Wednesday, June 8, 2011

Kewajipan Berjema'ah Dalam Islam: Ketetapan as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, dalam post-post yg lalu kita telah teliti ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran (iaitu Ayat 103, Surah ali-Imran) dan ketetapan Allah (a.w) melalui as-Sunnah, yakni sabda Rasulallah (s.a.w), utusan Allah (a.w), orang yg membawakan Islam dan syariatnya kpd manusia, orang yg mengajar manusia dan ornag yg mencontohkan kpd manusia sebagai 'uswatun hasanah' (contoh atau model manusia terbaik), bahawa Islam itu wajib dianuti secara berjema'ah dan jangan sekali-kali umat Islam itu menubuhkan perkumpulan, kerana perkumpulan terasing itu memecahbelahkan umat Islam. kemudian, kita telah meneliti pula beberapa hadith Rasulallah (s.a.w) yg bukan sahaja menyuruh umat Islam berpandukan as-Sunnah dan berjema'ah kerana golongan umat Islam yg berpandukan as-Sunnah dan yg berjema'ah sahaja yg berjaya mendapat syurga diakhirat kelak, tetapi juga Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita hanya orang Islam yg berjema'ah sahaja yg selamat dari godaan syaitan dan orang Islam yg berjema'ah sahaja mendapat pertolongan dan kerahmatan Allah (a.w). Saudara, kerahmatan Allah (a.w) itu sahajalah yg membolehkan kita yg Islam masuk atau mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak. Juga, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita yg Islam bahawa hanya dgn panduan al-Quran dan as-Sunnah sahaja kita tidak akan sesat mencari siratul mustaqim - jalan ke syurga itu.
Saudara, kita telahpun tahu, kalau saudara ikuti blog ini ini, bahawa syurga itu mudah didapati dgn syarat kita patuhi ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa': iaitu jika kita taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), kita pasti dapat syurga. Mudah sahaja untuk dapatkan syurga. Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita bahawa ilmu dan panduan yg haq itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah, bukan panduan yg dinukilkan oleh manusia, walaupun dia atau mereka mungkin ulama' besar, ternama atau etrsohorpun. maka dgn itu, 4 imam yg dikatakan menubuhkan mazhab masing-masing (imam-imam as-Syafie, Ahmad ibni Hanbal, Malik b Anas, dan Abu Hanifah), berkata di akhir apa yg mereka ajarkan kpd pengikut mereka, bahawa jika ada ketetapan as-Sunnah yg sahih yg menetapkan sesuatu yg berlainan dari apa yg mereka rumuskan, maka mereka menyuruh pengikutnya batalkan ketetapan mereka, sebaliknya ambil ketetapan as-Sunnah. Malangnya, hari ini majoriti para pengikut imam mazhab ini telah ikuti ajaran para ulama' mazhab mereka, dan ketepikan as-Sunnah! Sudah terbalik dan terpesong sama sekali dari ajaran imam yg empat tersebut! Walhal, Allah (a.w) menetapkan dalam Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa' bahawa kewajipan mengikuti as-Sunnah itu sama dgn kewajipan mengikuti al-Quran. [Nota: Ayat 2 dan 3, Surah an-Najmi menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) bercakap dgn haq, kerana diwahyukan Allah (a.w) apa-apa yg wajar dicakapkan oleh beliau.]
Kemudian, oleh kerana Islam mewajibkan umatnya berjema'ah, maka anggoita jema'ah yg mentaati Allah (a.w), mentaati Rasulallah (s.a.w) dan mentaati 'ulil amri' (yakni, Imam atau Amir yg mengatur dan menguruskan jema'ah mereka), pasti mendapat syurga. Mereka wajib taatkan Imam atau Amir yg mengetuai jema'ah mereka dgn syarat ketetapan Imam atau Amir itu tidak bercanggah dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, ketetapan Ayat 59, Surah an-Nisa'.
Oleh itu, syurga itu hanya didapati oleh orang Islam yg faham Islam dan syariatnya, orang yg mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan orang yg tidak mendahulukan ketetapan manusia apabila berdepan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Kemudian, Omar (r.a) memberitahu kita bahawa kita belum Islam kalau kita belum berjema'ah. Kemudian Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita tidak halal kehidupan kita semasa di dunia jika kita akui diri kita Islam tetapi tidak berjema'ah dan tidak mengangkat seorang yg faqih tentang Islam, sebagai Imam atau Amir jema'ah, dalam Islam. Insya Allah kita akan teliti hakikat ini dalak post yg akan datang.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment