Assalamualaikum,
Saudara, suatu perkara yg sering diluapakan atau diabaikan oleh seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman adalah kewajipan mengaji atau mempelajari ilmu mengenai Islam dan syariatnya. Rata-rata majoriti umat Islam hari ini anuti ugama Islam kerana dilahirkan dari keluarga Islam. Namun, segala sesuatu yg diamalkan olehnya dalam Islam adalah bersandarkan apa-apa yg mereka wairisi dari nenek moyang dan ibu bapa mereka, tanpa mereka mempelajari apakah tuntutan Islam yg sebenarnya. Maka dgn itu timbullah pelbagai amalan dan ibadah yg sama sekali tidak disuruh Islam sebagaimana yg dibawakan atau diajarkan atau ditunjukkan (atau didemokan) oleh Rasulallah (s.a.w).
Mereka itu menyalahi perintah Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra': 'Janganlah kamu kerjakan atau amalkan sesuatu yg kamu tidak tahu ilmu mengenai apa yg kamu kerjakan atau amalkan itu.' Rasulallah (s.a.w) menasihatkan umatnya: 'Beramallah hanya dgn sandaran ilmu.' Namun, hari ini kita sering temui pelbagai amalan dan perbuatan yg kononnya adalah amalan yg dikatakan amalan Islam hanya dgn persangkaan kerana tidak didasarkan kpd ilmu mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ini tidak termasuk orang Islam yg tahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, namun tidak hiraukan. Malah menerima kata-kata atau cakap-cakap manusia. Ini adalah kesilapan yg serius. Kerana amalan dan ibadah yg tidak didasarkan kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tidak di terima Allah (a.w), malah boleh memesongkan aqidah dan akan menjerumuskan orang yg mengamalkannya tersisih dari Islam! Wal iya zubillah.
Saudara, hari ini begitu ramainya orang Islam yg sentiasa mendapat dosa setiap saat dan ketika semata-mata kerana tidak mau belajar atau mengaji ilmu tentang Islam - yakni mengajai al-Quran dan as-Sunnah. Walhal, menuntut ilmu mengenai Islam dan syariatnya itu adalah suatu yg fardu, kewajipan yg tidak boleh tidak bagi setiap orang yg akui dirinya Islam utamakan. Rasulallah (s.a.w) menghukumkan: 'Talabul ilmi faridatun 'ala kulli muslim' (Yg bermaksud: menuntut ilmu itu adalah suatu kewajipan (atau kefarduan) atas setiap orang Islam). Tapi, drp 1,000 orang yg akui diri mereka Islam, mungkin tak sampai seorang yg berusaha mencari ilmu dan belajar ilmu supaya mengilmukan dirinya dan, dgn itu, terlepas dari dosa, kerana tidak mengindahkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Islam mewajibkan umatnya belajar ilmu mengenai Islam. Dan, belajar ilmu itu hendaklah dari mereka yg berilmu dan faham tentang Islam. [Nota: Orang 'alim' itu adalah seorang yg berilmu (tentang Islam dan syariatnya) dan dia mengamalkan apa-apa ilmu yg dia tahu. 'Ulama' adalah bermaksud beberapa ahli ilmu atau orang alim. Tidak dikatakan seseorang itu orang alim, atau ulama' sekiranyang dia tidak berilmu - mengenai al-Quran dan as-Sunnah - dan, apabila berilmu, tidak mengamalkan apa yg dia ada ilmu mengenai sesuatu.] Malangnya, hari ini ramai orang dikatakan 'orang alim' atau 'ulama' walhal mereka sendiri jahil tentang Islam dan syaraiatnya. Ilmu ugama yg sah itu adalah ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu tidak dikatakan berilmu dgn mempelajari ilmu Islam melalui kitab atau buku atau apa jua media sekiranya teks yg dikaji dan dipelajari itu bukanlah al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadith). Al-Quran dipelajari dari segi tiga perspektif; iaitu membacanya, mempelajari tafsirnya dan memahami apa yg ditetapkan oleh Allah (a.w) di dalamnya, selain menghafal surah-surah atau keseluruhan al-Quran. Ramai juga orang yg bergelar 'al-hafiz' tetapi tidak lebih dari kebolehan menghafal, tanpa benar-benar tahu maksud dan faham firman Allah (a.w) tersebut dalam konteks ketetapan yg umat Islam wajib fahami dan ikuti. Sebagai contoh: Allah (a.w) perintahkan umat Islam ikuti (yakni, berpandukan kpd as-Sunnah), ketetapan Ayat 7, Surah al-Haysr, tetapi berapa ramai pula orang Islam yg diberitahu as-Sunnah, mereka abaikan atau tolak tepi, malah ada yg mempersoalkannya atau tidak mahu terima. Ada 49 kitab-kita al-hadith, termasuklah enam buah kitab yg diketahui orang Islam wujud atau pernah diberitahu hadith-hadith dalam koleksi tersebut. Kuttubul Sittah (iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa'i, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud, dan Sunan ibnu Majah). Seseorang itu diakui seorang 'alim' atau sekumpulan orang alim i.e. ulama', itu adalah mereka yg sudah tamat Kuttubul Sittah. Seseorang itu tidak layak digelar orang 'alim' atau sekumpulan mereka itu belum boleh digelar 'ulama' tanpa terlebih dahulu mereka telah belajar al-Quran (membaca, memahami erti dan implikasinya terhadap amalan dan kehidupan manusia sebagai orang Islam) dan telah belajar Kuttubul Sittah, sekurang-kurangnya Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Seseorang yg lulus dgn ijazah asas, ijazah lanjutan, termasuk Ph D dalam syariat Islam itu belum boleh dianggap berilmu jika mereka belum belajar al-Quran sepenuhnya dan belajar as-Sunnah dgn mengkhatamkan sekurang-kurangnya Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, jikapun belum sempat khatam Kuttubul Sittah.
Saudara, di dalam Islam ilmu yg diwajibkan orang Islam pelajari tidak boleh tidak diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) hanya tiga, iaitu al-Quran, as-Sunnah dan hukum faraid. [Sila rujuk hadith mengebnai ini dalam post-post yg lalu.] Setiap orang Islam yg tidak meluangkan masanya untuk mengaji al-Quran dan al-Hadith menanggung dosa setiap saat dan ketika. Sesiapa yg belajar al-Quran dan al-Hadith yg dijadikan program pengilmuan dirinya setiap minggu atau bulan terlepas dari dosa tersebut. Dan, ilmu mengenai Islam itu tidak boleh dipelajari secara bersendirian sebagaimana ilmu dunia boleh dipelajari dgn kajian persendirian. Ilmu dalam Islam wajib dipelajari secara berguru kerana Rasulallah (s.a.w) sendiri belajar Islam, walaupun dilantik Allah (a.w) sebagai Utusan Allah (i.e. Rasulallah) (s.a.w), namun beliau diajarkan melalui wahyu dan melalui malaikat Jibrail (a.s). Contoh: dalam perkara solat, Rasulallah (s.a.w) sendiri melalui ketetapan al-Quran tidak tahu bagaimana bersolat, kecuali setelah Jibrail (as) menemuinya dan mengimamkan kelima-lima solat fardu, lima masa pada awal waktunya, dan lima masa pada waktu penamatnya, di sebelah Masjidil Haram. Di dalam al-Quran disebutkan segala sesuatu mengenai Islam dan syariatnya itu, jika tidak berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, walaupun diajar oleh orang yg disebut 'alim' atau orang-orang yg disebut 'ulama' itu, adalah dikira dusta. Hanya ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg haq atau benar. Ilmu yg menjelaskan Islam dan syariatnya disampaikan melalui al-Hadith, diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd sahabat, kemudian sahabat kpd tabi'in, kemudian tabi'in kpd pengikut para tabi'ian, kemudian pengikut para tabi'in kpd pengikut-pengikut mereka pula sampailah kiamat dunia - ada persambungan atau kesinambungan arah aliran ilmu dari guru kpd murid dan seterusnya. Tanpa, susun atur ilmu itu sampai kpd Rasulallah (s.a.w) atau khalifah yg empat, ilmu tersebut wajib dipersoalkan kesahihannya!
Dalam perkara ilmu ini, kita telah muatkan beberapa hadith dalam blog ini yg menyebutkan bahawa Allah (a.w) amat murka kpd orang yg bijak dan pandai atau pintar dalam ilmu dunia mereka, sehingga mencapai tahap Ph D dan digelar 'Dr' pada namanya, akan tetapi jahil dia tentang ilmu ugamanya kerana tak mau mengaji al-Quran dan as-Sunnah. Sudahlah mereka berdosa, mereka pula dimurkai Allah (a.w)! Kemudian, ada pula orang sedemikian yg mengjarkan orang lain seolah-olah mereka faham Islam, tanpa mengaji!
Diriwayatkan hadith daripada Abi Said al-Khudri bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Belajarkan kamu sekelian pada ilmu dan mengajarkanlan kamu sekelian akan ilmu kepada manusia; dan belajarlah kamu sekelian pada ilmu faraid dan mengajarkanlah kamu sekelian ilmu faraid kepada manusia; dan belajarlah kamu sekelian akan al-Quran dan mengajarkanlah kamu sekelaian akan al-Quran kepada manusia; maka sesungguhnya aku (Nabi) seorang yang digenggam (yakni, akan wafat atau dimatikan oleh Allah (a.w) sebagaimana manusia lain) dan sesungguhnya ilmu itu akan diambil (yakni, akan lesap) dan akan nampak (yakni, timbul fitnah (atau cubaan)) sehingga berselisihan dua orang (yang Islam) di dalam suatu perkara yang wajib (dilaksanakan atau diputuskan) maka tidak menjumpai kedua-duanya pada seorangpun yang dapat menjelaskan (yakni, menghukumi perkara yang diperselisihkan) antara kedua mereka.’ [Hadith Darul Qutni dalam Kitab Faraid ...]
Saudara, dalam hadith di atas itu pula Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islam, umatnya, beberapa perkara; iaitu: pertama, belajarlah ilmu; kedua, ajarkanlah ilmu yg kita pelajari kpd orang lain; ketiga, belajarlah secara khusus ilmu faraid; keempat, setelah pelajari ilmu faraid, maka ajarkanlah orang lain ilmu tersebut; kelima, belajarlah al-Quran; keenam, setelah mempelajari al-Quran, maka ajarkanlah orang lain al-Quran. Rasulallah (s.a.w) memberitahu selanjutnya bahawa jika ilmu itu lesap atau lenyap dari kalangan umat Islam - yakni orang yg memiliki ilmu sudah tiada, maka akan terjadilah fitnah (kerosakan dalam ugama) bilamana dua orang yg berselsih faham tentang sesuatu yg wajib, yakni mereka pertikaikan sesuatu ketentuan yg wajib, tidak ditemui mereka seorangpun yg boleh memberi nasihat dan membuat keputusan tentang apa yg mereka perselisihkan mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. [Nota: Wajib diingati bahawa ilmu yg dimaksudkan dalam Islam - atau dalam hadith ini - adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah, bukanlah ilmu mengenai segala sesuatu bersifat keduniaan.]
Saudara, di dalam hadith di atas itu, ketika beliau masih hidup Rasulallah (s.a.w) memperingatkan manusia bahawa beliau sendiri akan wafat, maka apabila beliau wafat ilmu yg ada padanya akan pupus kecualilah ada para sahabat yg belajar darinya dan kemudian mengajarkannya pula kpd orang lain. Malah, Rasulallah (s.a.w), dalam hadith lain, memberitahu bahawa ilmu itu akan pupus apabila generasi tua yg memiliki ilmu itu tidak mengajarkan generasi muda akan ilmu yg mereka ada, atau apakala generasi muda enggan atau tidak mahu belajar atau mengambil ilmu dari generasi tua, maka hancurlah Islam dan umat Islam zaman kemudiannya. Yg rugi orang yg berilmu dan generasi yg mendatang. Kerana apabila tiada ilmu umat Islam akan beramal dan beribadah tanpa ilmu, amalan dan ibadah mereka tidak diterima, dan mereka pasti sesat, dan pastilah mereka mencari syurga tetapi dapat neraka. Yg rugi orang yg berilmu kerana tidak mengajarkan ilmu yg ada padanya, walhal wajib disampaikan ilmu, dan orang yg tidak mau belajar atau mengambil ilmu drp orang yg berilmu, berdosa dia setiap saat dan ketika dan tersesat pula dia, gagal mendapat syurga dan terjerumus ke dalam neraka, kerana kejahilan mereka, wal iyazubillah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment