Thursday, June 30, 2011

Kematian: Menutup Mata Simati dan Berdoa Disamping Jenazah

Assalamualaikum,
Sauadara, dalam hidup kita mungkin kerapkali juga kita mendengar kematian berlaku di kalangan saudara mara, rakan taulan atau sahabat handai, selain saudara terdekat kita. Kita telahpun maklum, melalui post-post yg lalu, bahawa orang Islam yg iman itu disuruh menjengok saudara sesama Islam yg sedang sakit, terutama sakit yg menyampaikan ajalnya. Kita mendapat pahala kerana menziarahi saudara kita. Ketika mati saudara kita maka kita solatkan jenazahnya, maka kita dianugerahkan oleh Allah (a.w) satu Qirat pahala. Satu Qirat itu digambarkan seumpama mendapat pahala sebesar gunung . Jika kita juga temani jenazahnya ke kubur, maka Allah (a.w) berikan pula satu Qirat pahala lagi, iaitu dua gunung Uhud pahala. Hanya Allah (a.w) yg tahu berapa banyak sebenarnya satu Qirat itu. kalau seisi emas sebanyak sebuah gunung Uhud, pastilah tinggi nilainya kalau diperolehi di dunia. Namun, pahala adalah kurniaan di akhirat, yg jumlahnya menentukan timbangan kita untuk berjaya atau tidak mendapat syurga kelak.
Saudara, ramai orang yg menziarahi mayat berborak kosong atau membuang masa menceritakan perkara-perkara dunia atau menceritakan pula perihal simati ketika hidupnya pada sesuatu peristiwa. Ada yg bergembira pula bercerita perkara-perkara keduniaan. Dalam hadith berikut kita disuruh berwaspada ketika bercakap, kerana mungkin dia tanpa sedari kita melkaknat orang lain atau diri kita pula atau mendoakan sesuatu yg butuk untuk kita sendiri. Justeru itu, selain berzikir mengingatkan Allah (a.w) dan muhasabah diri kita dalam keadaan sedemikian itu, eloklah kita berdoa.
Diriwayatkan hadith dari abi Qilabah hadith dro Qabisah b Zuaibin hadith dari Ummu salamah berkata: 'Masuk Rasulallah (s.a.w) dan sungguh-sungguh telah berat matanya (yakni, keadaan naza' atau hampir akan mati), maka memejamkan matnya (i.e. mata Abi Salamah), kemudian bersabda: 'Innar-ruha iza qubida tabi'ahul-basoru.' (Yg bermaksud: Sesungguhnya ruh itu ketika digenggam (yakni, diambil oleh malakial maut) mengikuti akan pandangannya (i.e. matanya). Maka ramailah (bising) orang-orang yg hadir. (Kemudian) Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'La tad-'u  'ala anfusakum illa bi-kahir, fainnal-malaikat yuamminuna 'ala ma taquluna.' (Yg bermaksud: Jangan berdoa atas diri kamu (i.e. untuk kamu) kecuali dgn kebaikan (i.e. sesuatu yg baik-baik), maka sesungguhnya para malaikat akan mengaminkan mereka apa-apa yg dikatakan (i.e. didoakan) oleh kamu.). Kemudian Rasulallah (s.a.w) bersabda (maksudnya, menyebut atau membaca doa): 'Allahummaghfir li-abi Salamahawar-fa' darajatahu fil mahdiyina wahlufhu fi 'aqibihi fil-ghabirina waghfirlana wa-lahu ya rabbal-'alamina wafsah lahu fi qabrihi wa-nauwirlahu fihi' (Yg bermaksud: Ya Allah! Semoga mengampuni Engkau untuk Abi Salamah dan (semoga) mengangkat Engkau darjatnya dalam golongan orang-orang mendapat petunjuk dan (semoga) mengganti Engkau padanya dari orang-orang yg tertinggal (i.e. keluarganya), dan (semoga) Engkau mengampuni kami (yg tinggal) dan untuknya wahai Tuhan semesta alam, dan (semoga) melapangkan Engkau untuknya (yakni, dijaga dari siksaan kubur) dan (semoga) memberi cahaya Engkau dalam kuburnya.) [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita supaya lakukan beberapa perkara ketika berada di sisi seorang yg sedang nazak, pertama, supaya menutup matanya ketika sudah tidak berkelip lagi, ketika diambil nyawa atau Roh sisakit, matanya kan mengikuti perjalanan keluar roh itu; kedua, jangan bercakap-cakap yg buruk atau berdoa sesuatu yg buruk, kerana akan diaminkan oleh para malaikat yg hadir, dan pasti dimakbulkan Allah (a.w); dan ketiga, bacalah doa yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) tersebut.
Mudah-mudahan, kita dapat amalkan perkara-perkara yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment