasnya, perintah Rasulallah (s.a.w) itu sama dgn perintah Allah (a.w), maka wajib dipatuhi. Kemudian Allah (a.w) memberitahu pula: 'Wa-man(-ai) usyaqiqilr-rasula min ba'di ma tabaiyana lahul-huda wa-yattabi' ghaira sabilil mukmina nuallihi ma tawallaa wa-nuslihi jahannam ...' (Yg bermaksud: Dan barangsiapa yg menolak (ketetapan) Rasulallah (s.a.w) dari setelah apa-apa yg jelas kebenarannya, dan mengikuti jalan yg bukan jalan orang-orang iman, Kami (Allah) biarkan dia berleluasa terhadap kesesatan yg diperolehinya, dan Kami (Allah) masukkan dia ke dalam neraka jahannam ...) [Ayat 115, Surah an-Nisa']. Jelaslah sesiapa yg menolak as-Sunnah dia sesat dan kesudahannya adalah masuk neraka. Orang-orang yg iman itu sentiasalah dia berpandukan al-Quran dan as-Sunnah kerana itulah 'siratul mustaqim' ke syurga.
Sejajar dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' itu, Rasulallah (s.a.w) mengulangi perintah Allah (a.w) tersebut dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man ata’ani faqad ata’allaha, waman ‘asani faqad ‘asallaha.' [Yg bermaksud: Barangsiapa mentaati aku maka sungguh-sunguh dia telah mentaati Allah (a.w), dan barangsiapa menentang (atau engkar terhadap suruhan) aku (Nabi) maka sungguh-sungguh dia menentang (atau engkar kepada) Allah (a.w)).] [Hadith ibnu Majah]
Di dalam sepotong hadith yg lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa 'siratul mustaqim' itu adalah mengikuti segala ketetapan as-Sunnah: Diriwayatkan hadith daripada Jabir dan Abdullah (r.a) berkata: ‘Adapun aku di sisi Nabi (s.a.w), maka menggaris dia satu garisan, dan menggaris (pula) dua garisan di sebelah kanan, dan menggariskan dua garisan pula di sebelah kiri (garisan yang satu). Kemudian diletakkannya tangannya pada garisan yang satu (wusta, yang tengah itu), maka bersabda dia: (dengan menunjuk kepada garisan yang satu di tengah itu) ‘Inilah sabilillah (i.e. jalan Allah (a.w))’; kemudian beliau membaca ini ayat 'Wa-anna haza sirati mustaqiman fat-tabi’uhu wa-la tat-tabi’us-subula fatafarraqa bikum ‘an sabilihi', [Yg bermaksud: (Allah (a.w) berfirman:) Dan bahawasanya inilah jalan yang lurus, maka kamu ikutilah dia dan janganlah kamu ikuti beberapa jalan yang lain, (jika kamu ikuti jalan-jalan lain itu) maka akan berfirqah-firqahlah (i.e. berpecahlah-pecahlah) kamu sekelian dengan jalan-jalan tersebut daripada jalanNya (yakni, jalan Allah (a.w) yang lurus itu)] [Ayat 153, Surah al-An’am) [Hadith ibnu Majah]
Jalan yg lurus itu adalah ikuti ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Jika kita ikuti jalan-jalan selain al-Quran dan as-Sunnah, termasuklah cakap-cakap dan ajakan orang dikatakan 'ulama' sekalipun, bukan jalan yg lurus, kecualilah mereka itu mengajak kpd mematuhi atau mengikuti al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, hari ini ramai umat Islam yg akui diri mereka beriman, tetapi apabila diberitahu sesuatu ketetapan as-Sunnah dia enggan atau hampir enggan terima. maka dgn itu dalam dua hadith berikut dua sahabat Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) berkata: ‘Ketika menceritakan (kepada) kamu (hadith) daripada Rasulallah (s.a.w), maka senangilah (yakni, terimalah dan baik sangkalah) dengan Rasulallah (s.a.w) kerana dia (Rasulallah (s.a.w) adalah) lebih kebenarannya dan lebih memudahkan dan lebih bertaqwa.’ [Hadith ibnu Majah]
Hadith di atas menasihatkan para sahabat (yakni, kita semua) bahawa apabila diberitahu tentang wujudnya sesuatu ketetapan Rasulallah (s.a.w) melalui suatu hadith, maka hendaklah kita ambil dan ikut sebagai panduan. Beliau menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) itu lebih tahu tentang Islam dan ketetapan Allah (a.w) mengenai syariat Islam. Akur dengan ketetapan itu lebih memudahkan kita menjadi seorang Islam yang semurna imannya dan mengikuti ketatapan Rasulallah (s.a.w) menjadikan kita lebih tinggi ketaqwaannya.
Diriwayatkan hadith daripada Ali bin Abi Thalib (r.a) berkata: ‘Ketika menceritakan kepada kamu bahawa (sesuatu) daripada Rasulallah (s.a.w) suatu hadith (itu) maka ambil peringatanlah dengan hadith itu (kerana) dia (Rasulallah (s.a.w)) lebih kebenarannya, lebih memudahkan dan lebih ketaqwaannya.’ [Hadith ibnu Majah]
Rasanya, sudah cukup asas-asas yg menunjukkan bahawa as-Sunnah itu wajib diterima - yg disuruh dikerjakan sekuat mampu, yg ditegah dijauhi kesemuanya. Mudah-mudahan saudara faham. Dgn kefahaman tersebut tidaklah kita tergolong dari kalangan orang yg lebih rela menerima pendapat manusia selain Rasulallah (s.a.w) dan mengketepikan ketetapan as-Sunnah ata enggan menerimanya. Kedua-dua sahabat Rasulallah (s.a.w) di atas itu adalah antara 10 orang yg mendapat ganjaran syurga yg telah dijanjikan kpd mereka.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment