Thursday, January 28, 2010
Peringatan Allah (a.w) kpd orang yg kufur
Tuesday, January 26, 2010
Bid'ah bahaya kepada kita!!
2. Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak didatangkan daripada kami (yakni, yang tidak disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) mengikut ketetapan as-Sunnah atau al-Hadith), maka dia (yakni, ibadat atau amalan tersebut) ditolak (yakni, tidak diterima).’ [Hadith Muslim]
[Nota: Sabda Rasulallah (s.a.w) disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) apabila beliau memberitahu tentang wajibnya syariat haji, apabila para sahabat ada yang bertanya sama ada diwajibkan sekali atau dua atau sebagainya, maka beliau memberi teguran. Di dalam Islam salah satu prinsip utama adalah kita diwajibkan mendengar dan taat dan janganlah banyak soal tentang sesuatu. Setelah diberitahu sesuatu prinsip maka terima sajalah, jangan banyak soal dan hujjah.]
Ramai orang Melayu, termasuk para ulama' dan ilmuwan sendiri yg menemui hadith-hadith tersebu, sengaja tidak endahkan dan meneruskan amalan yg terlarang tersebut!
Monday, January 25, 2010
Wacana Anti Wahabi ??
Sunday, January 24, 2010
Solat Jum'at: Keutamaannya (Sambungan)
Disebutkan bahawa ada waktu-waktu tertentu pada hari Jum’at itu sangat mustajab berdoa kerana apa yang diminta akan dimakbulkan oleh Allah (a.w).
1. Diriwayatkan daripada seorang sahabat Rasulallah (s.a.w) dan khadamnya namanya Anas bin Malik (r.a) katanya daripada Nabi (s.a.w) dan bersadba Nabi (s.a.w): ‘Tuntut (yakni, cari) dan hintai (yakni, kaji) dengan sungguhnya oleh sekelian kamu akan waktu yang diharapkan pada hari Jum’at itu sangat mustajab doa padanya iaitu kemudian daripada ‘Asar sampai lenyap matahari.’ [Hadith gharib at-Termidzi]
Hadith di atas menyebutkan bahawa ada satu waktu pada hari Jum’at yang tinggi fadhilatnya, iaitu berdoa meminta sesuatu pada Allah (a.w) pada waktu dan ketika itu makbul doa (yakni, diperkenankan oleh Allah (a.w) permintaan mereka yang berdoa. Waktu tersebut, mengikut hadith berikut, adalah selepas waktu ‘Asar sampai tenggelam matahari, yakni masuk waktu solat Maghrib. Sepotong hadith lain pula disebutkan bahawa Nabi (s.a.w) bersabda bahawa sesiapa yang berdoa pada waktu dan ketika itu, akan dimakbulkan oleh Allah (a.w) doanya:
2. Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Bahawasanya pada hari satu khutbah yang tiada meminta akan Allah (a.w) seorang hamba didalamnya akan suatu melainkan didatangkannya akandia oleh Allah (a.w), yakni dimustajabkannya akandia akan perkara yang dituntut.’ (Kata segala sahabat) ‘Ya Rasulallah (s.a.w) manakah waktu itu?’ (Sabda Nabi (s.a.w)): ‘Ialah mendirikan solat hingga berpaling daripadanya (yakni, selesai solat)].’ [Hadith hasan gharib at-Termidzi]
Hadith di atas menyebutkan waktu dan ketikanya adalah bermulanya solat Jum’at sehingga selesai solat Jum’at. Satu hadith lain menyebutkan juga waktu dan ketikanya mustajab berdoa itu. Hadith tersebut panjang, maka dalam tulisan ini, penulis sengaja pecah-pecahkan untuk mudah diperjelaskan, iaitu:
3. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) katanya telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sebaik-baik hari daripada segala hari di dalam seminggu ialah hari Jum’at, kerana [beberapa perkara yang besar-besar yang jadi pada harinya tiada pada lain hari sebagai sabda Nabi (s.a.w)] pada hari itu dijadikan Adam (a.s). Dan padanya Adam dimasukkan Syurga, dan padanya diturunkan dia daripadanya [yakni dikeluarkan dari Syurga ke dunia] dan padanya waktu yang tiada muafakat akandia oleh seorang hamba yang Muslim yang solat ia maka meminta ia akan Allah (a.w) padanya akan suatu melainkan memberi Ia (Allah (a.w)) akandia akan apa yang dipintanya.’ ‘[Maka berkata Abu Hurairah (r.a)]: ‘Maka aku jumpa seorang sahabat Rasulallah (s.a.w) namanya Abdullah bin Salam (r.a), maka aku sebutkan baginya akan hadith [yakni, sabda Nabi (s.a.w) iaitu: Pada hari Jum’at itu satu saat yang tiada berbetulan akandia oleh seorang hamba yang solat ia maka minta doa ia akan Allah (a.w) padanya akan sesuatu melainkan memberi Allah (a.w) akan pintanya akanDia]. [Maka apabila didengar oleh Abdullah bin Salam (r.a) akan hadith Abu Hurairah (r.a) itu]. Maka berkata ia [yakni, Abdullah] ‘Aku tahu dengan itu saat yang kamu kata tiada berdoa seseorang melainkan diberi pintanya (atau permintannya) itu.’ Maka kataku (yakni berkata Abu Hurairah) [kepada Abdullah bin Salam (r.a)], ‘Khabarlah olehmu akandaku akan manakah ia waktunya yang engkau kata tahu itu, dan jangan engkau rahsiakan dengan dia atasku, [kerana engkau sedia maklum menyembunyikan ilmu tiada baik].’ [Apakala didengar Abdullah bin Salam (r.a) akan perkataan Abu Hurairah (r.a) itu] Katanya, ‘Bermula waktu mustajab doa pada hari Jum’at itu ialah kemudian daripada solat ‘Asar sampai lenyap matahari (yakni, masuk waktu Maghrib).’ [Dengan jawapan itu timbullah musykil dalam hati Abu Hurairah (r.a), maka iapun bertanya lagi kepada Abdullah bin Salam (r.a)]: [Kata Abu Hurairah (r.a)] ‘Ya Abdullah ibn Salam! Betapakah ada waktu mustajab doa pada hari Jum’at tentu ia kemudian dari ‘Asar, maka yang demikian musykil aku.’ [Sebab musykil itu kerana sesungguhnya telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiada bertentang akan waktu itu oleh seorang hamba yang Muslim yang berdoa pada hal ia solat (yakni, dia berdoa semasa mengerjakan solat)’. Maka itu waktu, yakni demikian daripada ‘Asar itu, tiada solat seseorang padanya akan solat sunat [Nota: Orang Islam ditegah solat sunat selepas solat ‘Asar]. Maka dimanalah terupakan itu waktu mustajab seperti kata (hadith) itu?’ Manakala didengar oleh Abdullah bin Salam (r.a) akan kemusykilan Abu Hurairah (r.a) yang demikian itu, maka iapun menjawabnya: ‘[Maka kata Abdullah bin Salam (r.a)], ‘Ya Abu Hurairah (r.a)! Tidakkah ada sesungguhnya telah bersabda Rasulallah (s.a.w) begini: ‘Barangsiapa menunggu/ menanti akan solat berjemaah maka dialah di dalam solat [pada hukumnya]’. [Maka seorang yang sudah solat ‘Asar dan menanti ia akan solat Maghrib, kemudian di dalam penantiannya (yakni, menunggu dia untuk solat Maghrib) antara ‘Asar dan Maghrib itu ia berdoa kepada Allah (a.w), maka dialah orang yang berdoa didalam solat seperti yang disabdakan oleh Nabi (s.a.w) itu dan permiintaannya itulah yang mustajab kerana ia berdoa di dalam waktu mustajab]. [Maka apabila didengar Abu Hurairah (r.a) akan jawapan Abdullah bin Salam (r.a) dengan demikian itu, lalu] berkata ia, ‘Bahkan, [yakni, sebetulnyalah Ya Abdullah! Nabi (s.a.w) bersabda demikian].’ Kata Abdullah, ‘Maka ialah demikian [yakni, begitulah kerana mengikut sabda Nabi (s.a.w) itu waktu mustajab doa itu kemudian dari waktu ‘Asar sehingga lenyap matahari hari Jum’at]’. [Hadith sahih at-Termidzi]
Selain memberitahu keistimewaan hari Jum’at itu, seperti hadith-hadith sebelum ini, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahaw waktu dan ketika yang mustajab doa adalah waktu antara selepas solat Asarr dan sebelum maghrib, dengan syarat kita tetap di tempat solat Asar tadi menunggu solat Maghrib sambil berzikir dan sebagainya. Kerana Rasulallah (s.a.w) menyebut mereka yang sesudah solat kekal duduk ditempatnya, boleh beredoa, dan doanya dimakbulkan oleh Allah (a.w).
[Nota: Oleh kerana tidak boleh berdoa sewaktu bersolat, maka waktunya adalah ketika imam selesai khutbah bahagian pertama sebelum memulakan khutbah bahagian keduanya, kira-kira lamanya waktu tersebut membaca 10 ayat al-Quran. Khutbah Jum’at itu dikira sebahagian daripada solat Jum’at.
Solat Jum'at: Persedian ke masjid
Hadith di bawah ini pula menjelaskan bahawa hendaklah disediakan satu pasang pakaian khas untuk solat Jum’at. Ini adalah kerana hari Jum’at lebih baik kedudukan daripada raya Aidil Fitri atau Aidil Adha, dan solat Jum’at itu lebih banyak fadhilatnya daripada solat fardu Zohor. Jika manusia sanggup membeli dan memakai pakaian yang cantik lagi bersih untuk kedua hari raya tersebut, sepatutnya mereka lebih bersedia dengan pakaian yang baru dan cantik, malah khusus, untuk solat Jum’at, seperti yang digalakkan oleh as-Sunnah.
1. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Salam (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda di atas mimbar pada hari Jum’at: ‘Tidak ada atas seseorang kamu seandainya membeli dua pakaian bagi hari Jum’at, selain pakaian untuk kerjanya seharian’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith ini menggesa seseorang itu supaya memakai pakaian asing untuk solat Jum’at dan seboleh-bolehnya tidaklah menggunakan pakaian kerjanya untuk solat Jum’at. Lebih afdhal menggunakan satu pakaian yang khusus untuk solat Jum’at. Malangnya, bagi kita yang masih bekerja kurangnya ganjaran pahala kita: yakni, tidak dapat pahala hadhir awal di mesjid, tidak dapat pahala mandi hari Jum’at, dan tidak dapat pahala memakai kain atau pakain khas untuk solat Jum’at itu. Maka dengan itulah bagi negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya, hari kelepasan mereka adalah hari Jum’at (bukan hari Ahad), supaya umat Islam dapat meraih sebanyak pahala yang termungkin pada hari Jum’at itu, dengan menghadiri masjid awal.
2. Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) berkhutbah atas manusia pada suatu hari Jum’at, maka melihat atas mereka berpakaian lusuh. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak adakah atas seseorang kamu bahawasanya menjumpai keluasan (yakni, kesenangan untuk membeli satu pakaian yang bersih lagi baik untuk solat Jum’at), sesungguhnya mengambil dua pasang pakaian untuk hari Jumat, selain pakaian untuk pakaian kerjanya’ [Hadith Ibnu Majah]
Maksud hadith ini eloklah disediakan dua pasang pakaian, satu untuk kerja seharian pada hari Jum’at dan satu lagi khusus untuk bersolat Jum’at. Seperti hadith di atas itu, digesa supaya kita mendapatkan pakaian khas untuk solat Jumat dan bersedia dengan pakaian yang sebaik-baiknya untuk solat Jum’at.
3. Diriwayatkan hadith daripada Abu Zar (r.a) berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Barangsiapa mandi pada hari Jumat maka memperbaikilah (atau memperelokkan) mandinya, dan bersucilah (yakni, berwudu’lah) maka memperbaiki suciannya (yakni, wudu’nya), dan memakailah dari sebaik-baik pakaian, dan memakailah apa-apa yang mewajibkan (yakni, membolehkan) oleh Allah (a.w) atas benda-benda itu dari bau-bauan (minyak) wangi isteri kamu, kemudian datanglah (ke mesjid untuk solat) Jum’at, dan janganlah lahan (atau lagha, yakni bersembang dengan kata-kata yang sia-sia), dan tidak memisah antara orang-orang (yakni, mengambil tempat duduk antara dua orang yang sudah duduk), diampunkan Allah (a.w) baginya apa-apa di antara Jumat (hari itu) dengan selainnya (yakni, Jumat yang lainnya).’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith-hadith di atas ini menunjukkan bahawa Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita bersedia sebaik-baiknya untuk solat Jum’at dan semasa khutbah, termasuklah memakai wangi-wangian. Antaranya persedian tersebut disebutkan seperti berikut:
· Mandi (sebagaimana orang mandi junub), dan memperbaiki mandiannya;
· Mengambil wudu’ di rumah dan memperbaiki wudu’nya;
· Memakai pakaian khusus (jika tiada pakaian khusus untuk Jumat, dapatkan) yang bersih dan cantik ke mesjid;
· Memakai bau-bauan dan wangi-wangian (supaya selesa jemaah yang duduk berhampiran dengan kita);
· Datang awal ke mesjid untuk ganjaran pahala yang lebih;
· Sampai di mesjid duduklah untuk memperingatkan Allah (a.w) (dengan berzikir dan membaca al-Quran, dan lain-lainnya; dan
· Jangan berbual-bual kosong atau bersembang perkara yang bukan-bukan, sebaliknya hendaklah berzikir mengingati Allah (a.w) atau membaca al-Quran; dan
· Mendengar khutbah, tidak bercakap semasa imam berkhutbah.
Jelaslah, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita menghormati hari Jum’at, memperbanyakan amalan sunat, terutama berzikir, dll pada hari Jum’at. Apabila kita melakukan segala suatu yang disuruh Rasulallah (s.a.w) kita mendapat ganjaran yang disebutkan oleh beliau, selain pahala yang kita dapati kerana mengikuti sunnah Rasulallah (s.a.w).
Solat Jum'at: Ganjaran datang awal ke masjid
Hadith di bawah ini pula menjelaskan fadilat seseorang yang bersegera ke mesjid untuk solat Jum’at. Disebutkan dalam hadith ini oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa para malaikat menunggu-nunggu kedatangan jemaah ke mesjid di kesemua pintu mesjid dengan mencatit kedatangan mereka. Mereka yang datang awal ke mesjid ditulis oleh para malaikat pahala yang lebih.
Diumpamakan dalam hadith ini (dan hadith berikutnya) mereka yang mendahului jemaah di masjid itu seolah-olah berqurban seekor unta, kemudian sedikit berqurban seekor lembu dan sehinggalah, fadhilat yang terkecil sekali seumpama, sebutir telur. Apabila imam mula berkhutbah ditutup buku catitan oleh malaikat yang mencatit, dan mereka turut sama mendengar khutbah imam, jemaah yang dating dianggap hadir untuk solat Jum’at seolah-olah memenuhi syaratnya sahaja (yakni, syarat minima) untuk bersolat. Tidak ada pahala atau ganjaran tambahan bagi mereka.
1. Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika ada hari Jumat, ada atas tiap-tiap pintu dari beberapa pintu mesjid (ada hadhir) malaikat yang menulis mereka pada manusia (yang datang ke mesjid) atas kadar tempat (yakni, kedudukan) mereka. Yang awal ditulis (oleh malaikat) orang yang awal. Maka ketika keluar imam (untuk berkhutbah) ditutupnya buku (atau kitab) catitan mereka, dan mendengar mereka (yakni, malaikat bersama-sama makmum dari kalangan manusia) khutbah. Maka orang yang datang awal ke mesjid (untuk solat) seumpama membawa hadiah (sedekah) seekor unta. Kemudian orang mengikutnya (kemudian pula) seumpama membawa hadiah seekor lembu. Kemudian mereka yang mengikutinya (kemudian pula) seumpama membawa hadiah seekor kibas (kambing). [Sehinggalah disebutkan oleh perawi hadith ini seekor ayam jantan, dan ditambah oleh Sahli (perawi lain) pada hadith ini sebiji telur ayam] Maka barangsiapa yang datang (ke masjid) selepas itu (yakni, apabila imam atau khatib memulakan khutbahnya), maka sesungguhnya datang dia dalam haq untuk bersolat (yakni, semata-mata hadhir sahaja untuk bersolat, tiada pahala tambahan).’ [Hadith Ibnu Majah]
Maka dengan itulah para ulama’ menyuruh kita menyegerakan diri kita ke mesjid supaya mendapat ganjaran pahala seumpama mensedekahkan seekor unta dan jangan melambatkan datang ke mesjid. Apabila khutbah bermula mereka yang sampai hanya mendapat cuku syarat hadir (yakni, in attendance) untuk bersolat Jum’at, tanpa mendapat pahala tambahan.
2. Diriwayatkan hadith daripada Samurah bin Jundab (r.a) katanya: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) membuat misalan pada solat Jum’at kemudian (yang datang awal) berpagi-pagi (mereka ke mesjid untuk bersolat) sebagaimana menyembelih (qurban) seekor unta, kemudian adalah menyembelih (kurban) seekor lembu, kemudian adalah menyembelih (kurban) seekor kambing, sehinggalah disebutkan (seumpama menyembelih) kurban seekor ayam jantan.’ [Hadith Ibnu Majah]
Jelaslah betapa banyaknya pahala yang diperolehi oleh mereka yang bersegera menghadirkan diri di mesjid untuk solat Jum’at itu. Walapun begitu, ramai umat Islam yang menunggu di saat-saat akhir, apakala imam/khatib hampir hendak berkhutbah atau hampir hendak memulakan solat, baru bergerak ke mesjid kerana mereka tidak tahu kefadhalan mendengar khutbah dan datang awal ke mesjid. Ada juga yang datang awal, tetapi menghabiskan masa berbual-bual kosong, terkadang mengata orang pula. Jadi sudahlah tidak mendapat pahala tambahan yang disediakan, mendapat dosa tambahan pula!
Solat Jum'at: Persedian untuk ke masjid
Mengikut hadith berikut banyak sekali pahalanya bagi orang yang ke mesjid bersolat Jum’at, iaitu mendapat ganjaran pahala sejumlah pahala orang yang berpuasa dan bersolat setahun. Dengan syarat dia bersegera ke mesjid, duduk di saf-saf terawal (yakni, terdepan), tidak melakukan perbuatan atau percakapan yang sia-sia, dan sebagainya. Begitu banyaknya kurniaan Allah (a.w) kepada kita umat Islam pada hari Jum’at sekiranya syarat-syarat yang disebutkan itu kita patuhi dan jagai. Malangnya, ramai di antara kita yang tidak tahu atau tidak diberitahu ilmunya, maka kita jahil mengenai pelbagai kurniaan Allah (a.w) itu. Dan jikapun diberitahu atau mengetahuinya, ramai di kalangan kita tidak mengambil berat atau hiraukan pula.
Maka dengan itulah kita dapati ramai umat Islam dating selambat yang mungkin ke mesjid, kemudian membuat bermacam-macam perlakuan lain, termasuklah berjual beli, sehingga bilal azan. Ada yang sesudah azanpun masih berkeliaran, menunggu habisnya khutbah. Apakala habis atau hampir akan habis baru naik ke mesjid untuk solat. Maka tidalah mendapat apa-apa ganjaran pahala, terutama pahala bonos yang dikrniakan Allah (a.w).
1. Diriwayatkan hadith daripada Aus bin Ausin hadith dari as-Sakafi berkata: ‘Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berjunub pada hari Jumat maka mandi junublah, dan paginya berpagilah (ke masjid), dan berjalan kaki tidak menaikki kenderaan dan mendekati imam (yakni, duduk di saf-saf terdepan), mendengarkan (khutbah), dan tidak lahan (yakni, bercakap dengan sia-sia atau yang tidak berfaedah), ada bagi orang itu dengan sebab langkahnya (berjalan ke masjid itu) mendapat (pahala seumpama orang) amalan setahun puasanya dan solatnya.’ [Hadith Ibnu Majah]
Di dalam hadith di atas itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umat Islam tentang keberkatan besar yang lain pula pada hari Jum’at dan kerana bersolat Jum’at. Syarat-syaratnya adalah:
· Mandilah (seumpama bermandi junub) sebelum ke masjid untuk solat Jum’at;
· Berpagi-pagilah, yakni bersegeralah ke masjid untuk solat Jum’at;
· (Sebaik-baiknya) berjalan kakilah ke masjid tanpa menggunakan kenderaan;
· Ambil tempat pada saf yang terhampir kepada imam, yakni saf terkedepan sekali;
· Duduklah diam dan dengarlah khutbah dengan penuh khusyu’ dan tawadu’; dan
· Semasa imam atau khatib berkhutbah tidak membuat perbuatan dengan perbuatan atau bercakap-cakap dengan kata-kata yang sia-sia (maupun cakap-cakap yang tidak berfaedah) kerana hendaklah mendengar khutbah.
Maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa jika kita lakukan kesemua itu, maka ganjaran pahalanya seumpama pahala seseorang yang berpuasa dan bersolat setahun. Begitu banyak ganjaran pahalanya, masya Allah, tanpa bersusah payah pula.
2. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda di atas mimbar: ‘Barangsiapa datang (ke mesjid untuk) solat Jumat maka mandilah (seumpama mandi junub).’ [Hadith Ibnu Majjah]
Hadith di atas itu menyatakan bahawa mandi pada hari Jum’at itu diberatkan, seolah-olah wajib. Namun begitu, kelonggaran diberikan mengikut hadith-hadith berikutnya. Pada hakikatnya, mandi pada pagi Jum’at bukan sekadar amalan yang afdhal, diberatkan dan digalakkan, malah seumpama diwajibkan, bagi orang Islam yang hendak bersolat Jum’at.
3. Diriwayatkan hadith daripada Abu Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Mandi pada hari Jumat itu wajib bagi setiap mukallaf (orang dewasa).’ [Hadith Ibnu Majah]
Mungkin ramai orang Islam diajarkan atau diberitahu bahawa hadith tersebut tidaklah ‘mewajibkan’ walaupun dalam kalimah hadith itu dikatakan ‘wajib’ bagi setiap yang mukallaf, wallahu a’lam. Tidak ada hadith lain yang membatalkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini. Justeru itu, sekurang-kurangnya seumpama ‘wajib’ mandi pada hari Jum’at itu. Maka dengan itulah sewajarnya hari Jum’at itu dijadikan hari kelepasan am kepada umat Islam supaya mereka lebih mampu bersedia untuk menetapi ketetapan dan akur dengan ketentuan syariat Islam, seperti mandi hari Jum’at ini.
[Nota: Seperti biasa ramai cerdik pandai Islam mentakwilkan atau mentafsirkan hadith mengikut kebijaksanaan masing-masing. Di dalam hadith tersebut, amat jelas dan tidak menglirukanpun, tetapi tetap dipertikaikan oleh orang Islam.]
Saturday, January 23, 2010
Hari Jum'at & Solat Jum'at: Keutamaannya (Samb...)
§ Apabila masuk waktu solat Jum’at dan diazankan, maka umat Islam hendaklah meninggalkan segala kegiatan dunia mereka dan bersegeralah pergi ke masjid untuk Solat Jum’at dan mendengar khutbah Jum’at;
§ Solat Jum’at atau perbuatan sedemikian itu lebih baik di sisi Allah (a.w) bagi orang Islam; dan
§ Selepas menunaikan solat Jum’at manusia disuruh bertebaranlah di bumi Allah (a.w) mencari rezki masing-masing atau meneruskan urusan dunianya, sama ada berniaga (pada zaman Rasulallah (s.a.w)) atau ketika turunnya ayat ini atau aktiviti selainnya.
Mengikut riwayatnya hadith ini turun apakala jemaah umat Islam pada suatu hari sedang bersedia untuk solat Jum’at dan ketika sedang mendengar Rasulallah (s.a.w) berkhutbah.
Tetapi, apabila kedengaran para jemaah yang berada di mesjid untuk solat Jum’at, rombongan pedagang yang datang membawa dagangan mereka, maka bergegas mereka keluar mesjid untuk melihat dagangan dan hendak membeli belah, sedangkan Rasulallah (s.a.w) sedang berkhutbah. Maka turun ayat ini untuk mengingatkan manusia ketika itu bahawa solat Jum’at itu jauh lebih baik daripada berjualbeli, dan Allah (a.w) memerintahkan umat Islam hanya berjual belilah setelah selesai bersolat Jum’at
1. Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berwudu’ maka memperbaiki wudu’nya, kemudian datang dia (ke masjid untuk solat) Jum’at, maka mendekati dia (yakni, duduk di saf terdepan), dan diam dan mendengar (khutbah imam/khatib), diampunkan dosanya yang banyak antara dua Jumat, dan ditambah lagi tiga hari. Dan barangsiapa menyentuh kerikil-kerikil (yakni, bermain-main memegang sesuatu yang tidak berfaedah) maka sesungguhnya dia lahan (lagha, atau membuat perbuatan yang sia-sia, kerana tidak menumpukan perhatian dengan penuh khusus’ terhadap apa-apa yang dikhutbahkan oleh imam/khatib).’ [Hadith Ibnu Majah]
(b) Mandi seumpama mandi junub
Sesiapa yang bersolat Jum’at akan dicukupkan oleh Allah (a.w) ni’matNya (yakni, segala sesuatu yang hendak dikurniakan Allah (a.w) terhadapnya) ke atas orang itu serta dicukupkannya (yakni, dimurahkan) rezkinya dan segala keperluan hidupnya. Jika kita mandi pada hari Jum’at sebelum ke mesjid bersolat, kita mendapat pahala pula.
2. Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a), katanya hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Barangsiapa berwudu’ pada hari Jum’at (untuk solat Jum’at) maka dicukupkan oleh Allah (a.w) ni’mat baginya, dan mencukupkan oleh Allah (a.w) kewajipannya. Dan barangsiapa mandi maka mandi (pada hari Jumat itu) lebih afdhal’ [Hadith Ibnu Majah]
Di dalam hadith ini secara ‘implicit’ disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) kemungkinan seseorang itu tidak mandi atau berkesempatan mandi dengan sempurna (seumpama mandi junub) sebelum ke mesjid untuk solat Jum’at. Maka dengan itulah ada golongan ulama’ menyebutkan bahawa mandi pagi Jum’at, seperti diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith-hadith sebelumnya sebagai wajib itu, adalah sunat yang diberatkan, yakni hampir-hampir wajib wallahu ‘alam. Mandi sedemikian juga mendapat pahala. Jika menepati speks ini maka Allah (a.w) cukupkan rezki kita dan memberikan pahala yang sepatutnya kepada kita. Selain itu, mandi seumpama mandi junub adalah mendatangkan pahala lain pula kerana keafdhalannya.
(c) Segera masuk masjid dan mengingatkan Allah (a.w)
Hadith di bawah ini pula menjelaskan fadilat seseorang yang bersegera ke mesjid untuk solat Jum’at. Disebutkan dalam hadith ini oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa para malaikat menunggu-nunggu kedatangan jemaah ke mesjid di kesemua pintu mesjid dengan mencatit kedatangan mereka. Mereka yang datang awal ke mesjid ditulis oleh para malaikat pahala yang lebih.
Diumpamakan dalam hadith ini (dan hadith berikutnya) mereka yang mendahului jemaah di masjid itu seolah-olah berqurban seekor unta, kemudian sedikit berqurban seekor lembu dan sehinggalah, fadhilat yang terkecil sekali seumpama, sebutir telur. Apabila imam mula berkhutbah ditutup buku catitan oleh malaikat yang mencatit, dan mereka turut sama mendengar khutbah imam, jemaah yang dating dianggap hadir untuk solat Jum’at seolah-olah memenuhi syaratnya sahaja (yakni, syarat minima) untuk bersolat. Tidak ada pahala atau ganjaran tambahan bagi mereka.
3. Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika ada hari Jumat, ada atas tiap-tiap pintu dari beberapa pintu masjid (ada hadhir) malaikat yang menulis mereka pada manusia (yang datang ke mesjid) atas kadar tempat (yakni, kedudukan) mereka. Yang awal ditulis (oleh malaikat) orang yang awal. Maka ketika keluar imam (untuk berkhutbah) ditutupnya buku (atau kitab) catitan mereka, dan mendengar mereka (yakni, malaikat bersama-sama makmum dari kalangan manusia) khutbah. Maka orang yang datang awal ke mesjid (untuk solat) seumpama membawa hadiah (sedekah) seekor unta. Kemudian orang mengikutnya (kemudian pula) seumpama membawa hadiah seekor lembu. Kemudian mereka yang mengikutinya (kemudian pula) seumpama membawa hadiah seekor kibas (kambing). [Sehinggalah disebutkan oleh perawi hadith ini seekor ayam jantan, dan ditambah oleh Sahli (perawi lain) pada hadith ini sebiji telur ayam] Maka barangsiapa yang datang (ke mesjid) selepas itu (yakni, apabila imam atau khatib memulakan khutbahnya), maka sesungguhnya datang dia dalam haq untuk bersolat (yakni, semata-mata hadhir sahaja untuk bersolat, tiada pahala tambahan).’ [Hadith Ibnu Majah]
Maka dengan itulah para ulama’ menyuruh kita menyegerakan diri kita ke mesjid supaya mendapat ganjaran pahala seumpama mensedekahkan seekor unta dan jangan melambatkan datang ke mesjid. Apabila khutbah bermula mereka yang sampai hanya mendapat cuku syarat hadir (yakni, in attendance) untuk bersolat Jum’at, tanpa mendapat pahala tambahan.
4. Diriwayatkan hadith daripada Samurah bin Jundab (r.a) katanya: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) membuat misalan pada solat Jum’at kemudian (yang datang awal) berpagi-pagi (mereka ke mesjid untuk bersolat) sebagaimana menyembelih (qurban) seekor unta, kemudian adalah menyembelih (kurban) seekor lembu, kemudian adalah menyembelih (kurban) seekor kambing, sehinggalah disebutkan (seumpama menyembelih) kurban seekor ayam jantan.’ [Hadith Ibnu Majah]
Jelaslah betapa banyaknya pahala yang diperolehi oleh mereka yang bersegera menghadirkan diri di mesjid untuk solat Jum’at itu. Walapun begitu, ramai umat Islam yang menunggu di saat-saat akhir, apakala imam/khatib hampir hendak berkhutbah atau hampir hendak memulakan solat, baru bergerak ke mesjid kerana mereka tidak tahu kefadhalan mendengar khutbah dan datang awal ke masjid. Ada juga yang datang awal, tetapi menghabiskan masa berbual-bual kosong, terkadang mengata orang pula. Jadi sudahlah tidak mendapat pahala tambahan yang disediakan, mendapat dosa tambahan pula!
Semoga kita sentiasa mengingati diri kita untuk menimba sebanyak mungkin pahala sebagaimana yg telah kita ketahui dari as-Sunnah mengenai Solat Jum'at itu, insya Allah. Amin
Jazakalahhu khairah.
Hari Jum'at & Solat Jum'at: Keutamaannya (Samb...)
Maka dengan itulah kita dapati ramai umat Islam datang selambat yang mungkin ke mesjid, seolah-olah kerana keterpaksaan! Kemudian ketika berada dalam masjid, membuat bermacam-macam perlakuan lain, termasuklah berjual beli, sehingga bilal azan. Ada yang sesudah azanpun masih berkeliaran, menunggu habisnya khutbah. Apakala habis atau hampir akan habis baru naik ke mesjid untuk solat. Maka tidalah mendapat apa-apa ganjaran pahala, terutama pahala bonos yang dikrniakan Allah (a.w).
1. Diriwayatkan hadith daripada Aus bin Ausin hadith dari as-Sakafi berkata: ‘Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berjunub pada hari Jum’at maka mandi junublah, dan paginya berpagilah (ke masjid), dan berjalan kaki tidak menaikki kenderaan dan mendekati imam (yakni, duduk di saf-saf terdepan), mendengarkan (khutbah), dan tidak lahan (yakni, bercakap dengan sia-sia atau yang tidak berfaedah), ada bagi orang itu dengan sebab langkahnya (berjalan ke masjid itu) mendapat (pahala seumpama orang) amalan setahun puasanya dan solatnya.’ [Hadith Ibnu Majah]
Di dalam hadith di atas itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umat Islam tentang keberkatan besar yang lain pula pada hari Jum’at dan kerana bersolat Jum’at. Syarat-syaratnya adalah:
· Mandilah (seumpama bermandi junub) sebelum ke mesjid untuk solat Jum’at;
· Berpagi-pagilah, yakni bersegeralah ke mesjid untuk solat Jum’at;
· (Sebaik-baiknya) berjalan kakilah ke mesjid tanpa menggunakan kenderaan;
· Ambil tempat pada saf yang terhampir kepada imam, yakni saf terkedepan sekali;
· Duduklah diam dan dengarlah khutbah dengan penuh khusyu’ dan tawadu’; dan
· Semasa imam atau khatib berkhutbah tidak membuat perbuatan dengan perbuatan atau bercakap-cakap dengan kata-kata yang sia-sia (maupun cakap-cakap yang tidak berfaedah) kerana hendaklah mendengar khutbah.
Maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa jika kita lakukan kesemua itu, maka ganjaran pahalanya seumpama pahala seseorang yang berpuasa dan bersolat setahun. Begitu banyak ganjaran pahalanya, masya Allah, tanpa bersusah payah pula. Alangkah beruntungnya kita?
2. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda di atas mimbar: ‘Barangsiapa datang (ke mesjid untuk) solat Jumat maka mandilah (seumpama mandi junub).’ [Hadith Ibnu Majjah]
Hadith di atas itu menyatakan bahawa mandi pada hari Jum’at itu diberatkan, seolah-olah wajib. Namun begitu, kelonggaran diberikan mengikut hadith-hadith berikutnya. Pada hakikatnya, mandi pada pagi Jum’at bukan sekadar amalan yang afdhal, diberatkan dan digalakkan, malah seumpama diwajibkan, bagi orang Islam yang hendak bersolat Jum’at.
3. Diriwayatkan hadith daripada Abu Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Mandi pada hari Jumat itu wajib bagi setiap mukallaf (orang dewasa).’ [Hadith Ibnu Majah]
Mungkin ramai orang Islam diajarkan atau diberitahu bahawa hadith tersebut tidaklah ‘mewajibkan’ walaupun dalam kalimah hadith itu dikatakan ‘wajib’ bagi setiap yang mukallaf, wallahu a’lam. Tidak ada hadith lain yang membatalkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini. Justeru itu, sekurang-kurangnya seumpama ‘wajib’ mandi pada hari Jum’at itu. Maka dengan itulah sewajarnya hari Jum’at itu dijadikan hari kelepasan am kepada umat Islam supaya mereka lebih mampu bersedia untuk menetapi ketetapan dan akur dengan ketentuan syariat Islam, seperti mandi hari Jum’at ini.
[Nota: Seperti biasa ramai cerdik pandai Islam mentakwilkan atau mentafsirkan hadith mengikut kebijaksanaan masing-masing. Di dalam hadith tersebut, amat jelas dan tidak menglirukanpun, tetapi tetap dipertikaikan oleh orang Islam.]
Hari Jum'at & Solat Jum'at: Keutamaannya (Samb...)
1. Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Antara (solat) Jumat kepada (solat) Jumat mengkifarahkan (yakni, menghapuskan atau meleburkan) apa-apa dosa antara keduanya, selagi tidak melakukan dosa besar.’ [Hadith Ibnu Majjah]
Hadith di atas itu menyatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat Islam satu lagi keistimewaan hari Jumat’at, iaitu mereka yang menunaikan solat Jum’at. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa bersolat Jum’at antara satu Jum’at ke Jum’at minggu berikutnya, cukup segala ketentuan dan syaratnya, yakni dibuatnya sebaik mungkin, datang awal, berzikir, berwirid, membaca al-Quran dan sebagainya mengisi waktu sebelum khutbah, kemudian mendengar nasihat-nasihat yang disampaikan semasa imam atau khatib membaca khutbah, kemudian bersolat dengan khusyu’nya, maka solat Jum’atnya mengkifaratkan (yakni, mengikis) dosa-dosa yang dilakukan oleh mereka seminggu sebelumnya, sekiranya mereka tidak melakukan dosa-dosa besar. Jelasnya jika kita melakukan dosa besar, dihapuskan antara dua Jum’at itu jika kita bersolat Jum’at dosa-dosa kita dalam minggu itu.
2. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Amru (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Orang yang hadhir dalam solat Juma’at itu ada tiga macam (i.e. golongan): (pertama) seorang yang berbuat lagha (i.e. bercakap-cakap atau berbuat sesuatu yang sia-sia), maka itulah baginya (yakni, yang didapatinya); (kedua) seorang yang hadhir lalu berdoa, maka ia seorang yang berdoa (maka) terserahlah pada Allah (a.w) untuk memberi atau menolak permintaannya (i.e. doanya); dan (ketiga) seorang yang hadhir dan memperhatikan (yakni, memberi tumpuan sepenuhnya kepada) khutbah imam dan tidak melangkahi leher orang Muslim dan tidak mengganggu seseorang (dalam jemaah solat tersebut), maka inilah solat Jum’atnya yang akan jadi penebus dosa hingga Jum’at yang akan datang ditambah tiga hari, sebaba Allah (a.w) berfirman: 'Man ja-a bil-hasanati falahu asyru amthaliha’ [Ayat 160, Surah al-Maidah] [Maksud: Sesiapa yang berbuat kebaikan maka ia mendapat pahala sepuluh kali ganda seumpamanya].’ [Hadith ibni Abi Khatim]
Demikianlah syarat tertentu untuk mendapat ganjaran pahala yang disebutkan itu, iaitu sesiapa yang memenuhi syarat-syarat yang disebutkan dalam hadith di atas mendapat pahala sepuluh kali ganda pahala solat Jum’atnya, selain menghapuskan dosa-dosa kecilnya antara dua Jum’at. Ini disebutkan juga dalam hadith yang sama yang diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunan Abu Daud pula:
3. Diriwayatkan hadith dari Amir bin Syua’ib hadith dari ayahnya hadith dari Abdullah bin Amru (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Tiga golongan orang yang hadhir Jum’at, iaitu: (golongan pertama) seorang menghadhiri Jum’at sedangkan dia bercakap-cakap. Cakap-cakap itulah yang didapatinya dari Jum’at itu. (Golongan kedua) Seorang menghadhiri Jum’at sedang dia sebok berdoa (semasa khutbah). Maka dia orang yang berdoa (semasa khutbah) itu, kalau Allah (a.w) suka dikabulkanNya doanya atau ditolaknya. (Golongan ketiga) Dan seorang menghadhiri Jum’at dengan diam dan tenang (yakni, mendengar khutbah), tidak melangkahi orang lain dan tidak mengganggu seseorang (yakni, jemaah), maka Jum’atnya adalah penebus dosanya sampai ke Jum’at berikutnya ditambah tiga hari. Itulah berdasarkan firman Allah (a.w): 'Man ja-a bil hasanati falahu ‘asyru amthaliha.' [Ayat 160, Surah al-Maidah] [Maksud: Barangsiapa mendatangkan kebaikan maka baginya sepuluh kebaikan seumpamanya].’ [Hadith Abu Daud]
Mereka yang berjaya mendapat pahala seperti yang disebutkan di dalam hadith-hadith di atas itu adalah mereka yang hadhir Jum’at dan mendengar khutbah tanpa bercakap-cakap dengan orang, khusyu’ mendengar khutbah ketika dibacakan khutbah, dan tidak pula melakukan amalan lain selain mendengar khutbah dengan sepenuh knsentrasi. Bercakap-cakap itu menghakis pahala berjum’at. Ada hadith menyatakan kosong pahala Jum’atnya walaupun dia bercakap hanya menegur orang bercakap dan disuruhnya diam semasa khutbah dibacakan.
Friday, January 22, 2010
Hari Jum'at & Solat Jum'at: Keutamaannya
1. Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a) berkata: ‘Telah berkhutbah Rasulallah (s.a.w) pada suatu hari, dengan sabdanya: ‘Wahai sekelian manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah (a.w) sebelum sesungguhnya dimatikan kamu. Dan cepatlah kamu sekelian beramal soleh sebelum sebok kamu. Dekatkanlah antara kamu sekelian dan antara Tuhan kamu. Perbanyakkanlah ingatkan (yakni, berzikir dan sebagainya) oleh sekelian kamu kepadaNya. Dan perbanyakkanlah oleh sekelian kamu akan sedekah di dalam senyap-senyap (yakni, tanpa diketahui orang) dan secara terang-terang (yakni, diketahui oleh orang sekalipun tetapi tanpa perasaan riak diri), memberi rezki pada kamu (oleh Allah (a.w)) dan semoga ditolongNya kamu dan ditampalnya (kekurangan amalan dan pahala kamu kerana sedekah itu). Ketahuilah sesungguhnya Allah (a.w) telah memfardukan atas kamu sekelian solat Jum’at di dalam tempat ini, di dalam hari ini, di dalam bulan ini, dari tahun ini sehinggalah ke hari Qiamat. Maka barangsiapa meninggalkannya di dalam hidupnya atau sesudah tiada aku (yakni, setelah wafat aku), dan baginya (kamu diperintahkan oleh) Imam yang ‘adil ataupun menyeleweng (yakni, yang tidak adil atau zalim mereka)(terus mengerjakannya), (sesiapa yang) meremehkannya (yakni, mengambil ringan atas solat Jum’at itu), atau menentangnya (yakni, tidak mengerjakannya), maka tidak akan dikumpulkan oleh Allah (a.w) bagi mereka pada hari huruhara (yakni, hari Akhirat), dan tidak diberkati (oleh Allah (a.w)) dalam perkara-perkara ugamanya. Ingatlah, (mereka yang sedemikian itu, yakni, yang tidak mengerjakannya atau meremehkannya atau menentang syariat solat Jum’at itu) tidak diterima (oleh Allah (a.w)) solatnya, tidak zakatnya, tidak hajinya, dan tidak puasanya, dan tidak amalan baiknya sehingga dia bertobat. Maka barangsiapa bertobat dia, Allah (a.w) zat yang Maha Penerima Tobat atas kamu sekelian. Ketahuilah, tidak boleh seorang perempuan mengimamkan lelaki. Dan tidak boleh mengimamkan orang Arab (yang tidak beriman) orang-orang yang berhijrah (yakni, muhajir). Dan tidak boleh mengimamkan orang yang derhaka (yakni, orang yang banyak dosanya) akan orang yang beriman, kecuali dipaksa dengan menggunakan kekerasan (yakni, kekuasaan kerajaan, kerana khuatirkan pedangnya dan cemetinya)’. [Hadith Ibnu Majjah]
Hadith di atas ini merupakan khutbah pertama bilamana syariat solat Jum’at itu difardukan oleh Allah (a.w). Perintah Allah (a.w) tersebut disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada para sahabat dan jema’ah Islam zaman itu (dan zaman kini sebagai lanjutan syariat solat Jum’at). Ketetapan yang disebutkan di dalam hadith tersebut melibatkan beberapa perkara. Dan, dalam ketetapan Rasulallah (s.a.w) tersebut, disebutkan beberapa ancaman besar terhadap umat Islam yang tidak mengerjakan atau meremehkan atau mengambil ringan solat Jum’at ini dari diamalkan olehnya. Antara yang wajib kita ingatkan adalah sekiranya kita abaikan dan ringankan solat Jum’at itu, kesemua amalan kita (fardu dan sunat) tidak diterima Allah (a.w), wal iyazubillah.
Cuba kita teliti satu persatu ketetapan dalam khutbah ini. Oleh kerana Rasulallah (s.a.w) hanya bercakap dengan panduan wahyu, maka ketetapan tersebut adalah ketetapan Allah (a.w).
Pertama, Solat Jum’at itu telah difardukan oleh Allah (a.w) sehinggalah terjadinya Qiamat (yakni, wajib dikerjakan, tetapi hanya kepada lelaki sahaja);
Kedua, barangsiapa yang tidak mengerjakan Solat Juma’atnya, atau yang mengambil ringan solat Jum’at itu, tidak dikumpulkan Allah (a.w) pada hari qiamat, yakni di padang makhsyar (yakni, terus dicampakkan ke dalam neraka);
Ketiga, barangsiapa yang tidak mengerjakannya atau meremehkan atau mengambil ringan Solat Jumat itu, tidak diberkati Allah (a.w) hidupnya dan tidak diterima Allah (a.w) kesemua amalannya, yang fardu mahupun yang sunat;
Keempat, mereka yang tidak mengerjakan Solat Juma’at itu tidak ditolong Allah (a.w) di hari Qiamat kelak (yakni, masuk neraka);
Kelima, di dalam perkara solat, orang perempuan tidak boleh megimamkan orang lekaki (yakni, menjadi imam dalam solat berjemaah); dan
Keenam, orang yang derhaka (pasiq), yakni ingkarkan perintah Allah (a.w), tidak boleh mengimamkan atau menjadi imam kepada orang yang taat dan beriman, kecuali dipaksakan berimam dengannya.
Di dalam hadith tersebut, Rasulallah (s.a.w) juga menasihatkan serta mengingatkan umat Islam beberapa perkara, iaitu:
Pertama, bertaubatlah sebelum mati dan Allah (a.w) itu Maha Penerima Taubat;
Kedua, bersegeralah membuat amal ibadat ketika senang sebelum datang kesibokan dunia;
Ketiga, beramallah untuk mendekati diri kepada Allah (a.w) dengan melakukan pelbagai amalan seumpama berzikir, berwirid, bersolat sunat, berpuasa sunat, membaca al-Quran, belajar syariat Islam, dan sebagainya;
Keempat, banyakkanlah sedekah (yakni, menginfaqkan sebahagian rezki yang dikurniakan oleh Allah (a.w) sama ada secara senyap atau diam-diam ataupun secara terbuka (asalkan tidak dengan niat menunjuk-nunjuk atau riak) fi sabilillah;
Kelima, sedekah menampal atau menutup atau mengkifarahkan dosa-dosa yang dilakukan semasa hidup; dan
Keenam, perbanyakkanlah berzikir mengingati Allah (a.w) sebagai tanda dan bukti bersyukur kepadaNya
[Nota: Hadith qudsi adalah hadith yang merujuk kepada firman Allah (a.w) yang disampaikan melalui lisan atau sabda Rasulallah (s.a.w). Ibnu Majah menyatakan bahawa isnad hadith ini dhaif, kerana salah seorang daripada perawi dalam urutan perawi tersebut tidak begitu terkemuka. Tetapi yang utama adalah panduannya. Jikalah hadith ini sebenarnya sahih, maka kita abaikan ketetapannya kitalah yang rugi. Sebagai panduan hidup amat wajar diteliti, hanya sebagai hukum kita tidak boleh sandarkan atas hadith ini. Namun ketetapan dalam hadith tersebut di sahkan oleh hadith-hadith lain, seperti Solat Jumat itu fardu, perempuan tidak boleh mengimami lelaki, bertaubatlah sebelum tiba waktu taubat tidak diterima, perbanyakkan amalan dan ibadah semasa senang, seringlah berzikir mengingatkan Allah (a.w), bersedah dan menginfaqkan harta, dan sedekah dan infaq itu mengikis dosa-dosa. Hanya orang Islam sahaja yang dikumpulkan di padang makhsyar untuk menerima Kitab atau Buku Catitan Amalannya untuk dihisab. Orang kafir terus dimasukkan ke dalam neraka tanpa dihisab. Maksudnya, jika tidak mengerjakan solat Juma’at jatuh kafir. Yang Islam, walaupun masuk neraka kerana dosa-dosanya, pasti akan mendapat syurga juga akhirnya, setelah dibersihkan dosa-dosanya semasa dalam neraka. Orang kafir sama sekali tidak mencium bau syurga. Tidak lama dahulu dilaporkan dalam akhbar bahawa seorang bekas pensyarah perempuan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), bukan warganegara Malaysia, telah mengimamkan suatu solat di sebuah masjid di Amerika Syarikat. Terdapat lelaki menjadi sebahagian makmumnya. Jelaslah perbuatan tersebut telah melanggar ketetapan as-Sunnah, yakni ketetapan Alah (a.w). Di dalam sepotong hadith lain, Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan bahawa solat fardu itu wajib dijemaahkan. Dan, tidak salah yang menjadi imam solat tersebut orang yang jahat, atau orang yang sering melakukan dosa-dosa besar sekalipun, dibolehkan orang yg baik-baik bermakmum kepadanya.]
2. Firman Allah (a.w):'Ya aiyuhallazi na amanu iza nudiati solati min jum’ati fas’au illa zikrillahi wa zarul ba’i; zalikum khairul lakum in kuntum ta’lamuna @ Faiza qudiatis solatu fantasyiru fil ardhi wabtaghu min fadlilahi wazkurullaha kathiral la’allakum tuflihuna @ Waiza ra atu tijaratan au lahyanin faddu ilaiha wa tarakuka qaima; qul ma ‘indallahi khairum minal lahwi wa minat tijarati; wallahi khairur raziqina.'[Maksud: Wahai orang-orang yang beriman! Ketika dipanggil (yakni, diazankan) solat Jum’at maka hendaklah bersegera kamu mengingatkan Allah (a.w) (yakni, pergi ke masjid untuk bersolat) dan tinggalkanlah jualbeli (atau dagangan, yakni urusan dunia). Demikian itu (kelakuan) lebih baik bagi kamu jika kamu adalah orang yang mengetahui (keutamaan solat Jum’at itu). Maka ketika selesai solat maka bertaburanlah kamu di bumi Allah (a.w) mencari kurniaan Allah (a.w) (yakni, mencari rezki), dan hendaklah kamu bersyukur sebanyak-banyaknya (tentang kurniaan Allah (a.w), termasuk rezki), mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan (dunia dan akhirat). Dan ketika melihat kamu akan dagangan (yang banyak dipaparkan kepada kamu) atau keseronokan dunia maka kamu bergegas mendapatkannya sambil kamu bangun dan berdiri; katakanlah olehmu wahai Muhammad (s.a.w) apa-apa yang ada di sisi Allah (a.w) itu lebih baik daripada kelalaian (yakni, keseronokan dunia dari mengingatkan Allah (a.w)) dan jualbeli (atau dagangan); dan bahawasa sesungguhnya Allah (a.w) itu adalah zat dan Maha Baik memberi rezki kepada kamu.] [Ayat 9 hingga 11, Surah al-Jumu’at]
Manusia itu sering mengutamakan dunianya berbanding akhiratnya. Dalam kes yang disebutkan oleh Allah (a.w) di dalam surah tersebut, jemaah yang sedang mendegar Rasulallah (s.a.w) berkhutbah, apakala mendengar riuh rendah kabilah dagangan sampai ke masjid membawa dagangan yang banyak, para jemaah, kecuali 12 orang, meninggalkan beliau di atas mimbar kerana ingin melihat apakah dagangan yang dibawa oleh kabilah dagangan tersebut. Maka turun ayat ini mencemoh perbuatan umat Islam (yakni, jemaah) yang berbuat sedemikian serta memperingatkan mereka yang tidak berbuat sedemikian.
Hari ini kita dapati ramai umat Islam yang berjualbeli di pagi Jum’at sehingga sampai imam berkhutbah meraka masih berjual beli. Perlakuan mereka itu samalah dengan perbuat kaum Arab pada masa turunnya ayat-ayat tersebut. Mereka juga merupakan manusia yang remehkan ketetapan Allah (a.w) dan tidak mensyukuri nikmat Allah (a.w). Malah boleh ditafsirkan sebagai ingkarkan perintah Allah (a.w) supaya berada di masjid mendengar khutbah. Ramai orang Islam kerugian pada hari Jumat apakala mereka tidak menyiapkan dirinya sebaik mungkin untuk ke mesjid bersolat. Khutbah Jumat adalah sebenarnya sebahagian daripada solat Jum’at. Tidak wajar diremehkan dan abaikan.]
Di dalam hadith di atas itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita beberapa keistimewaan hari Jum’at itu, seperti yang disebutkan di atas. Selain menjelaskan mengapa hari Jum’at itu penting kepada Allah (a.w) dan pada umat Islam dan ugamanya.
1. Hari Jum’at itu paling utama pada Allah (a.w);
2. Hari Jum’at itu digelar ‘saidul aiyam’, atau ‘penghulu segala hari’;
3. Nabi Adam (a.s) di keluarkan dari Syurga dan diturunkan ke Dunia[1] pada hari Jum’at;
4. Diwafatkan Nabi Adam (a.s) pada hari Jum’at;
5. Pada hari itu ada ketika yang mustajab doa kerana diberikan atau dimakbulkan oleh Allah (a.w) sesuatu yang diminta oleh hambaNya yang berdoa waktu atau ketika tersebut;
6. Qiamat itu berlaku pada hari Jum’at; dan
7. Oleh kerana itu, hari itu digeruni oleh langit, bumi, angin, gunung dan lautan (yakni, segala makhluk Allah (a.w)) kerana akan berlaku Qiamat pada hari Jum’at.
[Nota: Di dalam hadith lain disebutkan bahawa Nabi Adam (a.s) dijadikan pada hari Jum’at (yakni, rohnya dimasukkan ke dalam jasadnya pada hari Jum’at).]
Hadith di atas ini menjelaskan beberapa aspek lain mengenai keistimewaan hari Jum’at itu, iaitu:
· Nabi Adam (a.s) dikeluarkan dari syurga;
· Sangkakala pertama (yang mematikan semua makhlok) ditiupkan pada hari Jum’at; dan
· Sangkakala kedua juga (yang menghidupkan semua makhlok) ditiupkan pada hari Jum’at.
Selain itu, hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islam memperbanyakkan selawat ke atas beliau pada hari Juma’at, kerana selawat itu akan didatangkan kepada Rasulallah (s.a.w) di padang makhsyar kelak. Mereka yang berselawat berpeluang mendapat syafaat Rasulallah (s.a.w). Di dalam hadith tersebut disebutkan bahawa jenazah para rasul dan nabi tidak dimakan oleh bumi, yakni tidak hancur atau reput. Di dalam hadith lain disebutkan bahawa tempoh sangkakala pertama dengan sangkakala kedua itu adalah selama empat puluh (40) tahun. Jadi, semua yang hidup akan meraai berada di dalam alam barzah. Melainkan manusia yang terlarangmendapat syafaat Rasulallah (s.a.w) yang disebutkan di dalam beberapa ayat dalam al-Quran, termasuk Surah al-Kauthar (Ayat ketiga) dan ketetapan beberapa hadith yang telah kita muatkan dalam post yg lalu. Kita pernah mendengar cerita-cerita bahawa ada orang alim ulama’ yang mati lama dahulu tetapi apabila digali kuburnya di dapati jenazah mereka masih tidak berubah, yakni tidak reput, wallahu 'alam. Kata orang, mereka itu orang yang alim dalam Islam, wallahu ‘alam. Hadith ini menjelaskan bahawa dalam Islam (yakni, syariat Islam itu), hari Jum’at itu lebih utama daripada dua hari raya, iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Kita telah lihat beberapa peristiwa penting Islam berlaku pada hari Jum'at. Oleh kerana kiamat berlaku pada hari Jum'at, semua makhlok Allah (a.w) akan gentar menunggu kedatangan hari Jum’at itu. Tapi manusia bagaimana? Ramai umat Islam, khususnya orang Melayu, tidak mengendahkan hari Jum’at dan lebih-lebih lagi solat Jum’at.]
Hanya yg Islam sahaja mendapat syurga!
5. Menceritakan hadith oleh Yahya bin ‘Umarah berkata: ‘Aku mendengar Aba Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Laqqinu mautakum qaula ‘lailaha ilallah’ [Maksud: Nescaya mengajarkanlah oleh kamu sekelian orang-orang yang akan mati di kalangan kamu sekelian kalimah atau perkataan ‘lailaha illallah’.’] [Hadith Bukhari]
6. Menceritakan hadith dariada Yahya bin Umarah berkata: ‘Aku mendengar Aba Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Luqqinu mautakum qaula ‘lailaha ilallahi’ [Maksud: Nescaya mengajarkanlah oleh kamu sekelian orang-orang yang akan mati dari kalangan kamu sekelian kalimah (atau kalimah ‘talqin’ iaitu) ‘Lailaha ilallahi’] [Hadith Abu Daud]
Suruhan Rasulallah (s.a.w) yang sama terdapat dalam Sunan ibnu Majah, iaitu hadith daripada Abu Hurairah (r.a) menyebutkan kalimah yang sama, iaitu:
7. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Luqqinu mautakum: ‘lailaha illallah’ [Maksud: Mengajarkanlah oleh kamu orang yang akan mati di kalangan kamu (kalimah talqin) ‘lailaha illallah’][Hadith ibnu Majah]
Mengikut hadith-hadith di atas Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita yang berada di sisi orang yang akan mati, yakni sakit tenat atau dalam keadaan akan mati atau sedang naza’, mengajarkannya supaya menyebut kalimah ‘talqin’, iaitu ‘lailaha illallah’ itu. Sebahagian besar para ulama’ menterjemahkan kalimah ‘mautakum’ itu sebagai ‘jenazah’ atau ‘mayat’. Maka dengan itulah kita amalkan membaca Surah Yaasin dan lain-lain surah al-Quran sebelah si mati. Inilah hujjah kenapa kita disuruh bacakan Surah Yaasin atas mayat atau jenazah.
Masakan munasabah kita mengajarkan mayat kalimah tersebut! Begitulah juga, pada hadith berikut Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita membacakan Surah Yaasin kepada seseorang yang dalam keadaan yang sama, iaitu naza’ atau hampir akan mati. Tetapi, segolongan besar para ulama’ mentafsirkan kalimah ‘mautakum’ itu ‘mayat’ atau ‘jenazah’. Maka mereka memberi justifikasi bahawa dibolehkan membaca Surah Yaasin atas mayat atau jenazah. Sebenarnya, yang disuruh Rasulallah (s.a.w) adalah kita baca pada orang masih hidup tetapi hampir akan mati, bukan mayatnya atau bukan jenazahnya.
Mengapa disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) berbuat sedemikian? Disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith berikut:
8. Diriwayatkan hadith daripad Muadz bin Jabal (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa ada kalimah terakhirnya (yakni, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir) kalimah ‘lailaha illallah’, masuk syurga.’[Hadith Abu Daud]
Rasulallah (s.a.w, yang bercakap berpandukan wahyu daripada Allah (a.w) menyatakan jika kalimah terakhir keluar dari mulut seseorang yang akan mati itu ‘lailaha illallahu’, maka syurga diperolehinya.
[Nota: Para ulama’ berselisih pendapat dalam menterjemahkan perkataan (atau kalimah) ‘mautakum’ itu. Ulama’ yang menggalakkan kita membaca Surah Yaasin atas jenazah berpendapat bahawa kalimah 'mautakum' tersebut bermaksud ‘mayat’ atau ‘jenazah’. Separuh ulama’ yang lain mentafsirkan kalimah tersebut bermaksud ‘orang yang hampir hendak mati’ atau ‘orang yang akan mati’, kerana Surah Yaasin yang memberi pertolongan bagi mereka yang hidup, yakni masih bernyawa.]
[Nota: Kalimah ‘lailaha illallah’ adalah kalimah pengakuan seseorang manusia yang berikrar bahawa wujud Allah (a.w) dan dia beriman dengan Allah (a.w), yakni tiada tuhan yang lain. Oleh yang demikian, seseorang yang telah melafazkan ikrar sedemikian adalah dianggap Islam. Jika dia tidak mengerjakan sebarang amalan sebagai seorang Islam maka dia adalah pasiq (i.e. ingkar suruhan Allah (a.w) atau menganianya diri sedniri apabila melakukan sesuatu yang ditegah, maka akan diseksa di neraka, tetapi kerana keimananya itu, akhirnya masuk syurga juga. Ini disebutkan di dalam hadith: