Assalamualaikum,
sauadara, dalam post sebelum ini kita turunkan sepotong hadith qudsi yg dikatakan oleh ibnu Majah sebagai dhaif kerana kelemahan salah seorang perawi dalam isnadnya. Namun, kita telah syorkan bahawa walaupun dkatakan dhaif, namun banyak hadith lain menyebutkan bahawa Solat Jum'at itu wajib dikerjakan oleh lelaki Islam yg beriman. [Nota: ' Ada dua golongan manusia; iaitu pertama, Islam atau kedua, kafir (termasuk orang Islam yg ingkar = orang Islam yg tak kerjakan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Frasa 'lelaki Islam yg beriman' bermaksud lelaki Islam yg mengergajan perintah Allah (a.w) mengikut ketetapan al-Quran dan mengerjakan suruhan Rasulallah (s.a.w) mengikut ketetapan as-Sunnah. Lelaki Islam sahaja belum pasti dia mengerjakan amalan dan ibadah dan sebagainya. Hari ini ramai orang Islam tapi sedikit sekali orang yg beriman. Orang Islam belum pasti masuk syurga kecuali dibersihkan dosa-dosanya dahulu dalam neraka! Orang yg dapat syurga adalah orang yg menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr, paling minima.]
Hadith tersebut sebenarnya adalah sahih dalam konteks ketetapan-ketetapan yg terkandung di dalamnya. Kerana kesemua ketetapan yg disebutkan dalam hadith itu adalah ketetapan yg wajib atau fardu, tidak boleh tidak dikerjakan atau dibuat. Kerana, Allah (a.w) perintahkan dalam Ayat 9 hingga 11, Surah al-Jumu'at spt berikut:
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazi na amanu iza nudiati solati min jum’ati fas’au illa zikrillahi wa zarul ba’i; zalikum khairul lakum in kuntum ta’lamuna @ Faiza qudiatis solatu fantasyiru fil ardhi wabtaghu min fadlilahi wazkurullaha kathiral la’allakum tuflihuna @ Waiza ra atu tijaratan au lahyanin faddu ilaiha wa tarakuka qaima; qul ma ‘indallahi khairum minal lahwi wa minat tijarati; wallahi khairur raziqina @) [Yg bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Ketika dipanggil (yakni, diazankan) solat Jum’at maka hendaklah bersegera kamu mengingatkan Allah (a.w) (yakni, pergi ke masjid untuk bersolat) dan tinggalkanlah jualbeli (atau dagangan, yakni urusan dunia). Demikian itu (kelakuan atau perbuatan) lebih baik bagi kamu jika kamu adalah orang yang mengetahui (keutamaan solat Jum’at itu). Maka ketika selesai solat maka bertaburanlah kamu di bumi Allah (a.w) mencari kurniaan Allah (a.w) (yakni, mencari rezki), dan hendaklah kamu bersyukur sebanyak-banyaknya (tentang kurniaan Allah (a.w), terutama rezki yang diberikan kepada kamu), mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan (dunia dan akhirat). Dan ketika melihat kamu akan dagangan (yang banyak dipaparkan kepada kamu) atau keseronokan dunia maka kamu bergegas mendapatkannya sambil kamu bangun dan berdiri (meninggalkan masjid sedangkan Rasulallah (s.a.w) sedang berkhutbah); katakanlah olehmu wahai Muhammad (s.a.w): ‘Apa-apa yang ada di sisi Allah (a.w) itu lebih baik daripada kelalaian (yakni, keseronokan dunia dari mengingatkan Allah (a.w)) dan jualbeli (atau dagangan)’; dan sesungguhnya Allah (a.w) itu adalah zat dan Maha Baik dalam memberi rezki kepada kamu.] [Ayat 9 hingga 11, Surah al-Jumu’at]
[Nota: Oleh yg demikian apabila kita ketemui sesuatu hadith yg dikatakan oleh segolongan ilmuwan atau ulama' sebagai 'dhaif', jangan cepat membuat pendirian hadith itu atau isinya tidak boleh dijadikan ketetapan hukum atau ketetapan mutlak, semata-mata orang kata hadith itu dhaif. Yg utama adalah kita wajib lihat lain-lain ketetapan dalam al-Quran dan as-Sunnah kerana firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam lain-lain hadith menyebut dan menetapkan ketetapan yg sama. maka dgn itu hadith yg dhaif itu boleh dipakai sebagai dasar hukum atau ketetapan.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment