Friday, June 10, 2011

Kewajipan Berjema'ah Dalam Islam: Ketetapan as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita mengenai tajuk di atas berdasarkan ketetapan as-Sunnah. Wajib diingat bahawa ketetapan as-Sunnah itu sama wajibnya dgn ketetapan al-Quran. Maka dgn itu sesiapa yg telah diberitahu tentang ketetapoan as-Sunnah, kemudian meraguinya atau menolaknya, maka seolah-olah dia menolak al-Quran. Orang yg menolak al-Quran dan as-Sunnah, sudah pasti terkeluar dari islam dan jatuh kafir tanpa disedari mereka, wal iya zubillah. Ini adalah ekoran ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa
Syarat sah Islam itu adalah berjema'ah. Dan, jema'ah itu adalah suatu perkumpulan yg formal dalam Islam, berdasarkan ketetapan al-Quran dan diperincikan sepenuhnya oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Ada Imam atau Amir yg diangkat memimpin jema'ah umat islam. Ada bai'at atau ikrar janji setia anggota jema'ah dgn Imam dan Amir.
Saudara, umat Islam atau anggota jema’ah itu berada dalam jema’ah dan jema’ah itu hendaklah dibawah kepimpian seorang pemimpin yang disepakati diangkat menjadi pemimpin, yakni Imam atau Amir, jema’ah. Tanpa seorang Imam atau Amir diangkat menjadi pemimpin untuk memimpin jema’ah, maka belum sempurna Islam seseorang itu atau sesuatu perkumpulan umat Islam itu. Malah, suatu jema’ah umat Islam yang tiada Imam atau Amir, yang mereka angkat mengepalai jema’ah mereka, tidak halal kehidupan mereka sebagai orang Islam di muka bumi. 
Sehubungan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sekumpulan orang yang mengakui dirinya Islam, tidak dianggap sudah halal kehidupannya di dunia, jika mereka tidak mengangkat salah seorang dari mereka sebagai Imam mereka. Tidak hala ertinya berdosalah setiap orang yg akui dirinya Islam setiap saat dan ketika selagi tiada kepimpinan diangkat oleh mereka dan tiada jema'ah diwujudkan! Malah, dalam beberapa hadith yg telah kita rujuk sebelum ini - kerap kali - disebutkan kita yg Islam hanya mendapat syurga jika kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan kita amalkan atau anuti Islam secara berjema'ah. Jika tidak kita tergolong di kalangan 72 perkumpulan atau firqah orang yg akui diri mereka Islam, tetapi tidak berjaya mendapat syurga! Jelaslah, perintah wajib mengangkat seorang Imam bagi sekumpulan orang Islam yang hanya ada bertiga itu menunjukkan utamanya institusi keimanan itu dalam aqidah dan sariat Islam. kalau sekumpulan orang Islam yang bertiga diwajibkan menubuhkan institusi keimaman di kalangan mereka, apatah lagi kalau sekumpulan umat Islam yang lebih dari 3 orang. 
Diriwayatkah hadith dari Abdullah b Amru bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘La yahillu lithalathatin yakununa bifalatin minal-ardi illa ammaru ‘alaihim ahadahum.’ [Maksud: Tidak halal bagi tiga orang yang berada atau bertempat di tanah lapang di atas bumi, kecuali mengangkat seorang imam atas mereka bertiga.] [Hadith Imam Ahmad, Sahih Laghirah] 
Inilah mesej hadith di atas. Hadith ini menunjukkan bahawa wajib mendirikan keimaman apabila sudah ada tiga orang atau lebih yang Islam dan beriman. Perlunya wujud seorang Imam bagi sekumpulan umat Islam yang bermukim dan dalam perjalanan (i.e. musafir). Hanya setelah dilantik seorang Imam di antara mereka bertiga barulah kehidupan mereka sebagai seorang Islam itu halal di sisi Allah (a.w). 
Diriwayatakan hadith dari abi Said bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza haraja thalathatun fi safari fal-yuammiru ahadahum’ [Maksud: Ketika keluar tiga orang iman di dalam bermusafir, maka hendaklah menjadikan imam salah seorang dari mereka (bertiga).] [Hadith Abu Daud] 
Dua potongan hadith di atas serta sepotong hadith berikut menunjukkan wajibnya mengangkat seorang Imam apabila ada sekumpulan orang iman bertiga atau lebih di dalam suatu kariah penduduk orang iman dan ketika dalam perjalanan (yakni, ketika bermusafir). Jelaslah berjema’ah itu adalah hakikat yg hak dalam Islam. Dan,  jema’ah itu wajib mengadakan kepimpinan dengan mengangkat salah seorang dari kalangan mereka sebagai Imam atau Amir. 
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza kana thalathatun fi safari falyuammaru ahadahum’ [Maksud: Ketika ada tiga orang kamu di dalam musafir, maka hendaklah menjadikan imam salah seorang kamu sekalian.] [Hadith Abu Daud] 
Imam asy-Syaukani (r.k) dalam kitabnya ‘Naulul Authar’ menyatakan bahwa riwayat-riwayat di atas itu menunjukkan bahawa bagi tiga orang atau lebih disyariatkan (i.e. diwajibkan secara syariat) mengangkat salah seorang daripada mereka sebagai amir, kerana dengan mendirikan keamiran dapat terhindar dari perselisihan yang dapat menimbulkan kerosakan, dan tidak mendirikan keamiran menyebabkan setiap orang berpaut dengan pendapatnya dan mengerjakan sesuatu yang sesuai dengan hawa nafsunya sehingga rosak, dan mendirikan keamiran menyebabkan sedikitnya perselisihan dan bersatunya kalimah dan tujuan (i.e. satu kata dan sepakat).
Saudara. apakah yg dapat kita rumuskan? Yg pasti Allah (a.w) perintahkan umat Islam itu berjema'ah dan Allah (a.w) menegah umat Islam itu berfirqah atau menubuhkan perkumpulan terasing atas alasa apa sekalipun - ketetapan Ayat 103, Surah ali-Imran. Kemudian, Rasulallah (s.a.w) memberitahu untuk menjelaskan perintah berjema'ah itu adalah suatu perintah wajib. Dan, jema'ah ummah itu ada struktur dan sistemnya yg khusus - ada Imam atau Amir yg memimpin (dalam hadith lain disebutkan seagai wakil Allah (a.w) di bumi) jema'ah supaya melakukan segala kewajipan kpd Allah (a.w) dan RasulNya dan membimbing mereka supaya berjaya di dunia dan di akhirat mendapat syurga dan terselamat dari neraka; ada ikrar taat setia (bai'at) antara anggota jema'ah dgn Imam atau Amir, dan isi atau fokus ketaatan terhadap Imam atau Amir itu adalah 'dengarkan nasihat dan ketetapan dan kerjakan sekuat mampu mereka. Kemudian, kita dberitahu bahawa kita belum dikira islam tanpa berjema'ah. Dan, membentuk jema'ah dan melantik seorang Imam atau Amir memimpin jema'ah itu menghalalkan kehiduapn di dunia bagi setiap orang yg akui dirinya Islam dan beriman.
Malah, dalam menjawab soalan seorang sahabat, Khuzaifah b Yaman (r.a) kpd Rasulallah (s.a.w), suatu masa, apakala menyebut tentang zaman fitnah atau kerosakan Islam yg berleluasa, Rasulallah (s.a.w) menjawab:
Diriwayatkan hadith Idris al-Khaulani, seorang perawi hadith ini, bahawasanya dia mendengar Khuzaifah b Yaman berkata (setelah mendengar sabda Rasulallah (s.a.w) akan ada zaman fitnah atau huruhara dalam dunia dan kerosakan dalam masyarakat umat Islam): 'Berkata aku (kpd Rasulallah (s.a.w): 'Maka apakah perintah engkau (Nabi) atas kami (umat islam) jika menjumpai kami demikian zaman keburukan?' Bersabda Nabi (s.a.w): 'tetapkanlah dalam jema'ah orang Islam dan (tetapilah ketetapan) Imam mereka.' [Hadith Bukhair, Kitab Fitnah].
Hadith ini menyebutkan apabila zaman fitnah atau huruhara atau kerosakan yg tersebar luas dalam masyarakat dunia dalam konteks aqidah dan berpegang kpd ugama Islam, maka umat islam disuruh supaya jangan meninggalkan jema'ah mereka dan jangan sekali-kali ingkarkan ketetapan dan suruhan Imam jema'ah. supaya sentiasalah terpandu dan tidak dipengaruhi oleh purak puranda dalam aqidah dan ugama. Rasulallah 9s.a.w) memberitahu bahawa dunia ini semakin buruk dalam perkara keimanan dan keugamaan, bilamana umat islam tidak lagi utamakan ugamanya, malah Islam hanya nama sahaja, namun dalam perkara dunia, temadun manusia begitu tinggi dan meningkat dan begitu maju, manusia lupakan kewujudan Tuhan mereka, dan mereka lupa bahawa ada kehidupan yg jauh lebih lama dan kekal selepas mati mereka. Dalam perkara dunia begitu kelihatan indah dan menyeronokkan, tetapi dalam konteks aqidah dan keugamaan, semakin rapuh dan semakin jeahil umat islam tentang ugamanya. tambahan pula semakain tandus manusia yg berilmu hidup, semakin berkurangan generasi muda ingin mengetahui dan mendalami ugamanya, maka semakin pupuslah ilmu dan kefahaman menegnai Islam, dan kerana itu semakin ramailah umat Islam yg tidak terpandu, membawa dirinya ke arah kehancuran, iaitu neraka!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment