Assalamualaikum,
Saudara, kita sudah lihat 3 drp 10 perkara yg, apakala kita terlibat di dalam pengamalan atau kepercayaan mengenainya, mengeluarkan kita dari Islam atau kita menjadi murtad atau kita menjadi kafir. Kita lihat seterusnya perkara yg ke-empat: Berkeyakinan bahawa petunjuk dari (i.e.bimbingan) selain Nabi Muhammad (s.a.w) adalah lebih sempurna drp petunjuk (i.e. bimbingan ) Nabi, dan hukum selain dari Nabi (i.e. hukum orang lain) lebih baik dari hukum Nabi.
Saudara, yg dimaksudkan hukum dari Nabi itu adalah agamanya (Islam), jalannya, pengajarannya dan akhlaknya (i.e. apa yg disebutkan as-Sunnah). Petunjuk Nabi adalah petunjuk yg sempurna.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Amma ba'du, fai-inna khairul-hadithi kitabullahi wa-khairul huda huda Muhammadin ...' (Yg bermaksud: Sebaik-baik cerita (dalam hadith lain disebutkan, sebaik-baik kalam atau tulisan atau karangan) adalah Kitab Allah (a.w) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad (s.a.w)) [Hadith Muslim, Kitab Jum'at]
Saudara, kini timbul fahaman berbagai yg menyalahi hakikat ini. Ketika Islam meresap di bumi Nusantara, termasuklah Malaysia, ianya dibawa dan dikembangkan oleh orang yg bukan sebenar-benarnya berilmu dgn sempurna ilmunya tentang Islam. Kebanyakan mereka kembangkan dulu kerana tujuan strategik politik dan perdagangan dan mencari pengaruh atau perlindungan dari ketuanan Melayu zaman tersebut, i.e. raja-raja dan pembesar negeri dan wilayah atau jajahan zaman terebut. Maka timbullah dan menjadi darah daginglah ajaran yg berlainan drp ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan merebaklah pula fahaman kemazhaban walhal mereka yg membawakan Islam sendiripun tidak faham ajaran kemazahaban itu sebenarnya. Mereka hanya pengikut atau mengikutinya dalam kejahilan, kemudian menyampaikan pula syariat Islam dalam kejahilan kpd orang lain. Kini amalan sedemikian sudah berakar umbi di bumi Nusantara, termasuklalh di Malaysia sendiri.
Sebenarnya Islam itu hendaklah didasari dgn ketetapan dan panduan al-Quran dan as-Sunnah, bukan panduan selainnya. Kerana, kitab yg terbaik sebagai panduan ugama atau panduan berugama adalah al-Quran dan penjelasan dan petunjuk terbaik tentang agama Islam itu adalah as-Sunnah. Namun, Islam telah dilestarikan dalam kejahilan umatnya dan pendukungnya. Kalau Islam itu didasarkan kpd ajaran Imam as-Syafie sebagai contoh, fahaman kemazhaban yg utama di Malaysia, kita akan dapati tidak ada bezanya dgn ketetapan as-Sunnah. Kerana Imam as-Syafie sendiri akui kekurangannya dalam perkara ilmu as-Sunnah. Kerana beliau tidak sehebat pengumpul hadith yg lain spt Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam at-Termidzi, Imam an-Nasa'i, Imam Abu Daud dan Imam ibnu Majah - mereka yg tergolong dalam pengumpulan kitab-kitab hadith yg disebut Kuttubul Saittah itu. Malah Imam as-Syafie sendiri, membuat suatu deklarasi bijak sebagai seorang ulama' yg besar bahawa apa yg diajarkannya adalah tertakluk kpd ketetapan as-Sunnah. Kalau yg diajarkannya berlainan dari atau bertentangan dgn ketetapan as-Sunnah, maka hendaklah diambil ketetapan as-Sunnah dan batalkan ketetapan beliau! Malangnya hari ini pendukung dan pengikut mazhab as-Syafie menolak atau menidakkan ketetapan as-Sunnah dan mengambil ketetapan kononnya ajaran Imam as-Syafie yg bukanpun ajaran beliau sebenarnya. Maka dgn itu terdapat pandangan orang-orang yg akui dirinya berilmu menidakkan perintah Rasulallah (s.a.w) jangan buat 'pembaharuan dalam ugama' atau 'bid'ah', sebagai contoh, kerana semua bid'ah adalah kesesatan, tapi mereka yakin dan percaya adanya 'bid'ah hasanah'. Yg jelas Imam as-Syafie tidak ajarkan bid'ah apapun. Kalau secara tak disengajai, beliau suruh pengikutnya buang jauh-jauh, apabila ada ketetapan as-Sunnah yg menetapkan ajarannya berlainan atau bertentangan!
Saudara, hari ini muncul pelbagai 'brand Islam baru' pula, mereka menamakan pergerakan mereka dgn nama-nama yg menarik. Mereka sering mengajak atau mengajarkan kebatilan yg menyesatkan. Mereka kelihatan Islam dan mengajarkan sesuatu yg kelihatan begitu indah dalam konteks zaman moden ini. Ada banyak label dan mereka merujuk kpd perkumpulan mereka dgn berbagai-bagai istilah atau nama yg menarik pula. Atau, mereka mengutarakan istilah-istilah atau ungakapan yg canggih dan ala-intelektual pada sesetengah orang yg sukakan pemikiran intelektualisma! Antaranya 'Pembaharuan Islam' (i.e. Islam baru)(Tajdid Islam), 'Pencerahan dalam Islam' (Sahwatus-Islam). 'Fajar Islam' (the Dawn of Islam) (Fajrul Islam), Pemikiran Islam (Fakratus Islam), Kebangkitan Islam (Nuhudul Islam) (Islamic Revivalism) dan 'Kebudayaan Islam' (Hadartul Islamiah) (Islamic Culture), dan banyak lagi.
Dan, muncul pula gerakan Islam liberal yg menyatakan wujud kebebasan berfikir dan berpendapat dan berpegang. Mereka mengutamakan fikiran dan daya intelektualisma daripada nas dan dalil al-Quran atau al-Hadith dan akal fikiran atau pendapat menjadi alat pengukur atau barometer kebaikan ataupun keburukan. Mereka juga disebut sebagai 'golongan rasionalis', yg sebenarnya golongan ini adalah penjelmaan moden firqah atau fahaman sesat Mu'tazilah atau digolongkan sebagai neo-Mu'tazilah. Golongan ini sesat - terkeluar dari Islam.
Saudara, selain itu, ramai orang Islam moden yg berpendirian bahawa dalam zaman moden ini hukum-hukum syariat Islam (spt hukum hudud) tidak sesuai atau relevan lagi untuk zaman ini atau bersifat 'barbaric', hukum-hukum selain yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah itu (i.e. hukuman di luar al-Quran atau alternatif yg digubal di luar) lebih sesuai, lebih adil dan lebih terperinci dari dan menepati apa yg ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, dalam post yg terdahulu kita telah tahu bahawa orang yg paling dibenci dan dimurkai Allah (a.w) adalah orang yg meremehkan atau merendahkan sesuatu yg diagungkan oleh Allah (a.w), dan meninggikan atau memberi kedudukan yg tinggi kpd apa-apa yg dihina oleh Allah (a.w). Sebenarnya, kalau kita menyamakan atau mempunyai pandangan atau anggapan bahawa hukum selain Islam itu sama dgn hukum Islam sudah cukup menjadikan kita kafir/murtad, apatah lagi kita meletakkan di tahap yg lebih tinggi hukum atau ketetapan selain hukum/ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mengatasi as-Sunnah. Inilah ketetapan firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wa-man lam yahkum bima anzalallahu fa-ulaika humul kafiruna.' (yg bermaksud: Dan, barangsiapa yg tidak menghukumi dgn (hukum al-Quran) yg diturunkan oleh Allah (a.w), maka mereka adalah orang-orang yg kafir (i.e. terkeluar dari Islam atau menjadi murtad).' [Ayat 44, Surah al-Maidah]
Saudara, hari ini berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dalam firman ini begitu ramainya orang Islam yg tanpa mereka sedari, mereka sudah murtad atau terkeluar dari Islam dan menjadi kafir, walaupun lahiriah kelihatan Islam, wal iya zubillah. Ramai para ulama' Islam dan orang Islam umumnya yg menyokong pendapat atau pandangan tentang betapa tidak relevan lagi hukum-hukum dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ada yg secara berselindung berkata bahawa dalam keadaan dunia (i.e. Malaysia, contohnya) sekarang ini sukar nak terima dan laksanakan hukum dalam al-Quran dan as-Sunnah. Sebenarnya, mereka sendiri, tanpa menyedari maksud yg mereka cakapkan, mengatakan bahawa hukum Allah (a.w) itu tidak perlu dilaksanakan. Atau, hukum Islam itu tidak boleh melibatkan orang yg kafir atau tidak Islam. Atau, huykum Allah (a.w) itu sudah jumud. [Nota: Ketetapan Allah (a.w) itu menyeluruh mengenai semua manusia semua zaman - Ayat 56, Surah az-zariat: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'buduni' (Yg bermaksud: Tidaklah Aku (allah (a.w)) jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk/supaya mengabdikan diri mereka kpdKu)]. Maka orang Islam yg berpendirian bahawa agama Islam itu hanya untuk orang Islam atau hukum Islam itu hanyalah untuk menghukumi orang Islam sahaja, jelas tersilap! Rasulallah (s.a.w) diutus Allah (a.w) kpd semua manusia - tak kira bangsa dan bahasa atau budaya dan Islam itu adalah agama untuk manusia semua zaman. Justeru itu, sesiapa yg bepandangan atau menyatakan sebaliknya, tergolong dari kalangan orang yg yg menidakkan firman Allah (a.w) di atas itu. wal iya zubillah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment