Friday, June 24, 2011

Orang Iman Bertawakal Pada Allah (a.w)

Assalamualaikum,
saudara, hari ini majoriti manusia, termasuk mereka yg Islam dan berimanpun sibuk dgn dunia dan risau mereka kalau-kalau susah dalam hidup mereka, susah untuk menyara hidup diri dan keluarga. Ada orang Islam yg berusaha sedaya upaya, bersusah payah berbagai cara untuk mencari kesenangan dan kemewahan dunia. Malah ada yg mencari harta dan kekayaan yg boleh menampung hidup anak serta cucu cicit mereka untuk beberapa genarasi pula. Maksudnya, mencari harta, tak kira bagaimana dan sumber mana, kemudian setelah mewah dan kaya raya, mati meninggalkan harta yg banyak. Ada yg mati mewariskan harta yg banyak kpd anak cucu mereka, walhal mereka, ketika hidup mereka, tak sempatpun berbelanja menikmati apa yg mereka kumpulkan. Kemudian anak-anak dan cucu cicit akan bertelagah, berperang pula sesama sendiri kerana harta yg ditinggalkan.
Rasulallah (s.a.w) menyebut di akhir zaman cubaan atau fitnah yg berat kpd umat beliau adalah harta dan perempuan. Maka dgn itulah ramai orang Islam hari ini cari harta, kemudian gunakan harta untuk pelbagai tujuan, termasuklah memikat selebriti - penyanyi atau pelakun - atau jelitawan menjadi isteri ataupun gundik mereka. Jelaslah kekayaan suatu cubaan yg hebat kpd orang Islam. Kerana, hartalah yg melambatkan orang Islam itu masuk syurga ketika menjalani hisaban di padang makhsyar kelak, apabila dihisab secara terperincii oleh Allah (a.w). Kita yg kaya ditanya: dari manakah kita dapat kekayaan tersebut? Bagaimana kita mendapatkannya? Bagaimana dan untuk apa atau tujuan apa pula kita belanjakan atau habiskan harta kita itu? Apakah tujuan kita dapatkan harta dan kekayaan? Sudahkah kita jelaskan tanggungjawab kita kpd Allah (a.w) - bayar zakat dan infaq (sekurang-kurangnya 10% nilai harta tersebut) fi sabilillah? Adakah kita membela ugama Allah (a.w)? Adakah kita membantu orang-orang miskin dan faqir? Adakah kita membantu anak-anak yatim? Dan, berbagai-bagailah soalan yg rumit dan terperinci. Allah (a.w) mengaudit harta dan kekayaan kita di padang makhsyar kelak. Lagi banyak harta kita lagi lama siap audit kita!
Saudara, kita yg beriman dinasihatkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) supaya berpada-pada dalam menjalani kehidupan dunia. Islam tidak menegah umatnya berusaha mencari kekayaan dan harta. Tapi, Islam melarang umatnya yg kaya itu lupakan kehidupannya yg jauh lebih panjang dan kekal, kerana mencari dunia. Sebenarnya, orang yg kayalah yg berpeluang lebih cerah untuk menempah tempat tinggal bersama-sama dgn para nabi, para syuhada, para muttaqin, para solihain - dalam syurga firdaus, bergaul dgn para rasul dan nabi, jika mereka tahu bagaimana menggunakan kekayaan miliknya untuk menempah tempat terbaik dalam syurga. Hari ini orang kaya gunakan harta dan kekayaan mereka untuk duduk semeja dgn raja dan sultan dgn pemimpin tertinggi negara (PM dan TPM). Tapi, malangnya mereka tidak pula gunakan harta mereka untuk menempah tempat duduk atau duduk semeja dgn para nabi dan para syuhada? Mengapa? Mereka tak yakin dgn akhirat! Mereka lebih yakin dgn pergaulan dgn PM atau TPM atau Agung dan Sultan dan sebagainya.
Di kalangan orang yg sederhana pula merekapun sibuk dan disibukkan oleh dunia mencari sumber kehidupan untuk pelbagai kegunaan yg basic termasuklah makan minum dan pakaian dan belanja menyekolahkan anak-anak setinggi yg boleh supaya anak mereka juga terjamin dunianya apakala mereka, sebagai ibu bapa, tidak lagi berada di dunia!
Saudara, Islam menasihatkan kita bahawa kalaulah kita bertawakal kpd Allah (a.w) dgn betul-betul tawakal atau berserah, maksudnya, kita yakin 100% bahawa kita usahakan sekuat mampu kita untuk dunia kita, tanpa mengabaikan tanggungjawab kita beramal dan beribadah kpd Allah (a.w), maka Allah (a.w) pasti mencukupkan keperluan kita untuk dunia kita dan juga memberi ganjaran pula untuk akhirat kita. Inilah mesej hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari ibni Hubairah hadith dari abi Tamim al-Jaisani berkata: 'Aku mendengar Omar berkata: 'Mendengar aku Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Lau annakum tawakkaltum 'alallhi haqqa tawakkulihila-razaqakum kama yarzuqut-taira taghdukhimasan wa-tarauhu bitanan' (Yg bermaksud: Seandainya betul-betul kamu berserak (bertawakal atau pasrah_ pada Allah (a.w) dgn sebenar-benar (pasrah atau tawakal) nescaya diberi rezki kpd kamu sekelian (oleh Allah (a.w)) sebagaimana memberi rezki Allah (a.w) kpd burung: berpagi (yakni, ketika pagi) dalam keadaan kelaparan dan (ketika) petangnya dalam keadaan kenyang.)' [Hadith ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Saudara, orang Islam yg benar murni iman dan ketaqwaannya itu akan sentiasalah melakukan beberapa perkara dalam menjalani kehidupannya: pertama, dia akan imbangi keperluan dunianya dgn keperluan akhiratnya. Maka dgn itu dia melakukan yg terbaik demi dunianya, dan juga terbaik untuk akhiratnya. Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith menyebutkan bahawa orang iman yg terbaik itu adalah dia berusaha untuk dunianya mendapatkan kejayaan terbaik baginya dan dalam masa yg sama berusaha untuk akhiratnya supaya berjaya di akhirat yg terbaik untuknya pula. Kedua, dia sentiasalah pasrah atau bertawakal. Setelah berusaha sekuat dan sebaik mungkin untuk dunianya, dia tetap ridha dan syurkur dgn apa yg diperolehinya. Tidaklah dia manyalahkan taqdir jika tidak diperolehi apa yg dikehendakinya. Dia bersyukur pula kalau dia dapat apa yg dihajatinya. Ketiga, dia sentiasa sedar bahawa dalam apa jua rezki yg diterimanya, ada hak Allah (a.w) yg perlu dikeluarkannya - zakat dan infaq.
Saudara, hadith di atas itu menyebutkan bahawa sekiranya kita benar-benar bertawakal atau berserah kpd Allah (a.w) setelah kita usahakan sebaik mungkin, maka pasti Allah (a.w) mencukupkan rezki kita sebagaimana Allah (a.w) mencukupkan rezki kpd burung yg keluar siang hari mencari makaann dalam keadaan lapar, dan kemudian ketika petang kembali ke tempat tidurnya dalam keadaan kenyang. Yg penting adalah kita benar-benar yakin dgn qada' dan qadar kita dan kemudian kita usahakan sekuat mampu dan sebaik mungkin, pasti Allah (a.w) menolong kita dalam kehidupan kita.
Maka dgn itulah ada hadith yg menyebutkan bahawa kita wajib berusaha untuk dunia seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya, dan kita berusaha dan bersedia untuk akhirat seolah-olah kita akan mati esok hari. Oleh itu, jangan tunggu esok untuk belajar tentang Islam yg haq dan mengamalkannya dgn mengerjakan amalan dan ibadah yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) - iaitu al-Quran dan as-Sunnah - kerana belum pasti hari ini kita hidup, esok kita akan hidup juga!  Mungkin malam ni kita tidur, tak bangun pagi esok. Tambahan pula tak mengaji al-Quran dan as-Sunnah, kita kekal jahil tentang Islam dan syariatnya, maka amalan dan ibadah kita tidak diterima Allah (a.w) (Ayat 36, Surah al-Isra'). Malah kita mungkin beramal dan beribadah tak menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) pula. Maka amalan dan ibadah tersebut tidak diterima Allah (a.w)!
Saudara, bersedia untuk akhirat, seolah-olah kita akan mati esok itu memerlukan kita benar-benar bersedia dgn penuh kefhaman tentang Islam dan syariatnya. Berusaha sebaik mungkin untuk dunia, kita juga wajib tahu dan faham ilmu dunia, supaya prestasi kita terbaik dan cemerlang melalui KPI kita di kacamata majikan kita. Dunia dan akhirat perlukan ilmu.
Saudara, yg utama kita berusaha sebaik mungkin dan sekuat mampu. Tanpa usaha tidak ada rezki yg datang menggolek atau melayang. Kalau orang Islam itu benar-bbenar bertawakal dan berusaha sekuat mampu dan sebaik mungkin, dgn penuh keazaman dan melalui prestasi terbaik, pastilah dia mencapai PKI yg tinggi dan tahap produktiviti yg tinggi pula untuk dirinya dan untuk majikannya! Yakni, untuk kesejahteraan dunianya. Kemudian, kalau dia berazam dan berusaha serta bersungguh pula untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanannya, sejajar dgn tanggung jawabnya terhadap Allah (a.w) dgn panduan as-Sunnah, maka dia juga dijamin kesejahteraan akhirat oleh Allah (a.w) pula. Dia berjaya dunia dan akhirat. Janganlah jadi orang yg berjaya hanya di dunia, kemudian gagal segagal-gagalnya di akhirat! Allah (a.w) ingatkan kita dalam al-Quran, dunia itu hanyalah kesenangan yg sebenatar dan akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal.

Jazakallah khairah

No comments:

Post a Comment