Saturday, October 1, 2011

Terkeluar dari Islam/Murtad/Kafir (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah mulakan penelitian kita tentang 10 perkara atau penyebab utama yg apabila kita amalkannya atau yakinnya merosakkan keIslaman kita - kita terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau menjadi kafir - secara sedar ataupun tidak kita sedari. Kita telah bincangkan perkara yg pertama iaitu kita syirik dalam beribadah kpd Allah (a.w). Maksudnya, niat dan perbuatan kita adalah kononnya untuk mengabdikan diri atau beribadah kpd Allah (a.w) tetapi caranya - perlakuan dan perkataan yg kita gunakan - adalah bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w). [Nota: Orang ugama lain - China dan India malah Kristian, sebagi contoh mengabdikan diri mereka kononnya kpd Allah (a.w) melalui perantaran orang atau pihak lain, iaitu tuhan-tukan lain atau tok pekong atau berhala yg mereka cipta sendiri. Berhala itu adalah contoh perantaraan.]
Saudara, kita telah rujuk dalam post itu dua firman Allah (a.w) yg menyebutkan betapa besarnya dosa syirik ini, kerana Allah (a.w) mengampuni segala dosa, apakala kita benar-benar bertaubat kpdNya, tetapi dosa syirik tidak diampuni Allah (a.w), walaupun syirik itu adalah samar atau tidak jelas (i.e. obvious). Yg jelas apakala kita meyakini wujud suatu kuasa ketuhanan selain Allah (a.w) - yg boleh menolong atau yg boleh mendatangkan mudarat kpd kita, kalau kita tak lakukan sesuatu - adalah melakukan syirik.
Firman Allah (a.w): 'Innallaha la yaghfiru an yusraka bihi wa-yaghfiru ma duna zalika liman yasya-u waman (-ai) yusrik billahi faqadiftara ithman 'azima' (Yg bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan mengampunkan (dosa-dosa) apabila Dia disekutukan, dan Allah (a.w) mengampuni dosa selain syirik bagi siapa saja yg Dia kehendaki. Barangsiapa yg berbuat syirik kpd Allah (a.w) maka sungguh-sungguh ia telah melakukan dosa yg amat besar.' [Ayat 48, Surah an-Nisa']
dan firman Allah (a.w) sedemikian juga pada ayat yg lain, iaitu:
Firman Allah (a.w): ' ... innahu man (-ai) yusrik billahi faqad harama 'alaihil-jannata wa-makwahun-naru wama lizzalimina min ansori.' (Yg bermaksud: Bahawasanya, barangsiapa yg berbuat syirik kpd (atau terhadap) Allah (a.w), maka Allah (a.w) mengharamkan syurga untuknya dan tempat tinggalnya adalah neraka. Dan, bagi orang-orang yg menganianya dirinya (i.e. orang yg diberitahu tetapi tidak mahu terima), tidak ada penolong bagi mereka.) [Ayat 72, Surah al-Maidah]
Saudara, perkara atau perlakuan kedua yg mengeluarkan kita dari Islam atau menjadi murtad atau kafir adalah:
Yg kedua, mengambil atau menjadi makhluk sebagai perantara dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w) untuk mendekatkan diri kpd Allah (a.w).
Yg sering berlaku sedemikian itu adalah keyakinan dikalangan pengikut tariqat sufi. Majoriti pengikut tariqat sedemikian berpendapat dan meyakini bahawa orang yg mendirikan tariqat atau pemimpin atau guru tariqat dianggap wali (i.e. kekasih) Allah (a.w), boleh memberi petunjuk (i.e. seorang mursyid), guru besar, yg mengenal Allah (a.w) (mengenal makrifat Allah (a.w) lebih dari orang-orang alim yg lain). Maka mereka itu kononnya diberi mandat atau kuasa oleh Allah (a.w) untuk mengatur/menguruskan segala sesuatu di langit dan di bumi bagi pihak Allah (a.w). 
Ada juga kepercayaan seseorang itu apakala berada dalam suatu perkumpulan (cult) yg akui seseorang mahaguru atau orang berilmu yg sudah mati boleh memberi syafaat atau pertolongan apakala dipinta pertolongan di kuburnya. Maka dgn itu dilakukaan persembahan seumpama menyembelih haiwan di masak dan disediakan dgn pulut kuning seumpamanya (dikalangan masyarakat Melayu) untuk dihadiahkan kpd roh simati atau rok keramat untuk mendapat keberkatan atau kerana mendapat sesuatu yg dinazarkan oleh mereka. Ada orang yg berpandangan bahawa kedudukan sedemikian itu tidak semua dapat. Hanya sesetengah orang yg diberikan mertabat sedemikian oleh Allah (a.w). Maka orang yg mendapat mertabat sedemikian itu boleh menolong orang lain.
Kepercayaan atau perbuatan sedemikian itu dalah perbuatan syirik yg mengeluarkan seseorang Islam itu dari Islam dan menjadi murtad atau kafir. Kerana Allah (a.w) menegah/melarang berpandangan sedemikian:
Firman Allah (a.w): 'Wa-ya'buduna min dunillahi ma la yadurruhum wa-la yanfa'uhum wa-yaqukluna ha-ula-i syufa-'auna 'indallahi ...' (Yg bermaksud: Dan mereka meyembah selain Allah (a.w), yg sesembahan itu tidak akan memudaratkan mereka (i.e. mendatangkan bahaya kpd mereka) dan tidak pula memanfaatkan mereka (i.e. memberi manfaat kpd mereka), dan mereka (yg berbuat sedemikian itu)berkata: 'Berhala-berhala (i.e. sesembahan) itulah yg dihadapan Allah nanti akan menjadi penolong kami.') [Ayat 18, Surah Yunus]
Orang yg melakukan sedekian itu sama jugalah dgn perbuatan orang kafir yg menyembah patung atau pokok atau apa saja benda yg mereka cipta sendiri dan kemudian dinaikkan taraf menjadi tuhan.
Firman Allah (a.w): 'Wal-lazi nat-takhazu min dunihi aulia-a ma na'buduhum illa li-yuqarribuna ilallahi zulfa ...hingga akhir ayat.' (Yg bermaksud: Dan orang-orang yg mengambil sebagai kekasih selain Allah (a.w) berkata: 'Kami tidak menyembah mereka (i.e. yg dijadikan sesembahan itu) (selain Allah (a.w)) melainkan supaya mereka mendekattkan kami kpd Allah (a.w) dgn sedekat-dekatnya.) [Ayat 3, Surah az-Zumar]
Jelaslagh, ada sesuatu yg dijadikan perantaran dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w). Itulah yg berlaku zaman jahiliah bangsa Arab ketika datangnya Islam. Hari ini, di Malaysia majoriti orang China menyembah berhala atau patung-patung yg mereka cipta dan letakkan di dalam rumah atau di dalam kuil atau di depan rumah atau di tepi jalan atau dikaki pokok besar, untuk disembah. Demikian juga orang India yg mendirikan kuil dgn mengukir sekian banyak patung-patung manusia dan haiwan yg menjadi simbul (i.e. lambang) kpd sesuatu kekuasaan ketuhanan. Mereka itu memang kafir. Namun orang Islam tiada patung tetapi membayangkan wujudnya suatu makhluk atau kuasa lain selain Allah (a.w) yg boleh mendatangkan keburukan atau memberi kebaikan atau menolong, termasuklah mempunyai keyakinan bahawa maha guru yg mereka ikuti atau tinggikan mertabat itu mempunyai sedemikian kelebihan atau kuasa yg kononnya dianugerahkan oleh Allah (a.w).
Saudara, syirik yg berlaku tanpa disengajai atau tanpa difahami Islam itu, amat ketara dan tidak disedari. Namun, akibatnya sangat bahaya. Kita yg terlibat menjadi syirik, terkeluar dari Islam, maka menjadi murtad dan kafir tanpa kita sendiri sedari! Wal iya zubillah. Maka dgn itulah di dalam Islam kita wajib ilmukan diri kita supaya kita faham Islam, syariatnya dan ketetapan-ketetapan yg diperincikan dalam perkara aqidah.
Allah (a.w) perigatkan manusia yg Islam: 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yg bermaksud: Janganlah kamu lakukan sesuatu (amalan atau ibadah) tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmunya) (Ayat 36, Surah al-Israk). Rasulallah (s.a.w) nasihatkan umatnya : 'Al-Ilmu qabla amal' (yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum beramal atau kerjakan sesuatu amalan) [Hadith]. Dan sabda Rasulallah (s.a.w): 'Talabul ilmi faridatun 'ala kulli muslim ...' (Yg bermaksud: Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam.) (Hadith at-Termidzi).
Oleh itu, janganlah kita beramal dan beribadah atau menyakinini sesuatu peraturan atau perbuatan itu adalah peraturan Allah (a.w) dan Rasul, kecuali kita dah diberitahu nas dan dalil al-Quran dan al-Hadith mengenainya.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment