Wednesday, March 30, 2011

Menarik hari ini ...Mencabar Tegahan Allah (a.w)

Assalamualaikum,
saudara, kita tengok berita berikut, yg menyebutkan kejayaan orang Melayu dalam dunia kerana berjaya mempopularkan sebuah filem yg bertemakan gay atau homosexual = lesbian bagi wanita). Orang Islam itu pasti dia tak jahil tentang cerita umat Nabi Lut (a.s) dalam al-Quran. Atau, adakah mereka faham tapi menyindir Allah (a.w) ? Atau, menentang Allah (a.w) dlm menghasilkan filem yg bertemakan sesuatu amalan yg dilaknat Allah (a.w). Mungkin Raja Azmi b Raja Sulaiman, yg menjadi producer filem ini sudah tak takutkan Allah (a.w) tuhannya ... 
[KUALA LUMPUR: Malaysia's first gay-themed romance movie has become a swift financial success despite earlier worries that it might repel audiences. 
The film's producer said Dalam Botol made slightly more than RM1mil in five days. Its production and marketing costs totalled RM970,000. 
The movie depicts a man who gets a sex change operation to satisfy his male lover. 
Dalam Botol is considered a breakthrough because government censors have long frowned on movies with mature sexual themes. But gay rights advocates say the film negatively portrays gay and transgender people. 
Producer Raja Azmi Raja Sulaiman said Wednesday that the movie is not meant to support or slam gays. - AP ] 
Saudara, negara Sodom dan Gomorah iaitu umat Nabi Lut (a.s) mengamalkan seks sejenis - lelaki sukakan lelaki (gays), dan perempuan sukakan perempuan (lesbian). Maka Allah (a.w) perintahkan tiga orang malaikat untuk memusnahkan negara tersebut dgn menembalikkan bumi dan menangkupkannya atas umat Nabi Lut (a.s) pada waktu Subuh. Termasuk di kalangan mereka yg dihapuskan adalah isteri Lut (a.s) yg juga sukakan budaya seks sejenis tersebut. Disebutkan dalam al-Quran bahawa tiga orang malaikat yg diperintah Allah (a.w) untuk memusnahkan umat Nabi Lut (a.s) itu singgah dahulu di rumah Nabi Ibrahim (a.s). Apabila dihidangkan makanan kpd mereka, satu budaya orang iman dalam meraikan tetamu yg datang ke rumahnya, tidak dimakan oleh mereka bertiga. Ibrahim (a.w) merasa takut kerana tahu dia bahawa yg datang itu adalah malaikat yg diperintahkan Allah (a.w) untuk membinasakan manusia yg ingkar. Dia bertanya apakah misi mereka. Maka mereka beritahu bahawa mereka diutus Allah (a.w) untuk memusnahkan kaum Lut (a.s) yg durjana itu.
Malaikat bertiga memberitahu Ibrahim (a.s) bahawa dia akan mendapat anak (Yaakub dan Ismail,yg juga menjadi nabi dan rasul) walhal ketika itu Ibrahim (berumur 99 tahun) dan isterinyapun sudah tua, tak mungkin boleh hamil. Demikianlah kekuasaan Allah (a.w) segala sesuatu yg dikehendakiNya pasti berlaku.
Saudara, hari ini Allah (a.w) tidak lagi menghukum kemaksiatan manusia sedemikian lagi. Atas permintaan Rasulallah (s.a.w) siksaan atas segala dosa zaman akhir ini di akhirkan di akhirat, supaya mereka yg berdosa, ada masa untuk bertaubat. Sebagai seorang Islam tidak wajarlah seseorang itu menonjlkan sesuatu yg dimurkai Allah (a.w) walau untuk tujuan apapun, lebih-lebih lagi untuk tujuan meraih keuntungan kedunia'an. Mereka yg membuat sedemikian seumpama memperolok-olokkan apa yg Allah (a.w) bencci dan murka. Tambahan pula manusia yg lupakan akhiratnya akan sentiasa mencari keseronokan hidup bebas lagi liar, seperti melibatkan diri dalam kemaksiatan sebagai gays atau lesbians! Setiap filem mempunyai mesej dan pengikut. Ditakuti muda mudi Melayu silap tafsir bahawa gay dan lesbian itu adalah pergaulan zaman maya yg tidak salah dan serong.
Saudara, tak taulah kita apakah motif sebenar penerbit dan pengeluar filem tersebut, kalaulah menonjolkan hubungan di luar tabi'i yg dikutuk Islam. Yg tau niat sebenar Raja Azmi adalah dia sendiri atau sahabat rapatnya. Yg pasti antara motif beliau adalah mencari kekayaan dunia melalui produk hiburan. Dalam perkara ini, dia sudah mula berjaya di dunia, mudah-mudahan kejayaan itu bukanlah 'istidraj' baginya sebagai seorang Islam (mudah-mudahan beriman), kerana jika 'istidraj', semoga dia berwaspada jangan sedikit demi sedikit, inci demi seinci, kaki demi sekaki, hasta demi sehasta ditarik oleh Allah (a.w) ke arah kehancuran dan kemusnahan tanpa dirasai atau disedari, kemudian hanya sedar ketika dibangunkan di akhirat ...


Jazakallahu khairah

Wanita dan Neraka (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti dalam post sebelum ini kaitannya antara wanita dgn neraka. Kita lihat selanjutnya, ketetapan as-Sunnah mengapa ramai wanita menjadi ahli nereka. Dalam post yg lalu kita diberitahu 'kerana mulut badan binasa'. Samalah halnya dalam perkara syurga neraka itu. Memang resminya seorang perempuan itu suka bercakap. Sampai ada kata-kata umum jika dua lelaki bertemu, dia akan diam tak bercakap, kecualilah salah seroang bertanya sesuatu. Itupun dijawa secara 'matter-of-facts', yakni tak dipanjangkan atau dilanjutkan perbualan, kalau mereka berbual. tapi, kalau dua wanita bertemu, sebaik saja berkenalan, maka akan bercerita kedua-dua tanpa henti-henti! Malah wanita suka meneliti tepi kain orang (yakni, mencari rahsia orang, terutama yg buruk). Suka melondehkan kain orang (yakni, menghebahkan keaipan orang ain, wanita ke lelakike, tak kira. 
Di dalam sepotong hadith lain pula diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) kebanyakan perempuan dalam neraka kerana tidak menghormati dan tidak berterima kasih atau bersyukur terhadap segala sesuatu yang disediakan baginya oleh suaminya yang menyaranya dan berbuat baik terhadapnya: 
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Diperlihatkan (oleh Allah (a.w)) kepadaku neraka. Ketika itu aku lihat kebanyakan isinya terdiri dari perempuan-perempuan ‘kufur’ [Nota: bukan kufur dalam maksud ‘kafir’, yang sememangnya ‘kufur’, tetapi kufurkan nikmat atau pemberian kepadanya’]. 
‘Ditanyakan orang kepada beliau: ‘Apakah mereka ‘kufur’ kepada Allah (a.w)?’ 
‘Dijawab oleh Rasulallah (s.a.w): ‘Mereka ‘kufur’ kepada suami mereka dan ‘kufur’ terhadap kebaikan (suami mereka). Biarpun engkau (yakni, suami) telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripada kamu sedikit kesalahan sahaja (yakni, apabila berlaku perselisihan faham dan seumpamanya), terus berkata dia (siisteri) ‘Aku tidak pernah melihat kebaikan dari kamu (suami) sedikit juapun’. [Hadith Bukhari] 
Seperti kita sedia maklum, bahawa kehidupan di akhirat itu, sama ada berada di neraka ataupun di syurga, adalah kekal. Tetapi, rasa sakit dan sebagainya adalah seumpama hidup di dunia ini – sakit pasti sakit, sedap pasti sedap – tetapi tidak akan mati kalau disiksa. Daging dan isi badan dan perut dan sebagainya tetap hancur dengan kesakitan yang dirasai tetapi, seumpama sakit dalam dunia, tetapi segala yang terbakar akan hancur tetapi akan tetapi kembali menjadi sediakala, kemudian hancur semula, begitulah tanpa penamatnya. 
Walaupun begitu, ramaikah manusia yang percaya kepada dimensi-dimensi yang ghaib itu? Kesemua ini adalah sebahagian utama tanggapan manusia terhadap Rukun Iman kita, tetapi kebanyakan kita sering lupa dan kurang memberi tumpuan terhadapnya. Kita merasa selesa, seolah-olah semua itu cerita pengajaran sahaja bukanlah satu realiti yang akan kita temui bila sampai ketikanya. Adakah begitu? Sebenarnya apa yang disebutkan di dalam al-Quran dan al-Hadith itu, seperti bentuk-bentuk azab di dalam neraka itu, bukanlah cerita pengajaran, tetapi gambaran realiti akhirat yang akanberlaku di akhirat. 

Jazakallahu khairah


Wanita dan Neraka

Assalamualaikum,
saudara, kali ini kita akan teliti beberapa ptongan hadith yg mungkin memarhakan kaum wanita apakala membacanya. namun, seperti biasa yg kita muatkan dalam blog ini adalah fakta dalam Islam. Penulis ingin menyampaikan ketetapan Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, yakni ketetapan Islam dan syariatnya. 
Saudara, kita teliti kembali hakikat berikut: pertama, ilmu yg haq serta wajib dipelajari dan difahami oleh setiap orang yg akui dirinya Islam dan beriman, itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Kedua, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita kalaulah kita jadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup kita sebagai seorang Islam yg beriman, pasti kita akan mendapatkan jalan ke syurga; dan ketiga, jika, setelah kita jadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup kita, kita beramal dgn segala ketetapannya sebaikmungkin, kita pasti dapat syurga (Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 72, Surah az-Zuhruf). Sebaliknya, jika kita tak pelajari al-Quran dan as-Sunnah, kita beramal dan beribadah tanpa panduan al-Quran dan as-Sunnah, atau kita beramal dalam kejahilan, pasti kita rugi, kerana tidak diterima Allah (a.w) segala amalan dan ibadah kita (Ayat 36, Surah al-Isra'). Kalau kita tak jadikan panduan, kita tak pula amalkan yg kita tau, malah kita langgar ketetapan-ketetapannya - dalam sedar atau dalam kejahilan - pasti masuk neraka (Ayat 14, Surah an-Nisa').
Saudara, kita lihat hadith berikut supaya kita faham ketetapan Islam,khususnya ketetapan yg khusus kpd kaum wanita yg beriman. 
Diceritakan di dalam hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) semasa dalam perjalanan peristiwa Isra’ dan Mikraj, dinampakkan keadaan di neraka dan di syurga. Antara hadith yang banyak tentang Isra’ dan Mikraj itu, terdapat hadith yang menyebut tentang imbasan-imbasan keadaan di neraka dan syurga. Apabila kita meneliti hadith mengenai neraka itu, kita akan temui hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Imran (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Aku melihat ke dalam syurga, maka aku lihat kebanyakan isinya orang-orang miskin. Dan, aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan isinya kaum wanita.’ [Hadith Bukhari] 
Hadith ini dengan jelas mengatakan bahawa kebanyakan penduduk neraka itu adalah kaum wanita. Di dalam sepotong hadith lain disebutkan pula: 
Diriwayatkan hadith daripada Usamah (r.a) katanya hadith daripada Nabi (s.a.w) berkata: ‘Aku berdiri di pintu syurga, maka kebanyakan yang masuk ke dalam syurga itu orang-orang miskin dan orang-orang yang sengsara hidupnya, dan ketika isi neraka disuruh masuk ke dalamnya, aku berdiri di pintu neraka, kebetulan kebanyakan yang masuk ke dalam neraka itu adalah kaum wanita.’ [Hadith Bukhari] 
Mengapa dan kenapa? Sebab utama wanita itu dimasukkan ke dalam neraka adalah kerana mengabaikan perintah Allah (a.w) tentang ‘aurat’ ini! Disebutkan di dalam hadith bahawa wanita Islam yang tidak menutup aurat rambutnya akan digantung rambutnya di dalam neraka dan dibakar tubuh badannya dan menggelegak otaknya. Bayangkanlah sakitnya. Sakit yang teramat, tetapi tidak pula mati! 
Sebab kedua, kerana mulutnya. Wanita itu sememang resminya suka bercakap, suka ingin tahu perkara yang tidak sepatutnya dia tahu, ingin tahu hal orang, suka menyampaikan ‘berita’ buruk orang lain kepada orang lain, suka mengumpat, suka mencaci cerca, supaya mendengar cerita-cerita yang batil tentang hal ehwal orang lain dan menyampaikannya pula kepada orang lain, sukasangat bercakap, dan tidak kurang pula mereka yang tidak mensyukuri nafkah yang diberikan oleh suaminya dan mencaci pula nafkah yang diberikan oleh sumainya. Itulah antara banyak sebab mengapa hadith itu menyebut bahawa ramai penghuni neraka itu adalah kaum wanita, bukan kerana banyaknya penduduk wanita itu berbanding dengan penduduk lelaki! Wanita yang ‘buruk’ perangainya kerana mulutnya akan digantung dengan rambutnya kemudian dituangkan air neraka yang panas mendidih tersebut melalui mulut dan kerongkongnya, maka melecurlah segala isi perutnya keluar seumpama air pekat, kemudian kembali elok seperti sedia kala pula, maka diulangi pula oleh malaikat neraka, azab yang sama, begitulah tanpa henti-henti selama-lamanya!
[Nota: Di dalam sepotong hadith disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) menasihatkan umat Islam jangan banyak bercakap, dan kalau tiada ssesuatu yang baik untuk dicakapkan, lebih baik diam. dalam hadith lain disebutkan, seorang iman itu tidak sedar dia apakala mengeluarkan sesuatu kata-kata atau ucapan, menjerumuskan dia ke dalam neraka selama 40 tahun!]

Jazakallahu khairah

Aurat: Menarik Hari Ini

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun perincikan pelbagai dimensi dan situasi dalam masrakat Islam Malaysia hari ini tentang 'aurat wanita iman'. Banyak sudah ilmu yg kita tahu. Dan, banyak sekali pelanggaran oleh wanita Islam dalam perkara aurat ini. Pelanggaran itu berlaku disegenap lapisan masyarakat - dari peringkat tertinggi, iaitu isteri pemimpin berugama Islam, isteri tokoh-tokoh politik, isteri pegawai tinggi kerajaan, isteri kpd Melayu terkaya dan Melayu korporat, orang awam dan sebagainya.
Saudara, selama 22 tahun T Mahathir Mohamed menjadi PM, isterinya tidak pernah kita lihat dia bertudung! Begitu juga isteri DS Najib Tun Razak, PM sekarang, belum pernah kita ternampak Rosmah Mansor memakai tudung. Contoh: Di m.s. 6 akhbar the Malay Mail keluaran 24 Mar 2011, jelas terpampang foto Najib dan Rosmah meresmikan Konsert Lat di Istana Budaya. [Nota: Dulu, ketika bapanya Tun Razak jadi PM, ibunya TP Raha, katanya, sentiasa pakai tudung]. Begitu juga semasa Pak Lah jadi PM dulu. Walaupun dia anak seorang yg dianggap 'alim' oleh orang utara, D Ahmad Badawi, dan juga cucu kpd seorang yg dikatakan ulama', Abdullah Fahim, isterinya dulu takpun pakai tudung [Nota: Ibunya dulu semasa hayatnya sentiasa pakai tudung kalau keluar rumah, kata orang utara. Dan, isterinya yg sekarang T Jeanne Abdullah, nampaknya pakai tudung]. Malah ramai wanita yg menjadi pemimpin UMNO sekarang nipun tak pakai tudung. Contoh: TS Rafidah Aziz tak pernah pakai tudung. DS Shahrizat pakai selendang sebagai mengganti tudung, dililitkan di kepalanya, jelas nampak kecantikan rambutnya yg hitam! Umumnya, ramai suami yg sayangkan isteri takut nak nasihatkan isteri pakai tudung! [Nota: Suami yg membiarkan isterinya tak bertudung atau tidak menutup aurat, mendapat dosa kerana tidak mematuhi perintah Allah (a.w)! Malah pasti masuk neraka mengikut ketetapan Allah (a.w). Rujuk firman Allah (a.w) dalam al-Quran (iaitu Ayat 6, Surah at-Tahrim): 'Ya aiyuhallazina amanu qu anfusakum wa-ahlikum nara ...' (yg bermaksud: Wahai orang-orang yg beriman! Jagalah dirimu dan ahlimu (yakni, isteri dan anak-anak serta cucu cicitkamu) dari api neeraka ...' Perintah ini jelas kpd orang yg Islam yg akui diri mereka beriman.]
Saudara, kalau saudara menyingkap ms 2 akhbar free the Sun terbitan hari ini, saudara akan melihat gambar TS Abdul Taib Mahmud bersama isteri (baru dan mudanya, wanita keturunan Arab katanya),  PS Ragdad Kurdi Taib, yg hadir bersama beliau meresmikan pelancaram projek Kompleks Penjara Sarawak di Limbang, Sarawak. Yg jelas dalam foto itu adalah isteri KM Sarawak itu jelas tidak bertudung dan mendedahkan sepertiga dadanya, memakai baju ketat yg jelas membayangkan saiz buah dadanya pula. Kelmarin, 29 Mar 2011, dalam akhbar Kosmo ms. 33, jelas menunjukkan Tunku Najihah meresmikan Kompleks Sukan USIM (sebuah univerisiti mengajarkan perkara mengenai Islam!), memakai selendang saja. Jadi, takda bezanya ...
Demikianlah dunia hari ini. Manusia mewujudkan dichotomi - ugama adalah ugama dan dunia adalah dunia, tidak bertemu dan bercampur satu sama lain. Islam adalah satu dimensi dan dunia atau sekularisma satu dimensi lain. Sewajibnyalah seorang pemimpin itu adalah juga idola kpd rakyat umum. Maka dgn itu, mereka terdedah kpd dosa kerana menjadi idola tersebut - sama ada disengajakan atau tidak disengajakan - tetapi dia tetap menjadi idola dan contoh kpd masyarakatnya. Jika kita lihat dalam konteks ini jelaslah, orang yg menjadi ikutan orang lain, sebagaimana seorang guru terhadap muridnya, atau artis dgn peminatnya, jika yg didemo atau ditunjukkan itu suatu yg maksiat dan mendatangkan dosa, maka sebagai idola dia menerima habuan kiriman dosa oleh orang yg mencontohinya atau yg belajar darinya, tanpa sedikitpun menjejaskan dosa orang yg mengikut atau belajar atau mencontohi contoh idolanya, wal iya zubillah.
Mudah-mudahan, kalaulah kita berkesempatan menjadi idola kpd orang lain, Allah (a.w) tunjukkan kita ke jalan yg haq, dan terselamat dari mendapat kiriman dosa oleh orang lain, sama ada kita sedar atau tidak kita sedari, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Aurat: Wanita Yg Allah (a.w) Laknat

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti dalam beberapa post yg lalu tentang 'aurat wanita iman' mengikut ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). 'Aurat' itu merujuk kpd pakaian wanita dan kelakuan wanita. 'kelakuan' itu utama hari ini kerana majoriti wanita yg akui dirinya Islam tetapi tidak menutup aurat mereka. Yg paling lazim didedahkan adalah pertama, rambutnya (i.e. ramai yg tidak menutup rambut, ada yg menutup rambut secara artificial saja, iaitu memakai selendang yg menampakan sebahagian besar bahagian kepala dan rambutnya, dan ada yg memakai tuudung tetapi jarang tudungnya. Tidak kurang pula ramainya wanita yg memakai tudung seolah satu fesyen tetapi memakai baju yg mendedahkan tangan mereka). Adakah ini terjadi kerana kejahilan? Atau, memakai pakaian bukan dgn tujuan menutup aurat tetapi sekadar menampilkan fesyen terkini dan terbaru? Ada wanita yg berpakaian tetapi terdedah lehernya. Malah ada yg sengaja mendedahkan separuh bahagian dadanya sehingga kelihatan separuh dari buah dadanya pula! Ada yg memakai baju tetapi nipis kainnya sehingga boleh dilihat pula baju dalam dan outline seluar dalamnyapun! Ada yg memakai baju yg tebal, tetapi begitu ketat sehinggakan jelas dapat dilihat bentuk dadanya dan buah dadanya. Ada yg memakai seluar, walaupun tebal, tetapi kelihatan jelas bentuk perut bawahnya (navel). Ada yg berbaju, tetapi senteng dan berseluar tetapi apakala dia duduk atau tunduk kelihatan jelas bahagian atas seluar dalamnya, malah lekuk (atau belahan) ponggongnya dapat dilihat! Ada wanita yg memakai baju, tetap kerana ketat bajunya maka terdedah di celah-celah butang bajunya sebahagian dada, perut dan colinya! Demikianlah sedikit sebanyak sinario pakaian wanita dewasa ini. Mereka utamakan fesyen pakaian wanita bukan Islam. Mereka mendedahkan sebahagian aurat mereka tanpa segan silu, tanpa menyedari bahawa mereka menempah tempat di neraka di akhirat kelak!
Saudara, sebagai menyempurnakan penelitian kita tentang aurat ini, kita lihat hadith berikut yg melarang wanita iman melakukannya: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah (r.a) berkata: ‘Allah (a.w) melaknat (yakni, mengutuk) wanita (yang menjadi) tukang susuk, wanita yang membuat susuk, wanita yang mendedahkan bulu di bahagian mukanya, wanita yang menjarangkan giginya kerana hendak mencantikkannya (supaya) mengubah (apa-apa yang) dijadikan (oleh) Allah (a.w) yang asli’. Maka sampailah demikian kata-kata (yakni, berita mengenai larangan Rasulallah (s.a.w) itu) kepada perempuan Bani Assad, (yang bernama) Ummu Ya’kub. Dan adapun dia pandai membaca (yakni, tahu) al-Quran. Maka datanglah dia kepada Abdullah (r.a), maka berkata dia: ‘Apakah (maksud) hadith (yakni, cerita) dengan yang disampaikan kepadaku daripada engkau, bahawasanya engkau melaknat (wanita) yang (dikatakan apa-apa yang dikatakan oleh Abdullah (r.a) yang disampaikan kepadanya) yang mencantikkan wajahnya selain yang telah dijadikan oleh Allah (a.w) untuknya.’ 
‘Maka berkata Abdullah (r.a): ‘Dan (mengapa) tidak aku melaknat barangsiapa yang dilaknat (yakni, dikutuk oleh) Rasulallah (s.a.w), dan bahawa perkara itu ada di dalam Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran)?’ 
‘Maka berkata perempuan itu: ‘Nescaya sungguh aku membaca (al-Quran) diantara isinya, maka tidak menjumpai aku mengenainya?’ 
‘Maka berkata Abdullah (r.a): ‘Jika sesungguhnya ada engkau membacanya (yakni, membaca al-Quran) nescaya sungguh-sungguh menjumpai engkau firman Allah (a.w): Wama atakumur-rasulu fakhuzuhu, wama nahakum ‘anhu fantahu’ [Maksud: Dan, apa-apa yang didatangkan oleh Rasul hendaklah kamu ambil, dan apa-apa yang melarang (Rasul) atas kamu, maka hendaklah kamu tinggalkan] [Nota: beliau merujuk kpd Ayat 7, Surah al-Hasyr]‘Maka berkata perempuan itu: ‘Maka sesungguhnya aku merasai telah mengenai sesuatu daripada ini (larangan tersebut) atas perempuan kamu (yakni, isteri kamu) sekarang ini!’ 
‘Maka berkata Abdullah (r.a): ‘Jika begitu engkau lihatlah.’ 
‘Maka masuklah perempuan itu melihat isteri Abdullah (r.a), maka tidak kedapatan beliau (bahawa isterinya) berbuat sedemikian, maka berkata dia: ‘Tidak melihat aku sesuatu.’ 
‘Maka berkata Abdullah (r.a) (membalas cakap perempuan itu): ‘Semestinyalah! Seandainya ada sesuatu (yang dilarang itu), tidaklah mahu aku mendekatinya (yakni, akan menceraikannya).’ [Hadith Muslim] 
Demikianlah dialog antara seorang perempuan yang faham akan al-Quran dengan Abdullah (r.a) berbedat tentang beberapa perbuatan wanita yang dilaknat oleh Rasulallah (s.a.w). Akhirnya wanita tersebut yakin tentang larangan tersebut.
Saudara, dalam hadith di atas itu kita mendapat tahu bahawa Allah (a.w) melaknat wanita-wanita iman yg berbuat: pertama, yg membuat susuk kpd wanita iman yg lain; kedua, yg memakai susuk; ketiga, wanita yg mendedahkan 'bulu di bahagian mukanya' (bermaksud, rambutnya), dan keempat, wanita menjarangkan giginya supaya kelihatan cantik dan anggun (zaman itu) [Nota: Pada zaman Rasulallah (s.a.w) salah satu perbuatan yg dianggap anggun dan mencantikkan seseorang wanita dalam masyarakat Arab jahiliah, adalah perbuatan menjarang giginya dgn mengasahnya]. Umumnya segala perbuatan artificial yg dibuat untuk mengubah keaslian badan dan muka seorang wanita itu mendapat laknat Allah (a.w). Zaman ini wanita akan melakukan sesuatu selain susuk untuk membuatkannya menarik pada lelaki, membesarkan buah dadanya, atau menyedut lemak tubuhnya (lymposuction atau cosmetic surgery) dan lelaki dan perempuan menggunakan botok dan sebagainya. Kesemuanya ini dilaknat oleh Allah (a.w).
Dalam perdebatan di atas itu, dipersoalkan bahawa tiada ketetapan al-Quran yg melarang wanita iman melakukan perkara-perkara yg disebutkan itu, kerana larangan tersebut datangnya dari Nabi (s.a.w), maksudnya as-Sunnah. Perawi hadith ini merujuk kpd Ayat 7, Surah al-Haysr. Jelasnya, ayat tersebut memberikan sandaran bahawa ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah itu, adalah ketetapan al-Quran (atau Allah (a.w)),. Bahkan Ayat 80, Surah an-Nisa' (yakni: Sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia mentaati Allah (a.w)) memberikan ketetapan menyeluruh bahawa as-Sunnah itu wajib kerana segala sesuatu yg ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w).
Mudah-mudahan, wanita-wanita yg inginkan syurga itu akur dgn ketetapan as-Sunnah ini. Ingatlah walau bagaimana anggunnya kita ketika hidup, terutama kerana berkedudukan terkeatas dalam hiraki masyarakat, hanyalah untuk 60 atau 70 tahun sahaja, iaitu tak sampai seminit dalam jangka waktu akhirat, kerana di akhirat sehari bersamaan dgn 1,000 tahun jangka waktu di dunia!

Jazakallahu khairah


Monday, March 28, 2011

Aurat: Ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat dalam post sebelum ini tentang beberapa larangan Islam terhadap wanita iman yg bersangkut paut dgn 'aurat wanita iman' itu. Kita lihat pula ketetapan dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ada dua golongan ahli neraka yang belum aku melihatnya (yakni, belum Allah (a.w) wahyukan kepadanya sebelum ini); iaitu (pertama) segolongan manusia memegang cemeti seakan-akan ekor lembu (sebagai alat memukul orang banyak). Dan golongan yang lain (yakni, satu lagi) kaum wanita berpakaian separuh telanjang yang mengajak atau menunjukkan contoh (kepada wanita lain), berjalan dengan lenggang lenggoknya, rambutnya di dandan menjadi sanggul seumpama bonggol unta yang tunduk; tidak masuk syurga, dan tidak mencium mereka akan bau syurga, dan sesungguhnya bau syurga itu semerbak dicium sejauh perjalanan begini dan begini.’ [Hadith Muslim] 
Diceritakan di dalam hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) semasa dalam perjalanan peristiwa Isra’ dan Mikraj, dinampakkan keadaan di neraka dan di syurga. Antara hadith yang banyak tentang Isra’ dan Mikraj itu, terdapat hadith yang menyebut tentang imbasan-imbasan keadaan di neraka dan syurga. Apabila kita meneliti hadith mengenai neraka itu, kita akan temui hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Imran (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Aku melihat ke dalam syurga, maka aku lihat kebanyakan isinya orang-orang miskin. Dan, aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan isinya kaum wanita.’ [Hadith Bukhari] 
Hadith ini dengan jelas mengatakan bahawa kebanyakan penduduk neraka itu adalah kaum wanita.
[Nota-1: Mengikut sepotong hadith lain disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawasanya keharuman bau syurga boleh dicium oleh manusia yang berada di tempat sejauh 70 tahun perjalanan dari syurga! Nota-2: Mengapakah orang miskin mudah masuk syurga? Kerana kurang tanggung jawabnya terhadap harta dan wang ringgit yang dimilikinya terhadap Islam. Orang kaya, mengikut hadith lambat dapat masuk syurga, kalaupun mereka berjaya masuk syurga. Selalunya, orang kaya akan lebih mudah terjerumus ke dalam neraka kerana kekayaannya dan kerana menyalahgunakan kekayaan dan kemewahan yang dikurniakan Allah (a.w) kpd mereka. Di dalam al-Quran disebutkan bahawa ‘harta kekayaan’ itu satu ‘fitnah’ (atau cobaan) kepada manusia yang kaya dan berharta. Maka dengan itu jugalah di dalam al-Quran, terdapat banyak firman  Allah (a.w) menggesa manusia supaya menginfaq’kan sebahagian harta mereka pada ‘fi sabilillah’ (yakni, ke jalan Allah (a.w) untuk Islam dan orang iman yg memerlukan, dan janganlah menjadi orang yg kedekut. Jika bakhil di dalam kubur kelak harta-harta tersebut dijadikan seekor ular yg botak kepalanya dan lagi berbisa melilit tubuhnya dan menggigitnya sampaikan tiba hari kiamat. Di akhirat akan berada di dalam neraka, dan harta-harta tersebut akan dijadikan rantai dari api neraka yg diikatkan atau dikalungkan ke lehernya, wana'u  zubillah!)].

Jazakallahu khairah

Aurat: Ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini keluar cerita adanya wanita Islam yg minta khidmata kepakaran doktor atau seumpamnay untuk melakukan sesuatu bagi mencantikkan dirinya. Ini sering berlaku di kalangan selebriti spt pelakun dan penyanyi dan model, terutama dalam mencantikan buah dadanya atau pipinya. Ada juga lelaki Islam yg menggunakan 'botok' yg katanya boleh menjadikan muka (khususnya, pipi) terik tidak berkedut, walaupun sudah sampai masanya kulit dan muka menjadi kedut. Apa ketetapan Islam mengenai perkara ini? Kita lihat hadith di bawah ini yg menyebutkan bahawa Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) melaknat orang-orang Islam yg melakukan sesuatu untuk mengubah bentuk tubunya, terutama wajahnya. 
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah (r.a) berkata: ‘Allah (a.w) melaknat (yakni, mengutuk) wanita (yang menjadi) tukang susuk, wanita yang membuat susuk, wanita yang mendedahkan bulu di bahagian mukanya, wanita yang menjarangkan giginya kerana hendak mencantikkannya (supaya) mengubah (apa-apa yang) dijadikan (oleh) Allah (a.w) yang asli’. Maka sampailah demikian kata-kata kepada perempuan Bani Assad, (yang bernama) Ummu Ya’kub. Dan adapun dia pandai membaca (yakni, tahu) al-Quran. Maka datanglah dia kepada Abdullah (r.a), maka berkata dia: ‘Apakah (maksud) hadith (yakni, cerita) dengan yang disampaikan kepadaku daripada engkau, bahawasanya engkau melaknat (wanita) yang (dikatakan apa-apa yang dikatakan oleh Abdullah (r.a) yang disampaikan kepadanya) yang mencantikkan wajahnya selain yang telah dijadikan oleh Allah (a.w) untuknya.’ 
‘Maka berkata Abdullah (r.a): ‘Dan (mengapa) tidak aku melaknat barangsiapa yang dilaknat (yakni, dikutuk oleh) Rasulallah (s.a.w), dan bahawa perkara itu ada di dalam Kitab Allah (a.w)(yakni, al-Quran)?’ 
‘Maka berkata perempuan itu: ‘Nescaya sungguh aku membaca (Al-Quran) diantara isinya, maka tidak menjumpai aku mengenainya?’ 
‘Maka berkata Abdullah (r.a): ‘Jika sesungguhnya ada engkau membacanya (yakni, membaca al-Quran) nescaya sungguh-sungguh menjumpai engkau firman Allah (a.w)  ‘Wama atakumur-rasulu fakhuzuhu, wama nahakum ‘anhu fantahu’ [Maksud: Dan, apa-apa yang didatangkan oleh Rasul hendaklah kamu ambil, dan apa-apa yang melarang (Rasul) atas kamu, maka hendaklah engkau tinggalkan] [Nota: Ayat 7, Surah al-Hasyr]. ‘Maka berkata perempuan itu: ‘Maka sesungguhnya aku merasai telah mengenai sesuatu daripada ini (larangan tersebut) atas perempuan engkau (yakni, isteri engkau) sekarang ini!’  Maka berkata Abdullah (r.a): ‘Jika begitu engkau lihatlah.’  ‘Maka masuklah perempuan itu melihat isteri Abdullah (r.a), maka tidak kedapatan beliau (bahawa isterinya) berbuat sedemikian, maka berkata dia: ‘Tidak melihat aku sesuatu.’ Maka berkata Abdullah (r.a) (membalas cakap perempuan itu): ‘Semestinyalah! Seandainya ada sesuatu (yang dilarang itu), tidaklah mahu aku mendekatinya (yakni, akan menceraikannya).’ [Hadith Muslim] 
Demikianlah dialog antara seorang perempuan yang faham akan Al-Quran dengan Abdullah (r.a) berbedat tentang beberapa perbuatan wanita yang dilaknat oleh Rasulallah (s.a.w). Akhirnya wanita tersebut yakin tentang larangan tersebut.

Jazakallahu khairah

Aurat: Ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam membicarakan tajuk 'aurat wanita' itu, kita semak beberapa ketetapan lain dalam as-Sunnah. Antaranya, Islam melarang wanita iman memakai rambut palsu. 
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata bahawa seorang perempuan Ansar menikahkan anak perempuannya, maka anak itu jatuh sakit sehingga (kesemua) gugur rambutnya. Maka datanglah dia menemui Rasulallah (s.a.w) bertanyakan tetang (kemungkinan) anaknya memakai cemara (yakni, rambut palsu, termasuklah alat-alat untuk mencucuk sanggul wanita yang diperbuat daripada besi atau tembaga atau suasa ataupun tulang dll), (kerana suaminya inginkan isterinya memakainya). Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dilaknat (oleh Allah (a.w)) memakai cemara (yakni, rambut palsu serta alat-alat untuk mencucuk sanggul wanita yang diperbuat daripada besi atau tembaga atau suasa ataupun tulang dll).’[Hadith Muslim]
Hadith di atas itu memberitahu kita bahawa Allah (a.w) melaknat wanita iman yg memaki rambut palsu. Apabila seseorang itu dilaknat Allah (a.w), pastilah dia sangat dimurkai Allah (a.w). Orang yg mendapat kemurkaan Allah (a.w) tempatnya dalam neraka. [Nota: Namun, setelah mengetahui ketetapan Islam, wanita tersebut boleh bertaubat, dan jika diterima taubatnya, mak bersihlah dia, insya Allah.]

Jazakallahu khairah

Aurat: Ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini, kita telah teliti ketetapan Allah (a.w) mengenai 'aurat wanita iman', iaitu Ayat 31, Surah an-Nur, berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Waqulil mukminati yaghdudna min absorihinna  ... (hingga) ...watubu ilallahi jami’an aiyuhal mukminuna layallakum tuflihuna.’ [Yg bermaksud: Katakanlah kepada para wanita yang beriman, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, supaya mereka memelihara kehormatan mereka (yakni, farajnya), dan jangan mempamirkan perhiasan (kecantikan) mereka, kecuali apa yang seharusnya terlihat di antaranya (iaitu hanya muka dan kedua telapak tangan mereka); dan hendaklah mereka labuhkan tudung mereka ke leher sehingga (sehingga sampai menutupi) dada; dan jangan memperlihatkan perhiasan (kecantikan) mereka (kepada sesiapa sahaja), kecuali kepada suami mereka, atau kepada bapa mereka, atau kepada bapa suami mereka, atau kepada anak lelaki mereka sendiri, atau kepada anak tiri lelaki mereka, atau kepada saudara lelaki mereka, atau kepada anak saudara perempuan mereka, atau kepada mereka sesama wanita, atau kepada hamba sahaya mereka, (atau kepada) lelaki yang betugas dan tidak mempunyai nafsu berahi, dan kanak-kanak yang belum mengerti aurat wanita. Dan, janganlah mereka menghentakkan kaki mereka (semasa berjalan, dengan niat) supaya diketahui orang perhiasan (diri) mereka yang tersembunyi. Taubatlah kamu semua kepada Allah (a.w) wahai orang-orang yang beriman! Mudah-mudahan kamu beruntung (yakni, mendapat balasan syurga)]. [Ayat 31, Surah an-Nur] 
Saudara, sehubungan itu, kita lihat sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut yg menjelaskan rasionla ketetapan tersebut diwajibkan ats wanita mukmin (yakni, wanita yg beriman). 
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Mas’ud (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya orang perempuan itu terdedah (‘auratnya’) keselamatannya, maka ketika keluar dia dari rumahnya (dia) akan disambut oleh syaitan. Dan, rahmat Tuhannya paling hampir padanya apabila dia berada di rumahnya.’ [Hadith at-Termidzi dan al-Bazaar] 
Saudara, wanita iman itu lebih selamat jika dia duduk di rumah dan tidak keluar rumah. Kerana, banyaklah cubaan yg dihadapinya apabila keluar rumah. Terutama, apabila keluar rumah tanpa menepati ketetapan Islam tentang 'aurat' itu. Jika kita teliti wanita Melayu dewasa ini,kita dapati mereka keluar rumah kerana bekerja mencari rezki, terutama mereka adalah ibu tunggal yg perlu menyara dirinya dan anak-anaknya. Tambahan pula apabila berpisah dgn suaminya, kerana diceraikan, dan bekas si suami pula melupakan tanggung jawabnya menyara anak-anak yg dijaga oleh bekas isterinya. Jika tidak ibu tunggalpun, hari ini kerana tuntutan dunia, keluarga memerlukan kedua ibubapa keluar rumah bekerja untuk mencukupkan keperluan harian keluarga mereka.
Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu memberitahu bahawa 'keselamatan' mereka sebagai wanita Islam akan tercabar apabila mereka keluar rumahnya, maka terdedahlah mereka kpd hasutan dan godaan syaitan. Kecualilah mereka menjaga 'aurat' mereka serta berwaspada dalam pergaulan mereka. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kerahmatan Allah (a.w) kpd  wanita iman itu lebih terjamin jika mereka tinggal di rumah, berbanding jika mereka keluar rumah.
Saudara, Ayat 31, Surah an-Nur itu menetapkan bahawa wanita Islam itu tidak boleh mendedahkan dirinya, tidak boleh menunjukkan perhiasan dirinya, sama ada yang asli seperti susuk badannya, kecantikan dada dan ponggongnya, pehanya dan betisnya dan perhiasan yang diada-adakan seperti barang kemas dan lain-lain perhiasan yang dipakainya pada dirinya. Hendaklah dia menutup badannya dgn pakaian yg tidak ketat, yg tidak transparent atau nipis yg boleh menampakkan segala kecantikan susuk badanya. Seboleh-bolehnya dia tidaklah mempamirkan dirinya di khalayak ramai, kerana mudah lelaki tertarik kepadanya dan terhadapnya. Dan, mengikut hadith di atas, lebih baik baginya jikalau mereka kekal duduk di rumah. Justeru itu, Islam tidak menggalakkan wanita iman bekerja atau keluar rumah. 
Dalam konteks ayat dan hadith tersebut memang sudah banyak pelanggaran terhadap perintah Allah (a.w) yang dibuat oleh wanita-wanita Islam. Antara pelanggaran tersebut menghiasi diri dan dalam konteks memakai pakaian yang cantik dan menarik (malahan mengikut fesyen Barat pula), mencantikkan hiasan dirinya, seperti memakai alis mata tiruan, mencukur alisnya supaya kelihatan nipis dan ‘tajam’, mewarnakan bahagian kelopak atas mata mereka, memakai bedak memerahkan pipi mereka, dan menggunakan gincu bibir yang menampakkan bibir yang seakan-akan basah (wet-look), memakai pakaian yg mendedahkan separuh dadanya atau yg ketat sehingga jelas bentuk buah dadanya dan sebagainya. 
Di dalam sepotong hadith disebutkan bahawa umat Islam di akhir zaman nanti, sabda Rasulallah (s.a.w), akan meniru perangai dan perbuatan atau resmi orang-orang Yahudi dan Nesrani, sedikit demi sedikit - seinci demi seinci, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalah yahudi atau Nesarani itu masuk ke dalam lubang biawak, akan ada umat Islam turut memasukinya, demi mencontohi perbuatan dan perangai mereka!. Sehinggakan, sabda Rasulallah (s.a.w), jika adalah perbuatan kaum Yahudi dan Nesrani itu seorang anak menjimak ibunya (atau anak perempuan berjimak dgn bapanya), maka akan adalah pula umat Islam yang berbuat sedemikian pula! Jika jahil dan jika tidak mengindahkan ketetapan Islam, maka umat Islam akan meniru perbuatan dan perangai orang yg tidak Islam. 
[Nota: Cerita seorang ibu dan seorang anak lelaki berjimak sudahpun berlaku dalam msyarakat Melayu. Begitu jugalah, bapa dgn anak gadisnya berjimak atau abang/adik lelaki berjimak dgn kakak/adik perempuan. Maka dgn itulah dalam Islam di dalam sebuah keluarga, hendaklah dipisahkan tempat tidur anak-anak lelaki dgn anak-anak perempuan. Hendaklah di awasi pergaulan mereka. Kerana, ditakuti terpengaruh oleh hasutan syaitan yg mengakibatkan mereka bersekedudukan pula. Malah, sudahpun dilapurkan dalam akhbar ada kes pernikahan adik beradik, kerana tidak mengenal satu sama lain, berkahwin atau dikahwinkan!] 
Mudah-mudahan, kita dan keluarga kita diselamatkan dari perkara keji tersebut, insya Allah. 

Jazakallahu khairah

Aurat: Ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran, iaitu dua ayat al-Quran, iaitu Ayat 59, Surah al-Ahzab dan Ayat 31, Surah an-Nur. Dalam perkara aurat wanita ini, keinginan Omar b Khattab (r.a), yg menyebabkan turunnya Ayat 31, Surah an-Nur tersebut, memberi ketetapan mengenai aurat dan pakaian wanita orang iman. 
Mengikut hadith, ketetapan mengenai ‘aurat’ wanita itu bermula dengan peristiwa yang disebutkan di dalam hadith bahawa Omar (r.a) inginkan supaya wanita Islam itu berpakaian yang kemas, sesuai dengan kedudukan wanita Islam, dan tidaklah menonjolkan sifat-sifat fisikal kewanitaannya. Dalam zaman jahiliah wanita itu lebih disukai mendedahkan bahagian-bahagian tubuhnya demi keseronokan kaum lelaki. Wanita dalam zaman jahiliah adalah alat hiburan dan tempat kaum lekaki melepaskan nafsu syahawat mereka. Maka Omar (r.a) sentiasa mengharapkan agar Allah (a.w) turunkan perintah dan ketetapan mengenai ‘aurat’ ini. Ini disebutkan di dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.a) berkata: ‘Apabila para isteri Nabi (s.a.w) hendak buang air adapun (mereka) keluar waktu malam, mereka pergi ke tanah lapang, maka adapun Omar (Ibnu Khattab) (r.a) berkata kepada Nabi (s.a.w): ‘Memakai hijablah isteri-isteri kamu.’ Maka tidak ada Rasulallah (s.a.w) berbuat sedemikian. Pada suatu malam maka keluarlah Saudah bte Zam’ah (r.ah), isteri Nabi (s.a.w), dari malam waktu Isya’, dan adapun dia itu seorang perempuan yang tinggi lampai, maka (mudah dicam oleh Omar (r.a)) menegur akandia oleh Omar (r.a): ‘Adakah tidak sungguh-sungguh mengenal aku akan engkau wahai Saudah!’, dia (Omar (r.a) menegur atas perlakuan Saudah (r.ah)) suatu malam) bahawasanya (Omar (r.a) mengharapkan supaya) diturunkan (ayat perintah) mengenai hijab atau jilbab (yakni, ayat tentang pakaian jilbab bagi menutupi aurat wanita). Maka diturunkan Allah (a.w) ayat hijab atau jilbab. (yakni, ayat tentang pakaian jilbab bagi menutupi aurat wanita)’. [Hadith Bukhari] 
Apabila kita meneliti Ilmu al-Hadith, kita akan dapati keistimewaan Omar (r.a) pada zaman Rasulallah (s.a.w). Kita diberitahu bahawa pada awal Islam, Rasulallah (s.a.w) berharap dengan berdoa kepada Allah (a.w) agar dua personaliti utama masyarakat Quraisy masa itu masuk Islam, iaitu bapa saudaranya Abdul Muttalib, bapa saudaranya yg memeliaranya sejak kecil dgn penuh kasih sayang, dan Omar bin Khattab (r.a), seorang yg gagah yg ditakuti oleh kaum Quraisy. Ketika itu kedua-duanya belum atau tidak Islam. Jika Abdul Mtatalib masuk Islam, beliau sebagai pemimpin kaum Quraisy, akan dapat menarik lebih ramai Arab Quraisy memeluk Islam, kerana beliau seorang yg disegani, dan berpengaruh. Dengan itu nanti dapatlah pengaruh Abu Jahal an Abu Lahab dilemahkan. 
[Nota: Bagi tujuan post ini dan semua post yg akan muncul, penulis menggunakan konsep atau istilah Ilmu dgn merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah, kerana itulah ilmu yg haq dan panduan ugama yg haq (sila rujuk post-post yg lalu, yg membicarakan isu atau tajuk 'ilmu'). Ad-Sunnah = al-Hadith merujuk kpd segala sabda, perbuatan, prlakuan, ketetapan, suruhan Rasulallah (s.a.w) kpd para sahabat dan umat Islam zamannya, dan juga sunnah khalifah yg empat selepas beliau wafat, yg menggantikan beliau sebagai Imam atau Amir atau Kahlifah jema'ah umat Islam. Kesemua hadith itu terdapat dalam kitab-kitab hadith yg muktabar dan sahih yg disebut ‘Kuttubul Sittah’ (Kitab yang Enam), iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan at-Termidzi, Sunan an-Nasa’i, Sunan Abu Daud, dan Sunan Ibnu Majah.  Selain itu, terdapat juga kitab-kitab hadith yg lain spt kita Imam malik, Imam al-Baihaqi, Imam at-Tobrani dan lain-lainnya. Ada sejumlah 51 ulama' muhadithin, mengikut penyelidikan pelajar ilmu as-Sunnah, wujud di dunia dewasa ini.] 
Saudara, dalam Islam kedudukan Omar (r.a) adalah tinggi, sehinggakan Rasulallah (s.a.w) menyuruh orang Islam selepas kewafatan beliau hendaklah ikuti sunnah Abu Bakar as-Siddiq dan sunnah Omar ibni Khattab, radiallahu 'anhum (dan sunnah Othman ibni Affan dan Ali b Abi Thalib, radiallahu anhum. Rasulallah (s.a.w) memberitahu melalui sepotong hadith, bahawa Allah (a.w) meletakkan kebenaran pada kata-kata atau ucapannya. malah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu jikalah Allah (a.w) hendak melantik seorang nabi selepas beliau, pastilah orang itu Omar b Khattab (r.a)] 

Jazakallahu khairah


Aurat: Ketetapan Allah (a.w) Dalam al-Quran (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah teliti firman Allah (a.w) dalam al-Quran dan menjadi ketetapan pokok mengenai aurat wanita. Kita turunkan semula firman tersebut: 
Firman Allah (a.w): ‘Waqulil mukminati yaghdudna min absorihinna  ... (hingga) ...watubu ilallahi jami’an aiyuhal mukminuna layallakum tuflihuna.’ [Yg bermaksud: Katakanlah kepada para wanita yang beriman, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, supaya mereka memelihara kehormatan mereka (yakni, farajnya), dan jangan mempamirkan perhiasan (kecantikan) mereka, kecuali apa yang seharusnya terlihat di antaranya (iaitu hanya muka dan kedua telapak tangan mereka); dan hendaklah mereka labuhkan tudung mereka ke leher sehingga (sehingga sampai menutupi) dada; dan jangan memperlihatkan perhiasan (kecantikan) mereka (kepada sesiapa sahaja), kecuali kepada suami mereka, atau kepada bapa mereka, atau kepada bapa suami mereka, atau kepada anak lelaki mereka sendiri, atau kepada anak tiri lelaki mereka, atau kepada saudara lelaki mereka, atau kepada anak saudara perempuan mereka, atau kepada mereka sesama wanita, atau kepada hamba sahaya mereka, (atau kepada) lelaki yang betugas dan tidak mempunyai nafsu berahi, dan kanak-kanak yang belum mengerti aurat wanita. Dan, janganlah mereka menghentakkan kaki mereka (semasa berjalan, dengan niat) supaya diketahui orang perhiasan (diri) mereka yang tersembunyi. Taubatlah kamu semua kepada Allah (a.w) wahai orang-orang yang beriman! Mudah-mudahan kamu beruntung (yakni, mendapat balasan syurga)]. [Ayat 31, Surah an-Nur] 

Saudara, apakah ketetapan pada Ayat 31, Surah an-Nur di atas itu? Kalau kita amati terdapat lima ketetapan dalam Ayat tersebut:
Pertama, wanita yg beriman (yakni yg Islam dan mengamalkan segala ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)) supaya ketika berada di luar rumah, tidaklah dia meliarkan mata atau pandangannya (i.e. jalatan). Sebaliknya, wajiblah dia menundukkan muka dan pandangannya ketika berada depan khalayak ramai. 
Kedua, wanita yg beriman itu menjaga farjinya (yakni, kemaluannya). Wanita iman itu tidaklah berada dalam keadaan marwahnya ternoda ketika berada di luar rumahnya. Maka dgn itulah dia ditegah berkenalan dgn lelaki yg bukan makhramnya. Ditegah bebas keluar rumah tanpa ditemani oleh makhramnya. Hari ini terjjadi pelabagai perkara termasuk seks bebas, hamil belum nikah, malah kelahiran anajk-anak haram dan pembuangan anak adalah kerana wanita tidak menjaga farji (atau farajnya).
Ketiga, wanita iman itu tidak mempamirkan atau menunjukkan atau mendemokan perhiasan badannya (spt susuk tubuh badannya, buah dadanya, perutnya, pehanya, betisnya, pusatnya, yakni perhiasan asli tubuh wanita, dan perhiasan yg diada-adakan spt fesyen pakaiannya, fesyen rambutnya, celak bedak pipinya, kuku tiruannya, alis mata tiruannya, gelang dan rantai leher dan rantai kaki dan sebagainya). Kerana, dgn sebab mempamirkan perkara tersebut, dia menarik minta kaum lelaki kepadanya. Dan, dia mudah tergoda dan digodapula. Atau, mereka mudah diperkosa pula ketika berada di situasi bersendirian dgn lelaki yg bukan makhramnya. 
Keempat, hendaklah dia melabuhkan tudung dan pakaiannya, supaya tudungnya menutupi lehernya dan menutupi bahagian dadanya, dan kainnya pula panjang sampai menutupi kedua kakinya, termasuk tumitnya. Selain tudung yg labuh serta baju yg labuh, Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah membuat ketetaopan bahawa pakaian wanita itu hendaklah tebal dan tidak nipis sehingga boleh dilihat susuk tubuh badanya serta perhiasan aslinya, tidak jarang sehingga boleh kelihatan baju atau pakaian dalamnya, dan tidak berwarna sangat supaya menarik minat lelaki terhadapnya, tidaklah segar warnanya, dan hendaklah longgar dan janganlah macam 'salut cempedak'. Tidak dibenarkan meniru pakaian lelaki. Wanita berpakaian menyerupai pakaian lelaki dilaknat Allah (a.w). Dan, pakaian wanita iman janganlah pula jenis yg berjenama dan mahal pula harganya, kerana ciri-ciri sedemikian menarik minat lelaki kepadanya, menimbulkan fitnah kpdnya. 
Kelima, wanita orang iman tidak dibolehkan memperlihatkan kecantikan dirinya kpd orang lain kecuali suaminya dan orang-orang yg dibolehkan melihat sebahagian auratnya disebutkan di akhir Ayat 31 tersebut. 
Juga, di dalam as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) melarang wanita iman keluar rumah dgn memakai bau-bauan yg semerbak dan menghiasi muka dan tubuhnya dgn sesuatu yg menampkakan keayuan wajahnya kpd lelaki yg memandang. Dibolehkan memakai bedah yg tidak berbau. Rasulallah (s.a.w) menyamakan wanita iman yg memakai bau-bauan itu seumapa wanita yg melacurkan dirinya! 

Jazakallahu khairah

Aurat: Ketetapan Allah (a.w) Dalam al-Quran

Assalamualaikum,
Saudara, kita sudahpun tahu bahawa manusia yg tidak anuti ugama Islam pasti masuk neraka dan tidak akan mendapat syurga. Orang yg akui diri mereka Islam tetapi tidak mengrjakan sebarang amalan dan ibadah (spt solat, puasa dllnya) pasti terkeluar dari Islam, menjadi kafir. Orang yg akui dirinya Islam tetapi beramal dan beribadah secara yg tidak menepati keettapan al-Quran dan as-Sunnah, beum sah Islamnya. Juga, orang yg Islam - sama ada sah atau tidak Islamnya - kalau dia melanggar ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah dikira orang yg fasiq. Dan, orang yg Islam - sama ada sah atau tidak Islamnya - yg tidak melaksanakan apa-apa yg disuruh atau diperintahkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya adalah orang yg disitilahkan sebagai 'menganianya diri mereka sendiri'. Orang yg fasiq dan orang yg menganianya diri sendiri, mengikut ketetapan Allah (a.w) akan masuk neraka, secara pasti.
Dan, salah satu perkara yg menjadikan seseorang yg Islam itu fasiq atau menganianya diri sendiri adalah apakala mereka mengabaikan ketetapan tentang 'aurat' (yakni, peraturan mengenai pakaian) dalam Islam. Kita mulakan perbincangan kita tentang aurat ini dgn melihat firman Allah (a.w) berikut pada Ayat 59, Surah al-Ahzab 
Firman Allah (a.w): ‘Ya aiyuhan nabiyu qul liazwajika ... (hingga) ... wa-kanallahu ghafurar-rahima’ [Yg bermaksud: Wahai Nabi (s.a.w)! Katakanlah kepada isteri-isteri kamu, kepada anak-anak perempuan kamu, dan kepada para wanita yang beriman, supaya mereka memakai baju yang labuh (yakni, menutup kesemua tubuhnya (kecuali mata dan kedua telapak tangan)(yakni, jilbab). Yang demikian itu supaya mereka lebih cepat dikenal (sebagai orang iman) dan tidak diganggu orang. Dan Allah (a.w) maha Pengampun lagi maha Penyayang]. [Ayat 59, Surah al-Ahzab] 
Saudara, dalam ayat ini Allah (a.w) perintahkan Nabi (s.a.w), maksudnya manusia yg akui diri mereka Islam dan beriman, supaya memerintahkan isteri-isteri dan anak-anak serta wanita-wanita yg akui diri mereka Islam dan beriman supaya memakai baju hendaklah baju itu yg labuh (yg menutupi tubuhnya, tidak nampak tubuhnya, walaupun kakinya. Yg boeh dinampakkan hanyalah muka dan dua telapak tangan mereka sahaja). Allah (a.w) memberi rasionalnya kerana dgn pakaian sedemikian itu wanita itu terjaga dari menarik minta dan keinginan kaum lelaki apakala menoleh ke arahnya, kerana tidak kelihatan oleh mereka (bentuk) tubuhnya. yg dilihat hanyalah mukanya dan telapak tangannya. Kedua, dgn pakaian sedemikian itu Allah (a.w) memberi identiti yg khusus lagi mulia kpd kaum wanita Islam. Boleh dibezakan wanita yg Islam dan wanita yg tidak Islam. Kerana, wanita Islam itu berhak dan akan berjaya mendapat syurga, walhal wanita yg tidak Islam pasti masuk neraka. Kemudian, kita lihat pula Ayat berikut bilamana Allah (a.w) berfirman: 
Firman Allah (a.w): ‘Waqulil mukminati yaghdudna min absorihinna  ... (hingga) ...watubu ilallahi jami’an aiyuhal mukminuna layallakum tuflihuna.’ [Yg bermaksud: Katakanlah kepada para wanita yang beriman, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, supaya mereka memelihara kehormatan mereka (yakni, farajnya), dan jangan mempamirkan perhiasan (kecantikan) mereka, kecuali apa yang seharusnya terlihat di antaranya (iaitu hanya muka dan kedua telapak tangan mereka); dan hendaklah mereka labuhkan tudung mereka ke leher sehingga (sehingga sampai menutupi) dada; dan jangan memperlihatkan perhiasan (kecantikan) mereka (kepada sesiapa sahaja), kecuali kepada suami mereka, atau kepada bapa mereka, atau kepada bapa suami mereka, atau kepada anak lelaki mereka sendiri, atau kepada anak tiri lelaki mereka, atau kepada saudara lelaki mereka, atau kepada anak saudara perempuan mereka, atau kepada mereka sesama wanita, atau kepada hamba sahaya mereka, (atau kepada) lelaki yang betugas dan tidak mempunyai nafsu berahi, dan kanak-kanak yang belum mengerti aurat wanita. Dan, janganlah mereka menghentakkan kaki mereka (semasa berjalan, dengan niat) supaya diketahui orang perhiasan (diri) mereka yang tersembunyi. Taubatlah kamu semua kepada Allah (a.w) wahai orang-orang yang beriman! Mudah-mudahan kamu beruntung (yakni, mendapat balasan syurga)]. [Ayat 31, Surah an-Nur] 
Saudara, apakah ketetapan pada Ayat 31, Surah an-Nur di aats itu? Pertama, wanita yg beriman (yakni yg Islam dan mengamalkan segala ketetapan Allah (a.w))  supaya tidak melihat ke atas atau meliarkan mata ketika berjalan - tengok sana dan tengok sini. Hendaklah mereka menundukkan kepala mereka ketika berjalan di kalangan khalayak ramai. Kedua, supaya wanita orang iman itu menjaga farjinya (yakni, kemaluannya), tidak dilihat atau terlihat atau diserahkannya kpd orang lain, yg bukan suaminya. Ketiga, supaya wanita iman itu tidak mempamirkan atau menunjukkan atau mendemokan perhiasan badannya (spt buah dadanya, perutnya, pehanya, betisnya - perhiasan asli tubuh wanita, dan perhiasan yg diada-adakan spt fesyen rambutnya, celak bedak pipinya, kuku tiruannya, gelang dan rantai leher dan rantai kaki dan sebagainya). Keempat, hendaklah dia melabuhkan pakaiannya sehingga tudungnya menutupi lehernya dan sampai ke bahagian dadanya, dan kainnya sampai menutupi kedua kakinya, termasuk tumitnya. Kelima, wanita orang iman tidak dibolehkan memperlihatkan kecantikan dirinya kpd orang lain kecuali suaminya dan orang-orang yg dibolehkan melihat sebahagian auratnya disebutkan di akhir ayat 31 tersebut. 
Saudara, kalau kita lihat wanita-wanita hari ini - terutama wanita dalam sektor korporat, malah sekto kerajaanpun - adakah mereka menepati ketetapan dalam firman Allah (a.w) di atas itu? Kalau, kita lihat pula wanita-wanita yg galamour - tak kira mereka itu tua, pertengahan umur atau masih muda - adakah mereka melambangkan wanita iman yg disebutkan? Dan, lebih teruk lagi, kalau kita lihat kpd artis-artis dan selebriti Islam di Malaysia hari ini, jelaslah tidak seorangpun di kalangan mereka yg mematuhi ketetapan ayat di atas itu! Jelaslah mereka fasiq dan menganianya diri mereka sendiri. Kalaulah di akhirat kelak mereka dihumbankan oleh malaikat yg menjaga neraka ke dalam neraka, tiada siapa yg boleh disalahkan, semuanya kerana angkaran mereka sendiri! Bolehkah mereka taubat? Boleh, tetapi apakah diterima Allah (a.w) kerana mereka tahu, sudah diberi tahu, tapi kekal tak hiraukau perintah Allah (a.w)? [Nota: Kita akan teliti nanti isu ini]
Saudara, tidak ketinggalan isteri-isteri pemimpin Melayupun melanggar ketetapan dalam firman Allah (a.w) tersebut. Malang sekali. Kerana mereka menjadi idola wanita lain, terutama para gadis dan remaja, yg suka melihat fesyen pakaian mereka, menirunya dan kerana itu menambah kpd dosa yg diterima oleh mereka (i.e. kiriman dosa yg tak puus-putus dari peminat mereka) selain dosa kerana kefasiqan mereka sendiri. [Nota: Dosa buatan sendiri boleh ditaubatkan, tapi dosa kiriman orang kerana mencontohi kita tidak dapat ditaubatkan, dan akan sentiasa dikirimkan sampai kiamat dunia!]


Jazakallahu khairah



Aurat: Mukaddimah

Asallamualaikum,
Saudara, 'aurat' adalah suatu yg amat fundamental dalam Islam. Malangnya, ramai sekali umat Islam, termasuklah orang Melayu yg akui dirinya Islam, abaikan atau ketepikan atau persoalkan (i.e. tidak bersetuju mereka kpd ketetapan dan perintah Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan as-Sunnah atau mereka sengaja langgar ketetapan tersebut). Ramai orang Melayu - dari pemimpin mereka di peringkat tertinggi hirarki dunia di Malaysia (seumpama PM dan menteri, hakim dan sebagainya) dan para selebriti (spt penyanyi dan pelakun serta juruhebah media dan sebagainya) dan orang awam sama ada di kampung atau di bandar, sendiri telah mengingkari perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Mereka mungkin jahil atau tak faham.
Orang-orang yg melanggar perintah Allah (a.w) dan RasulNya diistilahkan sebagai orang 'fasiq' dalam Islam (yakni, orang yg tahu larangan, tetapi tetap tidak endahkan, sebaliknya lakukan juga) atau orang yg 'menzalimi diri sendiri' (yakni, orang yg tau hukum Islam tetapi sengaja langgar). Dalam Islam orang fasiq dan orang yg menzalimi diri sendiri pasti masuk neraka, kerana kefasiqan mereka atau kerana 'menzalimi diri mereka' tersebut. Hanya, berapa lama menjadi penghuni neraka, wallahu 'alam.  Allah (a.w) yg tahu. Kefasiqan dan kezaliman atas diri ini boleh terhapus jika bertaubat setelah menyesali kefasiqan dan kezaliman tersebut, dan tidak ingin mengulangi lagi. Jika taubat diterima Allah (a.w), maka terhakislah dosa kefasiqan dan penzaliman tersebut, insya Allah.
Dalam perkara aurat - pakaian lelaki dan perempuan - dalam Islam, ramai orang Melayu yg menjadi fasiq dan menganianya diri mereka sendiri. Selaian kerana kejahilan dan tidak faham, ramai yg tau, tapi tidak akur dgn ketetapan Allah (a.w). Menagpa? Mereka yg terlibat rela, bahkan suka, meniru cara hidup dan gaya hidup orang-orang yg bukan Islam. Dulu umat Islam meniru perbuatan dan perangai orang Yahudi dan Nesrani. Sekarang orang Melayu tiru budaya Yahudi, Nesrani dan budaya orang yg  bukan Islam selainnya, spt India, China dan sebagainya. Malah melalui pelbagai media - media cetak dan media letronik spt TV dan media maya (komputer) - orang Islam, terutama genarasi muda atau kamu muda mudi sekarang, mencontohi segala perbuatan orang-orang yg bukan Islam, terutama selebriti, dalam tata kelakuan, perangai dan perbuatan.
Umumnya, orang Melayulah yg suka meniru pakaian bangsa lain - pakaian China dan India dan pakaian Barat. Apabila tiba Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Cai) atau perayaan orang Kristian (spt Valentine Day, X-Mas dan sebagainya) atau perayaan India spt Deepavali dan Thaipusam), kita akan lihat orang Melayu (termasuk pemimpin politik sendiri yg memakai pakaian tradisi atau budaya bukan Islam tersebut. 
Golongan orang Melayu yg paling serius dan mendalam kefasiqan mereka adalah selebiriti -pelakun (atau istilah glamournya, artis) dan penganyi (juga artis). Sudahlah mereka itu tidak mendapat didikan ugama yg cukup, mereka jahil tentang Islam, mereka pula dari keluarga yg kedua ibubapa merekapun jahil tentang Islam. Mereka telah menjadi idola dan dijadikan idola oeh generasi muda. Maka bukan setakat mereka berdosa setiap saat dan ketika kerna tatakelakuan dan penampilan mereka, mereka sebagai idola pula seolah-olah mengajarkan kefasiqan kpd generasi muda yg meniru mereka, semakin ramai semakin hari. Maka mereka seolah-olah melabur untuk kehancuran akhirat mereka setiap saat dan ketika. Kerana, dosa yg didapati oleh anak muda atau siapa saja yg meniru mereka tetap dikirimkan oleh muda mudi yg mengidolakan mereka, tanpa sedikitpun menjejaskan dosa-dosa yg didapati oleh muda mudi tersebut dalam meniru tatakelakuan dan perangai idola mereka.
Kalau kita rajin membaca akhbar-akhbar harian - spt Metro, Kosmo, Utusan Malaysia (yg berbahasa Melayu) dan majalah kegemaran muda mudi, dan sebagainya kita akan temui cerita dan coretan artis-artis Melayu buat itu dan ini (spt berbikini di pantai) serta gambar-gambar fesyen terkini mereka yg direka oleh pereka fesyen, yg tak tumpah spt pelakun Hollywood ataupun Bolywood atau artis China, Jepun dan Taiwan. Mereka yg rajin melayari lawan web pula, pasti menemui pula penampilan orang Melayu sebagai Swingers dan lagak seumpama pelakun porno di kalangan anak Melayu pula! Yg kaya pula ada klab sulit tersendiri, di mana mereka lakukan pelabagi kemaksiatan pula! Yg membezakannya hanyalah nama yg masih ada mirip-mirip Islam, kerana terkadang memakai nama glamour seumpama nama orang Barat. kalau kita lihat pula majallah bulanan muda mudi kita akan dapat lebih banyak lagi pendedahan oleh artis dan selebriti.
Saudara, dalam beberapa post yg akan datang kita akan teliti apakah ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran mengenai aurat ini. Kemudian, kita akan teliti pula apakah ketetapan as-Sunnah mengenai perkara yg sama. Dgn itu nanti kita faham ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan dalam as-Sunnah sebagaimana yg diperincikan oleh Rasulallah (s.a.w). 
Aurat dalam Islam adalah suatuk etetapan yg amat utama dan paling banyak menjermusukan orang Islam ke dalam neraka.Sememangnya orang-orang Islam yg mendedahkan tubuhnya adalah melanggar ketetapan tentang aurat. Tapi, bagaimana pula orang-orang yg menutup tubuh mereka, tetapi masih jelas kelihat tubuh mereka juga? Bagaimana, kalau seorang artis wanita itu menutup tubuhnya dgn kain yg nipis sehingga apakala dia berjalan masih kelihatan seluar dalam dan colinya? Atau, tidak nampak bayangan seluar dalamnya dan colinya, tapi jelas kelihatan rupa bentuknya walaupun pakaiannya tebal tak lut sinarpun? Kita akan teliti perkara ini dalam post-post yg akan datang.

Jazakallahu khairah

Aqidah: Peringatan Ulangan

Assalamualaikum,
saudara, bagi kita yg Islam yg kurang ilmu atau jahil ilmu mengenai Islam dan syariatnya, mungkin kita tidak terasa apa-apa sehari-harian tentang sesuatu yg berlaku di dalam masyarakat umat Islam, terutama di Malaysia. Yg sentiasa kita berdepan adalah beberapa isu pokok; antara: pertama, tentang ketetapan Islam yg haq itu bersumberkan apa? Insya Allah dalam blog ini kita telahpun faham bahawa segala sesuatu mengenai Islam, terutama syariatnya, adalah bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran itu adalah Perlembagaan Islam atau Perlembagaan Umat Islam, yg tidak boleh tidak wajib dipatuhi dalam apa jua keadaan dan bila-bilapun zaman kita hidup. As-Sunnah juga adalah sebahagian drpd Perlembagaan Islam atau Perlembagaan Umat Islam tersebut, kerana as-Sunnah menjelaskan serta mendetailkan segala sesuatu yg disebutkan secara prinsip dalam al-Quran. Hakikat ini wajib kita semua yg akui diri kita Islam fahami. Kedua, pelaksanaan syariat Islam di dunia dalam semua dimensi dan segi (facets) kehidupan manusia adalah dipandu atau dihadkan atau ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah - yg boleh dan yg tidak boleh dilakukan oleh manusia, bukan setakat umat Islam sahaja. Kerana tanggungjawab utama manusia itu diberi kesempatan hidup di dunia adalah memperhambakan diri mereka kpd Allah (a.w) (Ayat 56, Surah az-Zariat) dan acuannya, yakni bagaimana memperhambakan diri yg sah di sisi Allah (a.w), dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).(Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Hasyr dan Ayat 21, Surah al-Ahzab). Maka dgn itu seseorang yg Islam dan mengerjakan dia akan amalan dan ibadah yg menepati ketetapan al-Quran (Ayat 36, Surah al-Isra' dan Ayat 56, Surah al-Isra' serta Ayat 103, Surah ali-Imran), maka kesemua amalannya adalah sah dan diterima Allah (a.w). Jika tidak menepati ketetapan tiga ayat tersebut khususnya, maka amalan dan ibadahnya tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w). Oleh yg demikian, amalan dan ibadah yg berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah batal, kerana menyalahi perintah Allah (a.w) dan mengingkari ketetapan as-Sunnah. Kesempurnaan ilmu mengenai Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Juga, panduan haq umat Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Oleh yg demikian, segala ketetapan yg bersandarkan 'qias' atau 'ijtihad' hanya boleh diterima sebagai sah dan haq jika tidak menyalahi atau bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kesempurnaan serta kesahihan segala amalan dan ibadah dalam Islam adalah amalan dan ibadah yg menepati al-Quran dan as-Sunnah. Ketiga, seseorang itu sah Islamnya jika dia patuhi ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran - iaitu mereka 'berjema'ah dalam Islam'. Untuk memahami sepenuhnya hakikat dan konsep 'berjema'ah' itu hendaklah kita merujuk kpd as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) menjelaskan dgn sempurna hakikat 'berjema'ah' itu dalam as-Sunnah. [Nota: Insya Allah kita akan teliti sepenuhnya konsep 'berjema'ah' ini dalam blog ini nanti. Buat sementara waktu, pembaca diingatkan supaya merujuk kpd hadith Omar ibni Khattab (r.a) yg mermumuskan konsep 'berjema'ah' ini - tidak dikatakan Islam kecuali berjema'ah, tidak dikatakan berjema'ah kecuali ada Imam (i.e. pemimpin), tidak dikatakan ada pemimpin jema'ah kecuali jika wujud ikrar taat setia (bai'at) terhadap pemimpin dan pemimpin hendaklah ditaati. Omar (r.a) dalam hadith tersebut merumuskan prinsip pokok 'berjema'ah' itu selari dgn firman Allah (a.w) dalam al-Quran dan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah]. Keempat, sah Islam seseorang itu sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' jika mereka berpandukan dan terima as-Sunnah (termasuk sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg empat dan mereka Islam secara berjema'ah. Kelima, apabila seseorang itu Islam dan dia berada dalam jemaah umat Islam, yg menepati spesifikasi 'jema'aah' yg diteteapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, maka barulah 'halal' hidupnya di dunia. Jika tidak 'hidupnya' belum dikira 'halal'. Halal bererti keIslamannya atau aqidahnya diterima Allah (a.w) dan diakui orang yg anuti Islam yg haq, maka orang sedemikian berhak untuk mendapat syurga kelak di akhirat. [Nota: Orang yg tidak halal hidupnya akan menerika apa yg diterima oleh orang yg kafir dan kufur, kerana segala amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w), maka dgn itu Kitab Catatan Amalannya kosong semata-mata apabila dihisab di akhirat kelak, wal iyazubillah.]
Saudara, mudah-mudahan saudara faham. Ramai orang Islam tak faham, walaupun dia adalah kononnya ornag yg berilmu - keluar dgn ijazah menjela dari institusi pengajian tinggi menara gading spt al-Azhar, Mesir, Universiti 'Ain Syam, juga di Mesir, Uiversiti Madinah, di Arab Saudi, Universiti Umul Qura, juga di Arab Saudi, dan di Malaysia UIAM (International Islamic University Malaysia) dll lagi! Ramai tokoh-tokoh ugama yg bercakap begitu petah dan fasih tentang 'Islam' tapi tak faham hakikat yg disebutkan di atas itu. Yg paling tidak difahami mereka adalah konsep 'jema'ah' dalam Islam.Rugilah orang Islam yg dahlah tak faham, tak mau pula diberi kefahaman, kerana sombong diri. Di dalam Islam orang yg sombong itu adalah orang yg diberitahu sesuatu kebenaran dia menolak atau tidak mahu terima. Begitu juga orang yg berdusta dalam istilah al-Quran dan as-Sunnah itu adalah orang yg menyebut sesuatu tentang Islam tanpa merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah, maka segala sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah suatu pembohongan dan menipuan. Orang-orang sedemikian itu cuba menipu Allah (a.w) dan berlagak seolah-olah dia beranggapan dan mengakui bahawa ilmunya lebih tinggi dan lebih luas dari ilmu Allah (a.w) dan lebih luas drpd ilmu yg diwahyukan oleh Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w), wal iya zubillah min zalik!
Saudara, melalui post dalam blog ini, kita akan lama kelamaan dan sedikit demi sedikit faham Islam dan syariatnya yg haq itu, insya Allah. Oleh itu teruskan melayari blog ini.

Jazakallahu khairah

Ibubapa: Ketetapan as-Sunnah (samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita semak sedikit lagi ketetapan as-Sunnah menyentuh perkara dia atas, iaitu hubungan antara anak dgn kedua ibubapanya, dalam Islam. 
Seperti yang hamba tuliskan sebelum ini sebaik-baik jalan seseorang anak itu masuk ke Syurga adalah memuaskan hati kedua ibubapanya. Apabila seseorang anak itu mengikuti kehendak mereka atau salah seorang daripada mereka, dan menjauhkan segala yang tidak disukai mereka tentulah memuaskan hati mereka. Malahan jika seorang anak itu beristeri dan benci salah seorang ibubapanya akan isterinya, kemudian disuruhnya menceraikan isterinya itu, maka tentulah memuaskan hati kedua ibubapanya apabila dia menceraikan isterinya. Dengan berbuat sedemikian itu, jadilah anak itu menyediakan sebaik-baik pintu Syurga baginya. 
Ini dijelaskan dalam sepotong hadith yang dikeluarkan oleh Imam Termizi dalam kitabnya Sunan at-Termidzi [Nota: jangan lupa bahawa Sunahn at-Termidzi adalah satu drpd kitab yg disebut Kuttubul Sittah]: 
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi (s.a.w) namanya Abu Darda’ (r.a) bahawasanya seorang lelaki datang menemuinya kerana mahu bertanyakan bagaimana ia perlu buat sesuatu terhadap masalah yang melibatkan dirinya. Apabila dia telah mengadap Abu Darda’ (r.a) lalu berkata: ‘Bahawasanya ada bagiku seorang perempuan (yakni, isteri) (yang aku kasih akandia), dan bahawasanya ibuku (tidak suka akan isteriku itu), menyuruh aku ceraikan dia.  (Maka bagaimana aku perbuat? Adakah aku ceraikan isteri yang aku kasihi dan aku tidak ambil peduli akan kemarahan dan ketidaksukaan ibuku itu?)’ (Bila didengar oleh Abu Dhardah (r.a) akan kata lelaki itu demikian itu, lalu dijawabnya). Kata Abu Dhardah (r.a): ‘Telah aku dengar Rasulallah (s.a.w) bersabda dia: ‘Bapa itu, (yakni keridaannya dan kepuasan hatinya itu) sebaik-baik pintu Syurga (yang disediakan).  Maka jika engkau berkehendakkan (pintu Syurga yang baik dan terbuka) maka letaklah olehmu itu pintu (atau engkau pelihara pintu Syurga terbuka dengan memuaskan hati bapa, demikianlah jua ibumu).’  [Hadith sahih at-Termidzi] 
Hadith di atas ini menjelaskan sejauh mana seseorang anak itu perlu mematuhi kedua ibubapanya supaya menyenang dan menyukakan hati mereka. Dan, sejauh mana pula sesorang anak itu perlu berkurban demi kehendak kedua ibubapanya, atau apakah tindakannya demi menyuka atau memuaskan hati keduanya diperjelaskan dalam hadith di atas itu. Sekiranya dia perlu menceraikan isteri yang dikasihinyapun untuk menyukakan atau memuaskan hati keduanya, maka hendaklah dia menceraikan isterinya itu. Keridaan keduanya, sama ada bapa atau ibu itu, adalah keridaan Allah (a.w), yang menjamin Syurga sebagai balasan. [Nota: Sila rujuk ketetapan dalam hadith dalam post sebelum ini]. Sudah pastilah sebagai seorang Muslim yang taat akan Tuhannya dan akur perintah RasulNya, dan sentiasa mencari jalan untuk mendapat Syurga, maka menceraikan isterinya adalah lebih baik daripada mengingkari kedua ibubapanya.  Mengingkari salah seorang mereka menyebabkan dia terjerumus masuk Neraka. Hadith terdahulu menjelaskan rida Allah (a.w) akan seorang anak itu apakala rida ibu atau bapanya atau kedua-duanya terhadapnya. [Nota: Bagi kita yg faham Islam, khususnya mengenai perkara perkahwinan dan penceraian dalam Islam, kita tahu bahawa sesuatu yg halal atau dihalalkan oleh Allah (a.w) tetapi tidak disukaiNya adalah perceraian. Apabila bercerai sepasang suami isteri, bergoyang arasy Allah. Namun, Allah (a.w) meletakkan keridaanNya pada keridaan kedua ibubapa kpd atau terhadap seorang anak!]

Jazakallahu khairah

Ibubapa: Ketetapan as-Sunnah (samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang tajuk dia atas, iaitu ketetapan Islam tentang hubungan anak-anak dgn kedua ibubapa mereka. 
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi (s.a.w), namanya Abdullah bin Mas’ud (r.a.), katanya: ‘Telah aku tanya akan Rasulallah (s.a.w), maka kataku: ‘Ya Rasulallah (s.a.w) apakah dari segala amal itu lebih utama?’ Sabdanya ialah: ‘Solat pada awal waktunya [yakni, apabila sudah masuk waktunya dan orangpun bang (azan), kamupun solat, maka dapatlah kamu amal yang lebih utama (afdhal) telah kamu buat]’  [Kemudian bertanya Ibn Mas’ud lagi]: ‘Apakah setengah daripada amal yang lebih utama lagi kemudian daripada solat awal waktu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabdanya: ‘Berbakti kepada kedua ibubapa.’ ” ‘Kemudian bertanya lagi aku [sambung Ibn Mas’ud lagi] akan Rasulallah (s.a.w), ‘Apa amal yang lebih afdhal kemudian daripada berbuat bakti kepada kedua ibubapa itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Katanya: ‘Perang sabilillah (yakni, berjihad di jalan Allah (a.w)’. Kemudian daripada habis tiga pertanyaanku kepada Rasulallah (s.a.w) itu, lalu diam Rasulallah (s.a.w) daripadaku. Tiada lagi apa-apa cakapnya.’  [Hadith hasssan dan sahih at-Termidzi] 
Saudara, apakah ketetapan dalam hadith tersebut? Pertama, dalam sebegitu banyaknya amalan seorang Islam itu, yg paling utama adalah bersolat pada awal waktunya, yakni ketika masuk waktu sesuatu solat fardu itu, disolatkan pada awal waktunya. Kedua, anak-anak yg berbakti kpd ibubapanya. Melakukan segala sesuatu yg disuruh ibubapanya atau melakukan sesuatu yg menyukakan hati kedua ibubapanya. Ketiga, berjihad pada jalan Allah (a.w) (yakni, fi sabilillah). 
Dan sepotong hadith lain pula, iaitu berikut: 
Diriwayatkan daripada (seorang sahabat Nabi (s.a.w), yang masyhor alimnya serta penulis wahyu Rasulallah (s.a.w), namanya) Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ass (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) sabdanya: ‘Bahawa keridaan Allah (a.w) itu pada [yakni terletak di atas] keridaan bapanya (dan ibunya). Maka apabila suka hati (yakni, rida) bapa (dan ibunya) itu dengan sebab (anaknya) menurut apa kemahuannya dan perintahnya, nescaya rida Allah (a.w), maka rida Allah (a.w) itu memasukkan (anak-anak) ke dalam Syurga. Dan murka Allah (a.w) itu atas kemarahan bapanya (dan ibunya).  Maka apabila marah bapa (dan ibu) itu terhadap anaknya (dengan sebab tidak menurut kehendaknya dan suruhannya yang diizin Allah (a.w)) nescaya murka Allah (a.w), maka (kerana itu) dimasukkan anak itu ke dalam Neraka. 
Barangsiapa berpagi ia orang yang disukai oleh ibubapanya, nescaya berpagi ia dua pintu Syurga terbuka untuk dia masuk ke dalamnya, dan berpetang ia orang yang disukai oleh ibubapanya, nescaya ketika petang terbuka dua pintu Syurga untuk dia memasukinya; dan jika orang yang disukai oleh seorang daripada keduanya, nescaya terbuka satu pintu Syurga, walaupun ibubapanya itu zalim sekalipun [diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) tiga kali kalimah 'zalim' itu] terhadap mereka. Dan, jika berpagi-pagi ia orang yang dimurkai oleh kedua ibubapanya, maka terbuka dua pintu Neraka untuk dia masuk, dan barangsiapa berpetang seumpama demikian itu, jadi terbuka dua pintu Neraka baginya, dan jika seorang [daripada keduanya] murka, terbuka satu pintu Neraka.  [Ini pasti berlaku] walaupun kedua-dua atau seorang daripada keduanya itu zalimpun terhadap anaknya (ungkapan ini diulang Rasulallah (s.a.w) tiga kali).’ [Hadith at-Termidzi]. 
Saudara, apakah pula ketetapan hadith di atas itu? Pertama, disebutkan bahawa Allah (a.w) rida terhadap seorang anak itu jika rida kedua bapanya terhadap anaknya. Kedua, jika ibubapa seorang anak itu gembira dgn anaknya ketika pagi hari, maka dibuka dua pintu syurga untuk anaknya masuk ke dalam syurga, dan jika gembira kedua ibubapa anak itu ketika petang hari, maka terbuka dua pintu syurga untuk anaknya memasuki syurga. Kesimpulannya, jika seorang anak itu tidak mendapat keridaan kedua ibubapanya, maka pastilah Allah (a.w) tidak rida terhadapnya. Demikianlah utamanya seorang anak itu sentiasalah dia berusaha membuatkan kedua ibubapnya rida terhadapnya. Jika begitu, apakah seorang anak itu mendapat leridaan ibubapanya jika dia sentiasa melawan dan mengingkari perintah dan suruhan mereka? Atau, melakukan segala sesuatu yg tidak disukainya. Apakah kedua ibubapa rida apakala anaknya menghantarkannya tinggal di rumah penjagaan orang tua ketika mereka sudah tua, lemah dan dhaif? hari ini begitu ramainya anak, kerana pelbagai sebab, termasuk mematuhi karenah isterinya, tidak mahu menjaga ibubapanya yg sudah dhaif dan tua. Apatah lagi kalau ketika tua ibubapa itu sering fussy dan bercakap perkara-perkara yg tidak disukai oleh anaknya pula. 

Jazakallahu khairah