Assalamualaikum,
saudara, kita telahpun maklum bahawa seseorang itu apakala telah melafazkan dua kalimah syahadah - dgn lisan dan hatinya - menjadi seorang Islam. pada saat itu dia dibekalkan Kitab Catatan Amalannya, yg didalamnya akan ditulis oleh para malaikat Rakib (yg hampir) dan Atit (yg hadir) atau Kiraman (yg mulia) dan Katibin (yg menulis) segala sesuatu yg dilakukannya dalam kehidupannya sehingga sampai ajalnya. Kitab Catatan Amalan itu yg akan menentukan sama ada dia berjaya mendapat syurga atau gagal, maka masuk dalam neraka di akhirat kelak. [Nota: Orang yg tidak Islam - tak kiralah ugama apa yg dianutinya - tidak dibekalkan dgn Kitab sedemikian, kerana apapun yg dilakukannya semasa hidupnya - termasuk yg berupa kebaikan kpd sesiapapun - tidak ada pahalanya di siri Allah (a.w). Maka dgn itu, apakala mati disiksa dalam kuburnya dan apabila kiamat dunia, maka dia terus dicampakkan ke dalam neraka. Sebaliknya, orang Islam akan dinilai, i.e. ditimbang pahala dan dosanya, kemudian ditentukan tempatnya, sama ada di neraka atau di syurga.]
Saudara, ada dua kategori orang Islam; iaitu: kategori pertama, orang Islam yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, yg memiliki tiga ciri utama, iaitu pertama al-Quran dan as-Sunnah adalah dasar ilmu dalam beramal dan beribadah dan dalam menguruskan atau menjalani kehidupan di dunia sebagai orang beriman; kedua, dia berada dalam jema'ah atau berjema'ah dalam menjalani kehidupan sebagai orang iman; dan ketiga dia taatkan 'ulil amri', i.e. Imam jema'ahnya. Mereka inilah yg menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran, khususnya Ayat 13, Surah an-Nisa', Ayat 80, Surah an-Nisa', Ayat 7, Surah al-Haysr, Ayat 59, Surah an-Nisa' dan lain-lain ketetapan yg bersabitan dgn 'mentaati Allah (a.w)' dan pada masa yg sama menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w) dgn 'mentaati Rasulallah (s.a.w)' dgn berpandukan as-Sunnah. Dan, kategori kedua adalah orang Islam yg sedikit sebanyak berpandukan sebagai asas ilmu al-Quran dan as-Sunnah, tetapi pada masa yg sama lebh mematuhi ajaran atau ketetapan sesuatu perkumpulan, termasuklah fahaman kemazhaban atau sesuatu aliran kumpulan tertentu seperti tarikat dan sufi dan seumpamanya. Oleh kerana mereka tidak sepenuhnya menerima ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka aqidahnya tercemar sedikit sebanyak, kerana ada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg tidak diterima atau diabaikannya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dijamin tidak akan sesat mencari dan mengikuti 'siratul mustaqim', iaitu mematuhi ketetapan Allah (a.w) sepenuhnya.
Saudara, orang Islam yg benar itu adalah mereka yg berpandukan kpd al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itu Islam wajibkan mereka belajar ilmu mengenai Islam dan segala sesuatu mengenainya dalam menjalani kehidupan dunia mereka. Al-Quran dan as-Sunnah menjadi panduan hidupnya setiap masa. Mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari dan mendapat kejayaan di dunia dan dalam masa yg sama mencari bekalan untuk menjadi bekalan akhiratnya pula, ketika masih hidup. Kerana apabila mati seorang yg beriman itu, putuslah sumber bekalan untuk akhiratnya kecual tiga perkara; iaitu: pertama, sedekah jariah - infaq fi sabilillah dan zakat serta lain-lain sedekah yg memanfaatkan Islam dan umat Islam ketika hidupnya, yg akan terus mengalirkan pahala kpdnya; kedua, doa anak-anaknya yg soleh dan solehah, mendoakan kesejahteraannya ketika mereka masih hidup; dan ketiga, ilmu yg dimanfaatkan olehnya kpd orang Islam yg lain, kerana apabila ilmu yg diajarkannya dijadikan amalan atau diamalkan oleh ornag yg kemudian, maka mereka mengirimkan pahala kpdnya selagi ilmu itu dimanfaatkan oleh mereka. [Nota: Ilmu yg boleh mendatangkan manfaat akhirat sebagaimana yg disebutkan di atas itu hanyalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Lain-lain ilmu adalah baik untuk dunia orang yg memilikinya, tetapi tidak mendatangkan aliran pahala sedikitpun untuk akhiratnya.Kalau diajarkanpun kpd orang lain, tidak ada pahala yg dapat dikirimkan kpdnya.]
Saudara, hakikat yg wajib kita sebagai orang iman fahami adalah, orang yg akui dirinya Islam dan beriman itu wajib mematuhi ketetapan as-Sunnah sebagaimana wajib dia mematuhi al-Quran.
Firman Allah (a.w): Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazi na amanu ati’ullaha wa-ati’urrasula.'[Yg bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatkanlah Allah (a.w) (i.e. ikutilah al-Quran) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikutilah ketetapan as-Sunnah)…]’ [Ayat 59, Surah an-Nisa’].
Dan, Allah (a.w) beri kita tahu:
Dan Allah (a.w) berfirman: 'Mai uti’ir rasula faqad ata’allaha.' [Yg bermaksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w) …’ [Ayat 80, Surah an-Nisa’]
Dalam blog ini sering kali kita ttuliskan ketetapan ini sebagai memperingatkan kita bahawa orang Islam itu hanya dapat syurga jika dia ikuti ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Dan, sesiapa yg menolak as-Sunnah - walaupun sedikit - kekal tidak diakui Islam! Jika amalan dan ibadahnya tidak menepati al-Quran dan as-Sunnah pastilah amalan dan ibadahnya ditolak Allah (a.w) (ketetapan Ayat 36, Surah al-Isra').Jika sebarang amalan dan ibadahnya pula dicemari oleh sesuatu yg bersifat bid'ah, maka terbatal segala pahala amalan dan ibadahnya, dan, mengikut satu ketetapan as-Sunnah, segala amalan dan ibadahnya tidak menghasilkan pahala dan dia terkeluar dari Islam tanpa disedarinya. Maka sia-sialah segala-galanya, wal-iyazubillah. Maka dgn itulah wajib kita yg akui diri kita Islam itu waspada dan melapangkan masa untuk mengaji atau mengilmukan diri kita dgn ilmu al-Quran dan as-Sunnah, supaya kita pasti amalan dan ibadah kita tidak tercemar.
Saudara, dalam perkara ilmu ini, wajib kita fahami bahawa orang iman itu diwajibkan ambil dan jadikan as-Sunnah panduan beramal dan beribadah,
Firman Allah (a.w): 'Wama atakumur-rasulu fakhuzuhu, wama nahakum ‘anhu fantahu.' [Yg bermaksud: Dan apa-apa yang didatangkan (yakni, dibawakan) oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu mengambilnya, dan apa-apa yang dilarangnya kepada kamu sekelian darinya (dari mengerjakannya) maka hendaklah kamu tinggalkan (atau menjauhinya)]’ [Ayat 7, Surah al-Hasyr], kerana Allah (a.w) suruh supaya jadikan Rasulallah (s.a.w) itu model ikutan kita sebagai seorang Islam dan beriman, kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah'.Kita tidak boleh dahulukan atau nombor satukan model ikutan selain Rasulallah (s.a.w). Kita boleh ikuti ajaran mana-mana ilmuwan dan ulama' (orang-orang yg memiliki ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan mengamalkan pula ilmunya) selagi ajaran mereka tidak berbeza dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Zaruni ma taraktukum. Fainnama halaka man kana qablakum bisualihim wakhtilafihim ‘ala anbaihim. faiza amartukum bisyai-in fakhuzu minhu mas-tota’tum, wa-iza nahaitukum ‘an sya-in fantahu) [Yg bermaksud: Tinggalkanlah apa-apa yang aku tinggalkan atas kamu (yakni, tinggalkan jika tidak aku suruh). Maka sesungguhnya telah rosak (i.e. binasa) barangsiapa yang ada sebelum kamu (yakni, kaum sebelum kamu) dengan memperbanyakkan soal mereka (tentang perkara ugama) dan (memperbanyakkan) perselisihan faham mereka atas nabi-nabi mereka. Maka, ketika memerintah aku atas kamu dengan sesuatu, maka ambillah darinya (yakni, yang diperintahkan) apa-apa sekuat mampu kamu; dan ketika mencegah (atau melarang) aku atas kamu dari sesuatu (perkara) maka kamu tinggalkanlah.] [Hadith ibnu Majah]
Segala preskripsi mengenai bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengamalkan atau mengibadahkan segala sesuatu dalam Islam - yg wajib maupun yg sunat - wajib menepati as-Sunnah. Maka dgn itulah kita wajib berilmu dan wajib mengilmukan diri kita, supaya segala amalan dan ibadah kita tidak terbatal atau tidak diterima Allah (a.w).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment